13.2.09

B - U - S - Y - Banyak Kerja!

Okay, mungkin lepas ini aku mungkin akan kurang online. Sebab ade kerja la. u know, kerja? kerja? Haha, aku dikehendaki menolong bapak aku melukis illustrasi untuk progran Addmath di sekolah dia. Adeh, macam mana erk? Aku sekarang ni pun tak ada idea nak lukis ape. Idea nak susun character atau objek pun tak ade idea. Kira otak aku ter-block sekarang nieh!

Aku nak design banner forum untuk member aku pun tergantung! Ye la, dah nama idea aku terblock, nak buat macam mana. Aku pelik jugak, die nak banner tapi dia tak habaq pulak size header tu dia nak size berapa. Yerla, header or banner nie macam-macam size ade; 800x300, 900x400 and etc. Korang bayangkan la. Aku dah send message, tapi entah la dia tak reply-reply pulak.

So, kesimpulannya aku mungkin jarang online YM ataupun menda lain sebab aku nk tumpukan kerja aku dulu. That's all. Wassalam.

Justin Timberlake Ft. Zizan [Raja Lawak] - Sexy Back

Salam. Hari nie sepanjang hari melekat kat depan screen komputer. Kalo letih, aku merehatkan diri aku. Aku tak tahu la, kebelakangan ni aku rasa macam letih sangat la. Kalau cakap pasal kerja, aku nie bukan la buat banyak kerja. Tapi entah la, rase macam nak sakit sekarang nie.

Malam nie aku telah menonton Raja Lawak season 3. Aku rase Musim Raja Lawak yang sekarang nie macam dah bosan pun ada. Peserta-peserta tuu sudah mula nampak kekeringan Idea nak buat lawak. Ye la, bukan senang nak buat lawak, lebih-lebih lagu nak buat orang ketawa. Buat orang menangis lagi senang berbanding nak buat orang ketawa.

Kalau tak percaya, korang pergi la maki mana-mana orang yang lalu lalang kat depan rumah korang tu, kompem ade orang akan menangis atau kalau tak menangis pun mesti dia akan kasi pelempang pada korang. Tak percaya? Aku cabar korang buat.

Okay la, kita sambung balik cerita. Macam ini la, aku tetiba aje rasa rindu gila kat Raja Lawak Season 1, so oleh sebab aku nie peminat Zizan (dan juga Nabil) aku pergi la tekan nama Zizan kat search youtube. Entah tetiba, aku nampak satu video nie di-edit oleh Encik Suhaimme - Sexy back - Justin Timberlake ft. Zizan.

Haha, aku rase kelakar gila, terutama raut wajah Zizan dalam video tu. Haha, memang best la.


12.2.09

Valentine's Day konon...

Seperti yang korang tahu la, Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day, telah pun diharamkan disambut oleh umat Islam kerana ianya seumpama kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

huhu, entry aku kali nie mungkin akan menyakitkan mana-mana pihak. Jadi, sebelum membaca, sila baca "ATTENTION" tu dulu.


ATTENTION!! :
Entry aku kali ini ditujukan kepada insan yang beragama islam tetapi masih mahu menyambut hari kekasih.

Aku pelik la. Anak-anak muda sekarang nie punya la gila-gila menyambut hari Kekasih. Yang paling buatkan aku rase nak gelak ialah bagi diorang itu merupakan hari yang istimewa buat si kekasih. Yang aku pelik, takkan bila nak tiba hari valentine, baru la nak menghargai kekasih? Hari-hari lain tak nak buat ke..?

Kiranya korang yang menyambut sambutan tuu akan menghargai kekasih sekali dalam setahun? Are u insane? Setahu aku la, sebab aku perempuan, perempuan nie kalau boleh sentiasa mahu rase dihargai dan disayangi. Are you sure about that..?

Yang paling aku nak rase makin pelik ialah bila anak-anak muda kita nie lebih menekankan hari kekasih daripada hari ibu dan Hari Guru. Hello? Sape yang paling penting sekarang nie? Dua Insan nie la yang telah banyak membantu kita, tapi anak muda pula lebih mengutamakan benda yang tak penting - kekasih hati la (konon).

