Siapa kat sini kaki tengok TV..? Cepat..cepat..mengaku! Haha, aku nie bukan la kaki tengok TV tapi setiap kali aku tengok TV, mesti ade iklan shampoo clear. Seriously, aku suke iklan tuu - especially bila ade Nicole Scherzinger dalam tuu. Siot wehh, Nicole nampak hot gila. Haha, aku tengok pun naik tergudasss~ Hahaha
Bukan la ape, aku tergoda dengan keyakinan dan karisma dia dalam iklan nie. Kalau korang tengok dia betul-betul, muka dia betul-betul mengamcam hati. Memang tak boleh dinafikan dia cantik, tapi ade orang lain lagi cantik dari dia tapi kenapa tak nampak hot macam dia?
Semua tuu adalah sebab self confidence and karisma seseorang. Kalau korang yakin dan ade karisma yang cukup hebat, sesiapa saja tengok korang mesti cair punya - walaupun korang tak ade rupa sekalipun especially bagi kaum adam.
Aku ade persoalan sikit. Dalam iklan nie, mana ade Nicole pakai baju sexy smexy, kan? Sekadar nampak rambut aje kan? Tapi kenapa dia masih nampak hot? Kalau tengok perempuan di Malaysia yang pakai baju separuh bogel tuu, masih tak nampak hot macam Nicole? Perempuan yang tunjuk badan tu pun cantik, bukan tak cantik. Tapi kenapa masih nampak biasa?
Aku nak buat sikit perbandingan antara artis Malaysia dengan Amerika. Contoh aku nak ambik cerita pasal Fasha Sanda. Fasha Sanda tuu cantik kan? Fasha Sanda selalu jugak tunjuk badan dia tapi kenapa jugak mesti Nicole yang berjaya buat aku tergoda dengan ke-hotness-an dia? Kenapa Mesti Nicole Scherzinger yang buat aku terguda??
Okay, aku nak tambah lagi persoalan. Antara Fasha Sanda dengan Nicole, sape yang lagi cerah kulitnya? Fasha Sanda, right? Walaupun begitu, kenapa Nicole lagi nampak hot berbanding dengan Fasha Sanda?
Bagi pendapat aku la kan, nak nampak cantik nie bukan saje dari luaran, tapi dalaman pun main peranan. Nak nampak hot macam Nicole tuu pun tak perlu jugak pakai baju seksi, sebab seksi nie tak ada benda sangat la. Aku ingat lagi sensei Imran persoalkan satu soalan nie kat aku. Dia tanya la :
Kenapa ada perempuan tu pakai baju seksi pun masih tak nampak hot?
Hahahahahahahahahahahaha XDDD
Siot betul, tapi aku setuju jugak dengan persoalan dia tu. Ade orang pakai baju seksi separuh mati aku tengok, tapi masih tak nampak hot. Kalau korang pakai tudung pun boleh mampu nampakkan korang tampak HOT. Seriously, aku cakap betul.
Well, nak nampak hot nie bukan senang. Dalaman dan luaran sangat penting - BUKAN LUARAN SAJE!
Wanna Look Hot dalam mata Masyarakat?Well, tips nie aku reka and buat sendiri. Bukan la daripada hasil temu ramah dengan Nicole Scherzinger. Cara aku nie bukan sekadar nampak hebat pada luaran, tapi turut menekankan aspek dalaman - seperti kehebatan isteri Rasulullah, Khadijah dan Aishah. Hebat kan? Haha. Ape-ape pun, this will be my tips. Terbahagi kepada dua - dalaman dan luaran.
Aspek Dalaman :1 - Keyakinan diri korang mesti utuh, tapi jangan sampai riak dan perkecilkan orang lain.
2 - Niat dalam hati bukan kerana nak dapat perhatian, tetapi mahu dihormati.
3 - Jaga maruah dan harga diri. Tunjuk sikit korang mahal. Kalau ade orang laki cuba mengorat korang, buat macam tak ade ape-ape berlaku - atau buat tak layan. Kalau diorang cakap korang sombong, selalunya sebab dia kantoi. Sebab tuu dia label korang macam tu.
