Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

27.2.09

Oh, Tok Janggut!

Assalamualaikum. Aduh, sekian lama aku tak pergi sekolah, semakin rase rindu pulak especially kat budak-budak junior yang baya adik aku. Haha, aku nie umur aje tua, tapi aku rase lebih senang berdamping dengan budak-budak berbanding orang dewasa.

Orang selalu cakap, kalau orang yang berdamping dengan budak-budak nie kebanyakkanya tak berapa nak matang cara pemikirannya. Tapi, aku tidak sama sekali bersependapat sedemikian. Kalau difikirkan secara logiknya, aku lagi seronok bergaul dengan budak-budak ialah kerana sikap diorang yang spontan dan suka buat lawak.

Mungkin itu jadi salah satu faktor menyebabkan adik aku rapat dengan aku. Walaupun kami kadang-kala (agak selalu jugak la) bergaduh, tapi tak pernah pulak sampai 2-3 hari tak cakap.
Dalam 3 jam, baik la. Hahaha, entah la maybe sebab we take everything secara baik.

Aku nie jenis agak serius, dan tidak memerlukan lawak yang palsu untuk buat aku gelak. Korang buat lawak simple, makin aku suke gelak. Kalau lawak bodoh atau tengin, sayonara aje la!

Pengalaman mase form 5 dengan mengenali budak-budak form 1 kat skolah aku memang best sangat. Aku nie selalu tumpang kelas 1 Ceria sebab nak tunggu bapak aku. Bapak nie selalu aje kuar lambat. Entah ape bende dia buat aku pun tak tahu.

Jadi, oleh sebab aku tumpang kelas adik aku (kelas 1 Ceria tu la), aku cuba kenali and sembang sekali dengan budak-budak dalam tu. Hahaha, best dan memang best. Sikap peramah diorang dan suka buat lawak tuu selalu buat aku tersenyum. Aku dapat rasakan tension aku selepas belajar hilang sebaik saje bergurau senda dengan budak-budak tuu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun aku nie jauh lebih tua daripada diorang, tapi diorang dapat terima aku tanpa segan silu. Siap tanya aku macam-macam soalan - Sejarah la, agama la, itu la ini la sampai kes mengata orang pun diorang berkongsi dengan aku tanpa segan dan silu. Hahaha xDD

Aduhh, manis sungguh kenangan dengan diorang. Hari tu, adik aku bagitau la yang mereka buat satu sajak khas untuk Tok Janggut. Oleh sebab cikgu tak masuk, bukan main enjoy diorang reka sajak. Diorang nie memang suke sejarah dan most of them memang rajin study. Haha. Mayeb sebab tu kot sampai buat sajak..? Entah la. Haha.

Korang baca la sajak diorang yang merepek merapu nie. Aku baca banyak kali pun tak kering gusi. Asyik gelak aje. Haha, ape-ape pun, memang ade semangat cintakan Tok Janggut laa - terlebih cinta pun ade sebab kedengaran macam sajak cinta sejati pun ade. Aduuyaii~


TAJUK : Oh, Tok Janggut!
DIREKA : Wan Aishah & Umi Aishah.
ANTONASI : lagu Owh Fatimah.

Oh, Tok Janggut
Kaulah jantung hatiku,
Ku sanggup renangi lautan api,
akan ku petik bintang dilangit,
hanya untuk mu.

Janggutmu menawan hatiku,
sehingga terbawa dalam lenaku,
hidungmu yang penyek,
ketinggianmu yang pendek,
matamu yang sepet,
Telingamu yang capang,
seperti piring astro,
Oh Janggutku.

Janggutmu, janggutku juga,
Foe ever-and-ever,
Until when-when.


P/S : Sila menyayikan sajak nie dengan menggunakan rhythem lagu Owh Fatimah sambil menari-nari tak tentu hala untuk mendapat result yang lebih baik. Harap maklum.

INFO KHAS DARIPADA : Adik ku - Yana. Hahaha xDD

STATUS SEMASA MENAIP SAJAK : Gelak macam orang tak betul.

Sekian dan Wassalam.

18.2.09

5 Pengalaman Paling Cuak - #1 Abang Guard.

Dalam hidup korang mesti ada pasang surut, kan? Gembira, sedih, gila, nyanyok dan seangkatan dengannya - tambah-tambah lagi cerita yang paling cuak dalam hidup korang. Hari ni aku nak berkongsi sikit pasal pengalaman paling gila aku. Seriously, aku rase takut tambah rasa nak gila aje time benda nie melanda.

Seriously, nie pengalaman masa aku form 5. Dalam form 5 nie macam-macam berlaku dalam hidup aku dan perkara yang terjadi nie pun banyak mengajar aku tentang sesuatu. Ada la suatu hari nie, aku kena balik lambat sebab aku nak study kat sekolah aje. Aku malas nak balik cepat sebab aku nie bukan selalu belajar kat rumah. Aku lebih suka belajar kat sekolah. Kiranya aku tak boleh fokus kalau belajar dirumah. Aku dah pun memberitahu pasal aku nak study tuu kat bapak aku, jadi dia akan ambik amku dalam pukul 5.00 petang.

Masa tu, aku study la dengan sorang member aku, non muslim and indian - Sugunia. Kitorang dua orang aje dalam kelas tuu, so memang sepi laa kan. Study punya study, sampai satu tahap aku terasa letih sangat dan membuat keputusan untuk tidur. Oleh sebab aku tengok si Sugu tuu macam khusyuk dan tak mengantok, aku mintak la dia kejutkan aku dalam 3.45 petang; sebab nak sambung balik study.

Tido..punya..tido..tetiba aku rasa macam perasaan tak sedap hati - didatangi oleh suara seseorang (lelaki) yang memangggil "awak.." ke arah aku. Aku ingat aku masih bermimpi tapi entah macam mana, aku terus membuka mata aku tanpa sebarang sebab - automatik. Seorang abang Guard depan mata aku. Astaghfirullah!

Keadaan menjadi sepi. Dia tengok aku, aku tengok dia. Memang aku terkejut gila time tuu. Lidah aku terkelu dan tak tahu nak cakap apa sebab memang dah cuak gila weh! Bayangkan la, korang tido secara menyandar atas kerusi kayu dan ada orang tengok korang tido - LELAKI pulak tuu!

Kalau abang atau bapak aku tak ape la gak, nie orang yang tak ade kaitan dengan darah daging aku tengok aku tido. Kalo korang la, ape yang korang rasa..?? Aku dah start pikir lain-lain dah dan abang guard yang tengok muka aku yang macam lain macam tuu pun dan rase lain macam. Huhu, rase sebersalah agaknya. Haha.

Kemudian abang Guard tuu bersuara;

"Hurm..saye nie nak kunci pintu, awak nak balik ikut mana..?"

"saye balik ikut jalan belakang..."

"Urmm..nanti kalau nak balik bagitau sebab senang sikit saye nak kunci pintu nanti.."

"ok....." (dalam keadaan blur sebab baru bangun tido..)

Huhu, buat macam tak ade pape plak, jadi aku pun bagi respons yang positif. Malas nak pikir bukan-bukan pasal orang sebab tak elok la. Selepas aje abang tu blah ke pondok jaga (pondok security la tuu) aku pun cepat-cepat kemas barang sambil melihat jam tangan aku. Ya Allah! jam sudah menunjukkan 4.45 petang! Kelam kabut aku kemas barang time tuu. Dalam-dalam kemas barang tuu, boleh lagi aku terfikir;

"Aku tido macam mane la tadi..? Aishhh! Malu betul! Menyesal tak tido secara tutup muka atas meja..."

Then, aku tefikir, mana pulak si Sugunia nie? Pergi tandas ke..? Atau dah balik rumah?? Dia tak kejutkan aku ke..? Alhamdulillah, terjawab jugak soalan aku pasal Sugunia tuu. Masa aku kemas-kemas barang tu, tetiba aku nampak surat daripada Sugunia atas meja aku. Dia tindihkan surat dengan buku, mana la aku nak nampak. Dah kemas separuh mati, baru la nampak. Surat dia berbunyi macam nie;

"Amy, aku balik dulu yerk. Sorry erk. Aku dah bangunkan ko, tapi ko tak bangun-bangun.. So, aku blah dulu. Tata."

Aishh! Nie yang paling aku benci nie. Aku nie kalau dah dapat nikmat tido, memang tido habis. Suara orang kat sekeliling aku memang tak akan aku endahkan. Bila kejadian macam nie dah berlaku, memang betapa bahayanya kalau TIDO MATI nie. Tapi tido mati nie ade kebaikkannya jugak, macam kalau ade benda (benda tuu laa...) kaco korang time korang tido, korang takkan rase pape..kan..? kan..? kan..? haha.

Jadi lepas kemas barang, panjang umur, bapak aku pun sampai pada tepat pada masanya. Aku pun balik dengan rase malu + menebalkan muka aje la. Aku tak bagitau pun kat abang tuu yang aku nak balik, aku terus aje balik macam tuu aje. Tak nak la, malu laa..

Esok hari tuu, aku dah okay dah. Tak fikir pun benda bukan-bukan. Aku jadikan benda yang berlaku tuu pengalaman dan aku jugak jadikan ia sebagai pengajaran untuk tidak tido di sekolah lagi. Memang aku motivate diri aku habis-habis la sebab nak kembalikan semangat diri balik. Benda dah berlaku, bukan kita boleh ubah pun. Jadi, aku menggagahkan diri aku untuk pergi ke sekolah dan buat macam tidak pernah berlaku ape-ape.

Tapi, lain pulak jadinya. Kejadian semalam tuu telah jadikan keadaan semakin rumit. Korang nk tahu tak ape sebabnya..? Aiyoh, abang Guard tuu la, kasi aku surat. Dei! Dia tahu nama aku. Then aku tengok laci bawah meja aku, ade fail BM. adoiyaii! Menyesal aku letak file tu kat situ. Kalo aku tak taruk ape-ape kat bawah meja aku, kompem dia takkan tahu nama aku!

Dalam surat tuu menyatakan perasaan dia yang rasa sebersalah pasal perkara yang dah berlaku semalam tu. Dia mintak maaf la kat aku - sebab masa dia kejutkan aku semalam tuu, muka aku macam muka orang cuak + takut. Dan kalo boleh dia nak aku rahsiakan benda nie daripada orang lain - terutama pihak cikgu kat sekolah aku tuu sebab takut kena pecat ke ape ke. Aku tak kecoh pun, diam-diam aje la.

