Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

5.3.09

Asal online YM aje, aku tensen!

Assalamualaikum. Entry kali nie bukan 100% ditulis oleh aku. Aku saje copy paste dalam blog aku nie pasal entry nie - sebab ianya merupakan salah satu sebab mengapa aku malas nak online. Bukan la ape, asal online aje, aku tensen. Asal online aje, aku tensen. Asal aku tensen aje, mesti masa aku online. Jadi, entry kawan aku nie memang banyak la persamaan dengan aku.

Pemilik Asal Entry : Nurul Husna Tajuddin
Untuk Entry Original : YM itu Yahoo Messenger

Tetibe macam rasa terasa hati uh. Sedangkan benda simple saje. Ehm lupekan. lupekan. Perkara macam ni tak baik disimpan buat anak cucu. Ewah. Haha ;p

Tadi pagi bangun pukul 10.30. Rasa macam awal sebab hari ni tak banyak kerja aku kena buat. Jadi aku bermalas malasan dengan menghadap komputer tua neh. Benda pertama, aku bukak ym. Set kan status supaya invisible. Memang aku jadi halimunan sekarang. Tapi kadang-kadang kantoi jua. Hehee ;p

If status ym available, kalo aku tak tegur orang, bimbang akan mengecikkan hati sesiapa. Sebab dulu kan aku kaki ym maka semua orang aku tegur. Tibe-tibe sekarang ni aku jarang tegur, mesti ade yang kecik hati kan. kan. kan. Tambah-tambah kalo orang tu kenal rapat dengan aku. Kadang-kadang aku terpikir jugak ; Kalo kite on ym tu, memang wajib ke kite tegur orang? Okep kalo sekali sekala takpe jugak. Tapi kalau orang tu setiap hari on, kite pon setiap hari on. Setiap hari nak berym rasa macam dah takde topik pula mau cakap kan kan. (Tapi kalo Cerap dengan Ame memang takpe) Ngee

Okey. Aku takmo orang rasa terpaksa bila berym dengan aku. Macam kalau aku online, ko memang wajib tegur aku. Hey tak. tak. Tak perlu rasa macam tu. Even ko memang rapat gile dengan aku pon, kalo ko rasa macam takmo tegur aku pon takpe. Aku faham. Sebab kite semua punyai kerja masing-masing kan? Bukannya kalo kite online tu memang kite takde kerja. Sebab bila online, banyak benda kite nk buat. Jadi kalo ko buzy dan ko tak tegur aku, tak perlu rasa bersalah okey ? ;D

Sama jugak macam ko, kalo aku nampak ko semacam buzy ; aku rasa macam takmo gangu ko, walaupun ko kate tak menggangu. Sebab aku neh kan hati kaca. Sekali semacam terasa hati. Pecah berderai uh ; bila aku penat bercerita bagai tapi ko macam tak fokus je mula la hati kaca aku neh makin lama makin retak. Haha.

Kejap-kejap.Bila pikir-pikir balik, aku pon selalu jugak kadang-kadang tak fokus. Mwehehe asyik pikir hati sendiri saje. Hati orang takde pulak pikir. Kepada sapa yang pernah terasa, sila maafkan aku. Terutama cerap kan kan. Kite selalu kan macam ni dengan sayang kan? :P

Oleh itu kawan-kawan sekalian, marilah kite berkonfren saje! *Tetibe. Haha. Aku rasa semua perenggan neh macam takde kaitan dengan orang lain. Mungkin aku sorang je rasa macam neh. Yelah aku sejak dua menjak neh dah jadi macam anti-sosial pulak. Sebab tu bebel bebal tu, aku macam dah tak kisah sangat. Adeh tapi aku rasa, aku lebih senang macam ni.

Sebab lagi banyak orang kite bual, lagi banyak hati kena jaga, hati kite pon nak kena jaga. Tambah-tambah pulak mulot aku neh agak boleh tahan juge. Mulot orang pon memang boleh tahan. Karang ada yang tersilap cakap, ade yang makan hati. Lebih baik dok diam-diam saje :pp

*Aku kalau orang gune "huhuhuhuhuhu" time ym pon aku buleh terasa. Ngade-ngade betul. Sile tajang aku dengan penuh kasih sayang boleh?
Aku malas nak online YM nie sebab aku rase hidup macam terkongkong aje. Kalau tak nak tegur orang aje, mula la ade manusia kecil hati, merajuk la, mengata la. Rasa macam tak ade privasi langsung. Sukahati aku la kalau aku nak tegur atau tak. Ape hak ko hah? Nie yang aku selalu buat aku rase panas aje.

Kadang-kala aku rase nak buang aje YM aku nie. Tapi difikirkan balik, ade manusia dalam rumah aku pasti mahu menggunakan benda alah nie. Kalau buang, kompem ade yang bising. Aku kompem, mesti nanti ade insan yang sedang baca enry aku yang nie, kompem sakit hati. Yer la, asal aku marah aje, ramai member aku sakit hati. Lantak la, aku dah puas la asyik jaga hati orang. Aku dah tak larat! Sekarang, no miss nice girl!

Sekian dan Wassalam.

3.3.09

I n d a h .

Dalam banyak-banyak masalah yang pernah melanda aku, kebanyakkan perkara itu akan berakhir dalam kebaikkan. Alhamdulillah.

Dugaan yang mendatang, akan aku selalu doakan perkara yang baik. Seperti, ada kalanya kita sesama rakan pasti akan berlaku pertelingkahan. Sekiranya aku sedih atau kecewa, akan aku merujuk pada diriNya. Alhamdulillah, Allah SWT jawab doa aku, walaupun pada ketikanya agak lambat doa itu dijawab. Walau pun begitu, aku tetap bersyukur kerana Allah masih sudi dengar doa aku walaupun aku telah bnyak berdosa padaNya.

Kadang kala, bila aku duduk berseorangan dan berfikir sejenak dengan dugaan-dugaan masa lampau, akan aku gelak berseorangan sambil menitiskan air mata. Aku bukan menangis kerana aku sedih, tapi kerana aku besyukur, terlalu bersyukur. Sebenarnya setiap dugaan yang melanda aku itu merupakan permintaan doa aku kepada Allah. Aku selalu minta sesuatu yang boleh memantapkan lagi keimanan aku kepada diriNya. Alhamdulillah..

Perkara yang sama berlaku hari ini. Hari ni dalam lewat malam aku telah bergaduh dengan adik aku. Aku sendiri pun tak pasti ianya salah aku ataupun adik aku. Tapi yang pasti, aku hanya menanyakan,
"Bila nak tido? Esok sekolah kan?"
Tanpa angin atau hujan, adik aku marah aku. Aku menanyakan balik, kenapa la dia nak marah-marah? Aku kan hanya menanyakan saje perkara tersebut. Tapi entah la, dia menyalahkan aku balik kerana antonasi/nada percakapan aku yang baginya agak kasar. Aku terfikir balik, betul ke kasar? Entah la.

Dengan agak terkilan dengan sikap dia dan memutuskan untuk tidak meneruskan pertelingkahan tu, aku terus blah dari bilik dan cakap,
"Yer la, akak salah. Dah puas kan?"
Semasa dalam perjalanan turun ke bawah, aku bedoa seketika pada Allah sambil menitiskan air mata;
"Ya Allah, tidak sekali pun dalam hati aku ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Salah aku ke? Adakah salah bagi aku menanyaan sesuatu pada adik aku sendiri? Aku bukan mahukan apa-apa yang lebih daripada diriMu ya Allah. Aku cuma mahu adik aku menghormati diri aku."
Dalam sedih-sedih tu, perut aku meragam nak makan pulak. Jadi, masalah aku pasal adik aku tu, aku terus lupakan sebab kelaparan yang teramat sangat. Aku nie kalau lapo, Tuhan saje yang tahu. Haha. Kemudian, sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke dapur, aku ade satu firasat dengan mengatakan - lebih baik ko tengok anset ko kejap.

