Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

19.2.09

Tim Burton NEW 2009 Movie Titled 9 - Trailer

Semalam aku dif habis kat youtube nak cari pasal movie baru yang Tim Burton buat. Cari punya cari akhirnya aku jumpe gak! AMIN! ALHAMDULILLAH! *happy tahap gaban*

Sape kat sini peminat setia Tim Burton?? Kalo minat, sila tekan sini.

Seriuosly, aku niat gila dengan pengarah sorang nie! Semua hasil kerja dia memang aku takkan miss..jap..jap.. Aku ade mis gak, macam cite vincent, Sweeney Todd..lagi ape erk.. Aku lupe la. Tapi banyak gak cite die yang aku layan. Haha.

Aku pasan la, Tim Burton nie suke ambik Johnny Depp dalam setiap cerita dia - not forget to mention that Johhy Depp is an awesome actor! Memang die boleh bawak semua jenis watak la - kejam, dingin, gila, lawak and etc; especially when dia pegang watak Jack Sparrow. Memang gila mengancam + gila! wahaha xDD

Bukan tu aje, Tim Burton jugak suka guna theme zaman Victorian - alah, yang ala-ala gothic tuu. Sebagai contoh movie yang aku bagi macam Corpse Bride, Edward Scisorshand, Vincent, Nightmare before Christmas, Sweeney Todd, Beetlejuice, Sleepy Hollow, dan seangkatan dengan dia. Oleh sebab dia guna element macam nie la, minat aku kat movie-movie dia makin mendalam.

Kemudian aku terfikir, kan bagus kalo Tim burton jadi pengarah cerita hantu/pembunuh bersiri - Elizabeth Bathory. Teringin gak tengok hasil kerja dia macam mana lepas jadi director cite tu.

But, it doesn't mean aku suke gothic budak-budak malaysia yerk sebab aku tengok gothic diorang sangat selekeh + tak smart langsung. Maaf kalo terkasar bahasa cuma memang tu hakikatnya. Kalo nk tengok gothic yang cun, please tengok fashion gothic Jepun yerk. And please, kalo boleh mekap tu jangan tebal sangat sebab element gothic is about pure face + seram yg suci, not like a fake face macam orang nak mati.

Ape-ape pun, dalam cite terbaru Tim Burton kali nie tak ade la Johnny Depp. Aduyaii! Aku keciwa..keciwa..kecewa..keciwawa...haha. Jangan dilayan sangat pangai tak bape betoi aku nie. Aku tengok trailer dia pun macam cite best! Macam tak sabo-sabo aje nak tengok cite nie!

Korang tengok la trailer nie. Selamat menonton. ^_^


OKAY LA, sampai sini ajelah aku merepek dan merapu. Haha, sekian dan wassalam. ^_^

18.2.09

Geng the Movie Trailers.

GENG THE MOVIE.

Les' Copaque Presents : Malaysia's First 3D Animated feature Film, 2 years in the making, with only 40 man powers, lower cost ever.

Coming Soon On Cinema... 12.2.2009.. PENAMPILAN ISTIMEWA Upin & Ipin!

Haha, cite dah tayang pun. Teringin sangat nak pergi panggung wayang tengok cite nie. Tapi entah bila laa ade chance..



Geng The Movie Trailer



Geng : The Adventure Begins Trailer 2.0


Official Website : CLICK SINI

Dragonball: Evolution International Trailer



Enjoy!

(C) 2008 Twentieth Century Fox Film Corporation.
All Rights Reserved. Property of Fox.

Release Date: April 8, 2009
Director/Writer/Screenplay: James Wong
Producer: Stephen Chow
Co-Producer: Rich Thorne
Executive Producer: Tim Van Rellim
Music Score: Brian Tyler
Visual Effects: Hybride/Amalgamated Dynamics Inc/Image Engine

Cast:

Goku: Justin Chatwin
King Piccolo: James Marsters
Roshi: Chow Yun-Fat
Chi Chi: Jamie Chung
Bulma: Emmy Rossum
Yamcha: Joon Park
Grandpa Gohan: Randall Duk Kim
Mai: Eriko Tamura
Sifu Norris: Ernie Hudson
Carey Fuller: Texas Battle
Agundas: Richard Blake
Weaver: Luis Arrieta
Emi: Shavon Kirksey
Mr. Kingery: Julian Sedgwick
Avatar: Gabriela de la Garza

13.2.09

Justin Timberlake Ft. Zizan [Raja Lawak] - Sexy Back

Salam. Hari nie sepanjang hari melekat kat depan screen komputer. Kalo letih, aku merehatkan diri aku. Aku tak tahu la, kebelakangan ni aku rasa macam letih sangat la. Kalau cakap pasal kerja, aku nie bukan la buat banyak kerja. Tapi entah la, rase macam nak sakit sekarang nie.

