Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

27.2.09

Oh, Tok Janggut!

Assalamualaikum. Aduh, sekian lama aku tak pergi sekolah, semakin rase rindu pulak especially kat budak-budak junior yang baya adik aku. Haha, aku nie umur aje tua, tapi aku rase lebih senang berdamping dengan budak-budak berbanding orang dewasa.

Orang selalu cakap, kalau orang yang berdamping dengan budak-budak nie kebanyakkanya tak berapa nak matang cara pemikirannya. Tapi, aku tidak sama sekali bersependapat sedemikian. Kalau difikirkan secara logiknya, aku lagi seronok bergaul dengan budak-budak ialah kerana sikap diorang yang spontan dan suka buat lawak.

Mungkin itu jadi salah satu faktor menyebabkan adik aku rapat dengan aku. Walaupun kami kadang-kala (agak selalu jugak la) bergaduh, tapi tak pernah pulak sampai 2-3 hari tak cakap.
Dalam 3 jam, baik la. Hahaha, entah la maybe sebab we take everything secara baik.

Aku nie jenis agak serius, dan tidak memerlukan lawak yang palsu untuk buat aku gelak. Korang buat lawak simple, makin aku suke gelak. Kalau lawak bodoh atau tengin, sayonara aje la!

Pengalaman mase form 5 dengan mengenali budak-budak form 1 kat skolah aku memang best sangat. Aku nie selalu tumpang kelas 1 Ceria sebab nak tunggu bapak aku. Bapak nie selalu aje kuar lambat. Entah ape bende dia buat aku pun tak tahu.

Jadi, oleh sebab aku tumpang kelas adik aku (kelas 1 Ceria tu la), aku cuba kenali and sembang sekali dengan budak-budak dalam tu. Hahaha, best dan memang best. Sikap peramah diorang dan suka buat lawak tuu selalu buat aku tersenyum. Aku dapat rasakan tension aku selepas belajar hilang sebaik saje bergurau senda dengan budak-budak tuu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun aku nie jauh lebih tua daripada diorang, tapi diorang dapat terima aku tanpa segan silu. Siap tanya aku macam-macam soalan - Sejarah la, agama la, itu la ini la sampai kes mengata orang pun diorang berkongsi dengan aku tanpa segan dan silu. Hahaha xDD

Aduhh, manis sungguh kenangan dengan diorang. Hari tu, adik aku bagitau la yang mereka buat satu sajak khas untuk Tok Janggut. Oleh sebab cikgu tak masuk, bukan main enjoy diorang reka sajak. Diorang nie memang suke sejarah dan most of them memang rajin study. Haha. Mayeb sebab tu kot sampai buat sajak..? Entah la. Haha.

Korang baca la sajak diorang yang merepek merapu nie. Aku baca banyak kali pun tak kering gusi. Asyik gelak aje. Haha, ape-ape pun, memang ade semangat cintakan Tok Janggut laa - terlebih cinta pun ade sebab kedengaran macam sajak cinta sejati pun ade. Aduuyaii~


TAJUK : Oh, Tok Janggut!
DIREKA : Wan Aishah & Umi Aishah.
ANTONASI : lagu Owh Fatimah.

Oh, Tok Janggut
Kaulah jantung hatiku,
Ku sanggup renangi lautan api,
akan ku petik bintang dilangit,
hanya untuk mu.

Janggutmu menawan hatiku,
sehingga terbawa dalam lenaku,
hidungmu yang penyek,
ketinggianmu yang pendek,
matamu yang sepet,
Telingamu yang capang,
seperti piring astro,
Oh Janggutku.

Janggutmu, janggutku juga,
Foe ever-and-ever,
Until when-when.


P/S : Sila menyayikan sajak nie dengan menggunakan rhythem lagu Owh Fatimah sambil menari-nari tak tentu hala untuk mendapat result yang lebih baik. Harap maklum.

INFO KHAS DARIPADA : Adik ku - Yana. Hahaha xDD

STATUS SEMASA MENAIP SAJAK : Gelak macam orang tak betul.

Sekian dan Wassalam.