Jadi, sebaik saje hati aku berkata-kata sedemikian, aku terus memajukan langkah aku ke ruang tamu. Aku kena memastikan langkah aku tidak menghasilkan sebarang bunyi sebab mampos aku kalau mak aku tau aku tak tido lagi - especially bila malam nie mak aku telah membuat keputusan untuk tido di ruang tamu tu jugak.

Jalan punya jalan, sambil meraba dalam gelap aku mencari anset kesayangan aku. Alhamdulillah, jumpe jugak akhirnya! Haha. Aku dapati terdapat 3 miskol dari seorang sahabat baik aku, Una, dan disertakan sekali dengan 2 message dari seorang kawan dan adik angkat aku. Aku merancang nak menefon member aku (una) tu balik, tapi kredit aku expired la pulak. Kemudian, aku menumpukan pada message yang aku terima, espcially adik angkat aku - Husaini.

Message tersebut ditulis dalam tulisan besar dan meminta aku menolong dia. Kemudian aku melihat masa message itu masuk dalam inbox aku, iaitu dalam pukul 10.30 mlm macam tu la. Aduhai, aku nak tolong macam mana pulak? aku pun tengah tido time tu. Aku check anset pun dalam pukul 1 pagi - itu pun terbangun secara tiba-tiba.

Dengan perasaan bimbang dalam hati dimana Allah saje yang tahu, aku cepat-cepat onlinekan YM aku untuk pastikan keadaan dia sama ada dah tido atau belum. Kalau dia belum tido, sempat jugak aku tolong dia. Malang sekali, dia tak online dalam waktu itu. Memang la dia dah tido, esok nak sekolah, takkan nak tido lambat pulak. Aduh, risau gila aku kat budak tu. Aku harap masalah dia tak serius la.

Then, perut aku meragam buat kali kedua. Tak boleh jadi nie, aku kena melantak cepat nie. Jadi, aku meletakkan handset aku tepi laptop aku dan terusla pergi ke dapur dan mencari la lebihan lauk yang mak aku simpan dalam peti ais. Aisehman, kalau bapak aku tau aku makam lewat-lewat malam nie, kompen dia mengata aku nanti. Haha.

Sesudah aku selesai makan, aku terus menghadap skrin laptop aku. Tetiba saje, anset aku vibrate. Aik? Sape pulak yang hantar message malam buta nie? Aku pun masuk la dalam inbox aku dan ingin memastikan siapa gerangannya insan yang telah menghantar message ini pada aku selewat malam macam gini. AIk? Nombor yang tidak dikenali la pulak..?

Malas nak fikir ape-ape masa tu, aku terus aje baca message tu. Tak sangka sungguh, ianya daripada adik aku sendiri. Baru aku ingat, die pernah cakap dia dah tukar nombor. Tapi tak pernah pulak dia kasi tau pasal nombor baru dia tu. Haha. Dalam message tu, dia menyatakan:
"Adik(gelaran aku dalam keluarga), aku mintak maaf pasal aku gaduh dengan kamu pada tanggal 3 Mac 2009 (waktu malam). Aku keluarkan kata-kata kasar. Mungkin sebab aku tension giler. Harap ko maafkan."
Hahaha. Itulah adik aku. Memang agak ego, susah untuk cakap sesuatu. Dalam deep down in her heart, aku tau dia nie baik. Cuma aga panas baran aje. Aku cakap terus terang, message dari adik aku ini buatkan aku rasa terharu dan makin tambah rasa bersyukur pada Allah. Allah sekali lagi menjawab doa aku. Kerana rasa bersyukur teramat sangat, aku telah menitiskan airmata sambil menaip entry aku sekarang nie.

Mungkin betul cakap orang. Kalau kita menghormati orang lain, maka orang lain akan menghormati kita. Aku ingat balik, sekali tu aku ade buat salah dengan adik aku. Dengan rasa sebersalah, aku mintak maaf balik dengan dia. Mungkin Allah sedang memberi tahu aku bahawa setiap perbuatan baik akan dibalas baik..

P/S : Dari alam nyata, aku memang seorang yang mudah menangis. Tapi tidak bermakna aku akan menunjukkan tangisan aku pada orang lain. Aku lebih suka menangis bersendirian dan kalau boleh aku lagi suka kalau orang tak tahu aku menangis. Harap maklum.

2.3.09

Movie : Hannibal

Apa pendapat korang bila ade seorang pembunuh bersiri akan jatuh hati pada seorang polis?

Hahaha, macam cerita gila kan? Tapi aku suka la. Itu pun lepas aku tengok satu cerita yang tajuk dia Hannibal. Cerita nie mengisahkan seorang lelaki yang bernama Hannibal Lecter, as a brilliant Psychiatrist and cannibalistic serial killer.

Aku tertarik gila dengan watak Dr. Hannibal Lecter sebab walaupun dia nie seorang pembunuh bersiri yang sangat kejam gila bangang tahap dewa, dia takkan berani cederakan perempuan yang dia suka, Clarice Starling (walaupun minah nie banyak kali nak tangkap and pukul dia, biase la kerja polis tangkap penjenayah, kan?)

Cerita ni diadiptasi daripada novel yang bertajuk Hannibal jugak karya Thomas Harris. Novel nie ada dua siri, alah macam ala-ala harry potter yang banyak siri. So, same goes to this novel too. Sekarang nie aku nak cari and baca this novel puas-puas, lantak la kalau English sekali pun. So, ade sesiapa pernah baca cerita The Silence of the Lambs dengan Hannibal tak? Novel yerk, bukan movies. Ade tak? ade tak? Kalau ade, aku mau pinjam sama lu!

Dr. Hannibal Lecter (Sir Anthony Hopkins) :
Pembunuh bersiri yang genius tahap klimaks.


Clarice Starling (Julianne Moore) :
Nie la perempuan yang berjaya buat Hannibal Lecter angau cinta.

P/S : Clarice Starling merupakan seorang FBI yang amanah dan dedikasi.
Betul wehh, mamat Hannibal Lecter tuu betul-betul dah kena angau cinta dengan Clarice. Gila beb, memang angau bukan sebarangan angau. Dalam movie yang aku tengok tu, sesapa aje yang berani sakitkan perempuan tu, tanpa segan silu serta dengan percuma, mamat tuu bunuh saje orang-orang yang sakitkan Clarice tuu. Sampai satu babak dalam cite tuu, memang aku tersentuh sangat.

Babak yang buat aku tersentuh:


Dalam scene nie, Hannibal potong tangan die, bukan tangan perempuan tuu. Wuu~ Sakit wohh! Aku tersentuhh~ Bukan la ape, die lagi rela tengok diri dia sakit daripada tengok perempuan tu menderita. That means his love for her is what we called "TRUE LOVE". Seriously, aku ingat lagi ade sorang pak cik nie pernah cakap :
"Kalau laki tu betul-betul sukakan kamu, dia akan jaga kamu elok-elok. Baik dari maruah kamu dan sebagainya."
Baru semalam aku tengok cerita HALAQAH kat TV9 dekat dihati. Haha, pasal dating-dating kalau tak silap aku. Salah seorang ustaz tu cakap :
"Bagi perempuan yang dah insaf dan tak nak dating-dating, bagus la sebab kamu sedar ape yang kamu buat. Sekiranya pakwe kamu masih mengajak kamu buat benda-benda itu, kamu tinggalkanlah dia. Sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
Aku cakap semua nie bukan sebab aku jeles dan tak faham perasaan korang yang sedang hangat bercinta. Aku faham dan kadang kala aku ade jugak hampir leka dengan permainan perasaan ini kerana sesungguhnya aku jugak seperti korang, manusia yang dilahirkan dengan fitrah semula jadi dalam diri untuk disayangi dan dicintai.