Then yang aku tak paham boleh pulak jadi sesi perkenalan pulak. Tetiba pulak dia nak kawan dengan aku. Siap perkenalkan nama dia, umur dan hometown dia. Bukan tu aje, siap bagi nombor telefon tuu. Tak boleh blah betul. Dia bagitau lagi, kalau ada masa, balas la. Kalau aku tak balas, dia paham sebab aku nak fokus untuk SPM aku.

Masa aku dapat surat tuu, memang cuak aku datang balik. Tangan aku terketar-ketar aje masa baca tuu, jadi tak senang duduk dibuatnya - dan benda yang aku nk lupakan tuu datang balik pulak! Aku jadi cuak sebab fikir balik macam mana aku tido time tuu. Aieehh! SERAM LAA! Buat penat aku motivate diri aku aje. Seriously, aku memang tak suka bila benda macam nie terjadi. Benda nie berlaku secara pantas dan mendadak.

Ape-ape pun, aku tetap cuba menenangkan diri aku. Aku cuba fikir positif dan in the same time aku buat bodoh aje. Aku tak balas langsung surat dia tuu. Malas la aku nak layankan sangat benda remeh temeh macam tuu. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikirkan. Jadi, aku buat macam aku tak dapat ape-ape surat. Bukan la sebab dia Guard, aku tak nak kawan dengan dia. Aku tak kisah kawan dengan sape-sape. Cuma, aku ade alasan aku yang tersendiri.


6 alasan aku sebab aku tak nak kenal rapat sangat dengan Abang Guard:
1) Aku tak kawan dengan dia sebab aku tak nak timbul kontrolversi pasal pelajar dengan pak guard sebab sebelum nie ade timbul cite-cite macam nie. Aku tak nak melibatkan diri dalam cerita yang mungkin jatuhkan reputasi aku.

2) Jaga maruah aku sebagai perempuan. Aku bukan kenal sangat dengan abang Guard tu, jadi aku tak tahu la dia nie ade niat baik atau tak. Memang aku ade masalah nak percaya pada laki.

3) Tambah2 cikgu kat skolah aku nie suka pikir bukan-bukan. Jadi, aku kena jaga diri aku daripada pandangan serong orang ramai.

4) Bapak aku merupakn cikgu di sekolah situ. Kalau aku kawan dengan abang guard tuu, dan mana tahu suatu hari nanti ade kontrolversi pasal aku, tak kesian ke kat bapak aku? Aku fikir bapak aku aje. Plus, bapak aku bukan berkenan sangat aku kawan dengan laki.

5) Abang Guard tu sendiri. Bila aku kawan dengan dia, maybe akan muncul cite-cite kontrolversi. Macam peribahasa melayu selalu cakap, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah." Sehebat mana pun aku menyembunyikan cite nie, kalau Allah nak cerita nie terbongkar, memang takkan selamat la. Silap haribulan paling teruk maybe dia kena pecat atau paling okay maybe kena ditukarkan tempat kerja dengan ade mark hitam.

6) Aku nak SPM. Even member-member aku pun aku tak layankan sangat. Aku layan yang tertentu aje- the special one. Kalo yang tak penting tu, aku letak kat tepi dulu. Bukan sombong atau dingin, cuma aku busy dan banyak kerja yang aku kena buat.

Ade la suatu hari nie aku balik lambat lagi. Aku tunggu bapak aku dengan Sugunia (lagi..) kat pintu pagar utama sekolah aku tu. Memang tak sangka habis la, dia jaga hari nie. Korang tau-tau aje la, keje security guard nie kan ada shiff dia. Tapi aku betul-betul tak sangka hari tuu shiff dia. Tapi nasib baik la ade Sugunia, memang save sikit la dan tak adalah rasa kekok sangat.

Aku pun buat bodoh aje la, sambil sembang-sembang dengan Sugunia. Sambil sembang-sembang tuu, aku main-main la dengan sekor kucing kat skolah aku nie. Manja betul kucing tuu. Aku pengang sikit kepala dia, dia terus melekat kat atas riba aku. Fuh, manja dan best - siap tido lagi atas tiba aku tuu. Ingat riba aku nie katil ka..? Adeh, layankan aje la kucing tuu sambil sembang-sembang dengan si Sugunia tu.

Tetiba si Sugunia tanya aku;

"Weh Amy, abang guard tuu tengok ko la. Apsal hah..? Lain macam aje aku tengok dia.."

Adoihh! Dei, Sugu, apsal la ko cakap macam tu! Lagi la tambah cuak aku! Jadi, sebab nak cover keadaan, aku bagi respons yang positif.

"Entah. Biar la dia, Sugu." Sambil-sambil tukar topik, "comel la kucing nie! Manje plak tu! Haha."

Sembang punya sembang sambil-sambil tunggu bapak aku, Sugunia pulak balik dulu. Owh Noooo! Jangan pergi Sugunia! Wait for me! Nak tak nak, Sugunia kena pergi gak, sebab mak dia dah sampai. Time tuu macam-macam persoalan dalam kepala otak aku nie; ape pasal la bapak aku selalu aje ambik aku lambat? Tak boleh ke sekali sekala dia pulak yang tunggu aku..? Adoyaii~

Jadi, setelah si Sugunia beredar, tinggal la aku, kucing comel tuu dengan abang guard kat bahagian pagar depan sekolah aku tu. Aku masih buat bodoh, sambil menunggu bapak aku, aku bermain-main dengan kucing yang ada kat atas riba aku tu. Tetiba aku tersentak seketika sebab ade orang tegur aku dari dari pondok security - abang guard tuu la, sape lagi.

Aku pun sembang la dengan dia - dalam jarak jauh lebih kurang 2-3 meter macam tu la. Aku memang tak berani nak dekat dengan laki. Kalau boleh, aku jarakkan diri aku dengan laki, tak kiralah dia sepupu aku ke ape ke. Memang aku rasa tak selesa bila dekat dengan laki. Alhamdulillah, abang guard tuu pun nampak and mula tahu aku nie macam mana, dia pun tak berani nak dekat dengan aku.

Sembang macam biase aje la. Dia tanya aku tunggu sapa dan ada gak benda lain cuma aku lupe. Then, tetiba pulak dia tanya pasal surat tu, tanya la sama ada aku dah buang ke belum. Haha, nak tau jugak pasal surat tu. Aku rase sebersalah pulak nak jawab soalan dia yang tu. Surat tu aku tak buang, tapi aku lupe aku taruk kat mana. Haha, so, bukan dikira buang kan..? Tapi aku cakap yang aku dah buang.

Haha, lepas aku cakap macam tu, muka die macam berubah - macam kecewa pun ade. Aku naik pelik, nape tetiba muka dia terus berubah..? Takkan pasal surat pun terasa..? Aiyoh, lantak la. Then, dia tukar topik dan sembang menda lain. Aku rasa kitorang sembang macam bengong aje, yer la sembang dalam jarak jauh. Terutamanya bila aku nie ade sound trouble. Bila tak dengar, aku akan cakap 3 menda nie:

- hah?

- apa..??

- erk..???

Haha, sampai abang tuu dah naik pening masa cakap dengan aku. Haha, lawak aje. Tersengih aje laa aku time tu. Wahaha. Then, dalam 10 minit kemudian (aku dengan dia cakap dalam 10 minit aje), bapak aku pun sampai. Bapak aku datang bawak motor dia. Adoi, nie yang aku geram nie. Aku paling tak suka naik motor especially when aku pakai baju kurung. Yer la, dah nama pakai kain, mesti terselak nampak kaki, kan? Kalau pakai seluar tak apa la jugak. Adeih..geram..geram..

Masa aku menuju ke arah bapak aku, dia buat reaksi muka yang menanyakan, "bapak awak ke..?". Haha, aku tersengih aje la masa tu sambil menundukkan muka tanda sebagai "yer". Masa aku cakap macam tu, dia sempat lagi buat muka kantoi. Dia tak sangka aku anak cikgu sekolah situ. Haha, pada luaran aku nampak neutral tapi dalam hati aku gelak besar. Nasib ko la abang guard sebab dah terkantoi dengan anak cikgu kat situ. Wakaka!

Bayangkan la kalo aku bagitau kat bapak aku pasal perangai abang guard tu, tak ke naya dia, kan? Silap hari bulan boleh kena pecat. Tapi entah la, aku malas nak kecoh dan keruhkan keadaan. Jadi, aku senyap aje la.

Lepas kejadian tuu, alhamdulilah, tak berlaku ape-ape dah. Hidup aku berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, aku rase bersyukur sangat sebab bapak aku adalah penyelamat aku dalam cerita nie. Thank you abah. Haha, ape-ape pun aku masih dapat rasakan tindakkan aku wajar dilakukan. Bayangkan la, kalo aku layankan sangat si abang guard tu, tak tahu la akan jadi ape.
Dalam nie aku panggil dia abang guard dan bukannya pak guard sebab dia nie masih muda - dalam lingkungan below 30-an.

Alhamdulillah, cerita nie berakhir dengan benda yang mengejutkan tapi baik. Haha, aku bersyukur sesangat sebab aku merasakan Allah juga telah membantu aku. okay la, sampai sini sajalah aku bercerita. Wassalam.

8.2.09

I just hate it too much!

Aku tengah marah gila sekarang nie. Pantang la bila orang suka paksa aku buat menda yang aku tak suka. Please, I beg for your mercy, don't force me to do things that I don't like. I want to be free, and I am just a friend. You don't have the rights to force me to do things that you want!

Kalo aku tak nak, tak nak la! Jangan la nak paksa. Kalo aku tak marah atau menolak, tak bermaksud aku setuju or suka. U must understand about that! Kalo aku rase aku nak tolong, aku akan tolong dengan ikhlas tanpa mintak sebarang jasa untuk dibalas.

Kalo korang paksa buat menda yang aku tak suka, silap hari bulan aku takkan layan korang sampai mati, akibat terlalu simpan perasaan dalam hati. Jadi, baik korang berhati-hati sebelum aku buat macam tuu. Bukan aku tak kasi peringatan, cuma korang aje yang tak cuba nak paham-paham.

Contoh sekiranya korang memaksa aku ialah bila aku mahu menangguhkan sesuatu atau aku menolak permintaak korang buat masa nie, sila paham dengan permintaan aku. Jangan nak merayu or merajuk dengan aku. Please..I BEG YOU!!! Well, kalo merajuk tuu aku tak kisah sangat la sebab aku tak makan saman merajuk nie. Aku peduli ape kalo orang merajuk dengan aku. I don't give a damn, ok?

