Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

1.3.09

Wanna Look Hot ?

Siapa kat sini kaki tengok TV..? Cepat..cepat..mengaku! Haha, aku nie bukan la kaki tengok TV tapi setiap kali aku tengok TV, mesti ade iklan shampoo clear. Seriously, aku suke iklan tuu - especially bila ade Nicole Scherzinger dalam tuu. Siot wehh, Nicole nampak hot gila. Haha, aku tengok pun naik tergudasss~ Hahaha



Bukan la ape, aku tergoda dengan keyakinan dan karisma dia dalam iklan nie. Kalau korang tengok dia betul-betul, muka dia betul-betul mengamcam hati. Memang tak boleh dinafikan dia cantik, tapi ade orang lain lagi cantik dari dia tapi kenapa tak nampak hot macam dia?

Semua tuu adalah sebab self confidence and karisma seseorang. Kalau korang yakin dan ade karisma yang cukup hebat, sesiapa saja tengok korang mesti cair punya - walaupun korang tak ade rupa sekalipun especially bagi kaum adam.

Aku ade persoalan sikit. Dalam iklan nie, mana ade Nicole pakai baju sexy smexy, kan? Sekadar nampak rambut aje kan? Tapi kenapa dia masih nampak hot? Kalau tengok perempuan di Malaysia yang pakai baju separuh bogel tuu, masih tak nampak hot macam Nicole? Perempuan yang tunjuk badan tu pun cantik, bukan tak cantik. Tapi kenapa masih nampak biasa?

Aku nak buat sikit perbandingan antara artis Malaysia dengan Amerika. Contoh aku nak ambik cerita pasal Fasha Sanda. Fasha Sanda tuu cantik kan? Fasha Sanda selalu jugak tunjuk badan dia tapi kenapa jugak mesti Nicole yang berjaya buat aku tergoda dengan ke-hotness-an dia? Kenapa Mesti Nicole Scherzinger yang buat aku terguda??

Okay, aku nak tambah lagi persoalan. Antara Fasha Sanda dengan Nicole, sape yang lagi cerah kulitnya? Fasha Sanda, right? Walaupun begitu, kenapa Nicole lagi nampak hot berbanding dengan Fasha Sanda?

Bagi pendapat aku la kan, nak nampak cantik nie bukan saje dari luaran, tapi dalaman pun main peranan. Nak nampak hot macam Nicole tuu pun tak perlu jugak pakai baju seksi, sebab seksi nie tak ada benda sangat la. Aku ingat lagi sensei Imran persoalkan satu soalan nie kat aku. Dia tanya la :
Kenapa ada perempuan tu pakai baju seksi pun masih tak nampak hot?
Hahahahahahahahahahahaha XDDD

Siot betul, tapi aku setuju jugak dengan persoalan dia tu. Ade orang pakai baju seksi separuh mati aku tengok, tapi masih tak nampak hot. Kalau korang pakai tudung pun boleh mampu nampakkan korang tampak HOT. Seriously, aku cakap betul.

Well, nak nampak hot nie bukan senang. Dalaman dan luaran sangat penting - BUKAN LUARAN SAJE!


Wanna Look Hot dalam mata Masyarakat?
Well, tips nie aku reka and buat sendiri. Bukan la daripada hasil temu ramah dengan Nicole Scherzinger. Cara aku nie bukan sekadar nampak hebat pada luaran, tapi turut menekankan aspek dalaman - seperti kehebatan isteri Rasulullah, Khadijah dan Aishah. Hebat kan? Haha. Ape-ape pun, this will be my tips. Terbahagi kepada dua - dalaman dan luaran.


Aspek Dalaman :

1 - Keyakinan diri korang mesti utuh, tapi jangan sampai riak dan perkecilkan orang lain.

2 - Niat dalam hati bukan kerana nak dapat perhatian, tetapi mahu dihormati.

3 - Jaga maruah dan harga diri. Tunjuk sikit korang mahal. Kalau ade orang laki cuba mengorat korang, buat macam tak ade ape-ape berlaku - atau buat tak layan. Kalau diorang cakap korang sombong, selalunya sebab dia kantoi. Sebab tuu dia label korang macam tu.

4 - Bersikap tenang dan matang. Kalau boleh, korang mesti pandai handle keadaan.

5 - Kebijaksanaan nie penting jugak, sebab kalau korang tak bape nak pandai, orang akan cakap :
"harap muka aje cantik, tapi bodoh."

6 - Hati kalau boleh mesti baik punya. Buat kerja dengan ikhlas dan komited. Kesanya, orang akan respek korang dan hasil kerja korang. Ade beza antara kerja bagus dengan cincai.

7 - Hormati orang lain dan jangan sama sekali biadab.

8 - Pandai berkata-kata. Masa bercakap, mesti guna akal, bukan main cakap. Kalau korang tengah marah, lebih baik diam dan cari jalan untuk tenangkan diri. Kalau korang bercakap dalam keadaan marah, mesti korang akan cakap sesuatu yang kurang menyenangkan untuk didengar kan? Senang cerita, kalau marah pergi cepat-cepat ambik air wuduk.