Tapi, kalau yerla kan korang sayang satu sama lain, takkan la sampai lupa Allah? Sesungguhnya perasaan cinta itu datang dari Allah dan hilang pun kerana kemahuan Allah. Jadi, fikir-fikirkan lah yerk. Plus, cinta manusia tu bila-bila sahaja boleh pudar tapi cinta Allah sama kite, sampai bila-bila pun takkan pudar.

Eh, sambung balik main topik :

Tapi, ape kaitan pulak dengan Hannibal dengan cintan-cintan kitorang pulak nie?
Ape kaitan dengan kata-kata ustaz tuu dalam topik ko nie?

It's easy. Senang cerita macam nie la, bagi sesiapa yang sedang hangat bercinta, aku nak tanya, adakah laki yang korang sayang tu jaga korang betul-betul? Semua orang laki boleh cakap:

I miss you..

I bimbangkan you..

U sihat tak hari nie..?

So, dengan beberapa soalan macam tuu, ingat dah cukup ke makna dengan perkataan "menjaga"? Tapi, adakah ia betul-betul maksudkannya? Ataupun sekadar mahu menjaga hati kita? Semua orang boleh jaga hati orang lain, even kalau ade sesetengah individu main kayu tiga belakang awek/pakwe, diorang berahsia sebab nak jaga hati korang jugak, kan? kan? haha.

If you asked me, aku boleh cakap macam ini sajalah :
Kalau seseorang tu sayang kita, dia lebih perlukan menggunakan tingkah laku, dan bukannya perkataan. Semua orang boleh bercakap, tapi kalau nak buat mesti liat, kan?
Kaitan dengan cite Hannibal tu pulak, laki tu jaga perempuan tu elok-elok, sampai die sanggup potong tangan dia sendiri - walaupun dia sedar perempuan tuu takkan suka dia. Cinta dia Ikhlas woah! Tanpa perlukan balasan. So, siapa sanggup potong tangan sendiri demi cinta suci? Sila angkat tangan? Kemudian, ambik kapak dan potong tangan korang yerk. Hahaha.

Okay, nak tamatkan bebelan manis lagi manja dari sini :
Aku nak blah la weh. Mata aku dah ngantok siot nie. Haha, plus mampus aku kalo bapak aku tau aku tido lambat macam kura-kura. Haha. Sekian dan Wassalam.

28.2.09

Adab bercinta dalam Islam

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

ORIGINAL SOURCE : Adab bercinta dalam islam

23.2.09

Kesengalan Budak Myspace.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari nie aku nak cite pasal kesengalan budak-budak malaysia di myspace. Aku tak tujukan mende nie pada semua pengguna myspace - hanya segelintir saje.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis cerite nie cuma aku takut budak-budak myspace saman aku aje. Tapi, selepas beberapa incident telah berlaku, aku ambik keputusan untuk menekankan cerita sebenar agar beberapa pihak akan buka mata, bukak hati, sampai terbukak keinsafan hati..

Acctually, account myspace aku yang sekarang nie merupakan account baru dan sebelum nie aku ade account lama di myspace tapi aku delete dengan alasan nak study (konon la).

Kemudian, aku buat balik account aku atas sebab :
1 - ramai member guna myspace.
2 - nak contact kawan lama budak myspace.
3 - cuci mata dan tengok/kaji perangai manusia.
4 - sekadar nk cari gaduh dengan orang.
5 - kebosanan yang terlampau sangat.
Berikut merupakan faktor-faktor aku buat account baru di myspace aku. Tapi, ape kaitan pulak dengan tajuk diatas? sorry sebab aku banyak melencong. Aku saje aje tulis pendahuluan sebab tak nak kasi korang confuse dengan isi yang bakal aku taip nanti.


Bermulanya Kesengalan bajet Hot.
Hari nie aku bukak or dari erti bahasa kamus myspace ialah "online" account myspace aku. Anak-anak, janganlah ambik istilah yang telah aku tulis kerana ia bakal merosakkan bahasa melayu kamu seterusnya akan melingkupkan result BM korang. Okay la, kite sambung balik.

Aku nie malas nak comment kat orang - so aku cuma jalan cuci mate aje la kat myspace. Tengok mamat ensem, tengok yang kureng sikit, tengok la budak-budak alim, tengok la budak bajet cun and hot. Kira semuanya la aku tengok la. Dah nama Allah kasi mata, ape lagi kalau kegunaan nya untuk melihat ciptaanNya kan? At least aku tak buat kerja macam tengok cerita porno tak tentu hala.

Pijak punya pijak profile orang, tetiba aje aku jumpe profile yang agak tak boleh blah. Pergh! Ya Allah, ampun kan aku kalo aku mengumpat orang! okey, sambung balik pasal PERGH tu. Macam nie, aku tengok la mula-mula gambo dia kat profile orang lain. Muka memang cun siap buat posing maut hinggakan aku tengok pun nak naik maut! Dengan pakai spek mate kaler hitam tu buat posing cute. Kalau laki tengok, aku tak tahu la ape yang terlintas dalam kepala diorang.


Kesengalan bajet Hot Sudah Start..
Oleh sebab dia cute, jadi aku nak tengok la dia nie macam mana. Saja, nak tengok dalaman dan luaran tu sama ke tidak. Masa aku masuk profile die, memang okey la, simple aje la layouts dia dan kaler warna warni - sesuai la sangat dengan gaya dia yang comey sangat tu. Then, aku terpandang kat headline dia yang mengatakan ;
"Kalau korang dah add aku, pandai-pandai la korang mengomen gambar aku! Kalau korang tak nak mengomen gambar aku, aku kan block korang daripada friend list aku!"
Aduh! Bajet hot! Hah! Dapat ko! Maaf la kalau aku terkasar bahasa, cuma aku tak bape berkenan sangat la orang macam nie. Ape hak dia nk paksa orang komen gambar dia? Okey, aku tau la dia tu cun dan boleh mengalahkan artis-artis kat malaysia, tapi please la.. Ape hak dia nak paksa orang? Adakah manusia macam nie tahu erti hak? Aku tahu dia ada hak nak tulis macam tu, tapi dia tak terfikir ke tindakkan dia tu sendiri boleh mengaibkan diri sendiri..?


Ape kejadah Fesyen komen-komen Gambo..?
Aku tak paham la ape fesyen orang nk komen-komen gambo. FESYEN DIE MACAM NIE :
" Aku kumen gambo ko, ko komen gambo aku. FAIR AND SQUARE! "
WTH?? Aiyoh, aku cakap terang-terang la. Aku tak tahu penyakit ape laa yang dah berjangkit dengan budak-budak myspace sekarang nie. Yer la, dulu time aku muda-muda (muda ke) lebih kurang dalam 14-17, mane ade penyakit komen gambar-gambar nie. Tak ade orang paksa aku buat menda alah tu. Tak ada pun orang hinggap profile aku and drop komen yang bertulis macam nie :
"Komen my pic okay?"
Hurmm..pelik la. Kalau nak sangat orang komen gambar korang tu, ape kata korang join flicker ke, Fotopages ke, or devianart ke. Hah! kat situ perkembangkan la bakat korang betul-betul. Nak pampang rupa korang kat site tuu pun tak ape. InsyaAllah, nanti ade la manusia yang komen. Kalau ade la...


SEX Addict..?
hurm, benda nie buat au meremang bulu roma. Ade la satu profile nie aku skodeng. Display pic dia, dia pakai gambar hello kitty. Aku ingat minah-minah macam nie okay la kan. Then, masuk-masuk profile dia okay lagi. Aku tengok minah nie pun macam kegilaan ramai aje sebab dia punya comment box dengan bilangan kawan-kawan dia memang banyak la kan - lebih daripada 10 000 kalau tak silap aku.

