26.1.09

Tido punya Cite

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haih, penat betul laa hari nie. Aku nie baru saje balik dari Perlis, melancong la katekan. Haha, alhamdulillah, aku telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sentiasa ingin melancong, jadi aku dapat la merasa hidup melancong kalau nak dibandingkan dengan hidup orang lain. Ade sesetengah orang agak sukar untuk menghabiskan hidup mereka dengan melancong akibat daripada kesibukkan di pejabat atau tempat kerja. Ade jugak sebab parents or individu itu sendiri tidak cukup kewangan untuk melancong.

Adehh, percutian aku dengan family aku memang best, tapi dalam best-best tuu mesti ade bende yang tak best - aku tido tak neyenyak! Okey laa, hotel tempat aku merehatkan badan tuu memang selesa, cantik, kemas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, tambah-tambah lagi dengan pemandangan laut yang indah. Tapi bila time waktu malam, mula lah, mesti sorang kena tido bawah dan pompan mesti jadi mangsa.

Both of my parents tempah bilik khas untuk satu keluarga. So, bilik kitorang ade dua dan ade pntu yang menyambungkan bilik kitorang - bilik parents aku dengan bilik kitorang adik beradik. Maknanye ade 3 katil la - satu dalam bilik parents aku dan dua lagi dalam bilik kitorang. Mak dan bapak aku tido satu bilik laa kan tambah dengan adik aku yang paling bongsu.

Untuk bilik yang lagi satu (alah, bilik untuk adik beradik kitorang tuu..), tempat untuk aku, kakak aku, adik aku yang pompan tuu dan abang aku pun join sekaki. Bayangkan, 4 orang yang terdiri daripada 3 pompan dan sorang laki tido dalam satu bilik yang ade 2 katil aje. Jadi, untuk malam pertama akak aku terpaksa tido bawah. Aku dengan adik aku sesedap aje tido atas katil. Wuu, kesian akak aku... T_T

Abang aku plak..? die pon same aje, sesedap konker satu katil - die rase sangat selesa dan tido dengan nyenyak sekali. Aku..? nyenyak la jugak tapi tak adelah nyenyak sangat sebab satu katil tido 2 orang. Kalo katil tuu katil besar tak ape la jugak, tapi ni katil orang bujang. Dah la aku dengan adik aku tuu besar, mau ke 2 orang muat satu katil..? Maybe la muat..tak, cukup-cukup muat aje.

Pada malam kedua pulak, dengan semangat berkobar-kobar menyatakan "tak boleh jadi nie", aku memaksa semua adik beradik pompan aku tido satu katil! Wargh! aku peduli ape, sesak ke, tak best ke hape ke, mesti tido satu katil. Aku bukan ape, tak sampai hati tengok adik atau kakak aku tido bawah. Aku pernah tido bawah jugak, sebab tuu aku tahu macam mana rasenye. Jadi, tiga orang tido diatas satu katil bujang. Hahaha, nak tahu tak ape jadi malam tuu..?

Malam tuu kitorang ape lagi, kitorang main tarik-tarik selimut tanpa sedar sebab rase separuh mati dalam kesejukkan. Masing-masing berebut selimut, aku tarik selimut, kakak aku tarik selimut, adik aku pun join tarik selimut - kiranye semua main tarik-tarik la! Bukan sekadar main selimut aje, aku sampai jatuh katil! Pergh! Bontot dengan pingang aku sakit la beb! Aku rase nak dekat 5 kali aku jatuh katil malam tuu. Tapi oleh sebab aku terlalu mengantok, rase sakit tuu tak rase la sangat. Hahaha. Tido mati la katekan.

Esok pagi, aku la orang yang paling lambat bangun - akibat tak tido lena malam tuu. Bukan tuu aje, aku jugak satu-satunya insan yang kena bebel dengan mak aku. Oleh sebab aku tak ade mood nak cakap pagi tuu, aku senyapkan diri aje laa. Dengar aje laa mak aku cakap sambil menahan mengantok. Hahaha.

Haihh! Dalam kerete la nikmat paling best - sepanjang perjalanan tuu aku buat taik mate aje la! Wahaha, nikmat betul tido nie. Jadi, semua saki baki mengantok aku telah ditebus semasa perjalanan pulang ke Perak. Best, best la sangat, sampai bapak aku berhenti 3 kali pun aku tak sedar. Sekali lagi aku ulang yerk - tido mati la katekan. Nak aku ulang lagi..? Nak ke tak nak? Tak nak, kan? Hahaha..