Malam nie aku telah menonton Raja Lawak season 3. Aku rase Musim Raja Lawak yang sekarang nie macam dah bosan pun ada. Peserta-peserta tuu sudah mula nampak kekeringan Idea nak buat lawak. Ye la, bukan senang nak buat lawak, lebih-lebih lagu nak buat orang ketawa. Buat orang menangis lagi senang berbanding nak buat orang ketawa.

Kalau tak percaya, korang pergi la maki mana-mana orang yang lalu lalang kat depan rumah korang tu, kompem ade orang akan menangis atau kalau tak menangis pun mesti dia akan kasi pelempang pada korang. Tak percaya? Aku cabar korang buat.

Okay la, kita sambung balik cerita. Macam ini la, aku tetiba aje rasa rindu gila kat Raja Lawak Season 1, so oleh sebab aku nie peminat Zizan (dan juga Nabil) aku pergi la tekan nama Zizan kat search youtube. Entah tetiba, aku nampak satu video nie di-edit oleh Encik Suhaimme - Sexy back - Justin Timberlake ft. Zizan.

Haha, aku rase kelakar gila, terutama raut wajah Zizan dalam video tu. Haha, memang best la.


28.11.08

Rainism versus Mirotic

Salam. Waargghh! Exam dah habis! khirnya dapat aku berjinak-jinak dengan komputer kesayangan aku. Hemoh2, kalau dah dapat peluang main komputer, sudah tentu laa aku pergi berseronok merelakskan minda tengok video-video clip at Youtube. Haha, tuu laa website yang paling aku suke bile nak mencuci mata. Okep, korang jangan pikir lain ye dengan istilah cuci mata tu. Aku tak pikir bukan-bukan, ok?

Antara video yang dah jadi tatapan aku buat 2 hari nie ade banyak gak. Tapi semuanya pasal tarian and music video. Korang nak tahu tak video yang best? hahaha, takpe, meh sini aku listkan!
  • Bi rain - Rainism [link]
  • The Destiny Child - Loose My breath [link]
  • Madonna feat. Britney Spears - Me against the Music [link]
  • DBSK - Mirotic [link]
Aku dah siap tulis link video-video tuu. Aku rase lebih baik laa kalo korang view aje video tuu kat website tuu sendiri sebab orang yang upload video tuu pon boleh menaikkan bilangan viewer diorang, kan? Walau bagaimanapun, aku nak buat sikit ulasan 2 video korea saja. Haha, saje nak membuat sedikit kritikan. Agagaga~

Bi rain - Rainism
Haha, aku nie xde laa suke sangat dengan Bi Rain, tapi aku cuma menulis ape yang patut aje yerk? Yer la, most malaysian especially girls, memang suke artis korea right? Terutama yang ade rupe-rupe cute, kan..? So, aku tulis laa information tambahan pasal Bi rain.
Okep, for your guys information video/lagu nie ialah daripada Bi rain iaitu Album Kelima - Rainism. Akhirnya usaha dan penat lelah rain tercapai jugak kan? Pada November 2007, Rain telah meninggalkan company lama beliau, JYP Entertainment, dan membangunkan company beliau sendiri iaitu J. Tune Entertainment. Kalau korang nak tahu, usia Rain baru saja mencecah 26 tahun untuk tahun ni (2008) tapi beliau sedah mendapat pangkat CEO. Wow, dah name aje syarikat sendiri, right?

Aku tak tahu laa sama ada korang tahu atau tidak, Rain telah terlibat dalam publicized 2007 world tour and Hollywood exposure dalam filem Speed Racer dan Ninja Assassin. Kepopulariti beliau bukan saja terselah dalam asia, tetapi termasuklah Barat. Ini memang menunjukkan negara-negara Asia,even Malaysia, mempunyai keupayaan untuk menandingi negara barat (or memang dah ada kemampuan...?hehe).

Album kelima Bi Rain, iaitu Rainism telah dikeluarkan sejurus selepas pengembaraan atau penglibatan beliau dalam 2 filem itu. Untuk pengetahuan korang, pertambahan perkataan, '-ism', pada nama beliau bagi tajuk lagu Rainism adalah untuk mempromosikan idealogi baru dan konsep beliau tentang siapa diri beliau dan tentang kewujudan beliau.