Aku pun terfikir la, minah nie mesti lawa rupa dia, jadi tak heran la kalau dia jadi kegemaran ramai - terutama kaum adam la. So, aku tekan la link ke photo dia. Alangkah terkezutnye..TERKEZUT you know! Pergh! Most her picture bukan tunjuk muka dia, tapi tunjuk badan dia tanpa seurat benang pun! Korang tau tak maksud aku?????

Dah la tak pakai baju, then sempat lagi tutup dada dia. Dalam mati aku;
"buat ape ko nak tutup dada ko lagi? Ko sudah pun menunjukkan most of your body. Kalau dah gatal sangat, kan baik bogel aje terus!"
Seriously, memang sakit kepala aku tengok minah tu. Yang paling aku sedih, ramai orang yang komen gambar dia (most boys) teruja habis dan kalau boleh macam menggalakkan perempuan tu buat lagi macam tu. Memang menjijikkan la komen yang diorang kasi. Aku rase, cuma 1% aje yang menegur perbuatan tak bermaruah tu. 1% lebih kurang tak sampai 10 orang yang menegur perbuatan perempuan tu. Siyesss...

Aku keciwaaa..keciwaaa dengan orang macam nie. Entah mana letaknya tradisi orang melayu dan agama yang sentiasa menjaga maruah diri..? Adakah ia sudah ditelan zaman..?


Bangga jadi Mat Rempit..?
Mat rempit nie satu kes jugak. Waduh, memang bangga habis la dengan geng motorbike diorang. Bukan la ape, mat rempit nie kan ade banyak? Dalam banyak-banyak tu aku tengok macam ade kumpulan-kumpulan dia plak. Yer la, diorang ade bentuk satu community kat myspace, dan setiap community tuu ade macam-macam jenis logo. Jadi, aku nak tanya, dari satu geng rempit ke satu geng rempit, adakah ianya sama? Maksud aku, adakah ianya berlainan macam hoppers dengan punk?

Mat rempit yang aku banyak usha pun most of his top friend majoriti terdiri daripada kaum hawa. Memang tak dinafikan la, most of them memang lawa la. Memang beza langgit bumi tinggi rendah kalau nak dibandingkan dengan aku. Then aku terfikir dalam kepala otak aku nie :
"Engkau dah lawa, tapi macam mana boleh bergaul dengan hantu rempit tambah pulak dengan muka selenga? Entah ape yang ada kat mamat macam tu pun aku tak tau..."
Macam bapak aku selalu cakap;
" Kalau dah bercinta, yang huduh tu pun orang cakap cantik. Yang hantu tu diorang cakap malaikat. Dah kawin, baru la nak menyesal tak tentu hala.. "

Malas la nak ulas lagi, buat sakit kepala aje..
Dah la, malas la aku nk tulis panjang-panjang. Kalau tulis panjang-panjang, aku sedar takkan ade orang sanggup baca. Haha, siapalah aku untuk orang baca blog aku nie. Aku nie bukanlah Datin Siti Nurhaliza, Krisdayanti ke, Britney Spears ke. Wakaka. Kesengalan aku dah keluar. Dah2, aku nak blah.

Sekian dan wassalam.

18.2.09

5 Pengalaman Paling Cuak - #1 Abang Guard.

Dalam hidup korang mesti ada pasang surut, kan? Gembira, sedih, gila, nyanyok dan seangkatan dengannya - tambah-tambah lagi cerita yang paling cuak dalam hidup korang. Hari ni aku nak berkongsi sikit pasal pengalaman paling gila aku. Seriously, aku rase takut tambah rasa nak gila aje time benda nie melanda.

Seriously, nie pengalaman masa aku form 5. Dalam form 5 nie macam-macam berlaku dalam hidup aku dan perkara yang terjadi nie pun banyak mengajar aku tentang sesuatu. Ada la suatu hari nie, aku kena balik lambat sebab aku nak study kat sekolah aje. Aku malas nak balik cepat sebab aku nie bukan selalu belajar kat rumah. Aku lebih suka belajar kat sekolah. Kiranya aku tak boleh fokus kalau belajar dirumah. Aku dah pun memberitahu pasal aku nak study tuu kat bapak aku, jadi dia akan ambik amku dalam pukul 5.00 petang.

Masa tu, aku study la dengan sorang member aku, non muslim and indian - Sugunia. Kitorang dua orang aje dalam kelas tuu, so memang sepi laa kan. Study punya study, sampai satu tahap aku terasa letih sangat dan membuat keputusan untuk tidur. Oleh sebab aku tengok si Sugu tuu macam khusyuk dan tak mengantok, aku mintak la dia kejutkan aku dalam 3.45 petang; sebab nak sambung balik study.

Tido..punya..tido..tetiba aku rasa macam perasaan tak sedap hati - didatangi oleh suara seseorang (lelaki) yang memangggil "awak.." ke arah aku. Aku ingat aku masih bermimpi tapi entah macam mana, aku terus membuka mata aku tanpa sebarang sebab - automatik. Seorang abang Guard depan mata aku. Astaghfirullah!

Keadaan menjadi sepi. Dia tengok aku, aku tengok dia. Memang aku terkejut gila time tuu. Lidah aku terkelu dan tak tahu nak cakap apa sebab memang dah cuak gila weh! Bayangkan la, korang tido secara menyandar atas kerusi kayu dan ada orang tengok korang tido - LELAKI pulak tuu!

Kalau abang atau bapak aku tak ape la gak, nie orang yang tak ade kaitan dengan darah daging aku tengok aku tido. Kalo korang la, ape yang korang rasa..?? Aku dah start pikir lain-lain dah dan abang guard yang tengok muka aku yang macam lain macam tuu pun dan rase lain macam. Huhu, rase sebersalah agaknya. Haha.

Kemudian abang Guard tuu bersuara;

"Hurm..saye nie nak kunci pintu, awak nak balik ikut mana..?"

"saye balik ikut jalan belakang..."

"Urmm..nanti kalau nak balik bagitau sebab senang sikit saye nak kunci pintu nanti.."

"ok....." (dalam keadaan blur sebab baru bangun tido..)

Huhu, buat macam tak ade pape plak, jadi aku pun bagi respons yang positif. Malas nak pikir bukan-bukan pasal orang sebab tak elok la. Selepas aje abang tu blah ke pondok jaga (pondok security la tuu) aku pun cepat-cepat kemas barang sambil melihat jam tangan aku. Ya Allah! jam sudah menunjukkan 4.45 petang! Kelam kabut aku kemas barang time tuu. Dalam-dalam kemas barang tuu, boleh lagi aku terfikir;

"Aku tido macam mane la tadi..? Aishhh! Malu betul! Menyesal tak tido secara tutup muka atas meja..."

Then, aku tefikir, mana pulak si Sugunia nie? Pergi tandas ke..? Atau dah balik rumah?? Dia tak kejutkan aku ke..? Alhamdulillah, terjawab jugak soalan aku pasal Sugunia tuu. Masa aku kemas-kemas barang tu, tetiba aku nampak surat daripada Sugunia atas meja aku. Dia tindihkan surat dengan buku, mana la aku nak nampak. Dah kemas separuh mati, baru la nampak. Surat dia berbunyi macam nie;

"Amy, aku balik dulu yerk. Sorry erk. Aku dah bangunkan ko, tapi ko tak bangun-bangun.. So, aku blah dulu. Tata."