16.2.09

S o r r y .

Sorry. Gomenne. Mintak Maaf. Tiga Bahasa aku gunakan untuk memohon maaf pada kawan aku - Ali Imran bn. Idris. Sorry la erk. Aku busy. Kerja Bapak aku pun aku tak siapkan lagi.

Conversation yang buat aku rasa sebersalah.

Celkee says:
Ameelia-chan!

Celkee says:
SUPER BEAR ATTACK!

Celkee writes:
(celkee lukis sendiri kat IM)

Celkee says:
Away balik plak dia.

ameelia says:
awwww~

ameelia says:
cute!!!~

ameelia says:
xDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

Celkee says:
^_^

Celkee says:
Aku lukis cam bangan pon hang kata cute?

ameelia says:
THANK YOU~ xDDD

ameelia says:
erk..?

ameelia says:
Comel laa

Celkee says:
Hahaha.

Celkee says:
tengkiu2

ameelia says:
you're welcome

ameelia says:
^_^

Celkee says:
Lia-chan, busy ke tak hari ni?

ameelia says:
busy

ameelia says:
nape..?

Celkee says:
uuuuu....

Celkee says:
=(

Celkee says:
Takpe, saje tanye.

Celkee says:
Bebila tak busy chat la ngan aku, ye?

ameelia says:
hahaha

ameelia says:
yer..

Aku jugak nak mintak maaf pada Muhammad Husaini sebab akak tak dapat nak online unutk 2-3 hari nie sebab busy. Sorry sesangat laa. Nanti kalau kerja akak dah siap, kita sembang laa.


Happy Birthday Sayang xDD

Salam. Entry kali nie dituju khas untuk sahabatku yang paling aku sayangi;


Nurul Husna bt. Tajuddin.

16th February, 2009.

Happy Birthday Dear.

Photobucket

Aku doakan ko semoga murah rezeki dan panjang umur.

Aku juga doakan semoga ko bahagia di dunia dan di Akhirat.

Amin.

Wassalam.

P/S :
Thanks for calling yesterday, dear.
I really appreciate it so much. ^_^


28.1.09

Bandar Diraja Bermandi Cahaya

Aiseh, Rajin pulak hari nie aku menulis blog. Kalau tak, haram satu blog pun aku nak tulis. Member-member aku lain semua giler bloging. Mak aku pun dah ikut jejak langkah aku yang giler mem-blogging. Haha, siyes weh. Mak aku kalo blogging lagi dasyat dari aku sebab tetiap hari die akan tulis BLOG! Haha, jangan jadi macam aku nie, pemalas nak updated blog! Walau macam mana pun, best gak kalo mak aku join aku blogging sebab boleh mengeratkan silaturahim. Alhamdulillah. xDD

Sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak , Sultan Azlan Shah , Bandar Diraja Kuala Kangsar telah dihias kerlipan lampu neon sepanjang Februari 2009 ini . Bangunan-bangunan kerajaan sepanjang laluan diraja telah dihias dengan warna neon yang bergemerlapan pada waktu malam . Warga Kuala Kangsar mengucapkan selamat merayakan perayaan tersebut . Daulat Tuanku ...

Hahaha, ayat blockquote tuu bukan ayat aku tapi ayat mak aku. Aku main copy and paste dari blog mak aku. Huhuhu, ampun mak, ampunkan anak mak nniehh yang degil lagi kuat marah nie. Hari tuu mak kata boleh kongsi kan? kan? Hahaha, mampos aku kalo mak aku baca nie. Hahaha xDD

Aku copy ayat mak aku tu sebab aku nak menerangkan sikit keadaan Kuala Kangsar yang bakal merayakan hari jubli Perak. Selalunya bila tiba hari istimewa macam tuu, macam-macam construction akan dilakukan untuk mengindahkan lagi suasana bandar tuu.

Hari Isnin tuu aku dengan family aku keluar la pergi melawat sedara kat Kampung Bendang Panjang. Biase la, kalo cuti Hari Raya Cina memang orang akan cuti. Kalo dah nama cuti, of coz la sedara aku akan balik rumah nenek aku. Actually, rumah tuu bukan lagi jadi milik nenek aku tapi milik mak cik sedara aku memandangkan nenek aku sudah pun kembali ke Rahmatullah.