Tu aje la cite pasal tido punya kes. Melancong nie memang best tapi kat situ la bab yang paling aku rase tak best - bab tido. Hahaha, dah la malas aku nak cite lagi. Aku nak gi mandi dulu sebab dah lewat petang nie. Kalo aku lambat mandi, mak aku marah pastu tak pepasal plak kene kutuk sebagai kambing, huhu. Ok la, wassalam.

15.1.09

Novel. Movies dan aku..?

Assalamualaikum. Aisehh..aku nie memang sangat la malas nak meng-update blog. Wahaha! Aku nie memang malas kalo bab-bab nak menulis nie. Aku pun bukan kaki baca novel. Diri aku lebih menjurus ke arah menonton dan melayari internet.

Wahaha, aku kalo bab nak baca novel pun, kena tengok novel ape. Antara jenis-jenis novel yang menjadi favourite aku kan ialah novel seram, novel pembunuhan, novel fantasi, novel detektif dan ade la novel-novel lain tuu yang terdiri dengan seangkatan denganya. Aku dari kecik dulu memang suka baca novel seram. Aku ingat lagi, ade sorang member aku nie memang kaya dengan novel seram dan sampai sekarang aku ingat lagi novel tuu ade babak 18 tahun ke atas. Memang sensored habis beb!

Sampai sekarang, sebab pengaruh dari membaca novel, aku jadi kaki tengok cite seram. Sebagai mangsa fanatik aku tentang paranormal ialah koleksi CD bapak aku dengan TV especially channel HBO. Kalo HBO, paling best bila ade hari Holloween sebab time tuu la banyak cerita hantu ditayangkan dan time itu jugaklah aku sanggup tido lambat semata-mata nah habiskan cerita hantu tuu. Esok hari bangun lambat, kelam kabut gi sekolah. Satu lagi kes aku dah buat sampai membuatkan ibu aku geram yang teramat sangat sampai Tuhan saje la yang tahu. Haha

Antara cerita seram yang aku agak takut (agak aje la..tak ade la takut sangat..) nak tengok sampai sekarang kan ialah Ginger's Snap. Eh..kejap...aku tak sure la ejaan die, tapi lebih kurang macam tuu la tajuk die. Wakaka, biarkan aje laa. Bukan ade orang nak check pun, kan...? Huhu, cite tuu mengisahkan pasal warewolf or dalam bahasa melayunye ialah Serigala Jadian. Ade sepasang adik beradik nie rapat sangat tapi hubungan diorang menjadi rengang setelah kakak die terkena gigitan serigala jadian.

Seperti biasa, kalo hantu orang putih nie kalo kena gigitan ke hape ke, mesti terjangkit dan diorang plak yang jadi hantu. Alah, kalo korang tak caya. Korang boleh ambik plak contoh pontianak or dalam bahasa inggeris die Vampire. Kalo tengok vampire pun sama aje la, gigit aje orang tuu pastu orang tuu plak jadi vampire. Its all about the infection. Macam disease pon ade, huhu. Okep, sebagai moral of the story cerita hantu orang puteh memang sama sekali tak masuk diakal.

Cite yang berunsur detektif yang paling aku suka sampai sekarang ialah The Bone Collector. Movie nie aku start tengok masa aku berumur 9 tahun. Huhu, sampai sekarang aku ingat. Dah bape tahun tuu..? wakaka, pandai-pandai la korang kira sendiri erk..? Okey, cite nie mengisahkan seorang bekas pegawai polis yang cacat akibat daripada kemalangan dalam menjalanka tugas dalam menyelesaikan satu kes pembunuhan yang telah berlaku yang agak lama. Pembunuh nie dah tinggalkan banyak clue tapi polis-polis kat AS tuu bongok sangat. Jadi, it's up to the ex-policeman tu solve all the cases. Plus, maklumat tambahan nie aku nak buat sikit pasal cerita nie. Cerita nie diadiptasikan daripada novel yang sama jugak dengan tajuk cite tuu - The Bone Collector.

