28.1.09

Kena Tagged Lagi [03]

Aku dah ditagged oleh member aku.
Yosh! GAMBARE! Selamat mencuba jawab soalan pelik-pelik!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

My beautiful family of coz. Without them, I'm useless person.


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Kalau aku cakap topap RM5, boleh diterima awam tak?


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Hurm, entah laa. Aku tak terfikir pulak pasal nie...

Aku tak kisah aku kawin kat mane asalkan jangan ade pelamin!


4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

Pulak..? Is this a trick question or what? Aku mane ade pakwe, jadi mana la aku tahu.InsyaAllah, kalo aku ade tunang, mungkin nak berkekalan sampai syurga. wahaha.


5. Adakah anda dilamun cinta?

huh..nope? I don't think so sebab aku hati batu sekarang nie. Cuma interest nak cari gaduh dengan kaum adam. Hahaha.


6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

None, aku makan malam kat rumah aje. Malas nak keluar.


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Komik Illustrustrasi tajuk MY WAY karya JIDI.


8. Apakah nama penuh kamu?

Ameelia Nazirah Bt. Mohd Shafiee.


9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

Hurm, aku senang dengan dua-dua. Tapi kalo cite masalah or ajar physic kat mak. Kalo bab nak sembang and addmath/math, selalu dengan abah. So, dua-dua equal. Haha.


10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

My future husband yang tidak diketahui namanya. Harap Maklum.


11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

  1. Husna.
  2. Faiqah.
  3. Atiqah.
  4. Sofea Elydia.
  5. Ali Imran.
  6. Rafehuddin.
  7. Mohamad Husaini.
  8. Fahana Othman.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

Wahaha, soalan nie buat aku naik geram pulak. Aku mintak mak aku tolong cucikan. Sebagai ganti, aku kena uruskan rumah dalam bahagian lain.


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

Entah, aku rasa semua tempat best. Setiap tempat ade keistimewaan yg tersendiri. Bagi aku, tempat yang best ialah tempat yang mampu buat aku rase tenang.


14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu :

  1. Nama member aku nie Zulaika Bt Ibrahim.
  2. Dia nie ade minat yang mendalam dalam seni Photography.
  3. Dilahirkan pada 14 AUGUST dan Zul nie berbintang Leo.
  4. Zul nie suka tulis Novel dan cerpen.
  5. mempunyai daya Imaginasi dan bakat seni yang tersendiri.


15.8 perkara yang amat saya gilai :

  1. Komputer atau Laptop.
  2. Handphone.
  3. CD movies atau Anime.
  4. Music! Cannot live without them.
  5. Photoshop and Graphic Design.
  6. Drawing and Designing.
  7. Clothes and fashion.
  8. Melancong dan Cheese cake!


16.Pelukan atau ciuman??

Prefer peluk lagi sebab malu nak cium orang. Huhuhu.


17. 8 perkataan yang sering di ucapkan :

  1. Tak ade maknanye..
  2. Buang tebiat ke...??
  3. ape kes??
  4. aku tak lawa..
  5. Mak, adik lapo laa...
  6. Ade jugak orang yang nak kena dengan aku nie..
  7. Panjang umo..
  8. sorry sebab susahkan ko..


18. 8 buah buku yang paling baru baca*maseyh buku lame

  1. Mastika.
  2. Kalo surat Khabar boleh diterima pkai ke..?
  3. Wanita.
  4. Keluarga.
  5. Remaja.
  6. English Novel..(aku lupe tajuk die..)
  7. My Way.
  8. Hot Gimmick.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali

  1. Jay Chou - fearless.
  2. Jay Chou - Snake Dance.
  3. Yuna - Dan sebenarnya.
  4. Kate Havnevik - So:Lo
  5. Macy Gray - Coming Back to you.
  6. Vertical Horizon - Everything you want.
  7. Avril Lagvine - Anything but Ordinary.
  8. Pussycat Dolls - I hate this part right here.

20. Mari Men-Tag 8 orang lain
  1. Husna.
  2. Shaddy.
  3. Kak Nickey.
  4. Hiro Mizushima.
  5. Shakey.
  6. Puteri Bahiyah.
  7. Syira.
  8. Faisal.

Bandar Diraja Bermandi Cahaya

Aiseh, Rajin pulak hari nie aku menulis blog. Kalau tak, haram satu blog pun aku nak tulis. Member-member aku lain semua giler bloging. Mak aku pun dah ikut jejak langkah aku yang giler mem-blogging. Haha, siyes weh. Mak aku kalo blogging lagi dasyat dari aku sebab tetiap hari die akan tulis BLOG! Haha, jangan jadi macam aku nie, pemalas nak updated blog! Walau macam mana pun, best gak kalo mak aku join aku blogging sebab boleh mengeratkan silaturahim. Alhamdulillah. xDD

Sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak , Sultan Azlan Shah , Bandar Diraja Kuala Kangsar telah dihias kerlipan lampu neon sepanjang Februari 2009 ini . Bangunan-bangunan kerajaan sepanjang laluan diraja telah dihias dengan warna neon yang bergemerlapan pada waktu malam . Warga Kuala Kangsar mengucapkan selamat merayakan perayaan tersebut . Daulat Tuanku ...