Lepas sahaja lawat sedara aku, entah macam mana, bapak aku meneruskan memandu kereta beliau hingga ke Pekan Kuala Kangsar. Alhamdulillah, doa kitorang untuk melawat sekitar kawasan Bukit Chandan akhirnya dimakbulkan. Weh, korang jangan la kate aku nie macam jakun ke ape ke. Memang la aku banyak kali pergi ke situ tapi malam kali nie lain sikit sebab banyak yang dah ditambah - especially lampu-lampu malam kat kawasan Istana tuu.

Pemandangan malam yang tenang dan dingin tuu berjaya membuatkan hati aku untuk terus mencuci mata dan memandang keindahan malam yang disertai dengan kelipan lampu jalan. Wahaha, ayat aku nie meraban aje. Entah mana aku dapat pun tak tahu. Una, nanti kalo kite dah besar, dah keje dan balik kuala sama-sama, jom kite dating tengok keindahan malam kat sini, nak tak? haha xDD

Jadi malam tuu, family aku ronda satu Pekan semata-mata nak dapatkan gambar keindahan malam. Maafla sebab gambo-gambo tuu tak cukup kualiti memandangkan aku yang jadi camera girl nyer. Wahaha, rugi aku tak bawak Zul, boleh gunakan bakat dan lensa camera die yang cun-cun lagi besar tuu. Wahaha! Ampun Zul, jangan marah aku. Aku sedang memuji bakatmu! kah2 .

Bulatan Jam Besar , Kuala Kangsar.


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di belakang SMK Clifford).


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di hadapan SMK Clifford).


Laluan ke Setesen Bas Kuala Kangsar (berdekatan SMK Clifford).


Laluan ke Istana , Bukit Chandan.


Kawasan Istana Iskandariah Bukit Chandan.

Sampai situ sahajalah entry aku buat masa nie. Hahaha, aku nak gi mandi dan makan dulu. Lapo laa. Haha, ade sesiapa nak belanja aku..? Wakaka. Okey la, wassalam.

Background for Your Post Title

Salam dan selamat petang. Hari nie aku rajin bukak blogger, semalam aku rajin bukak deviantart sebab bak upload lukisan aku. Hahaha, lukisan lama yang aku upload tuu. Aiseh, aku selalu tak ade idea nak tulis ape tapi kali nie tetiba aku ide idea nk post ape. Hahahah.

Entry aku kali nie khas untuk member aku - Zul, yang nak aku ajar die macam mana nak letak Background kat tajuk entry die. Tak faham? Sila lihat gambar di bawah.

Aku bagi info yang terhad aje yerk? Code yang aku nk kasi nie hanya sesuai untuk tempat blogger yang tajuk dia Rounders aje - di mana cik Zul pun guna template tersebut. Rounders tuu ade macam-macam jenis kan? Tak kisah la, mana-mana rounders pun boleh guna sebab semua code sama aje cuma kaler aje berbeza. Haha, Zul, aku promot nama ko nie, jangan marah. Hahaha xDD



Gambar diatas merupakan template jenis Rounders.
Saje buat info tambahan takut ade orang tak paham2.


Ok, next step ialah korang gi la masuk edit HTML. Kat situ korang akan nampak Edit Template. Korang kena masuk bahagian coding tuu sebab kat situ aje tempat yang korang boleh tambah atau tukar code yang korang nak. Pastu korang cari code yang ade tulis post. Nak contoh gambo? Kompem aku akan kasi directly. Mwahaha.

Patu, korang kena cari post h3. Kat situ la korang boleh taruk background image untuk tajuk post korang. Code tuu dah sediakan tapi korang kena edit sikit code tuu.


background:url("URL IMAGE") repeat-x 10px .0em;

Korang copy code yang warna merah tuu aje pastu paste kat tempat yang sepatutnya. Kalo tak nak copy past code tuu, korang boleh tukar sendiri. Macam perkataan no-repeat tuu korang gantikan dengan repeat-x sebab nak bagi image tuu berulang-ulang secara melintang. Kalo nak image tuu repeat-y pun boleh jugak tapi gambar akan jadi berulang-ulang secara menegak la.