Adeh..cite pempbunuhan yang paling meloyerkan tekak dan perut aku ialah Saw. Giler cite nie, betul-betul buat aku trauma sampai tak nak tengok untuk kali kedua. Huhu, die punya aksi pembunuhan nie memang menyeramkan. Aku mungkin boleh cakap 5/5. Wakaka! Cite nie plak pasal pembunuhan bersiri daripada seorang pembunuh yang tak dikenal pasti identitinya tapi motif pembunuhan ialah untuk mengajar manusia yang hidup untuk menghargai nyawa mereka. Its like, If you cannot solve the problem within 30 minutes, you will die. Hah, banyangkan! Pembunuh tu memang permainkan jangka hayat hidup kite. Memang cite tuu berjaya buat aku naik GILE!

Adeh, okey la. Sampai sini aje la aku nak membebel pasal hidup aku, novel dan movies. Adeh, banyak lagi cite yang aku dah tengok. Dan most of them betul-betul tak kecewakan aku. Adeh, memang best..best dan best sangat! Wahaha, aku nak out dah coz mata aku dah mengantok giler nie. Kepala pun dah berat, jadi aku blah dulu erk..? tata dan Wassalam.

11.1.09

What hurts the Most

Assalamualaikum. Jam dah menunjukkan lagi 10 minit nak dekat pukul 2 pagi. Aku pulak masih sibuk macam burung hantu sambil menghadap skrin komputer dengan alasan untuk menghilangkan kebosanan. Kalau bapak aku nampak kegiatan gila aku nie, kompen dia akan komplen, "dah tak ade ari siang ke esok??".

Perghh..bukan tak ade hari siang ke atau tidak. Aku memang ade niat nak tido awal hari ini, tapi entahla. Aku masih dikala dilamun perasaan yang entah kemana. Perasaan nie kadang-kadang memang bahaya - susah untuk difahami. Kadang kala kerana tekanan perasaan, otak kita pula yang menjadi mangsa. Jadi di sini aku mahu bertanya, minda mengawal perasaan atau perasaan yang mengawal minda?

Orang selalu cakap,

"fikir dulu sebelum bertindak. Jangan ikutkan sangat emosi tuu.."

Tapi bagaimana pula dengan orang tekanan jiwa tuu? Oleh sebab terlalu pendam tak tentu hala, sampai boleh ade brain effect. Maybe diorang menahan perasaan sebab dengan istilah di atas, kot..? hahaha, entah laa. Kalo korang nak tahu lebih lanjut, tanya la orang yang ade masalah mental dan tekanan jiwa tuu. Aku hanya insan biase yang mempersoalkan sesuatu pertanyaan yang merepek meraban.

Okey la, aku kat sini bukan nak menulis pasal psikitri punye kes. Kalo aku nie ambik cost tuu, memang best jugak kan kalo nak ambik kes orang mental problem sebagai penulisan blog? Wit..wait the minute! Tak..tak baik kalo mcm tuu. Sebagai doktor, kene menjaga rahsia atau maklumat peribadi pesakit. Mana boleh dok tayang-tayang kat tempat awam..kan..?

Huhu, aku lari dari topik utama lagi. Objektif aku kali nie kan pasal lagu yang dah lama aku tak dengar. Radio pun dah lama tak mainkan lagu nie. Aku suka sangat lagu nie dari dulu lagi. Setiap kali lagu nie kuar, mestia ku macam orang gila mencari lirik lagu yang entah merabai hilang kemana. Tetapi, oleh sebab masa sudah berubah, lagu pun semakin banyak yang best, aku kian melupakan lagu nie. Masa mampu mengubah manusia, kan?

Oleh sebab la aku nie kaki mengdownload lagu tahap gaban, macam-macam lagu ade dalam komputer aku nie - termasuk la lagu nie. Entah macam mana, sebab hari nie aku dilanda perasaan kebosanan yang terlampau sangat, terdetik hati aku untuk mendengar lagu nie. Aiseh, entah macam, makin sedih plak makin aku dengar. Masalah emosi yang hampir sama dengan lirik berkenaan. Hahaha - Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.

Hahahahaha, itulah bahana terlalu tipu diri sendiri. Aku nie selalu cakap "aku membenci sikap hiporit, tapi pada masa yang sama aku merupakan salah satu daripada mereka - menipu diri sendiri untuk kepentingan orang lain. Aku sanggup buat apa sahaja, terutama keluarga aku, untuk melihat mereka gembira - walaupun ia akan menyakitkan hati aku. Betul, aku akan simpan semua perasaan aku.