4 - Bersikap tenang dan matang. Kalau boleh, korang mesti pandai handle keadaan.
5 - Kebijaksanaan nie penting jugak, sebab kalau korang tak bape nak pandai, orang akan cakap :
"harap muka aje cantik, tapi bodoh."
6 - Hati kalau boleh mesti baik punya. Buat kerja dengan ikhlas dan komited. Kesanya, orang akan respek korang dan hasil kerja korang. Ade beza antara kerja bagus dengan cincai.
7 - Hormati orang lain dan jangan sama sekali biadab.
8 - Pandai berkata-kata. Masa bercakap, mesti guna akal, bukan main cakap. Kalau korang tengah marah, lebih baik diam dan cari jalan untuk tenangkan diri. Kalau korang bercakap dalam keadaan marah, mesti korang akan cakap sesuatu yang kurang menyenangkan untuk didengar kan? Senang cerita, kalau marah pergi cepat-cepat ambik air wuduk.
9 - Setiap manusia ade kelemahan. Kelemahan kita bleh diatas, jadi atasi kelemahan korang. Contoh, kalau korang kuat marah, maybe next time kurangkan marah. Kelemahan nie bukan boleh dibuang dalam diri kita, tapi ianya mampu untuk diatasi. Kalau kurang ilmu, perbanyakkan membaca atau mengkaji sesuatu.
10 - Nie yang paling penting - Solat. Sesungguhnya solat mampu mencegah diri kite daripada melakukan kemungkaran. Bukan itu sahaja, semua yang berlaku pun atas izin Allah. Kalau korang berusaha nak jadi hot tanpa keizinan Allah SWT, usaha korang mungkin susah untuk digapai. Plus, dengan solat juga, mampu menonjolkan segalanya seperti rupa seseorang itu akan nampak lebih berseri.
11 - Seriously, korang jugak mesti hebat dalam menjadi seorang wanita. Mesti pandai memasak, menjahit dan menguruskan rumah. Kalau lepas semua nie, kompem ramai orang respek sama lu. Haha.
12 - Murah dengan senyuman. Urm, jangan banyak sangat pulak, takut orang cakap korang tak betul pulak. Kalau boleh, bila bercakap dengan orang tuu, time tuu la paling penting untuk sedekahkan senyuman. Bukan itu aje, senyuman tuu jugak seperti senaman otot muka. Kalau kerap senyum, insyaAllah awet muda nanti. Plus, senyuman juga mampu membuatkan orang lain gembira.
Tips untuk tambah seri muka :1 - Selalunya mesti solat sebab time tuu kite mesti kerap mengambil air sembahyang, kan? Kalau bagi yang uzur, korang boleh amalkan cara macam nie :
(a) Baca salawat tiga kali sambil menadahkan air di tangan (macam ambik air wuduk tuu).
(b) Then, sapukan air yang korang tadah tuu kat muka korang sebanyak 3 kali jugak.
2 - Minum air masak sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur. Amalkan bende nie.
3 - Perbanyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau boleh, amalkan makan buah-buahan di awal pagi. Sebab ade orang amalkan benda macam nie sampai muka die awet muda.
Aspek Luaran :1 - Oleh sebab ianya luaran, penampilan memainkan peranan. Korang tak perlu pakai baju branded la untuk tampak hebat. Kalau boleh, pakai la baju yang nampak sesimple boleh tapi tampak kemas. Yang penting ialah kemas (smart) dan up-to-date.
2 - Tak pakai seksi pun boleh nampak hebat. Kalau pakai tudung dan baju kurung pun masih boleh nampak hebat. Cuma, ade sesetengah mentaliti kurang bijak menganggap sesiapa yang pakai baju kurung ialah orang ketinggalan Zaman. Aku rase orang macam nie dah macam tak ade jati diri dan sama sekali teruk sungguh. Kalau ade orang macam nie, sila reject aje dia tu - SEBAB DAH LUPA BUDAYA MELAYU!
3 - Make-up nie satu kes jugak la. Huhu, aku syorkan la pakai mekap nipis pun dah nampak cantik bagi aku. Aku tak bape suka tengok orang pakai mekap tebal-tebal sebab nampak sangat cantik yang tak natural.