Aishh! Nie yang paling aku benci nie. Aku nie kalau dah dapat nikmat tido, memang tido habis. Suara orang kat sekeliling aku memang tak akan aku endahkan. Bila kejadian macam nie dah berlaku, memang betapa bahayanya kalau TIDO MATI nie. Tapi tido mati nie ade kebaikkannya jugak, macam kalau ade benda (benda tuu laa...) kaco korang time korang tido, korang takkan rase pape..kan..? kan..? kan..? haha.

Jadi lepas kemas barang, panjang umur, bapak aku pun sampai pada tepat pada masanya. Aku pun balik dengan rase malu + menebalkan muka aje la. Aku tak bagitau pun kat abang tuu yang aku nak balik, aku terus aje balik macam tuu aje. Tak nak la, malu laa..

Esok hari tuu, aku dah okay dah. Tak fikir pun benda bukan-bukan. Aku jadikan benda yang berlaku tuu pengalaman dan aku jugak jadikan ia sebagai pengajaran untuk tidak tido di sekolah lagi. Memang aku motivate diri aku habis-habis la sebab nak kembalikan semangat diri balik. Benda dah berlaku, bukan kita boleh ubah pun. Jadi, aku menggagahkan diri aku untuk pergi ke sekolah dan buat macam tidak pernah berlaku ape-ape.

Tapi, lain pulak jadinya. Kejadian semalam tuu telah jadikan keadaan semakin rumit. Korang nk tahu tak ape sebabnya..? Aiyoh, abang Guard tuu la, kasi aku surat. Dei! Dia tahu nama aku. Then aku tengok laci bawah meja aku, ade fail BM. adoiyaii! Menyesal aku letak file tu kat situ. Kalo aku tak taruk ape-ape kat bawah meja aku, kompem dia takkan tahu nama aku!

Dalam surat tuu menyatakan perasaan dia yang rasa sebersalah pasal perkara yang dah berlaku semalam tu. Dia mintak maaf la kat aku - sebab masa dia kejutkan aku semalam tuu, muka aku macam muka orang cuak + takut. Dan kalo boleh dia nak aku rahsiakan benda nie daripada orang lain - terutama pihak cikgu kat sekolah aku tuu sebab takut kena pecat ke ape ke. Aku tak kecoh pun, diam-diam aje la.

Then yang aku tak paham boleh pulak jadi sesi perkenalan pulak. Tetiba pulak dia nak kawan dengan aku. Siap perkenalkan nama dia, umur dan hometown dia. Bukan tu aje, siap bagi nombor telefon tuu. Tak boleh blah betul. Dia bagitau lagi, kalau ada masa, balas la. Kalau aku tak balas, dia paham sebab aku nak fokus untuk SPM aku.

Masa aku dapat surat tuu, memang cuak aku datang balik. Tangan aku terketar-ketar aje masa baca tuu, jadi tak senang duduk dibuatnya - dan benda yang aku nk lupakan tuu datang balik pulak! Aku jadi cuak sebab fikir balik macam mana aku tido time tuu. Aieehh! SERAM LAA! Buat penat aku motivate diri aku aje. Seriously, aku memang tak suka bila benda macam nie terjadi. Benda nie berlaku secara pantas dan mendadak.

Ape-ape pun, aku tetap cuba menenangkan diri aku. Aku cuba fikir positif dan in the same time aku buat bodoh aje. Aku tak balas langsung surat dia tuu. Malas la aku nak layankan sangat benda remeh temeh macam tuu. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikirkan. Jadi, aku buat macam aku tak dapat ape-ape surat. Bukan la sebab dia Guard, aku tak nak kawan dengan dia. Aku tak kisah kawan dengan sape-sape. Cuma, aku ade alasan aku yang tersendiri.


6 alasan aku sebab aku tak nak kenal rapat sangat dengan Abang Guard:
1) Aku tak kawan dengan dia sebab aku tak nak timbul kontrolversi pasal pelajar dengan pak guard sebab sebelum nie ade timbul cite-cite macam nie. Aku tak nak melibatkan diri dalam cerita yang mungkin jatuhkan reputasi aku.

2) Jaga maruah aku sebagai perempuan. Aku bukan kenal sangat dengan abang Guard tu, jadi aku tak tahu la dia nie ade niat baik atau tak. Memang aku ade masalah nak percaya pada laki.

3) Tambah2 cikgu kat skolah aku nie suka pikir bukan-bukan. Jadi, aku kena jaga diri aku daripada pandangan serong orang ramai.

4) Bapak aku merupakn cikgu di sekolah situ. Kalau aku kawan dengan abang guard tuu, dan mana tahu suatu hari nanti ade kontrolversi pasal aku, tak kesian ke kat bapak aku? Aku fikir bapak aku aje. Plus, bapak aku bukan berkenan sangat aku kawan dengan laki.

5) Abang Guard tu sendiri. Bila aku kawan dengan dia, maybe akan muncul cite-cite kontrolversi. Macam peribahasa melayu selalu cakap, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah." Sehebat mana pun aku menyembunyikan cite nie, kalau Allah nak cerita nie terbongkar, memang takkan selamat la. Silap haribulan paling teruk maybe dia kena pecat atau paling okay maybe kena ditukarkan tempat kerja dengan ade mark hitam.

6) Aku nak SPM. Even member-member aku pun aku tak layankan sangat. Aku layan yang tertentu aje- the special one. Kalo yang tak penting tu, aku letak kat tepi dulu. Bukan sombong atau dingin, cuma aku busy dan banyak kerja yang aku kena buat.

Ade la suatu hari nie aku balik lambat lagi. Aku tunggu bapak aku dengan Sugunia (lagi..) kat pintu pagar utama sekolah aku tu. Memang tak sangka habis la, dia jaga hari nie. Korang tau-tau aje la, keje security guard nie kan ada shiff dia. Tapi aku betul-betul tak sangka hari tuu shiff dia. Tapi nasib baik la ade Sugunia, memang save sikit la dan tak adalah rasa kekok sangat.

Aku pun buat bodoh aje la, sambil sembang-sembang dengan Sugunia. Sambil sembang-sembang tuu, aku main-main la dengan sekor kucing kat skolah aku nie. Manja betul kucing tuu. Aku pengang sikit kepala dia, dia terus melekat kat atas riba aku. Fuh, manja dan best - siap tido lagi atas tiba aku tuu. Ingat riba aku nie katil ka..? Adeh, layankan aje la kucing tuu sambil sembang-sembang dengan si Sugunia tu.

Tetiba si Sugunia tanya aku;

"Weh Amy, abang guard tuu tengok ko la. Apsal hah..? Lain macam aje aku tengok dia.."

Adoihh! Dei, Sugu, apsal la ko cakap macam tu! Lagi la tambah cuak aku! Jadi, sebab nak cover keadaan, aku bagi respons yang positif.

"Entah. Biar la dia, Sugu." Sambil-sambil tukar topik, "comel la kucing nie! Manje plak tu! Haha."

Sembang punya sembang sambil-sambil tunggu bapak aku, Sugunia pulak balik dulu. Owh Noooo! Jangan pergi Sugunia! Wait for me! Nak tak nak, Sugunia kena pergi gak, sebab mak dia dah sampai. Time tuu macam-macam persoalan dalam kepala otak aku nie; ape pasal la bapak aku selalu aje ambik aku lambat? Tak boleh ke sekali sekala dia pulak yang tunggu aku..? Adoyaii~

Jadi, setelah si Sugunia beredar, tinggal la aku, kucing comel tuu dengan abang guard kat bahagian pagar depan sekolah aku tu. Aku masih buat bodoh, sambil menunggu bapak aku, aku bermain-main dengan kucing yang ada kat atas riba aku tu. Tetiba aku tersentak seketika sebab ade orang tegur aku dari dari pondok security - abang guard tuu la, sape lagi.