Tapi yang buat aku paling panas bila aku tak mau, die dok pakse-pakse aku sambil mengata aku macam, "kedekut ilmu", "belagak", "semua orang kedekut ilmu", and etc. So, sekiranya korang berbuat demikian, maka ade jugak manusia yang tak selamat daripada aku. Silap hari bulan, ade jugak kepala mana-mana orang melayang..

Last but not least, aku mintak maaf la kalo bahasa aku nie agak kasar, coz that is my true nature. My true colour bila marah memang teruk sebab aku nie jarang and susah nak marah. But, when things out of control, memang ade jadi mangsa marah aku la nanti. So, itu aje laa. Kalo ade yang terasa hati, jangan la pikir bukan-bukan sebab tak semestinya aku tujukan bende tuu pada korang. paham..?

Anyway, wassalam and tata~!

3.2.09

Baca..baca..dan BACA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ xDD
Hari nie aku rase, aku nak berehat la dari menggunakan kompoter. Haha, kesian komputer aku nie, tetiap masa aku gunakan dia. Mesti engkau keletihan kan wahai komputer kasayanganku? Tak ape, hari nie engkau rehat la puas-puas sebab aku nak bermanja dengan buku. hohoho Photobucket

Betul tuu, hari nie aku nak bermanja dengan buku. Bapak aku baru saje belikan buku unutk kami adik beradik unutk membaca. Korang nak tahu tak buku ape..? Tajuk die "Apa Kata Bible terhadap Nabi Muhammad?" oleh Ahmed Deedat.

Masa bapak aku bawak balik buku nie dan tunjuk kat adik aku, aku terus tertarik nak membaca - sampai berebut-rebut dengan adik aku. Macam jakun kan..? Weh, aku tahu la korang dah tahu and dah baca, tapi jangan la nak mengata aku! Sob3 T__T

"tak ape la, ko baca dulu. Aku ade keja nak buat.."

WOAH! Memang ayat tuu aku nanti-nantikan daripada adik aku, haha! Akhirnya, aku dapat gak! Wehehehehe~ Nasib ko hari nie baik la Lia~ Hahaha xDDPhotobucket

Hari nie aku nak menghabiskan 2 buku; buku yang aku habaq sebelum nie dan buku Enggeris yang bertajuk Nancy Drew : The Secret Of The Tibetan Treasure. Haha, aku nak belajar Bahasa inggeris, aku nk paham betul-betul then nak rujuk sensei aku - Imran. Haha. Kesian ko kan Imran, jadi cikgu kepada budak bengong Enggeris macam aku. HAHA~Photobucket

Dah laaaaaaaaaaaaa~
aku nak gi baca buku nieh! Dah tak sabar-sabar~ wakaka xDD Okay la, wassalam~ xDDPhotobucket

P/S : Blog aku nie nampak berserabut kan..? Aden, tensen aje kalo tengok lama-lama..
Takpe..tak pe..lepas aku baca buku, aku edit gila punya gila! wahahhaha Photobucket

2.2.09

Luahan hati seorang anak

Haiiii~ *mengeluh panjang*

Setiap petang, kalau dah tak ade keja nak buat, mesti aku duduk depan laptop. Tuu aje la kerja tetap yang aku selalu buat kalo tak bukan main laptop..laptop...dan LAPTOP! Sebenarnya, aku nie jemu tahap gaban asyik buat benda yang sama setiap petang.

Aku teringin gak buat benda lain, teringin la sangat kuar jalan-jalan depan rumah, hirup udara petang, cuci mata tengok budak-budak main. Aku selalu tengok anak-anak jiran aku keluar petang dan kadang-kadang aku terfikir kan bagus kalo aku dapat buat macam diorang buat.

Tapi, ape yang aku mampu buat ialah tengok ajela diorang main dan bergelak ketawa dari jarak jauh - aku hanya mampu melihat orang bergembira dari tingkap rumah aku sendiri. Aku ingat lagi sorang member aku tanya;

Eh, ape pasal ko tak keluar aje, kan senang? Kalo dah nak keluar sangat, keluar aje la..??

Hurm, adehh... Soalan die memang buat aku terdiam sekejap pulak. Kan bagus kalo aku dapat keluar. Yerla..kan bagus kalau aku DAPAT keluar. Korang faham tak maksud ayat aku tuu? Maksudnya aku tak boleh keluar rumah laa. KALAU aku nie dibenarkan untuk keluar rumah, mesti dah lama aku pergi jalan-jalan dekat dengan kawasan rumah aku tuu. Tapi kalau dah tak dapat kebenaran, korang nak keluar jugak ke..?

Sape pulak yang halang ko plak nie..??

Hurm..soalan nie lagi pelik. Aku nie merupakan budak bawah umur, takkan la suami aku pulak yang halang aku keluar kot..? Mesti la parents aku. Adei, yanna dei? Soalan macam nie pun ko nak tanya aku jugak ke? Dah nama aje aku duduk sebumbung dengan mak bapak aku, kompem la diorang yang tak kasi aku keluar. Ape daa...


Kenape pulak parents ko tak kasi ko keluar? Ko pernah buat hal ke??

Hurm..adehh. Dengan nama Allah, aku tak pernah buat hal. Aku tak pernah pun keluar dengan mana-mana lelaki or berkapel dengan kaum adam. Hampir terlibat, tapi cepat-cepat berfikir 2-3 kali sebab tak sanggup nak khianat mak bapak sendiri. Tak pernah pulak aku terlibat dengan gejala tak baik ataupun menipu mak bapak aku ke ape ke. Tak pernah aku buat semua benda tuu.

Haihh~ Entah laa. Hari nie pun sama, aku nak keluar jalan-jalan dengan adik aku. Tapi, bapak aku tak kasi pulak dengan alasan banyak kereta. Takut kitorang kena langgar la itu la ini laa. Sedangkan petang tuu mana la ade kereta banyak sangat.

Aku tak kisah sangat pasal diri aku, sebab aku dah biase. Cuma, aku kesian adik-adik aku, diorang lagi teringin sangat nak keluar jalan-jalan depan rumah. Adik aku sorang lagi tuu lagi la, siap jeles lagi. Tapi aku nak buat macam mana? Bukan aku yang jadi ketua keluarga..

Sebab tengok adik-adik aku macam kepingin sangat nak keluar, aku cakap la bagi pihak diorang. Aku dah try cakap baik-baik, tapi tahu la lelaki nie kan keras kepala yang teramat la sangat, so ape lagi kalo tak bukan membantah dengan 1001 alasan. Aduhai, sebab adik-adik aku, aku hampir bergaduh dengan bapak aku. Tapi, nasib baik la adik aku masuk, jadi aku berhenti la berbalah dengan bapak aku.

Adeh, terus terang aku cakap, aku sayang dengan parents aku tapi kadang kala sikap diorang memang buat aku kecewa giler dengan diorang. Aku faham diorang sayangkan sangat anak-anak dan buat ape yang terbaik untuk anak-anak, tapi tolonglah faham. Nie bukan cara yang betul nak didik anak sebab ini boleh dikategorikan dalam keadaan yang terlalu mengongkong.

Aiseh..aku rase sebersalah la pulak. Aku rase entry aku kali nie macam mengaibkan mak bapak aku pulak. Astagfirullah, niat aku bukan nak mengaibkan sape-sape. Cuma, ape yang aku tulis nie hanyalah luahan hati seorang anak. Ya Allah, ampunkan la dosa aku sekiranya aku nie macam mengaibkan mak bapak sendiri....

Adoi..dah aa...makin aku tulis, makin rase sebersalah la pulak - takut la kalo-kalo aku nie cakap benda yang tak baik pulak. Okay la, sekian dan wassalam.

1.2.09

Fanatik Melukis

Salam. Adeh, tangan aku sakit laa - banyak melukis punya pasal. Pastu, kalo melukis mende simple tak ape la jugak, tapi aku desak diri aku lukis mende yang complicated - dengan alasan aku nak jadikan lukisan aku lebih berkualiti.

Satu lukisan aku hasilkan sampai nak dekat 5 jam - tuu baru sketching, bukan nak inking lagi. Korang mesti pelik, "ape pasal lama sangat?? nenek aku lukis pun 5 minit dah siap!". Weh, excuse me cik abang adik kakak oik! Aku bukan lukis orang lidi macam nenek ko lukis, aku lukis sampai urat-urat saraf dengan punya detailnye. Jadi, jangan nak bebel lebih-lebih.

Aku nie memang giler melukis. GILER YANG TERAMAT GILER! Okay, puas hati anda?? Aku nie kuat melukis sampai lupa nak makan or tido. Kalo ade orang workaholic, aku nie drawingholic. Wahaha, mereka perkataan sendiri plak! Mak bapak aku pun tahu aku nie giler melukis, tapi diorang lagi suke kalo aku gila belajar macam kakak aku.... T_T

Aku sekarang nie dah nak dekat 14 tahun melukis, aku mula menjejakkan diri aku dalam bidang melukis semasa aku berumur 4 tahun - semasa bermulanya cite Doremoon ditayangkan di RTM 1. KOrang tak caya?? Tolong la, aku ingat sebab masa aku kecik-kecik, aku selalu la tengok cite doremon versi lama tuu. Cite tuu start pada pukul 7 malam setiap hari sabtu kalo tak silap aku. Doremon yang korang tengok kat NTV7 yang sekarang tuu hanyalah remake from the old one.

Aku pun lukis punya lukis dan melukis la sampai ade kesan kat tangan aku sampai sekarang. Nak tahu kesan ape..?? Kesan banyak melukis la beb. Kalo orang banyak solat, ade kesan kat atas dahi die kan? Sama la jugak macam aku, cuma aku punya kesan nie kat tangan sebab aku melukis guna tangan, bukan guna dahi.

Korang nak tengok tak kesan kat tangan aku..? Cepat tutu mata!
Hanya boleh ditonton unutk budak 18 SX/SG. Wahaha xDD



CHAcccKkKk! ~
Wakakak, tengok tangan pun boleh jadi lain..?
Giler ke hape...? wahaha

Hahaha..tengok..tengok.. Aku rase ramai yang tak nampak sangat kot.. Sebab camera bapak aku tuu agak ngok ngek sikit. Aiseh, banyak songeh pulak aku nie, dah guna banyak bebenor songeh nyer! Memang tak reti nak bersyukur. Hahaha xDD

Tuu aje laa benda yang aku nak tulis. Hahah, sekian dan wassalam.