Hahaha, ayat blockquote tuu bukan ayat aku tapi ayat mak aku. Aku main copy and paste dari blog mak aku. Huhuhu, ampun mak, ampunkan anak mak nniehh yang degil lagi kuat marah nie. Hari tuu mak kata boleh kongsi kan? kan? Hahaha, mampos aku kalo mak aku baca nie. Hahaha xDD

Aku copy ayat mak aku tu sebab aku nak menerangkan sikit keadaan Kuala Kangsar yang bakal merayakan hari jubli Perak. Selalunya bila tiba hari istimewa macam tuu, macam-macam construction akan dilakukan untuk mengindahkan lagi suasana bandar tuu.

Hari Isnin tuu aku dengan family aku keluar la pergi melawat sedara kat Kampung Bendang Panjang. Biase la, kalo cuti Hari Raya Cina memang orang akan cuti. Kalo dah nama cuti, of coz la sedara aku akan balik rumah nenek aku. Actually, rumah tuu bukan lagi jadi milik nenek aku tapi milik mak cik sedara aku memandangkan nenek aku sudah pun kembali ke Rahmatullah.

Lepas sahaja lawat sedara aku, entah macam mana, bapak aku meneruskan memandu kereta beliau hingga ke Pekan Kuala Kangsar. Alhamdulillah, doa kitorang untuk melawat sekitar kawasan Bukit Chandan akhirnya dimakbulkan. Weh, korang jangan la kate aku nie macam jakun ke ape ke. Memang la aku banyak kali pergi ke situ tapi malam kali nie lain sikit sebab banyak yang dah ditambah - especially lampu-lampu malam kat kawasan Istana tuu.

Pemandangan malam yang tenang dan dingin tuu berjaya membuatkan hati aku untuk terus mencuci mata dan memandang keindahan malam yang disertai dengan kelipan lampu jalan. Wahaha, ayat aku nie meraban aje. Entah mana aku dapat pun tak tahu. Una, nanti kalo kite dah besar, dah keje dan balik kuala sama-sama, jom kite dating tengok keindahan malam kat sini, nak tak? haha xDD

Jadi malam tuu, family aku ronda satu Pekan semata-mata nak dapatkan gambar keindahan malam. Maafla sebab gambo-gambo tuu tak cukup kualiti memandangkan aku yang jadi camera girl nyer. Wahaha, rugi aku tak bawak Zul, boleh gunakan bakat dan lensa camera die yang cun-cun lagi besar tuu. Wahaha! Ampun Zul, jangan marah aku. Aku sedang memuji bakatmu! kah2 .

Bulatan Jam Besar , Kuala Kangsar.


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di belakang SMK Clifford).


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di hadapan SMK Clifford).


Laluan ke Setesen Bas Kuala Kangsar (berdekatan SMK Clifford).


Laluan ke Istana , Bukit Chandan.


Kawasan Istana Iskandariah Bukit Chandan.

Sampai situ sahajalah entry aku buat masa nie. Hahaha, aku nak gi mandi dan makan dulu. Lapo laa. Haha, ade sesiapa nak belanja aku..? Wakaka. Okey la, wassalam.

Mutiara Kata Buat Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry aku kali nie ialah mutiara kata. Haha, entry aku yang nie bukan la original sebab aku main copy and paste dari sorang member aku nie - Faisal. Aku tak tahu nak tulis ape, jadi aku pikir la elok jugak kalo post topik nie. Mudah-mudahan mutiara kata nie dapat la bantu sesiapa yang pernah ade persoalan tentang Islam or etc.

MUTIARA KATA

*(0609-M37-2)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
"Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan"
(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M38-1)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M38-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"
(Petikan kitab Imam Ghazali)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M39-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"
(Petikan kitab Imam Ghazali)

-------------------------------------------------------------------
*(0609-M39-2)
Dari Abu Dzar r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir',
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M40-1)
Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M40-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M41-1)
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya"
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M41-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"
(Riwayat Tarmizi)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M42-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu"
(Riwayat Abu Daud)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M42-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0611-M44-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0611-M44-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M45-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M45-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"
(Riwayat Khamsah)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M46-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan "Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan"
(Riwayat Arba'ah)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M47-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur"
(Riwayat Al-Baihaqi &
Al-Khatib)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M47-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M48-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M48-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga"
(Riwayat Tarmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M49-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M49-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M50-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya"
(Riwayat Abu Daud)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M50-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong"
(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M51-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M51-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M52-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri"
(Muttafaq'alaih)

Itu aje la buat mase nie. Sekian dan wassalam.

