26.1.09

Tido punya Cite

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haih, penat betul laa hari nie. Aku nie baru saje balik dari Perlis, melancong la katekan. Haha, alhamdulillah, aku telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sentiasa ingin melancong, jadi aku dapat la merasa hidup melancong kalau nak dibandingkan dengan hidup orang lain. Ade sesetengah orang agak sukar untuk menghabiskan hidup mereka dengan melancong akibat daripada kesibukkan di pejabat atau tempat kerja. Ade jugak sebab parents or individu itu sendiri tidak cukup kewangan untuk melancong.

Adehh, percutian aku dengan family aku memang best, tapi dalam best-best tuu mesti ade bende yang tak best - aku tido tak neyenyak! Okey laa, hotel tempat aku merehatkan badan tuu memang selesa, cantik, kemas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, tambah-tambah lagi dengan pemandangan laut yang indah. Tapi bila time waktu malam, mula lah, mesti sorang kena tido bawah dan pompan mesti jadi mangsa.

Both of my parents tempah bilik khas untuk satu keluarga. So, bilik kitorang ade dua dan ade pntu yang menyambungkan bilik kitorang - bilik parents aku dengan bilik kitorang adik beradik. Maknanye ade 3 katil la - satu dalam bilik parents aku dan dua lagi dalam bilik kitorang. Mak dan bapak aku tido satu bilik laa kan tambah dengan adik aku yang paling bongsu.

Untuk bilik yang lagi satu (alah, bilik untuk adik beradik kitorang tuu..), tempat untuk aku, kakak aku, adik aku yang pompan tuu dan abang aku pun join sekaki. Bayangkan, 4 orang yang terdiri daripada 3 pompan dan sorang laki tido dalam satu bilik yang ade 2 katil aje. Jadi, untuk malam pertama akak aku terpaksa tido bawah. Aku dengan adik aku sesedap aje tido atas katil. Wuu, kesian akak aku... T_T

Abang aku plak..? die pon same aje, sesedap konker satu katil - die rase sangat selesa dan tido dengan nyenyak sekali. Aku..? nyenyak la jugak tapi tak adelah nyenyak sangat sebab satu katil tido 2 orang. Kalo katil tuu katil besar tak ape la jugak, tapi ni katil orang bujang. Dah la aku dengan adik aku tuu besar, mau ke 2 orang muat satu katil..? Maybe la muat..tak, cukup-cukup muat aje.

Pada malam kedua pulak, dengan semangat berkobar-kobar menyatakan "tak boleh jadi nie", aku memaksa semua adik beradik pompan aku tido satu katil! Wargh! aku peduli ape, sesak ke, tak best ke hape ke, mesti tido satu katil. Aku bukan ape, tak sampai hati tengok adik atau kakak aku tido bawah. Aku pernah tido bawah jugak, sebab tuu aku tahu macam mana rasenye. Jadi, tiga orang tido diatas satu katil bujang. Hahaha, nak tahu tak ape jadi malam tuu..?

Malam tuu kitorang ape lagi, kitorang main tarik-tarik selimut tanpa sedar sebab rase separuh mati dalam kesejukkan. Masing-masing berebut selimut, aku tarik selimut, kakak aku tarik selimut, adik aku pun join tarik selimut - kiranye semua main tarik-tarik la! Bukan sekadar main selimut aje, aku sampai jatuh katil! Pergh! Bontot dengan pingang aku sakit la beb! Aku rase nak dekat 5 kali aku jatuh katil malam tuu. Tapi oleh sebab aku terlalu mengantok, rase sakit tuu tak rase la sangat. Hahaha. Tido mati la katekan.

Esok pagi, aku la orang yang paling lambat bangun - akibat tak tido lena malam tuu. Bukan tuu aje, aku jugak satu-satunya insan yang kena bebel dengan mak aku. Oleh sebab aku tak ade mood nak cakap pagi tuu, aku senyapkan diri aje laa. Dengar aje laa mak aku cakap sambil menahan mengantok. Hahaha.

Haihh! Dalam kerete la nikmat paling best - sepanjang perjalanan tuu aku buat taik mate aje la! Wahaha, nikmat betul tido nie. Jadi, semua saki baki mengantok aku telah ditebus semasa perjalanan pulang ke Perak. Best, best la sangat, sampai bapak aku berhenti 3 kali pun aku tak sedar. Sekali lagi aku ulang yerk - tido mati la katekan. Nak aku ulang lagi..? Nak ke tak nak? Tak nak, kan? Hahaha..

Tu aje la cite pasal tido punya kes. Melancong nie memang best tapi kat situ la bab yang paling aku rase tak best - bab tido. Hahaha, dah la malas aku nak cite lagi. Aku nak gi mandi dulu sebab dah lewat petang nie. Kalo aku lambat mandi, mak aku marah pastu tak pepasal plak kene kutuk sebagai kambing, huhu. Ok la, wassalam.

No comments:

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View