29.1.09

Today is a Drawing Day!

Hari nie aku bosan la sangat. Nak main komp pun tak ade mood jadi aku lebih prefer plak nak melukis hari nie. Melukis pun melukis jugak tapi laptop pun on jugak! Wahaha, aku tengah dengar lagu sambil mencari inspirasi. Tapi, lain pulak yang aku dapat. Aku dapat inspirasi daripada surat khabar - untuk melukis mangsa peperangan di Palestine. Aku ade tangkap beberapa gambar dari sudut yang berbeza. Huhu, korang tengok la betapa berseleraknya rumah aku bila imaginasi aku datang. Wahaha xDD

Lukisan budak lelaki (mangsa peperangan) yang baru sembuh dari injured.


Lukisan aku bersama beberapa surat khabar yang lain.


Lukisan aku bersama surat khabar Mingguan Malaysia.

Huhuhu, itu sajelah screen shoots dari aku. Aku malas nak tangkap gambo banyak-banyak sebab aku nie bukan terer sangat dengan tangkap gambo nie. Lukisan nie belum siap 100%, tapi kalo korang nak tengok aku akan letak kat gellery Deviantart aku. Haha, okey la sampai sini saja dan wassalam. ^_^

26.1.09

Tido punya Cite

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haih, penat betul laa hari nie. Aku nie baru saje balik dari Perlis, melancong la katekan. Haha, alhamdulillah, aku telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sentiasa ingin melancong, jadi aku dapat la merasa hidup melancong kalau nak dibandingkan dengan hidup orang lain. Ade sesetengah orang agak sukar untuk menghabiskan hidup mereka dengan melancong akibat daripada kesibukkan di pejabat atau tempat kerja. Ade jugak sebab parents or individu itu sendiri tidak cukup kewangan untuk melancong.

Adehh, percutian aku dengan family aku memang best, tapi dalam best-best tuu mesti ade bende yang tak best - aku tido tak neyenyak! Okey laa, hotel tempat aku merehatkan badan tuu memang selesa, cantik, kemas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, tambah-tambah lagi dengan pemandangan laut yang indah. Tapi bila time waktu malam, mula lah, mesti sorang kena tido bawah dan pompan mesti jadi mangsa.

Both of my parents tempah bilik khas untuk satu keluarga. So, bilik kitorang ade dua dan ade pntu yang menyambungkan bilik kitorang - bilik parents aku dengan bilik kitorang adik beradik. Maknanye ade 3 katil la - satu dalam bilik parents aku dan dua lagi dalam bilik kitorang. Mak dan bapak aku tido satu bilik laa kan tambah dengan adik aku yang paling bongsu.

Untuk bilik yang lagi satu (alah, bilik untuk adik beradik kitorang tuu..), tempat untuk aku, kakak aku, adik aku yang pompan tuu dan abang aku pun join sekaki. Bayangkan, 4 orang yang terdiri daripada 3 pompan dan sorang laki tido dalam satu bilik yang ade 2 katil aje. Jadi, untuk malam pertama akak aku terpaksa tido bawah. Aku dengan adik aku sesedap aje tido atas katil. Wuu, kesian akak aku... T_T

Abang aku plak..? die pon same aje, sesedap konker satu katil - die rase sangat selesa dan tido dengan nyenyak sekali. Aku..? nyenyak la jugak tapi tak adelah nyenyak sangat sebab satu katil tido 2 orang. Kalo katil tuu katil besar tak ape la jugak, tapi ni katil orang bujang. Dah la aku dengan adik aku tuu besar, mau ke 2 orang muat satu katil..? Maybe la muat..tak, cukup-cukup muat aje.

Pada malam kedua pulak, dengan semangat berkobar-kobar menyatakan "tak boleh jadi nie", aku memaksa semua adik beradik pompan aku tido satu katil! Wargh! aku peduli ape, sesak ke, tak best ke hape ke, mesti tido satu katil. Aku bukan ape, tak sampai hati tengok adik atau kakak aku tido bawah. Aku pernah tido bawah jugak, sebab tuu aku tahu macam mana rasenye. Jadi, tiga orang tido diatas satu katil bujang. Hahaha, nak tahu tak ape jadi malam tuu..?

Malam tuu kitorang ape lagi, kitorang main tarik-tarik selimut tanpa sedar sebab rase separuh mati dalam kesejukkan. Masing-masing berebut selimut, aku tarik selimut, kakak aku tarik selimut, adik aku pun join tarik selimut - kiranye semua main tarik-tarik la! Bukan sekadar main selimut aje, aku sampai jatuh katil! Pergh! Bontot dengan pingang aku sakit la beb! Aku rase nak dekat 5 kali aku jatuh katil malam tuu. Tapi oleh sebab aku terlalu mengantok, rase sakit tuu tak rase la sangat. Hahaha. Tido mati la katekan.

Esok pagi, aku la orang yang paling lambat bangun - akibat tak tido lena malam tuu. Bukan tuu aje, aku jugak satu-satunya insan yang kena bebel dengan mak aku. Oleh sebab aku tak ade mood nak cakap pagi tuu, aku senyapkan diri aje laa. Dengar aje laa mak aku cakap sambil menahan mengantok. Hahaha.

Haihh! Dalam kerete la nikmat paling best - sepanjang perjalanan tuu aku buat taik mate aje la! Wahaha, nikmat betul tido nie. Jadi, semua saki baki mengantok aku telah ditebus semasa perjalanan pulang ke Perak. Best, best la sangat, sampai bapak aku berhenti 3 kali pun aku tak sedar. Sekali lagi aku ulang yerk - tido mati la katekan. Nak aku ulang lagi..? Nak ke tak nak? Tak nak, kan? Hahaha..

Tu aje la cite pasal tido punya kes. Melancong nie memang best tapi kat situ la bab yang paling aku rase tak best - bab tido. Hahaha, dah la malas aku nak cite lagi. Aku nak gi mandi dulu sebab dah lewat petang nie. Kalo aku lambat mandi, mak aku marah pastu tak pepasal plak kene kutuk sebagai kambing, huhu. Ok la, wassalam.

15.1.09

Novel. Movies dan aku..?

Assalamualaikum. Aisehh..aku nie memang sangat la malas nak meng-update blog. Wahaha! Aku nie memang malas kalo bab-bab nak menulis nie. Aku pun bukan kaki baca novel. Diri aku lebih menjurus ke arah menonton dan melayari internet.

Wahaha, aku kalo bab nak baca novel pun, kena tengok novel ape. Antara jenis-jenis novel yang menjadi favourite aku kan ialah novel seram, novel pembunuhan, novel fantasi, novel detektif dan ade la novel-novel lain tuu yang terdiri dengan seangkatan denganya. Aku dari kecik dulu memang suka baca novel seram. Aku ingat lagi, ade sorang member aku nie memang kaya dengan novel seram dan sampai sekarang aku ingat lagi novel tuu ade babak 18 tahun ke atas. Memang sensored habis beb!

Sampai sekarang, sebab pengaruh dari membaca novel, aku jadi kaki tengok cite seram. Sebagai mangsa fanatik aku tentang paranormal ialah koleksi CD bapak aku dengan TV especially channel HBO. Kalo HBO, paling best bila ade hari Holloween sebab time tuu la banyak cerita hantu ditayangkan dan time itu jugaklah aku sanggup tido lambat semata-mata nah habiskan cerita hantu tuu. Esok hari bangun lambat, kelam kabut gi sekolah. Satu lagi kes aku dah buat sampai membuatkan ibu aku geram yang teramat sangat sampai Tuhan saje la yang tahu. Haha

Antara cerita seram yang aku agak takut (agak aje la..tak ade la takut sangat..) nak tengok sampai sekarang kan ialah Ginger's Snap. Eh..kejap...aku tak sure la ejaan die, tapi lebih kurang macam tuu la tajuk die. Wakaka, biarkan aje laa. Bukan ade orang nak check pun, kan...? Huhu, cite tuu mengisahkan pasal warewolf or dalam bahasa melayunye ialah Serigala Jadian. Ade sepasang adik beradik nie rapat sangat tapi hubungan diorang menjadi rengang setelah kakak die terkena gigitan serigala jadian.

Seperti biasa, kalo hantu orang putih nie kalo kena gigitan ke hape ke, mesti terjangkit dan diorang plak yang jadi hantu. Alah, kalo korang tak caya. Korang boleh ambik plak contoh pontianak or dalam bahasa inggeris die Vampire. Kalo tengok vampire pun sama aje la, gigit aje orang tuu pastu orang tuu plak jadi vampire. Its all about the infection. Macam disease pon ade, huhu. Okep, sebagai moral of the story cerita hantu orang puteh memang sama sekali tak masuk diakal.

Cite yang berunsur detektif yang paling aku suka sampai sekarang ialah The Bone Collector. Movie nie aku start tengok masa aku berumur 9 tahun. Huhu, sampai sekarang aku ingat. Dah bape tahun tuu..? wakaka, pandai-pandai la korang kira sendiri erk..? Okey, cite nie mengisahkan seorang bekas pegawai polis yang cacat akibat daripada kemalangan dalam menjalanka tugas dalam menyelesaikan satu kes pembunuhan yang telah berlaku yang agak lama. Pembunuh nie dah tinggalkan banyak clue tapi polis-polis kat AS tuu bongok sangat. Jadi, it's up to the ex-policeman tu solve all the cases. Plus, maklumat tambahan nie aku nak buat sikit pasal cerita nie. Cerita nie diadiptasikan daripada novel yang sama jugak dengan tajuk cite tuu - The Bone Collector.

Adeh..cite pempbunuhan yang paling meloyerkan tekak dan perut aku ialah Saw. Giler cite nie, betul-betul buat aku trauma sampai tak nak tengok untuk kali kedua. Huhu, die punya aksi pembunuhan nie memang menyeramkan. Aku mungkin boleh cakap 5/5. Wakaka! Cite nie plak pasal pembunuhan bersiri daripada seorang pembunuh yang tak dikenal pasti identitinya tapi motif pembunuhan ialah untuk mengajar manusia yang hidup untuk menghargai nyawa mereka. Its like, If you cannot solve the problem within 30 minutes, you will die. Hah, banyangkan! Pembunuh tu memang permainkan jangka hayat hidup kite. Memang cite tuu berjaya buat aku naik GILE!