Untuk perkaatn URL IMAGE tuu pulak pandai-pandai la korang taruk URL gambo yang korang suke. Untuk code .5em tuu korang kena tukar jadi .0em (tukar nombor aje, yang lain jangan sentuh). Sebab 5em tuu akan buat ruang kat bahagian ruang atas title korang tuu. Tak faham? Cuba tengok gambo kat bawah nie :

SEKIRANYA 5em :


SEKIRANYA 0em :


Dah faham? Okey, lepas korang dah edit code tuu, mesti la kena save. Jangan lupa save sebab nanti korang sendiri yang merana. Wahaha, itu ajelah tutorial aku untuk hari ni. Anyway aku ucapkan selamat mencuba. Wassalam.

P/S : Untuk FULL VIEW, sila tekan ahe gambo-gambo tu. Sorry la sebab aku conteng-conteng gambo tuu secara tak kemas sebab aku in the middle of something. Haha. xDD


Sweet Header For You! xDD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai bulan, selamat malam yerk. Jam dah menunjukkan tepat pukul 12.30 tgh malam tapi abg aku belum lagi balik. Aku harap abang aku balik cepat dengan selamat. Hari nie aku asyik marah-marah aje. Kesian adik bongsu aku tuu - die jadi mangsa!

Bukan die terjadi mangsa tapi memang patut aku marah die! Bukan la ape, list mainan die hilang pastu suruh-suruh aku cari plak. Aku dah tolong die cari list tuu satu rumah, tapi tak jumpe. Dah tak jumpe, dia paksa-paksa aku plak. HAH! Jadilah aku harimau jadian sebab geram punya pasal!

Lantak la, tolak benda tuu ketepi kejap. Aku malas nak tulis cerita yang menyakitkan kepala aku. Haha, hari nie akhirnya aku berjaya jugak (hampir) menyiapkan header kawan aku yang sudah sekian lama aku berjanji pada dia.

Una, sorry erk sebab ambik masa nak buat header ko tuu. Aku terlalu takut kalo aku designed ko punya header tak lawa. Aku takut ko tak puas hati, sebab tuu la it takes a long time. Design aku yang sekarang nie pun tak kompem ko akan suke or tak. Tapi kalo tak suke, bagitau aku erk..? Nanti aku tukar.

Okep, aku bagi korang tengok sikit hasil kerja aku. Header Una nie aku belum siapkan 100% lagi. Cuma 75% aje yang aku baru buatkan. Kalo boleh, banyak lagi mende aku nak taruk sampai nampak "WOW!" tuu. Haha.


Tadaa!
Tapi tak cukup sempurna!
banyak agi yang aku tak siapkan.
Kalo nk FULL view, sila tekan gambar tuu.

Harap Maklum.


30.12.08

Awww~ Thank you! xDD

Assalamualikum. Aiseh, hahaha..aku nie dah rase malas plak nk meng-updated-kan blog aku sekarang nie. Tak tahu la nape tapi sekarang nie aku rasa nak bersendirian saje. Malas nak berada di tempat yang terlalu crowded. Kalo boleh jugak, aku tak mahu nak jumpa manusia yang terlalu hipokrit dengan aku. Haha xDD

Haha, tajuk journal kali nie aku nak mengucapkan terima kasih kepada sorang member aku sebab bagi gift kat aku..huhu, terima kasih ye! xDD

17.11.08

Special Thanks - ALL THE SAME

This poem has been written by my dear friend, Imran. Hahaha, aku tak sangka ade jugak ade manusia nampak rock tapi sanggup buatkan sajak untuk aku. Actually, sajak nie dah lama member aku nie bagi. Tapi sebab nak hidupkan kembali kenangan kawan dengan die, aku letak laa sajak nie dalam blog aku. Mungkin bagi korang takde makna, but not for me. This poem means for me a lot. So, sape tak suke, buzz off from here!!