[X] For the Source in English Translation, please click here : [Link]



Kritikan - Hahaha, actually aku tak adelah nak kritik teruk-teruk. For the Overal video nie memang nampak mantap, hebat dan cool! Aku bagi tau korang, memang berbaloi laa masa korang tengok video Bi Rain yang terbaru nie. Pujian aku untuk video ini kan tarian cantik, kualiti video mantap, ada unsur-unsur gothic yang tak melanpau, kesan effect air dan api yang dapat memberi kesan kepada penonton dan opening latar belakang di perkampungan Thailand memang nampak hebat.

Tapi yang aku hilang mood nak tengok kan sebab lagu die agak pelik sikit. Hahaha, betul, aku tak tipu! Aku tak tau laa nak cakap macam mane. Bagi aku, kalo lirik lagu nie pasal benda lain dan tak ade kaitan dengan langsung dengan diri die, aku rase mungkin lagi hebat. Yes, memang lirik die yang buat aku rase kekok. Tapi ape-ape pon, ko try aje laa tengok video nie. Lain orang lain pendapat die, right?

DBSK - Mirotic
Well, macam biase, aku akan sediakan info album untuk kumpulan TVXQ atau lebih dikenali sebagai DBSK di Korea. Jap, aku tak sure laa, tapi lebih kurang antara Jepun and Korea cam gitu laa.
Okep, for your guys information video/lagu nie ialah daripada DBSK/TVXQ iaitu Album keempat - Mirotic. Album nie telah dikeluarkan pada 19 september 2008. Dalam video nie, anda korang akan perasan style music agak sama dengan lagu BoA yang bertajuk Eat you up kerana video ini telah diuruskan oleh Remee dan Troelsen dimana mereka juga terlibat dalam pembikinan lagu untuk BoA.

Perkataan Mirotic ini adalah gabungan daripada "MIRO" yang membawa maksud "hilang/sesat" dalam bahasa korea manakala dalam bahasa Inggeris pula ialah "TIC". Dua perkataan ini telah digabungkan untuk menjadi "MIROTIC" dimana ia membawa maksud mempunyai perasaan terhadap seseorang dalam percintaan pandang pertama dan terperangkap dalam komplikasi yang tidak mungkin mampu untuk keluar. Pendek cerita, percintaan yang bermasalah laa, lebih kurang gitu laa.

Okep, for your guys information, video ini ade version English dimana dinyanyikan oleh Sarah Connor - Under my Skin. Semasa pembikinan lagu dan video ini (kalau tak silap laa), Sara Connor telah bersama-sama dengan mereka. TVXQ telah menyediakan atau membuat album ini sejak 2007 lagi tetapi hanya baru saja habos recording pada bulan Jun tahun ini (2008).

Antara orang-orang yang telah terlibat dalam pembikinan tajuk lagu ini adalah Chris Brwon, Christina Aguilera dan Kenny Wormald (beliau pernah bekerja dengan Justin Timberlake).

[X] For the Source in English Translation, please click here : [Link]



Kritikan - Kritikan aku untuk lagu Mirotic ini memang tak ade sebab lagu die memang sedap and perfect bagi aku. Xde pelik, tawar or pahit. Aku mempromosikan lagu ini kat korang sebab lagu die mmg best! Korang memang patut download.

Tapi yang aku rase tak bape best kan sebab video die. Haha, maybe bagi korang video die takde masalah, but not for me. Video untuk lagu ini memang lawa dan tak boleh dinafikan. Tapi aku rase cute guys in this group macam "aww" laa. Haha, lepas tarian diorang nmpak macam tak bape cantik. Aku lagi suke tarian Bi Rain lagi, in which nampak lebih macho and cool. Kalo DBSK menari, nampak macam kene tolak dengan angin la sebab badan diorang nampak kurus sangat. Jadi, memang susah kalo nak dikategorikan dalam kumpulan macho. But still, they have the cute face dan memang tak boleh dinafikan dengan fakta tuu ( tapi aku tak minat dengan DBSK yerk).

Rainism versus Mirotic
Ok, sekarang nie, daripada 2 video yang telah korang saksikan, cuba bandingkan dan decide which one is better. Hahaha, aku tak tahu nak pilih mane satu sebab dua-dua video tuu ade keistimewaan yang tersendiri. Tapi tuu pendapat aku, bukan korang right? Macam peribahasa melayu selalu diungkapkan; Rambut sama hitam, hati lain-lain. So, aku nak tahu jugak pendapat korang which one will you choose. So, its up to you which one is it.
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View