Adeh, okey la. Sampai sini aje la aku nak membebel pasal hidup aku, novel dan movies. Adeh, banyak lagi cite yang aku dah tengok. Dan most of them betul-betul tak kecewakan aku. Adeh, memang best..best dan best sangat! Wahaha, aku nak out dah coz mata aku dah mengantok giler nie. Kepala pun dah berat, jadi aku blah dulu erk..? tata dan Wassalam.

11.1.09

What hurts the Most

Assalamualaikum. Jam dah menunjukkan lagi 10 minit nak dekat pukul 2 pagi. Aku pulak masih sibuk macam burung hantu sambil menghadap skrin komputer dengan alasan untuk menghilangkan kebosanan. Kalau bapak aku nampak kegiatan gila aku nie, kompen dia akan komplen, "dah tak ade ari siang ke esok??".

Perghh..bukan tak ade hari siang ke atau tidak. Aku memang ade niat nak tido awal hari ini, tapi entahla. Aku masih dikala dilamun perasaan yang entah kemana. Perasaan nie kadang-kadang memang bahaya - susah untuk difahami. Kadang kala kerana tekanan perasaan, otak kita pula yang menjadi mangsa. Jadi di sini aku mahu bertanya, minda mengawal perasaan atau perasaan yang mengawal minda?

Orang selalu cakap,

"fikir dulu sebelum bertindak. Jangan ikutkan sangat emosi tuu.."

Tapi bagaimana pula dengan orang tekanan jiwa tuu? Oleh sebab terlalu pendam tak tentu hala, sampai boleh ade brain effect. Maybe diorang menahan perasaan sebab dengan istilah di atas, kot..? hahaha, entah laa. Kalo korang nak tahu lebih lanjut, tanya la orang yang ade masalah mental dan tekanan jiwa tuu. Aku hanya insan biase yang mempersoalkan sesuatu pertanyaan yang merepek meraban.

Okey la, aku kat sini bukan nak menulis pasal psikitri punye kes. Kalo aku nie ambik cost tuu, memang best jugak kan kalo nak ambik kes orang mental problem sebagai penulisan blog? Wit..wait the minute! Tak..tak baik kalo mcm tuu. Sebagai doktor, kene menjaga rahsia atau maklumat peribadi pesakit. Mana boleh dok tayang-tayang kat tempat awam..kan..?

Huhu, aku lari dari topik utama lagi. Objektif aku kali nie kan pasal lagu yang dah lama aku tak dengar. Radio pun dah lama tak mainkan lagu nie. Aku suka sangat lagu nie dari dulu lagi. Setiap kali lagu nie kuar, mestia ku macam orang gila mencari lirik lagu yang entah merabai hilang kemana. Tetapi, oleh sebab masa sudah berubah, lagu pun semakin banyak yang best, aku kian melupakan lagu nie. Masa mampu mengubah manusia, kan?

Oleh sebab la aku nie kaki mengdownload lagu tahap gaban, macam-macam lagu ade dalam komputer aku nie - termasuk la lagu nie. Entah macam mana, sebab hari nie aku dilanda perasaan kebosanan yang terlampau sangat, terdetik hati aku untuk mendengar lagu nie. Aiseh, entah macam, makin sedih plak makin aku dengar. Masalah emosi yang hampir sama dengan lirik berkenaan. Hahaha - Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.

Hahahahaha, itulah bahana terlalu tipu diri sendiri. Aku nie selalu cakap "aku membenci sikap hiporit, tapi pada masa yang sama aku merupakan salah satu daripada mereka - menipu diri sendiri untuk kepentingan orang lain. Aku sanggup buat apa sahaja, terutama keluarga aku, untuk melihat mereka gembira - walaupun ia akan menyakitkan hati aku. Betul, aku akan simpan semua perasaan aku.

Meskipun aku akan sayang seseorang tuu (selain dari keluarga aku and I am not been romatic here, ok?), aku tidak akan bagitau dia sama sekali. Aku akan pastikan mulut aku terkunci rapat, dan aku nak kau tahu sendiri. Biarlah aku menjadi manusia yang dianggap batu dimata dia, asalkan aku tidak lawan arus adat keluarga aku.

Artist: Rascal Flatts
Song: What Hurts The Most
Album: Me & My Gang



I can take the rain on the roof of this empty house
That don’t bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I’m not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I’m ok
But that’s not what gets me

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin’ to do

It’s hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I’m doin’ It
It’s hard to force that smile when I see our old friends and I’m alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin’ with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That’s what I was trying to do

Okey la korang, sampai sini sajalah aku menulis entry aku untuk hari ini. Mata aku pun dah naik mengantok dah nie. Wassalam. ^_^

9.1.09

Hatiku Hanya Terbuka Buat Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii..penat betul aku hari nie, jenuh kemas rumah. Bukan aku nak merungut ke ape, cuma aku memang letih sesangat kemas rumah memandangkan aku tak pergi sekolah - budak lepasan SPM la katekan. Mana tak letihnya, aku sorang uruskan semua kerja rumah tuu. Adik aku satu haram pun tak sentuh kerja-kerja tuu. Jadi sebagai seorang kakak dan seorang wanita yang telah berkurun lamanya diberi tangungjawab untuk meringankan beban dan kepayahan ibu bapa, aku buatkan aje la - boleh dapat ganjaran pahala.

Hurm, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kemas rumah. Kemas rumah punya isu tuu sekadar pembuka bicara dari segala tension-tension sebab mungkin lepas nie aku akan buka cerita yang lebih serius. So, untuk mereleasekan tension, aku tulis la cerita merepek meraban macam kat atas tuu. Haha, walau pada hakikatnya cerita tuu agak membosankan..huhu

Berdasarkan pada tajuk diatas, aku mungkin akan tutup pintu hati aku pada sesiapa sahaja makhluk Allah yang digelar sebagai kaum adam. Bukan aku nak jadi lesbo kat sini, ok? Korang tahu tak lesbo tuu ape..? Bagi yang dah tahu, duduk diam-diam yerk. Bagi yang tak tahu, lesbo tuu bermaksud lesbians. Member aku yang bernama Ali Imran bin Idris menggunakan istilah lesbo bagi bahasa masyarakat sekarang. Jadi, aku pun terpengaruh la. At least, aku tak terpengaruh nak guna perkataan mencarut, right..?

Bagi seorang kaum hawa, tipulah kalau anda tak pernah ada pujangga hati, kan? Mungkin buat masa nie tidak ada dalam jiwa sanubari korang, tapi one day, mesti ada. Sebab tu la hakikat mengenai wanita - Wanita yang memang dilahirkan dengan jiwa lembut. Segarang mana wanita itu atau sekeras mana pun hati wanita itu, pasti mereka akan cair atau berlembut hati kerana itulah wanita.

Tahun nie, aku mahu memulakan hidup baru. Bari dari pelbagai aspek - sikap, ilmu pengetahuan, dan pegangan agama. So, what is your new year resolution? That will be like in the list below :
  1. mahu lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan konsisten dalam beribadah.
  2. Menjadi anak yang lebih solehah berbanding tahun lepas - kurangkan melawan/membantah.
  3. Nak lebih mendisiplinkan diri dalam pengurusan masa dan peribadi.
  4. menambahkan pengetahuan yang tak pernah cukup dalam minda aku nie.
  5. Aku nak cuba jadi perempuan melayu terakhir, sebab tuu la harapan mak dan ayah aku yang selalu harap nak anak-anak diorang lembut dan sopan santun. Serius, bapak aku tak suka kalo aku ganas semacam - especially bila aku ketawa. So, kena jadi sopan macam the last malay woman. Hahaha..
  6. mahu jadikan diri aku lebih bersikap positif berbanding negatif.
  7. Aku sebelum nie agak suka mengata/mengkritik orang (sikit la..hahaha). Jadi tahun nie, aku nak kurangkan bercakap dan lebih berfikir secara rasional.
  8. Memupuk diri untuk lebih rajin mengambil tahu hal semasa - memupuk budaya membaca.
Okey, dah tahu sekarang? Tu la my new year resolution for this year. Pasal menutup pintu hati tuu, aku dah tak mahu ade hati dengan sesiapa - sebab setianya aku pada satu cinta iaitu cinta pertama. Hamba Allah yang aku suka and in the same time aku pernah terfikir untuk kawin dengan dia sudah tiada dalam hidup aku. Dia dah jadi hak milik orang lain. Jadi, hati aku dah tertutup buat sesiapa. Una, I am sorry, tapi inilah satu-satu caranya yang terbaik untuk aku.

Sekarang, aku hanya membuka hati aku untuk kasih Illahi. Aku hidup untukNya, mencari keredhaanNya disamping mencari penawar hati yang terluka. Kalau mahukan soal jodoh, biarlah Allah SWT sahaja yang "carikan" untuk aku, bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapa aku. Soal jodoh ditangan Allah, bukan aku. Sesiapa pun jodoh aku, biarlah Allah yang tentukan - kerana itu adalah rahsia Allah. Satu lagi harapan aku, aku mahu jodoh aku dilaungkan dibawah ikatan pertunangan, bukan berpacaran atau istilah in the relationship/bercouple.

Mungkin aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk ubahkan diri aku, tapi tak bermaksud aku akan menjadi insan yang alim atau orang lain. Aku akan masih jadi diri aku dan masih akan menjadi insan biasa dimata masyarakat, sebab biasa itulah diri aku yang sebenarnya. Yes, I am a simple person and nothing can change that.

Okey la, sampai sini sahajalah kata-kata falsafah dariku. Hahaha, berfalsafah ke?? haha, perasan betul aku nie. Aku mengundurkan diri dari berbicara dan wassalam. =)

13.12.08

You're the Best I Ever Had - Our Story

Assalamualaikum. Yesterday, aku ade main jalan-jalan kat xanga. Dah lama aku tak gi website tu. Tiba-tiba aku terbehenti kat sebuat page member aku. Dia cerita pasal family dia dan dia ade dedicate satu lagu ni untuk family dia. So Sweet! Aku pon dengar dan dengar, lama-lama aku jatuh hati dengan lagu nieh! hehe xDD

Vertical Horizon - Best I Ever Had

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

Nothing's quite the same now
I just say your name now

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had

So you stole my world
Now I'm just a phony
Remembering the girl
Leaves me down and lonely

Send it in a letter
Make yourself feel better

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't need me back
You're just the best I ever had

And it may take some time to
Patch me up inside
But I can't take it so I
Run away and hide
And I may find in time that
You were always right
You're always right

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

What was it you wanted
Could it be I'm haunted

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
I don't want you back
You're just the best I ever had
The best I ever had
The best I ever


When the 1st time I read this lyric, it had just touch me heart; in which I was remembering someone that I have forgotten for a long time. Then, suddenly my tears started to roll down on my cheeks. I don't even know why, but in that time I felt so lonely and my heart surrounded by the feel of guiltiness.