Translation : This Poem has been written by my dear Myspace friend, Imran. Hahaha, I never thought a man with rock and cold attitude would wrote such a beautiful poem for me. Actually, he has written this poem about 2-3 months ago. The reasons I put this poem here is because I want to remember back the memory of our friendship. Maybe some of you will think this poem is like nothing, but not for me. This poem means a lot for me. So anyone who dissatisfy or giving a damn about it, just buzz off from here!!

ALL THE SAME

Men are all the same
Of me you must be thinking that way too
You, I won't blame
For me, partially, it's true

I'm just hoping
That you won't think
By my silent acting
That I'll kill our tie, in a blink

This heart longs to leak
But now it's improper to speak
Off you to your battle
See you when it's settled

I won't urge you to notice
Me, a man of malice
All the chaos that goes round
Kept my mind from being found

But in this insanity
I sounded your song
It brought tranquility
Nadeshiko, it has been so long

I know not when I'll die
But I always know death is nearby
But friends are too, and you are one
This poem is for you, my letter is done

10.11.08

Friend : Special Thanks

SPECIAL THANKS - Husna Tajuddin
You're such nice person - Husna. You always be there for me. Walaupun kite dah lama tak jumpe, tapi hati kita sentiasa dekat, kan? Aku rase beruntung dan bersyukur pada Allah S.W.T sebab dikurniakan kawan macam ko; penyayang, understanding, cute dan jujur. Thanks sebab sudi tolong aku time susah - soalan target, dengar masalah aku and etc. Love you so much! Anyway, mari kite sama-sama berperang untuk masa depan kita. CHAYOK!

Haha, cute! Love you so much! =)

SPECIAL THANKS - Rafehuddin
Haha, sungguh tak disangka ade orang tolong buatkan banner untuk aku. Boleh tahan jugak artwork die although for the first time. Thanks bebanyak yer sebab sudi editkan. Aku nie pulak pikir bukan-bukan; takut pulak member aku nie conteng misai ke ape ke..hahaha. Thanks for being such a good friend - doa2, nasihat dan tunjuk ajar. Thank you so much. =)

Edited - by dear friend of mine, Rafehuddin

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008

SALAM. Hari ini merupakan hari terakhir aku untuk study untuk 'last minute study'. Esok, bersamaan dengan 11 November 2008 merupakan hari yang penting bagi semua calon SPM. Aku nak ucapkan semoga berjaya dan marilah kita sama-sama berjuang sampai fius otak kita tercabut sebab tension sangat.

Last but not least, kalo ade diantara korang ade dapat soalan bocor, kongsi-kongsi laa dengan aku. Aku nie dah tahap terdesak giler nieh; huhu especially subjek sejarah.

That's all for now.

28.10.08

Pengalaman Bersama Sahabat

Assalamualaikum. Yahoo! Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kakiku untuk pergi ke pekan bersama sahabat baikku yang hampir setahun tidak berjumpa! Haha, aku berasa sangat seronok.

Semalam, 27 OCTOBER 2008 bersamaan dengan hari Isnin merupakan hari perjumpaan kami. Kami membuat janji temu untuk berjumpa di hadapan KFC dalam pukul 10.30 pagi.

Dalam perjumpaan ini, aku telah tiba agak lewat sikit, dalam 10 minit macam gitu laa. Huhu, ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal di rumah. SORRY UNA! Semasa aku tiba disana, aku berasa gementar sangat. Lidah aku terkelu dan tak dapat nak berkata apa-apa. Aku hanya dapat lihat dia dari jauh dan tersenyum lebar. Aku mengambil beberapa langkah untuk mendekatkan diri kepadanya.

"UNA!! DAH LAMA KE TUNGGU? HAHAHAHA X333333"

Haha, macam jumpe dengan pakwe sedangkan hanya jumpa kawan lama. Aku sesungguhnya gadis yang amat pelik, tapi jangan berfikir yang bukan-bukan ya! Aku bukan lesbian dan ini memang sifat semual jadi aku! YA??