4 - Cara bercakap - antonasi suara mainkan peranan. Cakap dengan antonasi biasa tapi matang. Kalau boleh, cakap dengan penuh keyakinan dan jangan teragak-agak
.
5 - Reaksi muka jugak main peranan. Tegas, tenang dan berpendirian tetapi masih kelihatan peramah. Nak contoh, tengok reaksi muka Nicole semase dia cakap dalam iklan tuu.
6 - Perangai main peranan jugak tau. Kalau korang buat perangai comel, korang akan kelihatan macam budak-budak. Kalau korang bersikap matang dan tenang, korang akan kelihatan hebat, insyaAllah dengan izin Allah SWT.
7 - Okay, bab muka pulak. Muka tu kalau boleh mesti bersih dari sebarang jerawat la. Sebab, kalau ade jerawat, korang akan rase kurang keyakinan diri kan? Jadi, aku nasihatkan korang jangan makan sangat benda yang berminyak. Ataupun , boleh dapatkan perkhidmatan pakar kecantikkan kalau nak atasi masalah jerawat yang lebih efisyen.
8 - Reaksi spontaneous. Sekiranya korang ade tersalah buat sesuatu atau terjatuh, buat bodoh dan anggap tak berlaku ape-ape. Kalau ade sakitkan hati orang tu, lain cite erk. Spontaneous kat sini ialah keadaan dimana bila korang terjatuh ataupun korang tak tahu atau tak terer dalam sesuatu kebolehan tu, buat reaksi biase. Contoh kalau korang tak reti menyanyi dan suara sumbang, gelak dengan member pasal benda merapu tu. Yer la, bukan semua orang ade suara sedap, kan? haha.
9 - Beramah mesra. Kalau korang nie orang kenamaan katekan, ramah dengan tetamu ke, wartawan ke. Kalau orang biasa, beramah mesra la dengan member atau orang yang baik dengan korang walaupun tak kenal. Sekiranya dengan laki, kalau boleh kawal keramahan kite sebab kite nie perempuan. Kalau terlalu ramah, mungkin akan timbulkan kontroversi.
10 - Bersikap biasa dengan semua orang. Walaupun hebat, tidak bermakna korang perlu berlagak. Ade sesetengah individu nie nampak hebat tapi belagak. Last-last kena label kerek. Jadi, untuk mengatasi masalah macam ini ialah, bersikap bersahaja dan simple bila berinteraksi dengan orang dimana buatkan orang tersebut selesa dengan korang. Kesannya, nanti ade orang akan cakap,"dari luaran dia nampak hebat tapi bila kenal betul-betul, dia nie sangat simple." Bila dah ade orang cakap macam tu, orang ramai akan lagi senang dan selesa bergaul dengan korang. Senang cerita, tanamkan sikap Zuhud. (Zuhud -
merendahkan diri walaupun beliau seorang yang hebat, berkebolehan tinggi dan maybe terkenal.)Haha, itu la tips aku. Saje nak kongsi sikit dengan korang. Ape-ape pun, korang tekankan lah aspek dalaman sebab dalaman itu sebenarnya yang mencerminkan siapa kita. Kalau dalam baik, maka luar pun baiklah. Maksud aku aspek dalaman ini ialah akhlak dan iman. Ade sesetengah individu yang dilahirkan kurang pada luaran, tapi dalaman dia bagus sangat. Kesannya, orang masih suka dan tertarik pada dia kerana faktor dalaman dia. Kalau rupe aje cantik, tapi perangai 1001 masalah, memang ramai orang larilah jawabnya. Jadi, takkan kemana jugak, kan?
Sebenarnya, aku dapat tips-tips nie hasil dari pemerhatian dan pembacaan aku. Jadi, ade certain things dalam itu adalah fakta dan ade yang ikut kefahaman aku. Kalau korang nak tambah tips korang, boleh jugak sebab boleh kongsi ilmu sama-sama, kan?
Sampai sini sajalah. Sekian dan wassalam.
P/S : Penjagaan penampilan akan membentuk keyakinan diri seseorang. Diingatkan jugak suaya anda tidak melupakan aspek-aspek penting yang lain. Harap maklum.