9 - Setiap manusia ade kelemahan. Kelemahan kita bleh diatas, jadi atasi kelemahan korang. Contoh, kalau korang kuat marah, maybe next time kurangkan marah. Kelemahan nie bukan boleh dibuang dalam diri kita, tapi ianya mampu untuk diatasi. Kalau kurang ilmu, perbanyakkan membaca atau mengkaji sesuatu.

10 - Nie yang paling penting - Solat. Sesungguhnya solat mampu mencegah diri kite daripada melakukan kemungkaran. Bukan itu sahaja, semua yang berlaku pun atas izin Allah. Kalau korang berusaha nak jadi hot tanpa keizinan Allah SWT, usaha korang mungkin susah untuk digapai. Plus, dengan solat juga, mampu menonjolkan segalanya seperti rupa seseorang itu akan nampak lebih berseri.

11 - Seriously, korang jugak mesti hebat dalam menjadi seorang wanita. Mesti pandai memasak, menjahit dan menguruskan rumah. Kalau lepas semua nie, kompem ramai orang respek sama lu. Haha.

12 - Murah dengan senyuman. Urm, jangan banyak sangat pulak, takut orang cakap korang tak betul pulak. Kalau boleh, bila bercakap dengan orang tuu, time tuu la paling penting untuk sedekahkan senyuman. Bukan itu aje, senyuman tuu jugak seperti senaman otot muka. Kalau kerap senyum, insyaAllah awet muda nanti. Plus, senyuman juga mampu membuatkan orang lain gembira.


Tips untuk tambah seri muka :

1 - Selalunya mesti solat sebab time tuu kite mesti kerap mengambil air sembahyang, kan? Kalau bagi yang uzur, korang boleh amalkan cara macam nie :
(a) Baca salawat tiga kali sambil menadahkan air di tangan (macam ambik air wuduk tuu).
(b) Then, sapukan air yang korang tadah tuu kat muka korang sebanyak 3 kali jugak.

2 - Minum air masak sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur. Amalkan bende nie.

3 - Perbanyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau boleh, amalkan makan buah-buahan di awal pagi. Sebab ade orang amalkan benda macam nie sampai muka die awet muda.


Aspek Luaran :

1 - Oleh sebab ianya luaran, penampilan memainkan peranan. Korang tak perlu pakai baju branded la untuk tampak hebat. Kalau boleh, pakai la baju yang nampak sesimple boleh tapi tampak kemas. Yang penting ialah kemas (smart) dan up-to-date.

2 - Tak pakai seksi pun boleh nampak hebat. Kalau pakai tudung dan baju kurung pun masih boleh nampak hebat. Cuma, ade sesetengah mentaliti kurang bijak menganggap sesiapa yang pakai baju kurung ialah orang ketinggalan Zaman. Aku rase orang macam nie dah macam tak ade jati diri dan sama sekali teruk sungguh. Kalau ade orang macam nie, sila reject aje dia tu - SEBAB DAH LUPA BUDAYA MELAYU!

3 - Make-up nie satu kes jugak la. Huhu, aku syorkan la pakai mekap nipis pun dah nampak cantik bagi aku. Aku tak bape suka tengok orang pakai mekap tebal-tebal sebab nampak sangat cantik yang tak natural.

4 - Cara bercakap - antonasi suara mainkan peranan. Cakap dengan antonasi biasa tapi matang. Kalau boleh, cakap dengan penuh keyakinan dan jangan teragak-agak
.
5 - Reaksi muka jugak main peranan. Tegas, tenang dan berpendirian tetapi masih kelihatan peramah. Nak contoh, tengok reaksi muka Nicole semase dia cakap dalam iklan tuu.

6 - Perangai main peranan jugak tau. Kalau korang buat perangai comel, korang akan kelihatan macam budak-budak. Kalau korang bersikap matang dan tenang, korang akan kelihatan hebat, insyaAllah dengan izin Allah SWT.

7 - Okay, bab muka pulak. Muka tu kalau boleh mesti bersih dari sebarang jerawat la. Sebab, kalau ade jerawat, korang akan rase kurang keyakinan diri kan? Jadi, aku nasihatkan korang jangan makan sangat benda yang berminyak. Ataupun , boleh dapatkan perkhidmatan pakar kecantikkan kalau nak atasi masalah jerawat yang lebih efisyen.

8 - Reaksi spontaneous. Sekiranya korang ade tersalah buat sesuatu atau terjatuh, buat bodoh dan anggap tak berlaku ape-ape. Kalau ade sakitkan hati orang tu, lain cite erk. Spontaneous kat sini ialah keadaan dimana bila korang terjatuh ataupun korang tak tahu atau tak terer dalam sesuatu kebolehan tu, buat reaksi biase. Contoh kalau korang tak reti menyanyi dan suara sumbang, gelak dengan member pasal benda merapu tu. Yer la, bukan semua orang ade suara sedap, kan? haha.

9 - Beramah mesra. Kalau korang nie orang kenamaan katekan, ramah dengan tetamu ke, wartawan ke. Kalau orang biasa, beramah mesra la dengan member atau orang yang baik dengan korang walaupun tak kenal. Sekiranya dengan laki, kalau boleh kawal keramahan kite sebab kite nie perempuan. Kalau terlalu ramah, mungkin akan timbulkan kontroversi.