Ok, sambung semula cerita kita yer? Hehe, sesudah kami berjumpa, memang jenuh juga untuk aku berfikir tempat yang sesuai untuk kami janji temu.

Eh, Una, ko nak pergi mana? (dalam keadaan otak tengah blur..)

Pergi mana erk? Hurmm.. Amy, ko pilih laa tempat.. Aku tak kisah.. Asal dapat keluar dengan ko..hehe

Hahaha, ok. Kalau macam tuu kita pergi sembang-sembang dulu nak? Kite pergi isi perut dulu. Kita nak makan kat mana ni?

Masa ini memang kami jenuh nak pilih tempat makan. Mula-mula memang rancang mahu pergi ke KFC saja, yer la alang-alang dah depan mata. Kemudian, bila semak balik duit dalam poket ni, rasa duit tidak cukup laa. KFC ni harganya mahal, maybe bajet bawah RM10 tidak cukup untuk kenyangkan perut kami. Fikir punya fikir akhirnya dapat juga idea, cadang nak pergi Gate Cafe.

Well, memang laju la sebut Gate Cafe tu. Tapi bila dah sampai saja disana, malang sungguh tidak berbau. Baru bukak laa pulak. Menyampah betul! Then, kami pun bercadang untuk makan di restoran yang lain, jadi kami telah merancang untuk makan di Restoran Roti Segar. Di sana pun boleh tahan tempatnya. Selesa buat para customers. Layanannya jugak agak istimewa. Tertawan? Pergi la kesana kalau mahu tahu selanjutnya. Hahaha.

Bila tiba disana, kami telah meng-order 2 nasi goreng cina; minuman hak masing-masing; aku memilih milo ais dan Una telah memilih fresh orange. Setelah membuat tempahan, kami pun bersembang. Banyak juga perkara yang kami sembangkan. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Aku mendengar cerita dia, dan dia mendengar cerita aku. Sama-sama saling menukar cerita. Sebab rancak sangat bersembang, kami telah berada didalam restoran itu selama 2 jam. Orang yang baru datang pun dah tahu balik, kami ni pula disebaliknya. Hahaha.

Bila perut sudah rasa kenyang yang teramat sangat, kami pun bergerak dan berjalan-jalan di Pekan. Aku bercadang mahu membeli pen Stabilo tapi bila sampai saja di hadapan The Store, aku pun serbu masuk dengan alasan mahu membeli pen favourite aku tu. Naik sampai ke tingkat atas, memang jumpa sangat dengan pen tu. Tapi aku tidak sanggup nak beli (kedekut punya pasal) sebab harganya sangat laa mahal! Satu pen tuu dah boleh mencecah RM2.10, mahal tahap gaban laa weh!

Sebab pen tuu punya pasal, kami telah meronda satu pekan. Haha, nasib baik laa Una pun memang nak berjalan-jalan. Kalau tidak, memang rasa sebersalah sangat sebab dah menyusahkan dia. Siapa laa sanggup susahkan kawan sediri kan? Lebih-lebih lagi orang yang aku paling sayang. Hehehe =)

Kami telah berjalan dari kedai ke kedai, masuk kedai orang main cuba-cuba. Paling best time kali buat testing-testing main minyak wangi. Kami cuba kesemua minyak wangi yang mereka tawarkan di tempat tuu. Banyak jugak bau-bauan yang wangi-wangi. Tapi atas dasar tidak memunyai wang yang mecukupi, kami telah keluar dengan muka yang sangat selamber; tidak membeli apa-apa pun. Tindakkan kami sudah cukup membuatkan pekerja kedai itu terpinga-pinga. Hehehe, sorry yerk! ;)

Jalan-punya-jalan, akhirnya kami bercadang mahu pergi ke ITbase; alah tepat main komputer. Kami telah bekongsi minat kami bersama dalam blogging. Haha, dia ajar aku macam-macam pasal blogging. Memang terer giler laa engkau Una! Respek aku sama Lu! HakHak XDD Sambil-sambil itu jgak kami check laa account friendster kami. Sudah lama kami tak balas comment orang di FS. Maybe lepas SPM kot baru nak check menatang tu.