I once had a felt for someone. That person is not that great and I think he is too simple to be true. There was too many imperfection that I found in him, but still the felt I have on him never fade up. I don't even know where is this feeling came from, but I guarantee this is not a feeling that you have for your friends and it is hard to describe it.

Lirik lagu kat atas tuu memang masuk dengan keadaan aku dan dia. Kami dah tak ade apa-apa sekarang nie, especially when he got someone special and I am glad + happy for him. Kalau nak cakap pasal hati, agak terkilan tapi kalau itu membuatkan dia rasa lebih baik, alhamdulillah, itu dah cukup buat aku gembira sangat.Maybe lepas korang baca cerita aku nie, korang akan pikir macam tak sama dengan lirik. That is because aku tak tulis semua cerita aku dengan dia. Aku meringkaskan cerita, senang cite.

For the 1st time aku jumpe dia, kitorang berkawan melalui myspace. So, pendekkan cite, die my 1st ehem..ehem..haha..tak payah tahu la. Aku dah berkawan and kenal dia selama 3 tahun. Haha, kalau nak dibandingkan dengan member-member aku yang lain, kapel tapi only last for 3 months - tuu pon paling lama. Actually, kami tak pernah berkapel.

Well, die pernah mintak, tapi aku insist sebab aku ade reason yang tersendiri - My parents. Abah lia once tell me that dia akan terasa dikianati kalau salah sorang daripada adik beradik kami ade hubungan dengan seseorang diawal remaja. Abah aku memang tolak habis-habis pasal hubungan macam nie, sebab masih mentah dan takut kalau kami terkandas dalam pelajaran.

Jadi, demi menjaga hati ayah aku dan maruah keluarga aku, aku terpaksa turuti permintaan diorang. Ikutkan hati dan nafsu aku, memang aku nak ehem..kapel aje dengan budak tu. Tapi bila difikir balik, aku tak sampai hati especially when tahun tuu mak aku sakit. Jadi, aku mesti berkorban demi keluarga aku yang paling aku sayang.

Aku pun beritahu laa yang aku tak boleh ikutkan kepala dia sangat. Alamdulillah, dia faham dan sanggup tunggu aku. Aku sangat tak percaya pada mulanya dan aku siap bagitahu tak perlulah dia tunggu aku sebab aku memang tak nak buat orang lain tertunggu___penantian sangat menyakitkan! - especially when tiada kata putus.

Tapi, tak tahu kenapa dia masih berdegil. Entah, mane tahu kan kalau dia berdegil sebab nak jaga hati aku semata-mata, kan? I don't know hati boys macam mana sebab they are too complicated to understand. Bayangkan, kalau abang and abah sendiri pon aku ade masalah nak faham, nie apatah lagi kalau hati seseorang lelaki yang sukakan kita, right?

Haha, aku rasa kitorang nie memang agak kronik sikit. Kalau dulu, maxis sangat baik hati. Korang ingat tak, kan ade supersaver, right? Kalau RM1 tuu, berape jam boleh cakap, sukahati mak bapak kitelah; especally pada bulan puasa. Jadi, untuk melepaskan rindu, dia selalu call aku pada bulan puasa. Sebab time tuu laa kitorang akan tido lambat especially when time tuu cuti, lagi laa lambat.

Bukan dia sorang aje yang kaki call orang, aku pon sama! Tapi aku lagi dasyat sebab guna telefon rumah! Haha, aku nie sangat bodoh and tak matang sangat! Asal laa aku guna telefon rumah?? aku call die nak dekat sejam dan dalam sebulan tuu bape kali la aku call dia. Kalau dicampurkan dengan semua jumlah bil dalam sebulan tu, aku dh berhutang dengan bapak aku sebanyak RM300.00 semata-mata call dia. Tak ke giler namanye....??

Then, kalau nak raya tuu, kitorang sama-sama rancang nak pakai baju yang sama warna. Haha, sounds ridiculous, isn't it? But, aku rasa tuu laa pengalaman paling lawak dan meng-happy-kan aku bila teringat balik. Haha, sangat tak matang and macam budak-budak.

Aku ingat lagi, aku pernah main-main dengan dia; aku nak buat dia rasa cemburu sangat! Haha, aku suka main-main dengan dia sampai setiap kali ade nombor baru masuk, memang dia asyik syak aku laa orang yang selalu kacau dia. Haha, tapi memang aku pun. Sampai satu tahap, paling teruk, aku dengan 2 orang lagi member aku (una..dengan..jihan..hahaha..) berlakon jadi bekas pakwe aku! hahaha xDD ( Actually, laki yang kitorang bakal lakonkan nie tak pernah wujud sebab aku memang tak pernah ade exBF sebelum nie..haha)

Kami bertiga memang habis-habis kenakan dia sampai dia naik marah! hahaha, message yang dia bagi masa marah seolah-olah macam tak tak benarkan mana-mana laki ambik aku dari dia. Aku sebenarnya rasa sangat terharu dan happy sangat dengan apa yang dia dah cakap pada waktu tu. Aku ingat dialog kitorang time tu:

"Aku bagi amaran dengan engkau, jangan engkau rapat dengan ex-GF aku, kalau tak, nahas engkau!"

"Aku peduli apa dan engkau tak ade hak nak halang aku!"

(me..? *blushes* muahahaha)

Hahaha, aku sangat suke time dia cakap macam tuu..sebab..sebab..nampak sangat kakkooii!! cool dan hebat! Aku bayangkan kalau aku dikacau dengan sekumpulan lelaki, tiba-tiba dia datang memunculkan diri dan selamatkan aku! Warghh! Aku sudah bermula berfantasi!hehe! Tapi entahlah, perkara macam tuu tak mungkin akan berlaku since kitorang dah tak ade ape-ape sekarang nie.

Kemudian, di mana aku semakin membesar dan gaya pemikiran pun sudah kian berubah, aku semakin berubah dan perubahan aku dah menjadikan hubungan kitorang rengang. Aku dulu tak ade laa serius sangat tapi bila result PMR aku tak dapat ape yang aku nak capai, aku terus jadi lain daripada yang lain. Aku dah tak banyak contact dia, apetah lagi nak sembang dengan dia.

Dia pun semakin parah. Aku tahu, mesti dia rasa sunyi dan keseorangan kan? Aku tahu ape yang dia rasa tapi aku buat tak endah aje. Aku lebih fokuskan hidup aku yang lebih realistik - aku memang dah lain. Dia selalu jugak call aku, tapi tak selalu macam dulu. Tahun tuu pun dia nak ambik periksa SPM, jadi aku pun semakin serius dengan dia. Aku mintak dia lebih fokuskan peperiksaan SPM yang dia bakal duduki. Tapi entah la, walaupun aku banyak nasihat dia tapi dia macam tak pernah nak dengar. Kalau dengar pun, mesti masuk telinga kanan keluar telinga kiri - maybe?

Entah la, aku tak tahu sama ada dia ambik nasihat aku ke tak. Aku bukan dapat tengok dia macam mana pun sebab kami duduk jauh. Dia selalu cakap yang dia nak berjaya. Tapi, kalau bercakap tapi tak cuba nak ubah, tak ade gunanya, right? Jadi seperti biasa, aku selalu percaya yang dia boleh buat asalkan dia berusaha untuk berjalan ke arah kejayaan.

Tapi lama-lama aku makin kurang percaya pada dia. Aku pun tak tahu macam mana, tapi aku dah putus asa dengan dia. Aku sangat bodohkan? Aku terlalu ikutkan emosi dan terlalu harapkan kesempurnaan daripada dia sedangkan aku patut tahu tentang kemampuan dia. Aku rase putus asa hanya sebabkan kelemahan dia. Aku nie memang tak patut buat dia macam tu. Bila aku pikir balik ape yang aku dah buat pada dia, aku rasa diri aku teruk sangat.

Antara sebab aku terlalu mengharapkan kesempurnaan bila member-member aku sibuk ceritakan pasal pakwe-pakwe diorang yang hebat-hebat. Ade yang kapel dengan budak MCKK dan ade yang ada pakwe hensem-hensem. Entah, bila orang tanya pasal aku, aku terdiam. Tak tahu nak cakap ape pasal dia. Aku tiba-tiba rasa malu tak bertempat macam aku malu dengan siapa diri dia. Astaghfirullah, aku memang teruk, teruk sesangat.

Aku pun mula berpaling tadah pada dia. Dan pada saat inilah aku rasa diri aku adalah manusia yang paling teruk. Bila aku pikirkan balik, aku rase nak menangis pun ade. Nak tahu ceritanya macam mana..? Baiklah, aku berterus terang. Suatu hari tuu, aku rase terlampau tension and in aku telah cakap "saya suka awk.." pada orang lain dan bukan dia - abang angkat aku sendiri!

Alhamdulillah, nasib baik la abang angkat aku faham dengan keadaan aku. Tak faham? It's easy, dia tahu aku merapu dan kalau betul aku cakap macam tuu kat dia pun, dia tak akan dapat terima kerana atas dasar yang sama alasan dengan aku iaitu demi kebaikkan keluarga. Jadi, lepas kejadian tu, dengan rasa sebersalah, aku call dia dan bagitau ape yang aku dah buat.

Wow! his reaction...? Of coz laa marah, terlampau marah! Dia marah, jelous dan rasa dikianati. Aku pulak rase malu dngan diri sendiri dan kalo boleh nak aje aku sumpah diri aku jadi katak sebab dah terlampau benci diri sendiri! At least, aku jujur dengan dia, right? Daripada aku tak cakap ape-ape dan buat suka hati bapak aku aje, tuu lagi teruk!

Walaubagaimana pun, dia tetap maafkan aku. That's really makes me feel even much better, but not as better as before. Aku makin rase benci diri sendiri dan rase malu sangat dengan dia. Dia bagitau aku, lain kali jangan buat macam ni - sebab aku bagitau aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tuu..err...? (pasal confessed punyer pasal tuu laa..)

Aku asyik mintak maaf dengan dia. Maybe more than 100 times? Haha, tapi lama-lama kitorang reda. Kami boleh start bersembang kosong dan buat stupid jokes antara satu sama lain. Entah, aku pun tak ingat laa ape yang kitorang sembangkan. Tapi kalau bukan sebab pasal tuu, aku rasa kitorang mungkin takkan bersembang langsung. Tengok..? mesti ade hikmah, kan..?