Meskipun aku akan sayang seseorang tuu (selain dari keluarga aku and I am not been romatic here, ok?), aku tidak akan bagitau dia sama sekali. Aku akan pastikan mulut aku terkunci rapat, dan aku nak kau tahu sendiri. Biarlah aku menjadi manusia yang dianggap batu dimata dia, asalkan aku tidak lawan arus adat keluarga aku.

Artist: Rascal Flatts
Song: What Hurts The Most
Album: Me & My Gang



I can take the rain on the roof of this empty house
That don’t bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I’m not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I’m ok
But that’s not what gets me

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin’ to do

It’s hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I’m doin’ It
It’s hard to force that smile when I see our old friends and I’m alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin’ with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That’s what I was trying to do

Okey la korang, sampai sini sajalah aku menulis entry aku untuk hari ini. Mata aku pun dah naik mengantok dah nie. Wassalam. ^_^

9.1.09

Hatiku Hanya Terbuka Buat Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii..penat betul aku hari nie, jenuh kemas rumah. Bukan aku nak merungut ke ape, cuma aku memang letih sesangat kemas rumah memandangkan aku tak pergi sekolah - budak lepasan SPM la katekan. Mana tak letihnya, aku sorang uruskan semua kerja rumah tuu. Adik aku satu haram pun tak sentuh kerja-kerja tuu. Jadi sebagai seorang kakak dan seorang wanita yang telah berkurun lamanya diberi tangungjawab untuk meringankan beban dan kepayahan ibu bapa, aku buatkan aje la - boleh dapat ganjaran pahala.

Hurm, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kemas rumah. Kemas rumah punya isu tuu sekadar pembuka bicara dari segala tension-tension sebab mungkin lepas nie aku akan buka cerita yang lebih serius. So, untuk mereleasekan tension, aku tulis la cerita merepek meraban macam kat atas tuu. Haha, walau pada hakikatnya cerita tuu agak membosankan..huhu

Berdasarkan pada tajuk diatas, aku mungkin akan tutup pintu hati aku pada sesiapa sahaja makhluk Allah yang digelar sebagai kaum adam. Bukan aku nak jadi lesbo kat sini, ok? Korang tahu tak lesbo tuu ape..? Bagi yang dah tahu, duduk diam-diam yerk. Bagi yang tak tahu, lesbo tuu bermaksud lesbians. Member aku yang bernama Ali Imran bin Idris menggunakan istilah lesbo bagi bahasa masyarakat sekarang. Jadi, aku pun terpengaruh la. At least, aku tak terpengaruh nak guna perkataan mencarut, right..?

Bagi seorang kaum hawa, tipulah kalau anda tak pernah ada pujangga hati, kan? Mungkin buat masa nie tidak ada dalam jiwa sanubari korang, tapi one day, mesti ada. Sebab tu la hakikat mengenai wanita - Wanita yang memang dilahirkan dengan jiwa lembut. Segarang mana wanita itu atau sekeras mana pun hati wanita itu, pasti mereka akan cair atau berlembut hati kerana itulah wanita.

Tahun nie, aku mahu memulakan hidup baru. Bari dari pelbagai aspek - sikap, ilmu pengetahuan, dan pegangan agama. So, what is your new year resolution? That will be like in the list below :
  1. mahu lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan konsisten dalam beribadah.
  2. Menjadi anak yang lebih solehah berbanding tahun lepas - kurangkan melawan/membantah.
  3. Nak lebih mendisiplinkan diri dalam pengurusan masa dan peribadi.
  4. menambahkan pengetahuan yang tak pernah cukup dalam minda aku nie.
  5. Aku nak cuba jadi perempuan melayu terakhir, sebab tuu la harapan mak dan ayah aku yang selalu harap nak anak-anak diorang lembut dan sopan santun. Serius, bapak aku tak suka kalo aku ganas semacam - especially bila aku ketawa. So, kena jadi sopan macam the last malay woman. Hahaha..
  6. mahu jadikan diri aku lebih bersikap positif berbanding negatif.
  7. Aku sebelum nie agak suka mengata/mengkritik orang (sikit la..hahaha). Jadi tahun nie, aku nak kurangkan bercakap dan lebih berfikir secara rasional.
  8. Memupuk diri untuk lebih rajin mengambil tahu hal semasa - memupuk budaya membaca.
Okey, dah tahu sekarang? Tu la my new year resolution for this year. Pasal menutup pintu hati tuu, aku dah tak mahu ade hati dengan sesiapa - sebab setianya aku pada satu cinta iaitu cinta pertama. Hamba Allah yang aku suka and in the same time aku pernah terfikir untuk kawin dengan dia sudah tiada dalam hidup aku. Dia dah jadi hak milik orang lain. Jadi, hati aku dah tertutup buat sesiapa. Una, I am sorry, tapi inilah satu-satu caranya yang terbaik untuk aku.