Setalah puas melayari blogger, kami pun bercadang mahu menunaikan solat di Masjid Iskandariah. Dah lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke masjid itu. Kali terakhir aku pergi kesana pun semasa aku baru balik dari beraya dengan saudara-mara aku. Aku berasa sangat tenang bila berada di sana. Aku dan Una merasai ketenangan disitu sama-sama. Kami dapat merasakan berada di dalam majid sama sekali lebih berbaloi berbanding di luar sana. Oleh kerana lebih berasa selesa berada di dalam masjid, kami bercadang mahu merehatkan badan dan berlepak didalam sana untuk beberapa jam. Haha, kami bersembang-sembang sambil bermain handphone. Una active-kan MMS aku, dan aku pula mendengar mp3 dalam Handphone-nya. Lagu-lagu yang Una download memang best! =D

Gambar bersama dengan Una di Masjid Iskandariah

Semasa keluar dari masjid, Mr. Sun kelihatan sangat letih dan tak bermaya. Mungkin nanti akan hujan. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, aku dan Una telah beli minuman di tepi jalan(di hadapn masjid) dan seterusnya berangkat ke kedai topap. Selesai topap, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Una mengundurkan dirinya dan kami berpisah di tengah jalan. Aku meneruskan langkahku ke hadapan PTC (Pusat Tuisyen Chandan). Aku menelefon bapaku dan meminta beliau untuk mengambilku di sana.

Aku menunggu dalam 20 minit. Dalam 20 minit tuu, macam-macam berlaku. Aku melihat pergaduhan mulut antara wanita cina (dewasa) dan wanita melayu (remaja). Terus terang aku perkatakan, dua-dua tidak mahu mengalah, sama-sama mahu merasai kemenangan. Sedangkan mereka tidak perasan keadaan sekeliling mereka dalam keadaan tegang. Ada pula 2 orang lelaki yang macam hampeh buat bising semasa mereka bergaduh. Ikutkan hati aku ni memang nak aje aku sumbat cili api dalam mulut mereka; surh mereka diam sikit! Dalam keadaan tegang itu jugalah aku berdoa kepada Allah SWT agar ayah aku dapat sampai ke sini secepat yang boleh.

Alhamdulillah, ayah aku tiba dan akhirnya aku dapat juga pulang. Sungguh seronok! XD

P/S : Lain kali aku nak keluar lagi yer dengan ko, Una! Aku betul-betul rasa sangat seronok, ini laa pengalam yang paling best buat aku! =)



13.9.08

Mengumpat punyer KeSs!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hurmm, macam biaser laa..and paham2 aje laa topik kite ape die hari niehh. Hurmm..MENGUMPAT..ape yang anda paham pasal mengumpat..? tak tahu?? Meh sini aku tunjuk contoh mengumpat..


MAK CIK MINAH : Peah, ko nak tahu x ape cite gosip terhangat minggu nie pasal si Siti janda beranak empat tuu??
MAK CIK PEAH : hUH??! Gosip hangat???! Ape plak cite yang die buat kali nie??? Menggoda suami orang ke kak????
MAK CIK MINAH : Hishh! kamu niehh! Kalo setakat ngorat tuu, ape laa sangat! Janda gatal plus miang tuu dah boring laa asyik mengorat suami orang. Sekarang nie die buat aksi lagi ekstreme!! Bukan mengorat dah, tapi bawak lari suami orang sekali gus!!


Ish..ishh..ishh..Tengok laa perbualan diorang tu. Ape laa nak jadi. Kalo tak mengumpat memang tak sah kan?? Orang yang suke mengumpat nie dah macam internet bergerak. Ade saje laa cite yang diorang tahu. Entah dari mane diorang dapat cite pon x tahu laa. Cite orang beli pinggan mangkuk baru, diorang tahu. Cite orang ade pakwe diorang tahu, cite laki orang main kayu tiga pon diorang tahu. Agak2 nyer laa, kalo suami diorang tuu main kayu tiga, diorang tahu or tak?? Na'uzubillah..