Aku pun sembang la dengan dia - dalam jarak jauh lebih kurang 2-3 meter macam tu la. Aku memang tak berani nak dekat dengan laki. Kalau boleh, aku jarakkan diri aku dengan laki, tak kiralah dia sepupu aku ke ape ke. Memang aku rasa tak selesa bila dekat dengan laki. Alhamdulillah, abang guard tuu pun nampak and mula tahu aku nie macam mana, dia pun tak berani nak dekat dengan aku.

Sembang macam biase aje la. Dia tanya aku tunggu sapa dan ada gak benda lain cuma aku lupe. Then, tetiba pulak dia tanya pasal surat tu, tanya la sama ada aku dah buang ke belum. Haha, nak tau jugak pasal surat tu. Aku rase sebersalah pulak nak jawab soalan dia yang tu. Surat tu aku tak buang, tapi aku lupe aku taruk kat mana. Haha, so, bukan dikira buang kan..? Tapi aku cakap yang aku dah buang.

Haha, lepas aku cakap macam tu, muka die macam berubah - macam kecewa pun ade. Aku naik pelik, nape tetiba muka dia terus berubah..? Takkan pasal surat pun terasa..? Aiyoh, lantak la. Then, dia tukar topik dan sembang menda lain. Aku rasa kitorang sembang macam bengong aje, yer la sembang dalam jarak jauh. Terutamanya bila aku nie ade sound trouble. Bila tak dengar, aku akan cakap 3 menda nie:

- hah?

- apa..??

- erk..???

Haha, sampai abang tuu dah naik pening masa cakap dengan aku. Haha, lawak aje. Tersengih aje laa aku time tu. Wahaha. Then, dalam 10 minit kemudian (aku dengan dia cakap dalam 10 minit aje), bapak aku pun sampai. Bapak aku datang bawak motor dia. Adoi, nie yang aku geram nie. Aku paling tak suka naik motor especially when aku pakai baju kurung. Yer la, dah nama pakai kain, mesti terselak nampak kaki, kan? Kalau pakai seluar tak apa la jugak. Adeih..geram..geram..

Masa aku menuju ke arah bapak aku, dia buat reaksi muka yang menanyakan, "bapak awak ke..?". Haha, aku tersengih aje la masa tu sambil menundukkan muka tanda sebagai "yer". Masa aku cakap macam tu, dia sempat lagi buat muka kantoi. Dia tak sangka aku anak cikgu sekolah situ. Haha, pada luaran aku nampak neutral tapi dalam hati aku gelak besar. Nasib ko la abang guard sebab dah terkantoi dengan anak cikgu kat situ. Wakaka!

Bayangkan la kalo aku bagitau kat bapak aku pasal perangai abang guard tu, tak ke naya dia, kan? Silap hari bulan boleh kena pecat. Tapi entah la, aku malas nak kecoh dan keruhkan keadaan. Jadi, aku senyap aje la.

Lepas kejadian tuu, alhamdulilah, tak berlaku ape-ape dah. Hidup aku berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, aku rase bersyukur sangat sebab bapak aku adalah penyelamat aku dalam cerita nie. Thank you abah. Haha, ape-ape pun aku masih dapat rasakan tindakkan aku wajar dilakukan. Bayangkan la, kalo aku layankan sangat si abang guard tu, tak tahu la akan jadi ape.
Dalam nie aku panggil dia abang guard dan bukannya pak guard sebab dia nie masih muda - dalam lingkungan below 30-an.

Alhamdulillah, cerita nie berakhir dengan benda yang mengejutkan tapi baik. Haha, aku bersyukur sesangat sebab aku merasakan Allah juga telah membantu aku. okay la, sampai sini sajalah aku bercerita. Wassalam.

12.2.09

Valentine's Day konon...

Seperti yang korang tahu la, Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day, telah pun diharamkan disambut oleh umat Islam kerana ianya seumpama kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

huhu, entry aku kali nie mungkin akan menyakitkan mana-mana pihak. Jadi, sebelum membaca, sila baca "ATTENTION" tu dulu.


ATTENTION!! :
Entry aku kali ini ditujukan kepada insan yang beragama islam tetapi masih mahu menyambut hari kekasih.

Aku pelik la. Anak-anak muda sekarang nie punya la gila-gila menyambut hari Kekasih. Yang paling buatkan aku rase nak gelak ialah bagi diorang itu merupakan hari yang istimewa buat si kekasih. Yang aku pelik, takkan bila nak tiba hari valentine, baru la nak menghargai kekasih? Hari-hari lain tak nak buat ke..?

Kiranya korang yang menyambut sambutan tuu akan menghargai kekasih sekali dalam setahun? Are u insane? Setahu aku la, sebab aku perempuan, perempuan nie kalau boleh sentiasa mahu rase dihargai dan disayangi. Are you sure about that..?

Yang paling aku nak rase makin pelik ialah bila anak-anak muda kita nie lebih menekankan hari kekasih daripada hari ibu dan Hari Guru. Hello? Sape yang paling penting sekarang nie? Dua Insan nie la yang telah banyak membantu kita, tapi anak muda pula lebih mengutamakan benda yang tak penting - kekasih hati la (konon).

Sorry la kalau entry aku nie mungkin menyakiti hati memana pihak. Well, macam aku dah cakap tadi seperti mana di atas - dituju khas kepada umat islam yang akan menyambut hari valentine. Seriously, korang memang kena bukak mata luas-luas, okay?

Dah la, aku malas la nak tulis pepanjang. Kang tak pepasal kena penangan saman atau penampar dari mana-mana pihak. Haha, kalau ade orang buat macam tuu, memang sah la manusia yang sangat emotional dan tidak rasional kerana membiarkan perasaan mengawal akal.

That's all for now, wassalam.

2.2.09

人事を尽くして、天命を待ちましょう。

Ada sesuatu yang aku ingin kongsikan dengan korang pasal satu peribahasa yang orang jepun guna...yang maksudnya..sama sahaja dengan apa yang kita sebagai orang Islam ni guna. Haha, actually, peribahasa nie aku ambik copy and paste dari seorang kakak yang sangat baik hati - Kak Nickey.

Kalo nak lawat blog akak aku nie, sila lawat disini. Hahaha. Aku suke entry nie, jadi aku letak la kat blog aku - tambahan lagi bila entry nie banyak keistimewaan dan nasihat yang sesuai untuk semua umat islam. Sambil-sambil tu, korang boleh belajar bahasa jepun, kan? xDD

Peribahasanya ialah :

人事を尽くして、天命を待ちましょう。
Jinji wo tsukushite,tenmei wo machimashou.

macam mengajar bahasa jepun lak rasa...hikhik...

人事を尽くして

人 ni bunyinya hito...maksudnya orang...
事 ni pulak bunyinya koto...maksudnya kerja...
人 事 pula...bacanya jinji...ada sebutan lain jika digabungkan kedua2 nya yang dipanggil onyomi dan kunyomi.wujudnya kedua2 onyomi dan kunyomi ni bila ada mana2 tulisan kanji jepun yang menyerupai tulisan cina dan ia akan ada dua bacaan jika ia digabung dengan huruf lain atau huruf itu semata2...maaf la kalau tak faham..hehe...
maksud 人事 ni..boleh nak dikatakan..kerja manusia...

尽 くして ni bacanya tsukushite...yang perkataan asalnya dalam bentuk kata kerja ialah 尽くす tsukusu...maksudnya sempurnakan..lebih kurang macam tu la maksudnya...

dan bila digabungkan kedua2nya,jadilah 人事を尽くして..jinji wo tsukushite...を wo ni hanyalah sebagai penyambung ayat atau conjunction...dan maksudnya..sempurnakan semua kerja kita...
天命を待ちましょう

天 ni bunyinya ten..maksudnya langit atau syurga...
命 ni bunyinya inochi...maksudnya kehidupan...
dan apabila digabungkan..ia dibaca 天命 tenmei...yang membawa maksud takdir...
jangan serabutkan otak anda fikirkan kenapa maksud dan bacaanya jadi lain setelah ia digabungakn sebab memang macam tu..hehe...seolah2 kehidupan ni umpama suatu takdir macam tula...