Kemudian, aku dah tak ingat..tak ingat ape-ape. Aku dah tak ingat bila last kitorang bersembang mase 2007 tuu sebab aku dah terlampau jarang bersembang dengan dia. Aku pun masa tahun tuu lebih fokus pada pelajaran dan dia pun sama jugak dengan aku. Hah! Baru aku ingat! Masa bulan 9 kaloau tak silap aku, aku jarang contact dengan dia sebab dia nak kena study untuk trial dia. Masa tuu la aku tak cakap sangat dengan dia sebab bagi ruang untuk dia study.

In the same time, aku jugak agak busy sebab nak fokus untuk final Exam. Aiseh..aku rase sedih nak teruskan cerita. Entah la,bila pikir balik benda-benda ni, mesti buat aku sedih.. Tak Boleh macam nie! Yoshh! Aku kena jugak teruskan cerita! Hahaha xDD Aku memang dah tahap kronik!

Thenn...then..aku lupa..tapi yang aku ingat balik, masa bulan 12 dimana esok tuu dia bakal menduduki peperiksaan matematik (kalo tak silap aku), malam tuu aku dengan dia dah bertekak. Aku pun tak ingat pasal ape tapi kalo tak silap aku la, aku kecewa dengan sikap dia. Pasal ape..? Entah, aku pun tak ingat. Sejak hari tuu, kitorang langsung tak bertegur sapa selama 3 bulan. Yup! Masing-masing membawa diri.

Kemudian, jarak antara beberapa bulan selepas tuu, kitorang contact balik, tu pun lepas dia dapat tahu khabar berita daripada adik angkat dia pasal aku banyak tanya pasal dia. Haha, bayangkan kalau aku tak tanya ape-ape, mesti terdiam aje, kan? Maybe sampai kiamat pun kitorang takkan bercakap.

Masa dia contact aku (call), kitorang berasa amat kekok, terlampau kekok. Dalam perbualan tuu, firstly dia mintak maaf dengan aku dan bagi tahu yang dia yang bersalah pada masa tu. Bagi aku, aku rasa aku yang salah dalam hal tu..? Entah la, yang peting sama-sama dah berbaik. Hahaha, tapi perhubungan kami tak ade laa seakrab dulu. Kali ini, sangat lain, macam kami langsung dah tak kenal antara satu sama lain. Memang rasa macam kami terasing sangat.

Pada masa dia berhubung balik dengan aku, waktu tuu dalam tahun nie dan dalam bulan 3 macam tu la. Oleh sebab tahun nie aku lebih bercita-cita sikit, aku telah buat sesuatu yang memang tak masuk diakal. Abang angkat aku pernah cakap, apa salahnya kalau berkorban sesuatu untuk kejayaan masa depan..? InsyaAllah, pengorbanan tuu akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik.

If you talk about sacrifice, mestilah sesuatu yang kita yang paling berharga dalam hidup kita kan..? Kalau cakap pasal family, giler ke nak korban family..? lagi tak masuk diakal, kan..? Jadi, aku pikir masak-masak, aku terpaksa "jualkan" jiwa aku iaitu jiwa aku pada dia. Aku pikir jugak masa tu, mungkin kalau dia tak ada, aku boleh fokus lebih pada pelajaran aku..kan..?

Jadi suatu malam, aku tak sure sape call sape, tapi malam tuu jugak aku beritahu pasal hati aku. Aku tak cakap direct to the point tapi aku cuma cakap macam nie:

"Lepas nie, kita jadi kawan biase aje, nak tak..?"

...............................*keadaan menjadi sunyi*...............................

"Awak..........?"

"Kalau itu yang awak nak, sy tak boleh paksa......"

Aku faham maksud dia. Dia yang aku kenal tak pernah memaksa aku, seumur hidup aku kenal dia, tak pernah sekali dalam hidup aku pun aku dia paksa aku. Dia beri segala kebahagian yang aku nak. Aku susah nak cakap, tapi dia memang giler jiwang dan tuu memang buatkan diri aku rasa sangat dihargai oleh dia. Hahaha, kenape tibe-tibe aku terasa sangat formal..? aku tak pernah menjadi seromantik macam nie..ahahaha xDD

Dalam jiwa nie, lepas aku cakap macam tuu kat dia, Allah saje laa yang tahu macam mana aku rasa. Aku rasa hidup dan dunia aku dah macam terombang ambing pun ada. Rasa malam tuu macam malam terakhir aku hidup dalam dunia nie pon ada. Tapi, aku cuba fikirkan positif side yang Allah mungkin bagi aku. Takkan aku nak rasakan keraguan atas Kekuasaan yang Maha Esa pulak, kan..?

Kemudian, aku dah pergi ke langkah seterusnya, memutuskan siraturrahim antara satu sama lain. Korang mesti pelik dengan tindakkan aku, kan..? That is because I cannot stand from thinking about him! Aku jadi separuh giler lepas ape yang aku dah cakap pada dia. Jadi aku berfikir, mungkin kalau dia tak ada, aku tak akan fikirkan dia...kan...?

Jadi, lagi sekali aku telah ungkapkan satu perkataan yang menyakitkan hati dia. Aku tahu dia sakit, tapi if he thinks hes the one who sufferring the most, dia memang sangat silap. Ya, mungkin masa aku ungkapkan permintaan hati nie aku dalam bernada biasa, tapi orang takkan paham dengan perasaan aku sebab aku nie bukan jenis menunjukkan perasaan pada sesiapa.

That's why everyone, even my own family, had difficulty to understand me because aku sangat dan sangat suka sorokkan perasaan sendiri. Aku memang suka pendamkan perasaan, sampai satu tahap sampai member aku tak tahu pasal mak aku masuk hospital. Diorang tahu pun lepas sir BI aku tanya aku,"bila mak engkau masuk hospital, Ameelia..?" Masa Sir tanya aku macam tuu, tiba-tiba kelas aku jadi sunyi sepi aje.

Haha, yeah, that's me! Aku memang dah biasa simpan perasaan dalam hati dan semua nie dah bermula sejak aku dibangku sekolah rendah lagi. Menyembunyikan perasaan memang dah jadi adat hidup aku. Jadi, selepas aku ungkapkan my last word to him, pada mulanya memang dia tak dapat nak terima.

Then, after few weeks later, I had received a message in my FS mailbox. Yes, dia kasi aku message. Dia bagitau aku kalau ini yang aku nak, dia tak mampu nak paksa aku tapi dia doakan kebahagian aku, lebih kurang macam tuu la. Masa aku dapat aje message tuu daripada dia, hati aku memang sangat sebak and terlalu pasrah..adeihh! hati nie macam-macam jenis perasaan yang ade! Kadang-kadang sampai sakit jiwa aku dibuatnya pun ade! Hahaha

So that's it. Itulah cerita kami dari A sampai Z. Sebenarnya citenya sangat panjang sebab perjalanan hidup aku masih berterusan. Aku tak tahu sampai bila, tapi kalau cerita jiwa aku berhenti, itu bermakna aku dah tak bernyawa di atas bumi yg Indah ini, kan..?

Ade cerita tambahan aku nak buat. Haha, selang beberapa minggu sebelum peperiksaan, aku ada cuba contact dia balik. Tengok..? Aku cakap lain tapi buat lain, sama ape yang dia cakap pasal aku! Haha, yup, he always honest with me. Tak, kami sama-sama jujur antara satu sama lain. Kalo salah sorang tak puas dengan sikap masing-masing, we will point out what we don't like. Haha, memang la kadang-kadang tuu kitorang bergaduh tapi kejap aje la. Haha

Aku pernah tulis dalam blog nie pasal perbualan kitorang. Dah la, kalo ingatkan balik pasal perbualan hari tuu, aku menang asyik terkantoi aje dengan dia. Sekarang nie dia dah maju, sebab sangat pandai menyakat orang. Kalau dulu, dia macam lurus bendul aje, tapi sebab kebendulan dia tuu la aku suka kat dia. Haha, memang sweet! hehe

Aku cakap terus terang dengan korang, dia memang tak hebat, tak hensem dan sangat pemalas. Tapi ade sesuatu yang aku suke pasal dia dan sampai sekarang aku tetap suka dia iaitu dia tak pernah jemu dan sentiasa terima semua kelemahan dalam diri aku. Yes, dialah mahkluk Allah yang aku selalu tunjukkan belang. Dia tempat aku meluahkan perasaan selepas Allah SWT.

Mungkin bagi korang dia sangat biase, but not for me. For me, he is the best thing I ever had selain daripada diri aku dilahirkan dalam islam dan mempunyai keluarga yang sayang pada diri aku. Akak aku pernah cakap :"macam mana engkau boleh suke mamat nie..?" Haha, aku pun tak tahu, kalau aku tahu jawapan dia ape, memang aku dah balas balik. Tapi entah laa...

Sejak aku tak ade ape-ape dengan dia, aku dah jarang guna handphone. Kalau member-member aku bagi message, satu habuk pun aku tak balas. Kalau aku balas pun, cuma message-message yang tertentu aje.

So, that's all my love "letter" for today. Aku dah tulis benda nie selama 10 jam and not straight coz aku solat tadi sambil tengok cite Vietnam. Haha, maybe ini adalah last thing that I write about him, especially sekarang nie dia dah ade seseorang yang sangat special. Aku tak mahu ingatkan kisah yang tak mungkin terjawab oleh sape-sape melainkan Allah. Sesi perkenalan aku dengan dia juga merupakan satu nikmat yang Allah dah kasi kat aku sebab selama aku kenal dia, aku rase sangat senang dan happy sesangat.

Maybe this will be my last love story sebab aku rase agak susah aku nk terima orang lain lepas nie. Kalau nak cakap pasal jodoh, I will ask my parents to seek bakal suami aku. For me, he will always be the 1st and the last person that I always love. Haih, aku tak pernah cakap sejiwang macam nie tapi, oleh sebab this will be my last letter, aku mesti luahkan semuanya.

Nie my last confession yang aku nak buat. Aku tahu sebelum nie aku dah memandang rendah dengan keupayaan dia tapi lepas aku duduk bersendirian dan berfikir panjang, ternyata aku silap sebab die ade lebih banyak keistimewaan daripada aku. Dan ape yg dia cakap pasal aku semua betul, dan tak ade silap. Sape pun diri dia, aku tetap suka dia - even though dia bengong ke, pemalas ke, tak hensem ke ape2 yang kurang pasal dia. Keistimewaan seseorang tuu meluas dan terdiri daripada pelbagai aspek dan itulah yang aku tak pernah nampak sebelum nie.