Aku selalu tengok, pompan nie kalo mengumpat pasal orang lain memang dasyat. Aalh, bukan pompan aje yang kuat mengumpat, laki pon same aje laa! Yerlaa, ari tuu ade laa cite member aku bagitau aku ade sorang mamat nie tak habis2 nak mengumpat pasal orang pompan aje. Nak mengutuk orang pompan, dah tuu die tuu bagus sangat ke?? Cube cite sikit??? Adeh! To be honest laa aku cakap, aku betul2 laa pantang kalo orang suke mengumpat nie. Macam xde keje lain plak diorang nak buat. ADEHH! BUANG MASA LAGI ASAM JAWA LAA WEHH! Daripada korang jaga tepi kain orang lain, lebih baik laa korang tengok kain korang tuu dulu. Pekse betul2, mane laa tahu kalo koyak. Kalo koyak, korang jugak yang malu!

Alhamdulillah laa, setakat nie kawasan perumahan aku nie aman damai aje laa. Xde pulak mak cik2 or termasuk mak aku dudok bertenggek kat umah orang lain bawak cite bukan2. Plus, mak aku pon orang yang bekerjaya, mane la ade mase nak bawak cite bukan2 nie. Bagi mak aku, die lagi suke buat keje daripada bawak cite orang tak tentu hala. Entah cite yang diorang bawak tuu salah or betul. Kalo salah, tuu dah boleh dikatekan kes fitnah wooh! Dalam agama kite sendiri pon cakap, Dosa orang yang menfitnah, lagi besar daripada dosa orang yang berzina. Ya Allah!! tengok tuu! baru cakap sikit benda yang salah pon dah boleh buat dosa besar yang lagi besar daripada Dosa Zina.....

nIE..NIE..yang aku pelik bebenor laah kan.. Orang yang suke mengumpat2 nie asyik nak kate keburukkan orang aje. Kenape laa diorang suke nak mengata belakang2?? Kalo yer pon diorang tak suke orang tuuu, cakap laa depan2. NIe tak, tak puas hati sikit, megumpat and mengata belakang2 sampai nak kepoh satu dunie! Cube laa korang pikir betul2, gune akal sampai kepla otak korang nk pecah sikit, pikir ape laa baik sangat mengumpat nie?? Yer laa, memang laa orang kate kalo mengumpat nie boleh puaskan hati yang sedang membara, tapi then, whats next?? Korang rase, orang yang korang mengumpatkan tuu boleh berubah ke?? Aku rase, haram! Tak akn nyer die berubah! Yer laa, die tak tahu langsung ape salah and keburukkan diri die sendiri. Then, kalo die buat salah lagi kat korang, korang terasa and mengumpat lagi. Dah sakit hati lepas tuu dapat plak dose. Korang rase, berbaloi ke tindakkan korang tuu??

Aku malas laa nak taip pepanjang. Yer laa, kalo nk tahu lebih lanjut, korang sendiri laa cari jawapannyuer. Yer laa, segala keptusan nk mengumpat tuu kat tangan korang. Aku just beri pandangan aku aje laa. Tapi, kalo korang ade akal, guna laa. Jangan laa biarkan perasaan mengawal tindak tanduk korang. Sebab bagi aku, manusia yang terlalu ikutkan emosi hanye meletakkan diri sendiri dalam sangkar masalah.

Okey laa meber2 sekalian. Aku rase cukup setakat sini aje laa aku mengomel. Hahaha. Wassalam.

11.9.08

Design Template

Yosshh!! Siap jugak template Blogger aku niehh. 6 Jam aku dok depan komputer design benda nieh..Aduhh..pening jugak laa nak cari design nyer. Nie pon bukan idea aku 100%, ade jugak aku cilok idea orang.

Anyway, lepas TRIAL SPM nie aku pikir nka buat design banner web game untuk sorang member aku nie. Banner Ragnarok katenyer. Budak nie dah lame kasi kat aku, tapi sbb busy sgt, aku tangguhkan keje nieh. Cian die tunggu banner nie dekat 5 bulan..Ciannyer.....

Ape2 pon, lepas nie mesti siapkan jugak! Chayok!! XD
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View