Sekarang, aku hanya membuka hati aku untuk kasih Illahi. Aku hidup untukNya, mencari keredhaanNya disamping mencari penawar hati yang terluka. Kalau mahukan soal jodoh, biarlah Allah SWT sahaja yang "carikan" untuk aku, bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapa aku. Soal jodoh ditangan Allah, bukan aku. Sesiapa pun jodoh aku, biarlah Allah yang tentukan - kerana itu adalah rahsia Allah. Satu lagi harapan aku, aku mahu jodoh aku dilaungkan dibawah ikatan pertunangan, bukan berpacaran atau istilah in the relationship/bercouple.

Mungkin aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk ubahkan diri aku, tapi tak bermaksud aku akan menjadi insan yang alim atau orang lain. Aku akan masih jadi diri aku dan masih akan menjadi insan biasa dimata masyarakat, sebab biasa itulah diri aku yang sebenarnya. Yes, I am a simple person and nothing can change that.

Okey la, sampai sini sahajalah kata-kata falsafah dariku. Hahaha, berfalsafah ke?? haha, perasan betul aku nie. Aku mengundurkan diri dari berbicara dan wassalam. =)

5.1.09

Boikot Produk AS dan Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama aku tak menaip ape-ape dalam blog aku nie. Sebenarnye aku mesti tulis dalam bahasa Inggeris semua entry-entry aku nie tapi aku rase penulisan entry aku nie mungkin akan memakan masa yang agak lama kalau nak menaip semuanyer dalam bahasa inggeris terutamanya bila bahasa inggeris aku tidak cukup bagus dalam segi grammar dan vocabulary.

Dua hingga tiga hari nie, aku agak rajin membaca surat Khabar terutamanya bila ade topik hangat mengenai penindasan umat Islam. Aku sedih tengok berita macam nie kuar. Semakin hari, semakin ramai umat Islam ditindas. Semakin hari aku lihat, terlampau banyak dugaan yang dihadapi umat Islam. Yang paling menyedihkan bila kita sebagai umat Islam dianggap sebagai pengganas.

Satu persoalan yang aku ingin kemukakan, adakah salah bagi kami umat Islam untuk mempertahankan diri? Kami juga manusia, ade hak untuk mempertahankan diri. Sekiranya hak umat islam untuk mempertahankan diri merupakan satu keganasan, bagaimana pula dengan pihak-pihak lain yang bukan islam yang berperang untuk mempertahankan diri? Adakah mereka juga dikatakan sebagai pengganas??

Sekarang nie isu panas mengenai kekejaman askar Israel dan AS sedang hangat diperkatakan pada muka hadapan akhbar, terutamanya Utasan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Isu kekejaman mengenai penindasan yang dilakukan oleh pihak Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah mendapat tentangan hebat dari seluruh dunia terutama sekali bagi negara Islam.

Rakyat dunia sudah sedia maklum AS dan Israel merupakan pasangan Ideal lagi kejam terutama dalam isu penindasan kemanusiaan. Rakyat Palestine telah kehilangan hak mereka sebagai "tuan tanah" di negara sendiri. Hak mereka sedikit demi sedikit dirampas oleh 2 kumpulan syaitan yang bertopengkan manusia dengan menggunakan kekerasan - iaitu peperangan.

Kemenangan kepada Hamas dalam pilihan Raya di Palestine untuk demokrasi, hanyalah satu perkara yang sia-sia dilakukan. Hal ini kerana pihak AS yang meminta mengadakan pilihan raya di Palestine sama sekali tidak ikhlas dan merupakan satu pembohongan. Pihak AS dan Israel yang tidak dapat menerima keputusan kemenangan ini telah bertindak untuk tidak memberikan hak kepada Hamas untuk memerintah disebaliknya pihak Hamas hanya dapat menawan semenanjung Gaza dimana kawasan ini terasing daripada kawasan palestine yang lain. Hamas yang tidak berpuas hati dengan penipuan Israel dan AS bertindak mendapatkan kuasa seperti mana yang diputuskan dalam Pilihan Raya.