10 - Bersikap biasa dengan semua orang. Walaupun hebat, tidak bermakna korang perlu berlagak. Ade sesetengah individu nie nampak hebat tapi belagak. Last-last kena label kerek. Jadi, untuk mengatasi masalah macam ini ialah, bersikap bersahaja dan simple bila berinteraksi dengan orang dimana buatkan orang tersebut selesa dengan korang. Kesannya, nanti ade orang akan cakap,"dari luaran dia nampak hebat tapi bila kenal betul-betul, dia nie sangat simple." Bila dah ade orang cakap macam tu, orang ramai akan lagi senang dan selesa bergaul dengan korang. Senang cerita, tanamkan sikap Zuhud. (Zuhud - merendahkan diri walaupun beliau seorang yang hebat, berkebolehan tinggi dan maybe terkenal.)

Haha, itu la tips aku. Saje nak kongsi sikit dengan korang. Ape-ape pun, korang tekankan lah aspek dalaman sebab dalaman itu sebenarnya yang mencerminkan siapa kita. Kalau dalam baik, maka luar pun baiklah. Maksud aku aspek dalaman ini ialah akhlak dan iman. Ade sesetengah individu yang dilahirkan kurang pada luaran, tapi dalaman dia bagus sangat. Kesannya, orang masih suka dan tertarik pada dia kerana faktor dalaman dia. Kalau rupe aje cantik, tapi perangai 1001 masalah, memang ramai orang larilah jawabnya. Jadi, takkan kemana jugak, kan?

Sebenarnya, aku dapat tips-tips nie hasil dari pemerhatian dan pembacaan aku. Jadi, ade certain things dalam itu adalah fakta dan ade yang ikut kefahaman aku. Kalau korang nak tambah tips korang, boleh jugak sebab boleh kongsi ilmu sama-sama, kan?

Sampai sini sajalah. Sekian dan wassalam.

P/S : Penjagaan penampilan akan membentuk keyakinan diri seseorang. Diingatkan jugak suaya anda tidak melupakan aspek-aspek penting yang lain. Harap maklum.

8.11.08

Tips hilangkan stress

Topik kite hari nie "Tips untuk hilangkan stress". Kadang kala ujian daripada Allah datang tanpa diundang dalam hidup dan ianya kadang kala ada sampai yg membawa kesan kepada diri seperti Stress. Jadi, ade beberape tips untuk anda untuk hilangkan stress. Kalau nak tahu tipsnya, sila laa bace di bawah! XD


Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Tarik nafas dalam-dalam.
Ok, ingat, nie cara yg pertama. Tarik nafas dalam. Hah, kenapa erk kalo kite stress kena tarik nafas dalam2?? Senang jer, sebab mase kite dalam keadaan stress, tekanan darah kite tidak berapa stabil. Bukan tekanan darah aje tidak stabil, tapi oksigen dalam badan pon ape lagi, dh macam lintang-pukang! Jadi, dengan menarik nafas dalam2, denyutan kite akan kembali tenang dan normal, sekali gus tekanan darah kite juga akan kembali seperti biase.

Beri waktu diri Anda untuk beristirahat.
Pernahkah anda yg sedang mengalami stress merasa tekanan pada bahagian otak mahupon kepale?? Hurm, to be honest, saya pon x bape tahu sangat kenapa kite sakit kepala mse kite stress tapi kalo nk hilangkan sakit kepala tuu, tido aje la. Kalau tak tido pon, anda boleh jugak pergi keluar jalan2 makan angin. Tapi takpayah laa keluar lama2, keluar dalam 5-10 minit pon dah cukup. Masa anda keluar hirup udara segar dan sambil menikmati cahaya matahari, tenaga anda akan meningkat serta anda akan berasa lebih bertenaga sikit.

Gelak dan senyum
Hah!! Gelak-gelak nie laa yang paling best antara semua! Hehehe, betul, kaedah nie laa yang paling berjaya and memang anda tidak akan menafikan keberkesanan nyer! Mase anda sedang mengalami tekanan, emosi anda terganggu dan mungkin anda akan memarahi orang tanpa anda sendiri sedarinya. JADI, dengan ketawa@senyum, semua rasa marah akan hilang dari lubuk hati anda dan sekali gus anda dapat merasakan semua masalah anda hilang sekelip mata. Jadi, gelaklah banyak2 yerk! XD Tapi jangan laa pulak gelak lebih2 sebab orang kate kalo gelak lebih2 ni nanti ilmu banyak keluar..huhu..

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".

Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Tips Selepas Break Off

SALAM. Actually, nie bukan laa aku yang tulis, tapi entah dari sape aku dapat. Oleh sebab aku kekurangan bahan untuk blog aku, aku copy and paste aje laa tips nie dalam blog aku nie. Anyway, selamat membaca! =)

Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.

1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya.

3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

6. Buang hadian-hadiah pemberian si dia - Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si dia. Dan satu lagi kalau si-dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu kot..hihi.;-P

Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda.

Sekian.

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View