15.9.08

Lelaki Perasan Bagus


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya nak buat sikit luahan rasa yang amat berapi sikit. Hahaha, kira macam hiperbola dalam komsas tuu; pujian yang berlebih-lebih.

Sebelum saya ingin memulakan topik luahan nie, ada sikit persoalan yang ingin saya kemukakan kepada korang sekalian. Hurm, pernah tak korang jumpa lelaki yang bajet atau yang terasa dia bagus sangat?? Kalau tidak pernah tuu, perbanyakkan meneliti sifat manusia yerk. Kalau yang dah perasan atau pernah mengalami sendiri dengan lelaki perasan bagus nie, TAHNIAH saya ucapkan!

Ok, ape pendapat korang golongan lelaki bajet bagus nie?? Kalau bagi perempuan macam saya yang mengamalkan sikap berterus terang dan berprinsip tinggi, saya hanya boleh memperkatakan bahawa lelaki-lelaki yang bersandiwara kepada gaya macam bagus nie sememangnya mempunyai IQ rendah dan tidak berkualiti langsung! Maaf ya kepada kaum adam di luar sana, jangan terasa yerk! Saya hanya menujukan kritikan tersebut pada pelaku perasan bagus saja!

Terus terang saya perkatakan, mempunyai sikap perasan bagus nie sebenarnya bagus dalam keadaan yang tertentu. Hal ini kerana sikap tersebut kadang kala boleh membuatkan anda rasa lebih berkeyakinan terhadap diri anda. Sekiranya sikap tersebut terus tidak ditanam dalam diri, mungkin anda akan mengalami masalah kurang keyakinan diri yang terlampau kerana anda terlalu merasakan diri anda terlalu banyak kelemahan. Anda perlu beringat bahawa setiap manusia mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Jadi, usahlah terlalu kurang confident ya?

Walaubagaimana pun, sekiranya sikap perasan bagus ini tidak dapat dikawal, anda mungkin akan mendapat kad merah daripada para wanita. Sikap macam bagus anda telah membuatkan wanita berasa kurang selesa dan ini telah menunjukkan diri anda merupakan lelaki yang tidak mempunyai kualiti langsung; tidak kiralah anda terdiri daripada bangsawan, kacak mahupun lelaki yang educated.

Baiklah, setakat disitu sajalah luahan perasaan saya. Bagi lelaki yang mempunyai sikap seperti ini, pandai-pandailah anda kawal ye. Jangan biarkan sikap negatif anda mencemarkan status dan kualiti diri anda yang lain. Kita ada akal, gunalah. Janganlah dibuat pekasam.

Macam Nabil selalu cakap, "Lu pikirla sendiri". Wassalam~ =)

No comments:

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View