Demi mendapat kepentingan sendiri semata-mata, Israel telah mengadakan sekatan kemudahan asas bagi melemahkan mereka dan untuk menundukkan mereka kepada pihak AS dan Israel. Walaubagaimana pun, sekatan ini telah menimbulkan kemarahan kepada pihak Hamas. Demi menjaga hak dan mempertahankan diri, mereka melepaskan tembakkan ke arah Israel, sedangkan pihak Hamas bertindak sedemikian hanyalah kerana mahu membebaskan diri mereka daripada penindasan Israel dan AS.

Serangan yang dilakukan oleh pihak Hamas telah membuka peluang kepada pihak Israel dan AS untuk menyerang Palestine. Mereka menjadikan serangan pihak Hamas sebagai satu alasan untuk mengecapi matlamat utama mereka. Tambah pula dengan sokongan AS dalam membekalkan senjata canggih seperti bom kepada pihak Israel, penindasan dan keganasan semakin melampau dan telah mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestine.

Walaubagaimana pun, banyak pihak telah melakukan pelbagai perkara untuk membantu golongan yang tertindas di Palestine. Sebagai contoh, di Malaysia, pihak kerajaan telah menghantar Pasukan Khas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) yang kini berada di Mesir bagi memberi bantuan kemanusian kepada penduduk Palestin.

Bukan sekadar bantuan yang dihulurkan, tetapi kenyataan seperti memboikot barangan AS dan Israel juga dititik beratkan. Daripada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Mingguan Harian yang bertarikh 4 Januari menyatakan sekiranya kita hendak melemahkan serangan Israel dan AS terhadap Palestin, kita sebagai umat Islam seharusnya memboikot semua barangan daripada dua negara tersebut.

Daripada kenyataan Tun Dr, Mahathir lagi, terdapat pelbagai cara boikot yang boleh dilakukan untuk untuk melemahkan ekonomi AS. Sebagai contoh boleh dilakukan di Selatan Thailand, dimana penduduk di situ tidak meminum Coca-Cola. Mungkin ada diantara anda fikir ia merupakan tindakkan yang kecil tapi sekiranya banyak negara Islam yang melakukan tindakkan yang sama, mungkin sedikit demi sedikit mampu memberi impak kepada ekonomi AS. Lagipun, umat Islam tak mungkin mati kalau tak minum Coca-cola, kan? Lebih-lebih lagi bila minuman tersebut hanya mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.

Begitu jugaklah pisang kaki yang diimport dari Singapura. Pisang kaki merupakan produk daripada Israel yang diimport oleh negara Singapura sebelum dibawa masuk ke dalam negara kita.

Selain daripada tu, kita jugak perlu menghentikan penggunaan mata wang dolar AS dalam urusan perdagangan dengan pihak AS. Kenapa mesti AS, bukan ekonomi pihak Israel?? Ini adalah disebabkan AS merupakan pembekal senjata kepada pihak Israel. Sekiranya ekonomi AS lingkup, sedikit demi sedikit pihak AS mengalami masalah untuk memberikan bantuan ketenteraan dan senjata kepada askar Israel.

Walaubagaimana pun, terdapat negara Arab yang masih membuat urusan perniagaan dengan pihak AS dengan penggunaan mata wang dolar AS. Negara-negara Arab mempunyai rezab dalam dolar AS dengan membeli bon dan ia sama seperti memberi hutang kepada pihak AS. Sekaligus, dengan duit dari Arab tulah dapat membekalkan AS untuk membeli senjata bagi pihak Israel.

Keadaan ini telah membuatkan rancangan untuk menjatuhkan AS agak sukar dilakukan sekiranya keadaan ini berterusan. Oleh itu, sebagai umat Islam yang bilangan yang berbillion di seluruh dunia perlu mengambil langkah ini kerana ini merupakan salah satu cara yang halus bagi menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Oleh itu, marilah kite sama-sama membuat boikot terhadap barangan AS kerana ia merupakan jalan yang selamat dan bijak bagi membantu saudara islam kita di Palestin. Keganasan terhadap penduduk di Semenanjung Gaza perlu dihentikan kerana peperangan hanya membawa kemusnahan dan kematian terutama sekali apabila ia dikaitkan dengan saudara Islam kita.

Okeylah, sampai disini sajelah ulasan aku. Wassalam.
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View