待ちましょう ni bacanya machimashou..yang asalnya daripada kata kerja 待つ matsu yang membawa maksud tunggu...

jadi,apabila digabungkan semuanya,bacaannya 天命を待ちましょう tenmei wo machimasyou.seperti biasa を wo itu hanyalah penyambung ayat.
Dan ayat ini membawa maksud serahkan semuanya kepada takdir...

人事を尽くして、天命を待ちましょう。
WHAT IS HUMANLY POSSIBLE AND LEAVE THE REST TO FATE
sempurnakan segala kerja kita dan serahkan segalanya pada takdir...

Apa kaitannya dengan Islam?

Kalau kita perasan,ayat tu sangatla mempunyai kaitan dengan ayat2 yang biasa kita guna terutama ketika menjelang peperiksaan...

"..aku serahkan semuanya kepada takdir..."
"...aku da try yang terbaik..the rest aku tawakal je kat Allah.."
"...aku da doa..da usaha...dah beriktiar..sekarang masanya untuk tawakal kepada Allah..."

D.U.I.T
Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal...

Kalu perasan la,peribahasa jepun tu juga,mengatakan sempurnakan semua kerja kita..yakni...berusaha la dulu sehabis baik...
Dan....apabila sudah berusaha bertawakallah kepada Allah..orang jepun pun...bertawakal..cuma mereka bertawakal dengan menyerahkan segalanya kepada takdir..

Tapi,bagi kita sebagai umat Islam ni,kita kenalah bertawakal kepada Allah kan..sebab hanya Allah Yang Satu yang patut menjadi tempat pergantungan kita bagi segala sesuatu...insyaAllah...
cuma disebabkan orang jepun ni tidak mempunyai pegangan agama seperti kita,maka mereka mengumpamakan yang apabila mereka selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh,maka pada akhirnya,mereka akan menyerahkan ianya kepada takdir.

Menanti samada apa yang telah mereka lakukan itu membuahkan hasil yang baik atau tidak...begitulah hendaknya...

cuma,mungkin kita sebagai umat yang menganut agama yang sempurna yakni ISLAM ni lebih baik la rasanya daripda orang jepun kerana setelah kita berusaha kita mempunyai tempat bergantung yang terbaik.jika nak dibandingkan dengan orang jepun yang hanya bergantung kepada takdir yang hanya merupakan sesuatu yang abstrak.

At least kalau apabila kita sudah bergantung kepada Allah,kita akan merasa lebih selamat dan redha atas apa hasilnya kelak...dan boleh sentiasa panjatkan doa kepada Allah untuk memohon pertolonganNya...

macam tula hendaknya apa yang dikongsi dengan kalian...

28.1.09

Mutiara Kata Buat Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry aku kali nie ialah mutiara kata. Haha, entry aku yang nie bukan la original sebab aku main copy and paste dari sorang member aku nie - Faisal. Aku tak tahu nak tulis ape, jadi aku pikir la elok jugak kalo post topik nie. Mudah-mudahan mutiara kata nie dapat la bantu sesiapa yang pernah ade persoalan tentang Islam or etc.

MUTIARA KATA

*(0609-M37-2)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
"Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan"
(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M38-1)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M38-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"
(Petikan kitab Imam Ghazali)

---------------------------------------------------------------------------
*(0609-M39-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"
(Petikan kitab Imam Ghazali)

-------------------------------------------------------------------
*(0609-M39-2)
Dari Abu Dzar r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir',
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M40-1)
Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M40-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M41-1)
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya"
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M41-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"
(Riwayat Tarmizi)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M42-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu"
(Riwayat Abu Daud)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0610-M42-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0611-M44-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*(0611-M44-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M45-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M45-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"
(Riwayat Khamsah)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M46-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan "Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan"
(Riwayat Arba'ah)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M47-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur"
(Riwayat Al-Baihaqi &
Al-Khatib)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M47-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M48-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0611-M48-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga"
(Riwayat Tarmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M49-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M49-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M50-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya"
(Riwayat Abu Daud)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M50-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong"
(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M51-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M51-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"
(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------
(0612-M52-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri"
(Muttafaq'alaih)

Itu aje la buat mase nie. Sekian dan wassalam.

30.11.08

Super Women in the House! haha

Salam. Sudah korang sedia maklum, aku sudah merdeka and habis SPM sekarang nie. So, I will be having a straight 3 month holiday. Yahoo!! Merdeka!! What a relief! Lepas aje aku habis exam, aku rasa nak jerit and menangis pon ade sebab rase beban study akhirnya dah tak ade; memang rasa merdeka sangat-sangat. Lepas habis saja paper EST and PSV hari Khamis minggu lepas, aku balik rumah dan terus teriak "MERDEKA!!" macam orang giler. Betul, mak aku pun cakap aku macam tak betul. hahaha XDD

Tapi habis spm nie, bukan holiday yang aku dapat. Haha, Allah sentiasa memberi ujian kepada hamba-Nya, right? 2 hingga 3 hari nie, macam-macam kerja aku kena buat. Aku nie bukan merungut, tapi pening kepala tahap gaban dengan sikap family aku. Sejak kakak aku masuk matrikulasi, hampir semua kerja rumah ni diuruskan oleh kaum hawa dalam rumah aku nie. Boleh dikatakan la, semua perempuan dalam keluarga aku hebat-hebat belaka sebab dapat uruskan rumah mahupun kerja macam petik jari aje (even me, tapi tak adela hebat sangat..).

Wanita pertama yang paling aku respek habis kan ialah mak aku. Mak aku nie always busy dengan kerja di rumah dan di sekolah. Setiap kali waktu sekolah, mesti mak aku balik lambat. Even though mak aku selalu balik lambat, mak aku tak pernah lupa tangungjawab dia sebagai seorang ibu. Kerja rumah beres semuanya. Masak and basuh baju mak aku yang buat. Sometimes kemas umah pun mak aku buat. Aku? hahaha, aku assistance mak aku. Kalo mak aku basuh, aku pulak tukang sidai. Kalo mak aku kemas umah, aku pun ikut sekali kemas umah.

Wanita kedua yang aku respek ialah kakak aku! Ape benda yang dia tak boleh buat, habaq aku? Seriously, dia baik, hormat orang tua, selalu ingat Allah, rajin, pandai and memang ulat buku. Family aku semua respek die habis. Kakak aku nie memang rajin baca buku. Dia study, study gak and in the same time die kemas rumah. Dia jugak tolong uruskan adik beradik aku yang lain macam mengajar diorang mengaji and even time siapan kerja sekolah. Aku plak? macam biasa la, kalo dia tak ade, aku pulak gantikan tempat dia.

Aku nie pulak, do you think aku nie super woman ke? Hahaha! Jangan nak merepek. Kalo korang nak kate aku super woman dalam bab-bab komputer kat dalam rumah aku, tuu memang tak boleh dinafikan lah, right? Haha, yer la, aku bukan nak memuji atau membangga diri tapi thats the facts that you guys should accept. Setiap kali bapak aku nak buat kerja skolah guna komputer, mesti bapak aku panggil aku. Dia akan pangil aku setiap 30 minit.

30 minit pertama:

"Adik, naik atas kejap. Abah nak mintak tolong nie."

"Kenapa abah? Abah nak tanye ape plak nie?"

"Nie, abah dah hilangkan menu button kat atas nie. Macam mane nak ambik balik?"