Background for Your Post Title

Salam dan selamat petang. Hari nie aku rajin bukak blogger, semalam aku rajin bukak deviantart sebab bak upload lukisan aku. Hahaha, lukisan lama yang aku upload tuu. Aiseh, aku selalu tak ade idea nak tulis ape tapi kali nie tetiba aku ide idea nk post ape. Hahahah.

Entry aku kali nie khas untuk member aku - Zul, yang nak aku ajar die macam mana nak letak Background kat tajuk entry die. Tak faham? Sila lihat gambar di bawah.

Aku bagi info yang terhad aje yerk? Code yang aku nk kasi nie hanya sesuai untuk tempat blogger yang tajuk dia Rounders aje - di mana cik Zul pun guna template tersebut. Rounders tuu ade macam-macam jenis kan? Tak kisah la, mana-mana rounders pun boleh guna sebab semua code sama aje cuma kaler aje berbeza. Haha, Zul, aku promot nama ko nie, jangan marah. Hahaha xDD



Gambar diatas merupakan template jenis Rounders.
Saje buat info tambahan takut ade orang tak paham2.


Ok, next step ialah korang gi la masuk edit HTML. Kat situ korang akan nampak Edit Template. Korang kena masuk bahagian coding tuu sebab kat situ aje tempat yang korang boleh tambah atau tukar code yang korang nak. Pastu korang cari code yang ade tulis post. Nak contoh gambo? Kompem aku akan kasi directly. Mwahaha.

Patu, korang kena cari post h3. Kat situ la korang boleh taruk background image untuk tajuk post korang. Code tuu dah sediakan tapi korang kena edit sikit code tuu.


background:url("URL IMAGE") repeat-x 10px .0em;

Korang copy code yang warna merah tuu aje pastu paste kat tempat yang sepatutnya. Kalo tak nak copy past code tuu, korang boleh tukar sendiri. Macam perkataan no-repeat tuu korang gantikan dengan repeat-x sebab nak bagi image tuu berulang-ulang secara melintang. Kalo nak image tuu repeat-y pun boleh jugak tapi gambar akan jadi berulang-ulang secara menegak la.

Untuk perkaatn URL IMAGE tuu pulak pandai-pandai la korang taruk URL gambo yang korang suke. Untuk code .5em tuu korang kena tukar jadi .0em (tukar nombor aje, yang lain jangan sentuh). Sebab 5em tuu akan buat ruang kat bahagian ruang atas title korang tuu. Tak faham? Cuba tengok gambo kat bawah nie :

SEKIRANYA 5em :


SEKIRANYA 0em :


Dah faham? Okey, lepas korang dah edit code tuu, mesti la kena save. Jangan lupa save sebab nanti korang sendiri yang merana. Wahaha, itu ajelah tutorial aku untuk hari ni. Anyway aku ucapkan selamat mencuba. Wassalam.

P/S : Untuk FULL VIEW, sila tekan ahe gambo-gambo tu. Sorry la sebab aku conteng-conteng gambo tuu secara tak kemas sebab aku in the middle of something. Haha. xDD


Sweet Header For You! xDD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai bulan, selamat malam yerk. Jam dah menunjukkan tepat pukul 12.30 tgh malam tapi abg aku belum lagi balik. Aku harap abang aku balik cepat dengan selamat. Hari nie aku asyik marah-marah aje. Kesian adik bongsu aku tuu - die jadi mangsa!

Bukan die terjadi mangsa tapi memang patut aku marah die! Bukan la ape, list mainan die hilang pastu suruh-suruh aku cari plak. Aku dah tolong die cari list tuu satu rumah, tapi tak jumpe. Dah tak jumpe, dia paksa-paksa aku plak. HAH! Jadilah aku harimau jadian sebab geram punya pasal!

Lantak la, tolak benda tuu ketepi kejap. Aku malas nak tulis cerita yang menyakitkan kepala aku. Haha, hari nie akhirnya aku berjaya jugak (hampir) menyiapkan header kawan aku yang sudah sekian lama aku berjanji pada dia.

Una, sorry erk sebab ambik masa nak buat header ko tuu. Aku terlalu takut kalo aku designed ko punya header tak lawa. Aku takut ko tak puas hati, sebab tuu la it takes a long time. Design aku yang sekarang nie pun tak kompem ko akan suke or tak. Tapi kalo tak suke, bagitau aku erk..? Nanti aku tukar.

Okep, aku bagi korang tengok sikit hasil kerja aku. Header Una nie aku belum siapkan 100% lagi. Cuma 75% aje yang aku baru buatkan. Kalo boleh, banyak lagi mende aku nak taruk sampai nampak "WOW!" tuu. Haha.


Tadaa!
Tapi tak cukup sempurna!
banyak agi yang aku tak siapkan.
Kalo nk FULL view, sila tekan gambar tuu.

Harap Maklum.


JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View