Kesempurnaan tuu sebenarnya tak pernah wujud dalam dunia percintaan. Tak paham? senang aje, setiap manusia nie takkan ade yang sempurna. Secantik manapun perempuan tuu atau sehensem mana pun laki tuu or sekacak atau secantik mana pun seseorang individu tuu, pasti akan ade kelemahan dia. Jadi, konsep sebenar satu perhubungan ialah menerima & menghargai. Konsep nie sebenarnya meluas dan kalau korang bijak, korang akan paham ape yang aku cuba sampaikan.

so, what is the best thing that you ever had in your life..?

1. Dilahirkan dalam dunia dan di dalam agam islam.
2. Mendapat sebuah keluarga yang aman dan harmoni.
3. Mempunyai kawan yang sentiasa sokong dan hargai aku - Una.

Dan

3. Kenangan bersama dengan dia ..



Wassalam and Gud nite everyone.

12.12.08

S t o p __ M o r n i n g _ R a n d o m !

Assalamualaikum. Muaha, at last I woke up early this morning and managed to perform my subuh prayer. Haha, I would usually wake up late - about 9:00 am. I always wanted to wake up early and damn, mesti terlepas waktu yang telah ditetapkan! Jam loceng..? Don't even ask about it because I would always TIDO MATI! haha..yup, once I closed my eyes to a dreamworld, It will be difficult for me to wake from it.

Alhamdulillah, Allah had answered my prayer this morning. Do you guys want to know why? It is because I always asked Allah SWT to wake up me early in the morning for subuh prayer. So, today Allah had just answered my wish through my father because he was the one who woke me up. Kahkah, Amin!~ xDD

I wonder, where could Una be..? It's been awhile I haven't heard anything from her.She had once told me that her brother would always be the one who would conquer the computer since she has only a computer - I think. Maybe that explains her absence in this blog. I think I should give her a call to tell her how much I've missed her. Haha xDD

Today, about 30 minutes ago, I was wondering if I should stop using my father's notebook
for awhile. Yeah, it's been 2 weeks straight I used his notebook. Plus, I think I have other things to do since my mother had given me work to do; which is scanning the last year exam paper.

I think that is all for now. Haha, sebab dah tak tahan nak tengok kesalahan grammar yang terlampau banyak sangat! Okay, see you next time. Wassalam.

11.12.08

Salam Aidiladha.

Assalamualaikum. Haha, tajuk yang aku tulis tu macam tak sesuai pulak. Yer la, Raya Korban dah pun lepas, tapi kenape aku masih menggunakan tajuk tersebut?

Actually, macam-macam berlaku semasa nak menjelangnya hari mulia tu. Sebelum Hari Raya Aidiladha, ayah aku dah jatuh sakit. Sakit teruk tuu, hurm susah laa kalo nk ckp teruk atau tidak tapi ayah aku sakit perut la. Korang dengar macam sakit biase, right? But, it's not like what you think actually. Sakit ayah aku nie sampai buatkan ayah aku terlantar atas sakit selama 5 hari. Ayah aku nie dah tua, biase laa, badan pon mesti laa lemah. Kalo dah kene sakit, maunye ambik masa yang lama untuk sembuh.

Yang aku kesianya mak aku la. Kehulu kehilir tolong ayah aku; urut badan dia, suapkan untuk ayah aku and etc. Aku kesian jugak dengan ayah aku. Semua kes sakit perut nie berlaku sebab satu aje - Cik Siti tikus la punya pasal! Mangkuk betoi! Hari tuu ade seekor tikus tuu masuk rumah aku semasa ayah aku tengah tido. Lepas tu, entah macam mana ayah aku bangun dan ternampak bayang-bayang tikus jatuh dari lubang tingkap. Ayah aku ape lagi, kalo bukan terkejut besar!

Esok harinya kecoh - kitorang satu keluarga kena kemaskan bilik bapak aku tuu. Pulak? Baru nak ingat kemas bilik..? haha, sebelum nie tak nak buat pulak. Bagus cik tikus..bagus..lain kali engkau masuk lagi. Kalau engkau masuk, lagi rajin bapak aku nak kemas bilik. Haihh..pening aku. Memang hari mengemas bilik bapak aku tuu memang kecoh laa beb. Bapak aku asyik sebut TIKUS..TIKUS..DAN TIKUS! Adoih! pening..pening!

Kemas punya kemas, tikus tak ade laa pulak. Tapi, tikus tuu memang ade dalam bilik tuu. Dia bersembunyi disebalik meja tulis ayah aku. Hah! Jahanam punya tikus! Engkau main aci nyorok dengan kitorang erk..? Haih! itulah keluhan aku semasa mengemas bilik bapak aku tu. Yer la, mana tak berangin satu badan, boleh pulak main nyorok-nyorok? Aku nie kalau ikutkan hati memang nak angkut meja tulis tuu kemudian hempuk puas-puas tikus tuu! Pergh! Memang baran laa weh time tu!

Kitorang satu keluarga tunggu tikus tuu untuk memunculkan diri selama 3 hari! Tak nak kuar-kuar tu! adoih! Degil betul tu! Macam sensei aku, Imran! Tak pernah nak dengar cakap aku! Argh! lantak la, Eh, ape tadi..? Owh yeah, pasal tikus kan..?

Tikus tuu akhirnya keluar jugak. Masa tikus tuu keluar, bapak aku, of coz, yang paling panik dan kecoh! haha, aku tak tengok laa diorang tangkap tikus macam mana. Yer la, sebab masa tuu aku masih membuat taik mata walaupun matahari dah tengak atas kepala. Teruk kan aku? Memang tak layak untuk dibawak meminang aku nie ( Memang tak nak pon! lalala~).

Antara ahli keluarga aku yang telah terlibat dalam pemprosesan menangkap tikus tu ialah adik aku yang paling bongsu, Amirul (aku panggil die Ooi aje..haha..cute name, kan?), mak aku yang tersayang dan ayah aku. Haha, mak aku cerita balik kat aku masa nak tangkap tikus tuu memang kecoh dan meletihkan. Yer la, masa keluarg aku nak tangkap tikus tuu, hari tuu merupakan 2 hari sebelum hari Raya Aidiladha.

Bayangkan, dah la pagi tuu tak makan masa tangkap tikus tu, lepas tuu kena kemas bilik balik pulak. Lepas kemas bilik, kitorang satu keluarga kena keluar untuk belikan barang dapur bagi persediaan hari raya korban. Kalo korang, letih tak? Mau tak patah lutut kan?? hahaha

Oleh sebab bapak aku makan lambat pada hari tuu, kesannya ambik selama 5 hari - sakit perut sebab banyak masuk angin! Kesian kan? Jadi, semasa hari Raya Aidiladha tu, keluarga aku bukan laa dalam keadaan yang baik. Bapak aku sakit dan kami sekeluarga dah macam berkabung. Semua kena duduk rumah. Memang tak pergi mana-mana masa hari tu.

Jadi, kesakitan yang ditangung oleh ayah aku jugak telah menyebabkan aku terpaksa membatalkan date aku dengan best friend aku, Husna. Adoihh, kesian Husna. Dia dah nak bersiap sedia nak kuar tapi lepas aku call dia, terbatal niat. Kitorang bukan selalu dapat berjumpa, lebih-lebih lagi dia duduk jauh - nun kat Penang tu! Lagipun, kalau mak aku kasi keluar pun, siapakah gelaran manusia yang sudi nak menghantar aku ke pekan? Hantu? Kucing? Adoih la, tuu la sebab aku tak boleh nak keluar dengan ko Una. Sorry sesangat Una.

Selalunya kaluarga aku laa yang akan bergerak ke rumah sedara-sedara yang lain, tapi kali nie terbalik pulak; memandangkan dengan keadaan ayah aku sakit, diorang pulak datang beraya rumah aku. Haha, tuu pulak kesan yang agak baik bagi aku sebab tak payah nak bersiap pakai baju lawa-lawa untuk keluar__. Bukan ape, naik bosan jugak asyik kitorang aje nak pergi sana. Ape salahnya kali nie tukar turn pulak, kan..? hahaha.

Ok la, tuu aje la pasal cite Hari Raya Aidiladha aku. Memang kelam kabut la. Aku harap tikus tuu takkan datang lagi. Kedatangan engkau (cik siti tikus) memang meyusahkan satu kerabat keluarga aku. Ok la, sampai sini___Wassalam. xDD

7.12.08

I am not in the mood.

Salam. Hari nie aku betul-betul tak ade mood nak balas mesej ke, komen ke..senang cite, aku betul-betul tak ade mood nak buat semue keje. Tambah-tambah dengan hari nie aku dilanda dengan perasaan kecewa dan rasa bengong yang teramat sangat. Entah la, malas la nak cakap pasal benda-benda nie.

last-last, kelas english aku dengan sensei Imran pon tertangguh untuk hari nie. Entah la, Allah saje laa yang tahu dengan aku.

6.12.08

Whats wrong with my English??

Salam. Mangkuk! Jamban! Why is my English does not have any improvement at all?? The weakness that i found in myself is that I was lack in my vocab and have lots of problem especially in understanding the grammar - where there are certain words that I am not quite understand with their special function and laws. Why do this english stuff also need a law when writing a certain sentences? When I was studying physics in my school, its always been a law of this and that, especially Gas Law. What the heck??

As you can see, this 'law' things sometimes gave me a little, no i mean a big confusion especially when i was trying to understand with the concepts. Physics, there is lots of concept that you must understand - especially when you want to get A1 in your physics.

To be frank with you, i am too stupid and need a plenty of minutes to understand something - yes! Thats why my greds never pass the excellent achievement. Oh man! Thats really makes me really..really..REALLY LIKE AN IDIOT! WHY DO YOU SO STUPID, LIA????

When I writing an essay and passed it to my dear teacher, ms. Hatiah, there will be lots and lots of grammatical errors that I found. I think the red mark is everywhere - especially at the bottom of the essays where the teacher will gave lots of compliment in it.

The useful critique that always been written by my dear teacher is that ,"the use of the same word over and over again from the start till the end - repetition words". Not only that there will be include with the grammar problems - "you're too clumsy in writing your essay - even you're makes mistakes in a simple grammar." Oh my God, why the heck is wrong with me????

I really need an english teacher during this holiday. I really need to improved my english - need someone to help me fast!
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View