5.1.09

Boikot Produk AS dan Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama aku tak menaip ape-ape dalam blog aku nie. Sebenarnye aku mesti tulis dalam bahasa Inggeris semua entry-entry aku nie tapi aku rase penulisan entry aku nie mungkin akan memakan masa yang agak lama kalau nak menaip semuanyer dalam bahasa inggeris terutamanya bila bahasa inggeris aku tidak cukup bagus dalam segi grammar dan vocabulary.

Dua hingga tiga hari nie, aku agak rajin membaca surat Khabar terutamanya bila ade topik hangat mengenai penindasan umat Islam. Aku sedih tengok berita macam nie kuar. Semakin hari, semakin ramai umat Islam ditindas. Semakin hari aku lihat, terlampau banyak dugaan yang dihadapi umat Islam. Yang paling menyedihkan bila kita sebagai umat Islam dianggap sebagai pengganas.

Satu persoalan yang aku ingin kemukakan, adakah salah bagi kami umat Islam untuk mempertahankan diri? Kami juga manusia, ade hak untuk mempertahankan diri. Sekiranya hak umat islam untuk mempertahankan diri merupakan satu keganasan, bagaimana pula dengan pihak-pihak lain yang bukan islam yang berperang untuk mempertahankan diri? Adakah mereka juga dikatakan sebagai pengganas??

Sekarang nie isu panas mengenai kekejaman askar Israel dan AS sedang hangat diperkatakan pada muka hadapan akhbar, terutamanya Utasan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Isu kekejaman mengenai penindasan yang dilakukan oleh pihak Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah mendapat tentangan hebat dari seluruh dunia terutama sekali bagi negara Islam.

Rakyat dunia sudah sedia maklum AS dan Israel merupakan pasangan Ideal lagi kejam terutama dalam isu penindasan kemanusiaan. Rakyat Palestine telah kehilangan hak mereka sebagai "tuan tanah" di negara sendiri. Hak mereka sedikit demi sedikit dirampas oleh 2 kumpulan syaitan yang bertopengkan manusia dengan menggunakan kekerasan - iaitu peperangan.

Kemenangan kepada Hamas dalam pilihan Raya di Palestine untuk demokrasi, hanyalah satu perkara yang sia-sia dilakukan. Hal ini kerana pihak AS yang meminta mengadakan pilihan raya di Palestine sama sekali tidak ikhlas dan merupakan satu pembohongan. Pihak AS dan Israel yang tidak dapat menerima keputusan kemenangan ini telah bertindak untuk tidak memberikan hak kepada Hamas untuk memerintah disebaliknya pihak Hamas hanya dapat menawan semenanjung Gaza dimana kawasan ini terasing daripada kawasan palestine yang lain. Hamas yang tidak berpuas hati dengan penipuan Israel dan AS bertindak mendapatkan kuasa seperti mana yang diputuskan dalam Pilihan Raya.

Demi mendapat kepentingan sendiri semata-mata, Israel telah mengadakan sekatan kemudahan asas bagi melemahkan mereka dan untuk menundukkan mereka kepada pihak AS dan Israel. Walaubagaimana pun, sekatan ini telah menimbulkan kemarahan kepada pihak Hamas. Demi menjaga hak dan mempertahankan diri, mereka melepaskan tembakkan ke arah Israel, sedangkan pihak Hamas bertindak sedemikian hanyalah kerana mahu membebaskan diri mereka daripada penindasan Israel dan AS.

Serangan yang dilakukan oleh pihak Hamas telah membuka peluang kepada pihak Israel dan AS untuk menyerang Palestine. Mereka menjadikan serangan pihak Hamas sebagai satu alasan untuk mengecapi matlamat utama mereka. Tambah pula dengan sokongan AS dalam membekalkan senjata canggih seperti bom kepada pihak Israel, penindasan dan keganasan semakin melampau dan telah mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestine.

Walaubagaimana pun, banyak pihak telah melakukan pelbagai perkara untuk membantu golongan yang tertindas di Palestine. Sebagai contoh, di Malaysia, pihak kerajaan telah menghantar Pasukan Khas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) yang kini berada di Mesir bagi memberi bantuan kemanusian kepada penduduk Palestin.

Bukan sekadar bantuan yang dihulurkan, tetapi kenyataan seperti memboikot barangan AS dan Israel juga dititik beratkan. Daripada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Mingguan Harian yang bertarikh 4 Januari menyatakan sekiranya kita hendak melemahkan serangan Israel dan AS terhadap Palestin, kita sebagai umat Islam seharusnya memboikot semua barangan daripada dua negara tersebut.

Daripada kenyataan Tun Dr, Mahathir lagi, terdapat pelbagai cara boikot yang boleh dilakukan untuk untuk melemahkan ekonomi AS. Sebagai contoh boleh dilakukan di Selatan Thailand, dimana penduduk di situ tidak meminum Coca-Cola. Mungkin ada diantara anda fikir ia merupakan tindakkan yang kecil tapi sekiranya banyak negara Islam yang melakukan tindakkan yang sama, mungkin sedikit demi sedikit mampu memberi impak kepada ekonomi AS. Lagipun, umat Islam tak mungkin mati kalau tak minum Coca-cola, kan? Lebih-lebih lagi bila minuman tersebut hanya mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.

Begitu jugaklah pisang kaki yang diimport dari Singapura. Pisang kaki merupakan produk daripada Israel yang diimport oleh negara Singapura sebelum dibawa masuk ke dalam negara kita.

Selain daripada tu, kita jugak perlu menghentikan penggunaan mata wang dolar AS dalam urusan perdagangan dengan pihak AS. Kenapa mesti AS, bukan ekonomi pihak Israel?? Ini adalah disebabkan AS merupakan pembekal senjata kepada pihak Israel. Sekiranya ekonomi AS lingkup, sedikit demi sedikit pihak AS mengalami masalah untuk memberikan bantuan ketenteraan dan senjata kepada askar Israel.

Walaubagaimana pun, terdapat negara Arab yang masih membuat urusan perniagaan dengan pihak AS dengan penggunaan mata wang dolar AS. Negara-negara Arab mempunyai rezab dalam dolar AS dengan membeli bon dan ia sama seperti memberi hutang kepada pihak AS. Sekaligus, dengan duit dari Arab tulah dapat membekalkan AS untuk membeli senjata bagi pihak Israel.

Keadaan ini telah membuatkan rancangan untuk menjatuhkan AS agak sukar dilakukan sekiranya keadaan ini berterusan. Oleh itu, sebagai umat Islam yang bilangan yang berbillion di seluruh dunia perlu mengambil langkah ini kerana ini merupakan salah satu cara yang halus bagi menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Oleh itu, marilah kite sama-sama membuat boikot terhadap barangan AS kerana ia merupakan jalan yang selamat dan bijak bagi membantu saudara islam kita di Palestin. Keganasan terhadap penduduk di Semenanjung Gaza perlu dihentikan kerana peperangan hanya membawa kemusnahan dan kematian terutama sekali apabila ia dikaitkan dengan saudara Islam kita.

Okeylah, sampai disini sajelah ulasan aku. Wassalam.

2 comments:

unaOoOuna said...

syg ,
kalau spm kuar tajuk neh
knpem ko a1 (:

pa pn masehhh
artikel neh
haha
dpt gk aku sesuatu .

:::cebisanhatiku::: said...

alhamdulillah..cantil tinta2 tulisanmu itu.moga Allah sentiasa menganugerahkanmu nikmat tersebut...

ingatlah wahai adikku....

"Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata,"mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan(lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa." (Surah Al-A'raf:164)

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View