17.2.09

Kena Tagged Lagi - 09

The Rules:
It's harder than it looks.
Copy to your own note, erase my answer, enter yours and TAG 10 people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real.. nothing made up!
If the person before you had the same initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Have fun!


1/ What is your name?
Ameelia.


2/ A four letter word?
Adze. (kapak/beliung)


3/ A boy's name?
Ameerul.
(My lil brother's name..)


4/ A girl's name?
Ameera.
(my sister's name..)


5/ An Occupation:
Actor.


6/ A color :
Acetone.
(Ccecair tanpa warna)


7/ Something your wear :
Accurate outfit that should be wear tonight.
Haha.


8/ A food :
Anggur. Boleh diterima kan?
Makanan gak tu.


9/ Something found in the bathroom :
Air Panas..?


10/ A place :
Australia.


11/ A reason for being late :
Agoraphobia. Entah.
(perasaan takut pada kawasan Lapang)


12/ Something you shout :
Aiyohh!


13/ A movie title :
Armageddon.

14/ Something you drink :
Air masak aje.


15/ A musical group :
Alice Nine.


16/ A street name :
Abbey Road in London.


17/ A type of car :
Aston Martin.


18/ A song title :
All Stars by Smash Mouth.


19/ A verb :
Advertise.


20/ I Tag :

Husna.
Shaddy.
Zulaika.
Kak Nick.
Encik Bean.
Syaquost.
Kak Jiha.
Youeill.
Ajid.
Miyu.


P e l i k - Tengok blog Orang.

Salam. Aku suka ber-blogging. Memang suka yang teramat sangat becoz sometimes I can express myself. But, not too express sebab tak elok la kan kalau buka pekung di dada. Silap hari bulan tak ade siapa yang nak kawan dengan kita.

Ye la, sebagai contoh aku nak kasi, satu contoh la, ade la sorang mamat ni cerita secara terang-terangan pasal dia kena kurap. Aiyoh! Kalo ade orang cerita pasal benda macam tu, apa yang akan korang akan fikir? Dia pengotor? Korang rasa kasihan? Hah, tak tahu nak nak cakap ape? Kalau bagi aku, memang kompem, para wanita akan tolak dia secara terang-terangan. Sebab tuu la aku cakap - Jangan buka pekung di dada. Lebih baik kalau kita jadi secrecy berbanding terlalu bersikap telus.

Kadang kala, semakin hari setelah sekian lama aku menjelajah ke blog orang lain, makin aku rasa pelik..pelik dan PELIK. Ye la, asyik cerita pasal benda yang sama - tak nampak kelainan langsung la. Aku nie merantau sebab nak cari inspirasi dan kelainan untuk meningkatkan kualiti blog aku. Tapi semakin hari, semakin jauh aku merantau, none of them can satisfy me. Kalau nak cerita pasal kehidupan diorang pun, kadang-kala tak best jugak.

Haha, seriuosly then aku terfikir,

"kenapa pulak aku nak baca cerita aktiviti orang..?"

Nie..nie.. aku bukan nak mengata. I just express my opinion, okay? Bukan la apa, cuma kalau boleh la kan, kurangkan la sikit. Sama jugak lah macam aku sebelum nie. Asyik buat cerita pasal diri aku sampai last-last macam tiada privacy sendiri. Tapi bukan semua cerita aku cerita dalam nie. Banyak lagi benda aku tak cerita sebab aku lagi suka keep everything secret. Kisah hidup aku mahal woh! Hahaha.

Sebagai contoh la kan, macam korang cerita pasal masak, cerita la secara detail (kalau boleh) macam cara korang masak tu, bahan ke ape ke. Aku nie bukan la apa, aku sedar diri aku tak pandai masak (pengakuan terbuka) and sebab itu la aku tulis menda nie. Kalau korang cerita ape korang buat tambah lagi dengan bahan dan cara masak, semua orang dapat ilmu in the same time tak la ade orang rasa bosan asyik cerita benda yang sama.

Contoh macam blog member aku - Husna, Zulaika, kak Nickey and etc. - aku suka baca blog diorang sebab sometimes aku can provide information. Nie..nie, memang la diorang calssmates dan member aku dan aku tulis nama diorang nie bukan la sebab diorang member aku, aku puji-puji diorang. Aku puji bila aku rasa sesuatu benda tu berkualiti. Do you know what is the meaning of "quality"? Tahu kan? Bagus, tak payah la aku nak terang bagai nak rak.

