9.1.09

Hatiku Hanya Terbuka Buat Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii..penat betul aku hari nie, jenuh kemas rumah. Bukan aku nak merungut ke ape, cuma aku memang letih sesangat kemas rumah memandangkan aku tak pergi sekolah - budak lepasan SPM la katekan. Mana tak letihnya, aku sorang uruskan semua kerja rumah tuu. Adik aku satu haram pun tak sentuh kerja-kerja tuu. Jadi sebagai seorang kakak dan seorang wanita yang telah berkurun lamanya diberi tangungjawab untuk meringankan beban dan kepayahan ibu bapa, aku buatkan aje la - boleh dapat ganjaran pahala.

Hurm, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kemas rumah. Kemas rumah punya isu tuu sekadar pembuka bicara dari segala tension-tension sebab mungkin lepas nie aku akan buka cerita yang lebih serius. So, untuk mereleasekan tension, aku tulis la cerita merepek meraban macam kat atas tuu. Haha, walau pada hakikatnya cerita tuu agak membosankan..huhu

Berdasarkan pada tajuk diatas, aku mungkin akan tutup pintu hati aku pada sesiapa sahaja makhluk Allah yang digelar sebagai kaum adam. Bukan aku nak jadi lesbo kat sini, ok? Korang tahu tak lesbo tuu ape..? Bagi yang dah tahu, duduk diam-diam yerk. Bagi yang tak tahu, lesbo tuu bermaksud lesbians. Member aku yang bernama Ali Imran bin Idris menggunakan istilah lesbo bagi bahasa masyarakat sekarang. Jadi, aku pun terpengaruh la. At least, aku tak terpengaruh nak guna perkataan mencarut, right..?

Bagi seorang kaum hawa, tipulah kalau anda tak pernah ada pujangga hati, kan? Mungkin buat masa nie tidak ada dalam jiwa sanubari korang, tapi one day, mesti ada. Sebab tu la hakikat mengenai wanita - Wanita yang memang dilahirkan dengan jiwa lembut. Segarang mana wanita itu atau sekeras mana pun hati wanita itu, pasti mereka akan cair atau berlembut hati kerana itulah wanita.

Tahun nie, aku mahu memulakan hidup baru. Bari dari pelbagai aspek - sikap, ilmu pengetahuan, dan pegangan agama. So, what is your new year resolution? That will be like in the list below :
  1. mahu lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan konsisten dalam beribadah.
  2. Menjadi anak yang lebih solehah berbanding tahun lepas - kurangkan melawan/membantah.
  3. Nak lebih mendisiplinkan diri dalam pengurusan masa dan peribadi.
  4. menambahkan pengetahuan yang tak pernah cukup dalam minda aku nie.
  5. Aku nak cuba jadi perempuan melayu terakhir, sebab tuu la harapan mak dan ayah aku yang selalu harap nak anak-anak diorang lembut dan sopan santun. Serius, bapak aku tak suka kalo aku ganas semacam - especially bila aku ketawa. So, kena jadi sopan macam the last malay woman. Hahaha..
  6. mahu jadikan diri aku lebih bersikap positif berbanding negatif.
  7. Aku sebelum nie agak suka mengata/mengkritik orang (sikit la..hahaha). Jadi tahun nie, aku nak kurangkan bercakap dan lebih berfikir secara rasional.
  8. Memupuk diri untuk lebih rajin mengambil tahu hal semasa - memupuk budaya membaca.
Okey, dah tahu sekarang? Tu la my new year resolution for this year. Pasal menutup pintu hati tuu, aku dah tak mahu ade hati dengan sesiapa - sebab setianya aku pada satu cinta iaitu cinta pertama. Hamba Allah yang aku suka and in the same time aku pernah terfikir untuk kawin dengan dia sudah tiada dalam hidup aku. Dia dah jadi hak milik orang lain. Jadi, hati aku dah tertutup buat sesiapa. Una, I am sorry, tapi inilah satu-satu caranya yang terbaik untuk aku.

Sekarang, aku hanya membuka hati aku untuk kasih Illahi. Aku hidup untukNya, mencari keredhaanNya disamping mencari penawar hati yang terluka. Kalau mahukan soal jodoh, biarlah Allah SWT sahaja yang "carikan" untuk aku, bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapa aku. Soal jodoh ditangan Allah, bukan aku. Sesiapa pun jodoh aku, biarlah Allah yang tentukan - kerana itu adalah rahsia Allah. Satu lagi harapan aku, aku mahu jodoh aku dilaungkan dibawah ikatan pertunangan, bukan berpacaran atau istilah in the relationship/bercouple.

Mungkin aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk ubahkan diri aku, tapi tak bermaksud aku akan menjadi insan yang alim atau orang lain. Aku akan masih jadi diri aku dan masih akan menjadi insan biasa dimata masyarakat, sebab biasa itulah diri aku yang sebenarnya. Yes, I am a simple person and nothing can change that.

Okey la, sampai sini sahajalah kata-kata falsafah dariku. Hahaha, berfalsafah ke?? haha, perasan betul aku nie. Aku mengundurkan diri dari berbicara dan wassalam. =)

1 comment:

:::cebisanhatiku::: said...

wow...great!harapnya niat tu akan terus berpanjangan sampai bila2 insyaAllah.al a'malubinniat.setiap perbuatan dimulai dengan niat...
dan ingtlah wahai adikku...perempuan yang baik utk lelaki yang baik.begitulah yg sebaiknya.
carilah cinta Ilahi kerana ia cinta yang kekal abadi.jgn kau cari cinta manusia kerana ia hanya angan2 belaka...semoga awak dikurniakan kefahaman dalam Islam...

Annasu maa'din,khiyaruhum filjahiliyyah,khiyaruhum filIslam,izafaquhu...
manusia itu ibarat logam.yang terbaik terpilih ketika jahiliyah,yang terbaik terpilih ketika Islam,sekiranya dia diberi kefahaman dalam Islam...
insyaAllah...
wallahualm...

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View