"Owh, senang aje. Abah gi kat anak panah kebawah yang paling hujung belah kanan. Abah tekan and ambik add or remove toolbars. Then ambik customize..blah..blah..blah.."

"ehh! Kejap..kejap.. Adik ajar abah sekali lagi.."

"Eh, abah! Abah nak gi mane tuu..?"

"Abah nak ambik laptop. Ko ajar abah sekali lagi."

(bapak aku ambik laa program WORD)

"Hah! ajar abah sekali lagi."

"Ok, abah gi kat hujung macam yang adik ajar tadi.."

"Ok, abah dah tekan tuu. Pastu macam mane plak?"

"Owh, abah choose categories then abah ambik laa mane-mane yang ade kat commands tuu. Pastu abah bawak, jangan lepaskan mouse, bawak pergi kat mana-mana toolbars kat atas nie."

"abah nak letak kat mana nie? banyak sangat tempat boleh bubuh..?"

"mane-mane aje, sukahati abah nak taruk kat mane."

"Ok, abah nak taruk nie gi sini. Eh..owwhhh~..owhhh~...ohhh~.."

"Abah buat ape plak nie? Main-main plak.."

"Hahahaha!~ tak ade la, kan senang kalo letak semua aje kat situ.."

".......("-___-")........."


30 minit seterusnya :


"Adik, abah nak scan gambo untuk kerja nie. Macam mana nak scan? Adik ajar abah."

"Mana gambonya abah? Mana gambo lencana sekolahnye?"

"Nah, ko scan benda nie."

"(mengajar bapak aku) abah pergi MP Navigator, pastu tekan nie..tekan tuu..tekan nie.."

"Ya Allah! Banyaknyer! Susah laa abah nak ingat nak tekan mana satu."

".................."

Haihh! pening kepala aku. Aku sekarang nie dah jadi tutor komputer tak bergaji pon ade. Pening woah nak ajar bapak aku pasal komputer. Memang kena banyak bersabar. Hahaha, sama gak macam bapak aku! For your guys information, bapak aku pulak tutor aku dalam Addmath and Mathematics! Kahkah, time bapak aku ajar aku, die plak yang pening! hahaha, sama-sama laa kite pening yer abah!~ hahaha XDDD

"Adik!!~"

Jap! Tengok tuu! Tengok tuu! Bapak aku panggil lagi. Hah! tuu laa tanda-tanda aku nie super woman dalam family aku. Bapak aku memang wajib panggil aku kalo bab-bab komputer nieh. Alah, bukan bapak aku aje, even mak aku jugak.

"Adik, tolong scan mak punya soalan STPM 2004 and 2007."

"Alright mak. Mak nak bila..??"

"Lagi cepat lagi bagus.."

"Ok."

Tengok? korang tengok tuu?? Betapa feymesnye aku dalam family aku. Hahaha XD Jap..jap..aku tak riak, ok? Aku cuma nak meng-happykan diri aje. Hakhak. Betul, even abang aku pun mintak aku tolong. Tapi bukan laa bab-bab menatang komputer, tapi kalo nak aku tolong ambikkan barang die, mesti die mintak aku ambikkan. Muka aku jugak die nak suruh, muka nie korang tahu?? Tu laa, aku nie cute and baik sangat sebab tuu laa ang aku abang aku mintak aku tolong. Hahaha! Perasan! Kalo abang dengar mesti termuntah, termasuk laa dengan mak and bapak aku! kahkahkah! Kadang-kadang geram gak sebab die ada kaki sendiri kenapa tak pergi ambik sendiri aje? Menyampah betul! Tapi sebab die abang aku, aku ikutkan ajela.

"Adik, tolong sidaikan seluar Amir nie kat luar."

"Hurm, yer la."

Perghh! tengok tuu..tengok tuhh! Memang tak boleh tengok aku senang untuk satu hari. Aku nie asyik kehulu-kehilir tolong parents aku. Rase kaki nak tercabut pun ade. Kahkah! Tuu laa lumrah kehidupan seorang anak dan ibubapanya. Sebagai seorang anak, adalah wajar kita menolong kedua ibubapa kita. Diorang pun dah banyak berkorban untuk kita; lahirkan dan besarkan kite. Kalo kite tengok diri kite nie, even adik sendiri pun tak mampu nak uruskan. Mak and ayah kita? Bayangkan laa, ada mak and bapak mampu menjaga dan mambesarkan sampai 14 orang anak, tapi boleh ke 14 orang anak tuu menjaga hanya mak and ayah mereka..? So, kita respek-respek laa kedua orang tua kita dan jangan la kurang ajar. Kalo sekali pun makan hati, bersabar laa kerana sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu.

Ok laa, sampai sini aje laa aku menaip cerita. Nie laa al-kisah kehidupan aku sebagai seorang anak super woman untuk family aku. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana aku dah dikurniakan keluarga yang sangat sempurna. Maybe aku hidup bukan dalam keluarga yang kaya, tapi kehipan yang sangat sederhana sudah buatkan hati aku cukup tenang dan sempurna. Erti kekeluargaan bukan berdasarkan wang ringgit tapi ikatan silaturahim dan kasih sayang diantara kita merupakan aspek yang paling penting dalam mewujudkan keluarga yang harmoni. Di ingatkan jugak, tuntutan dan pengajaran agama jugak penting dalam membentuk keluarga harmoni kerana Agama mampu membentuk anak-anak yang menghormati ibubapa selain daripada didikan peradaban.

8.11.08

Tips hilangkan stress

Topik kite hari nie "Tips untuk hilangkan stress". Kadang kala ujian daripada Allah datang tanpa diundang dalam hidup dan ianya kadang kala ada sampai yg membawa kesan kepada diri seperti Stress. Jadi, ade beberape tips untuk anda untuk hilangkan stress. Kalau nak tahu tipsnya, sila laa bace di bawah! XD


Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Tarik nafas dalam-dalam.
Ok, ingat, nie cara yg pertama. Tarik nafas dalam. Hah, kenapa erk kalo kite stress kena tarik nafas dalam2?? Senang jer, sebab mase kite dalam keadaan stress, tekanan darah kite tidak berapa stabil. Bukan tekanan darah aje tidak stabil, tapi oksigen dalam badan pon ape lagi, dh macam lintang-pukang! Jadi, dengan menarik nafas dalam2, denyutan kite akan kembali tenang dan normal, sekali gus tekanan darah kite juga akan kembali seperti biase.

Beri waktu diri Anda untuk beristirahat.
Pernahkah anda yg sedang mengalami stress merasa tekanan pada bahagian otak mahupon kepale?? Hurm, to be honest, saya pon x bape tahu sangat kenapa kite sakit kepala mse kite stress tapi kalo nk hilangkan sakit kepala tuu, tido aje la. Kalau tak tido pon, anda boleh jugak pergi keluar jalan2 makan angin. Tapi takpayah laa keluar lama2, keluar dalam 5-10 minit pon dah cukup. Masa anda keluar hirup udara segar dan sambil menikmati cahaya matahari, tenaga anda akan meningkat serta anda akan berasa lebih bertenaga sikit.

Gelak dan senyum
Hah!! Gelak-gelak nie laa yang paling best antara semua! Hehehe, betul, kaedah nie laa yang paling berjaya and memang anda tidak akan menafikan keberkesanan nyer! Mase anda sedang mengalami tekanan, emosi anda terganggu dan mungkin anda akan memarahi orang tanpa anda sendiri sedarinya. JADI, dengan ketawa@senyum, semua rasa marah akan hilang dari lubuk hati anda dan sekali gus anda dapat merasakan semua masalah anda hilang sekelip mata. Jadi, gelaklah banyak2 yerk! XD Tapi jangan laa pulak gelak lebih2 sebab orang kate kalo gelak lebih2 ni nanti ilmu banyak keluar..huhu..

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".

Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View