Seriuosly, macam Husna punya blog kan, Aku suka baca blog dia sebab aku dapat information. Sebagai satu contoh, dia ada la cerita pasal Kamdar, aku suka baca cerita tu sebab dalam entry dia yang tu dia ade cerita pasal kegunaan kain. Seriously, aku memang buta pasal kain dan kegunaan setiap kain yang tersendiri. Memang aku tak tahu. Tapi selepas aku baca blog dia, aku tahu la pasal kain goyang inul. Kalau sebelum nie, "Kain goyang inul tu apa?". Memang buta betul!

Ade sesetengah blog ( aku tak nak cerita la blog siapa), cerita la dia makan itu, makan ini, kalo boleh satu kedai tu die nak taram setiap makanan dia. Aku pun tak tahu la apa jenis perut yang dia ada, tapi please la weh. Orang lain pun melantak, aku pun melantak, datuk, nenek, bapak aku dan kalo boleh aku nak cakap semua orang melantak dan bukan engkau sorang aje melantak. Do you understand? Paham? Nak aku cakap keling baru engkau nak paham? Yannadei!

Then ade plak insan yang suka mencarut. Dei! Pantang betul laa aku bila orang mencarut nie. Elok-elok aku baca dengan niat yang baik dan nak tahu cerita pasal apa, tanpa angin tanpa hujan keluar pulak perkataan sensored-sensored! Ceit! Runsing la weh! Adik aku kat rumah pun kena sekeh dengan aku sebab mulut tak ade insurans asyik mencarut aje.

Aku boleh terima kalau korang tulis ayat maki macam; bangang, bengong, jamban, tenuk, mangkuk and etc. Tapi aku memang tak boleh terima la kalau orang kaki mencarut nie. Seriously, bila aku jumpa entry yang banyak mencarut, memang aku "GAGAL" kan terus dan jangan harap la masuk lagi dalam tuu.

Dah la, malas aku nak membebel panjang-panjang. Aku komen ni bukan la apa, cuma aku dah mula naik muak asyik tengok benda yang sama aje sepanjang perantauan aku. Secara kesimpulannya aku boleh buat, ramai golongan blogger malaysian nie macam kurang creative dan pemikiran yang tidak boleh berfikir secara out of the box - ayat Sir Kumaran (Cikgu Sejarah aku). Seriously, aku boleh cakap, tidak kiralah korang pelajar Universiry atau bukan, aku boleh nampak pemikiran rakyat malaysia hampir sama.

Aku tahu, maybe ada diantara korang (yang baca entry aku yang nie la) akan mempersoalkan:

"Nie blog aku, sukahati mak bapak aku la aku nak buat ape. Yang ko sibuk tu ape ke halnya pulak?? Cerita ko tu pun bukan bagus sangat!".

ARGH! Lantak sukahati aku la aku nak buat ape - nak komen ke nak kritik ke nak menghina blog orang. Dah ni nama saja blog aku, aku pun ada hak. Macam jawapan korang jugak kan..? Entry aku nie sekadar nak mengomen saja! Kalau aku komen secara terang-terangan di blog orang, tak pepasal kena pangkah balik! Lagi la dasyat, kan? Terutama kepada insan yang sukar unutk menerima kritikan akibat ego yang terlalu tebal dalam diri.

Kritikan aku ni jugak sekadar kritikan biasa. Tidak diitujukan pada mana-mana pihak. Tapi kalau ada hamba Allah yang terasa, aku cuma boleh katakan,"siapa makan cili dia yang terasa pedasnya." Jadi, fikir-fikirkanlah. Aku pun sedar aku nie bukanlah blogger yang baik, dan sebab itu la aku cuba menjadi yang terbaik dengan cuba mencari dan mengatasi kelemahan blog aku - dengan niat untuk kebaikkan bersama. Betul apa, kan?