Sorry la kalau entry aku nie mungkin menyakiti hati memana pihak. Well, macam aku dah cakap tadi seperti mana di atas - dituju khas kepada umat islam yang akan menyambut hari valentine. Seriously, korang memang kena bukak mata luas-luas, okay?

Dah la, aku malas la nak tulis pepanjang. Kang tak pepasal kena penangan saman atau penampar dari mana-mana pihak. Haha, kalau ade orang buat macam tuu, memang sah la manusia yang sangat emotional dan tidak rasional kerana membiarkan perasaan mengawal akal.

That's all for now, wassalam.

Kena Tagged Lagi - 08

I have been tagged again by my dear friend - miss Zulaika. Huhu, thanks for tagging me. Aku rase aku buat tag nie kejap aje kot. Haha.

Person who had tagged me : Zulaika Binti Ibrahim.

Yoshh! Jom kite taram!

Honestly,are u in love right now..?!
Nope.


Honestly,what's going on in your mind right now..?!
I have been thinking lots of things and that's secret.


Honestly,what are u doing right now..?!
Listening to music.


Honestly,what u did today..?!
Doing house chores.


Honestly,do u think u are attractive..?!
I don't think so.


Honestly,have u done something bad today..?!
Yes.


Honestly,do u watch disney channel..?!
hurm, sometimes kalau ade cite best la.


Honestly,are u jealous on someone now..?!
Aku jelous dengan ramai orang. Jadi, ade masalah?


Honestly,what makes u happy all the time..?!
when seeing people smiled with joy.


Honestly,what do u want to see at this very moment..?!
I want to see my future - Only if Allah will me to see them.


Honestly,do u have a deep dark secret..?!
Yes and lots of them.


Honestly,do u hate someone right now..?!
I'm not sure about it.


Honestly,what do u wanna hug right now..?!
My best Friend - Una.


Honestly,do your wrist hurt..?!
nope coz I don't attempted to kill my self.


Honestly,are u in denial..?!
Nope


Honestly,is it easier to talk in Myspace than in person..?!
Depends. If a girl that you're talking about, macam makan kacang la.
Kalau laki, sayonara dan selamat jalan romeo aje la. (malu la)


Honestly,does anyone like u..?!
My family and My dear best Friends.


Honestly,is it going anywhere with them..?!
Hurm, depends. Kalau ade jodoh, aku nak kuar jalan-jalan dengan Una.


Honestly,do u answer this question correctly..?!
Maybe, coz there are certain questions that makes me blurred with em.


Aku tuju tag nie kat Ajid!

WAHAHAHAA!

*evil laugh*

Hebat ke tak Hebat, Semuanya Same Je!

Facebook, Myspace, tagged, Friendster, Multiply, and etc.

Adoi la, aku tengok sekarang nie ramai orang buat account di website seperti tertera di atas. Ade jugak yang mengangung-agungkan certain daripada website di atas tuu. Aku bukan la ape, aku dah jadi pun member kepada semua account tersebut. Member pun ramai, selalu jugak la bersembang and online , tapi entah la, aku masih beranggapan semua itu biasa sahaja.

Ade jugak statistik yang menunjukkan facebook lebih best daripada myspace dan friendster. Sebagai bukti statistik tersebut, setelah beberapa seketika aku menjinakkan diri aku di website facebook, aku mula sedar myspace dan friendster sudah mula menambahkan benda baru - applications, dimana ianya sama juga seperti Facebook.

Hurm, tapi la kan, bagi pendapat aku la, semua benda tuu tak adelah menarik mana. Facebook ke, myspace ke, friendster ke, tagged ke - SEMUANYA SAMA! Aku sampai sekarang tak jumpa anything that can entain me. Kalo entertained pon, cuma sementara, bukanlah selama-lamanya. Bukan itu sahaja, makin lama aku jadi member semua site tu, aku makin rase bosan!

Entah la, tepuk dada, tanya selera. Bukan itu saja, rambut sama hitam, hati laian-lain. Bukan semua citarasa ataupun cara berfikir itu sama dari certain individu kepada individu lain. Lain orang, lain cara dia berfikir. But, for my opinion la kan, biase aje semua menda tu.
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View