Kelemahan blog certain Malaysian;
- Terlalu banyak menceritakan hal privasi sedangkan mereka lebih patut menceritakan something yang boleh memberi manfaat pada orang lain.
- Kurang nasihat, banyak bercakap.
- Tak ada kreativi, blog berserabut.
- Cerita benda yang sama, tidak cuba buat perubahan.
- Bahasa yang digunakan mungkin akan mengelirukan certain pembaca. Think about the reader sebab blog nie orang baca. Bukan engkau sorang saje yang baca.
- Terlalu terikut-ikut blog orang lain sampai tidak mempunyai personaliti yang tersendiri.

Dah la, sampai sini aje la aku listkan kelemahan-kelemahan blogger malaysian. Sebelum aku mengundur diri, aku mohon maaf sekiranya aku terkasar bahasa dan membuat sesiapa daripada readers aku terasa hati. Sekali lagi aku menekankan, aku nie bukanlah blogger yang baik juga kerana aku pun baru saja menjejakkan ke dunia blogging nie baru setahun. Bukan alasan, tapi hakikat. Walau bagaimana, aku masih mencari jalan untuk meningkatkan kualiti blog aku.

Anyway, sampai sini aje la. Wassalam.

16.2.09

S o r r y .

Sorry. Gomenne. Mintak Maaf. Tiga Bahasa aku gunakan untuk memohon maaf pada kawan aku - Ali Imran bn. Idris. Sorry la erk. Aku busy. Kerja Bapak aku pun aku tak siapkan lagi.

Conversation yang buat aku rasa sebersalah.

Celkee says:
Ameelia-chan!

Celkee says:
SUPER BEAR ATTACK!

Celkee writes:
(celkee lukis sendiri kat IM)

Celkee says:
Away balik plak dia.

ameelia says:
awwww~

ameelia says:
cute!!!~

ameelia says:
xDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

Celkee says:
^_^

Celkee says:
Aku lukis cam bangan pon hang kata cute?

ameelia says:
THANK YOU~ xDDD

ameelia says:
erk..?

ameelia says:
Comel laa

Celkee says:
Hahaha.

Celkee says:
tengkiu2

ameelia says:
you're welcome

ameelia says:
^_^

Celkee says:
Lia-chan, busy ke tak hari ni?

ameelia says:
busy

ameelia says:
nape..?

Celkee says:
uuuuu....

Celkee says:
=(

Celkee says:
Takpe, saje tanye.

Celkee says:
Bebila tak busy chat la ngan aku, ye?

ameelia says:
hahaha

ameelia says:
yer..

Aku jugak nak mintak maaf pada Muhammad Husaini sebab akak tak dapat nak online unutk 2-3 hari nie sebab busy. Sorry sesangat laa. Nanti kalau kerja akak dah siap, kita sembang laa.


T e r i m a .


"Ame, cubelah suke orang yang suka pada kita."

"Lebih baik kita hargai insan yang suka kita, dan bukan insan yang kita suka."


Insan yang paling rapat dengan aku selalu berkata begitu pada aku. Mungkin sudah tiba masa aku buka hati aku pada orang yang betul-betul perlukan aku. Sebelum ini, aku susah untuk menerima orang yang suka aku - sebab aku tak suka la. Tak kiralah dia kawan atau bukan. Mungkin, sekarang nie aku perlu buka hati aku sikit - terima orang yang betul-betul perlukan aku.

Cerita lama, biarlah tinggal sejarah. Kalau boleh, biarkan ia menjadi debu yang ditiup dek angin, hilang dari pandangan kita terus agar peristiwa lama tidak diingat semula.

Aku tak tahu sama ada aku masih belum terlambat atau tidak, tapi selagi aku hidup, aku akan cuba untuk membuka diary hidup yang baru. Aku juga perlu ubahkan diri aku dan kali nie aku akan pastikan aku tidak akan jadi manusia yang lemah.

Ini hidup aku. Akan aku sendiri yang berusaha menentukan.

Dan bakinya - aku tawakal pada Allah S.W.T.

Wassalam.

Happy Birthday Sayang xDD

Salam. Entry kali nie dituju khas untuk sahabatku yang paling aku sayangi;


Nurul Husna bt. Tajuddin.

16th February, 2009.

Happy Birthday Dear.

Photobucket

Aku doakan ko semoga murah rezeki dan panjang umur.

Aku juga doakan semoga ko bahagia di dunia dan di Akhirat.

Amin.

Wassalam.

P/S :
Thanks for calling yesterday, dear.
I really appreciate it so much. ^_^


JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View