Hahaha, macam cerita gila kan? Tapi aku suka la. Itu pun lepas aku tengok satu cerita yang tajuk dia Hannibal. Cerita nie mengisahkan seorang lelaki yang bernama Hannibal Lecter, as a brilliant Psychiatrist and cannibalistic serial killer.
Aku tertarik gila dengan watak Dr. Hannibal Lecter sebab walaupun dia nie seorang pembunuh bersiri yang sangat kejam gila bangang tahap dewa, dia takkan berani cederakan perempuan yang dia suka, Clarice Starling (walaupun minah nie banyak kali nak tangkap and pukul dia, biase la kerja polis tangkap penjenayah, kan?)
Cerita ni diadiptasi daripada novel yang bertajuk Hannibal jugak karya Thomas Harris. Novel nie ada dua siri, alah macam ala-ala harry potter yang banyak siri. So, same goes to this novel too. Sekarang nie aku nak cari and baca this novel puas-puas, lantak la kalau English sekali pun. So, ade sesiapa pernah baca cerita The Silence of the Lambs dengan Hannibal tak? Novel yerk, bukan movies. Ade tak? ade tak? Kalau ade, aku mau pinjam sama lu!
Betul wehh, mamat Hannibal Lecter tuu betul-betul dah kena angau cinta dengan Clarice. Gila beb, memang angau bukan sebarangan angau. Dalam movie yang aku tengok tu, sesapa aje yang berani sakitkan perempuan tu, tanpa segan silu serta dengan percuma, mamat tuu bunuh saje orang-orang yang sakitkan Clarice tuu. Sampai satu babak dalam cite tuu, memang aku tersentuh sangat.P/S : Clarice Starling merupakan seorang FBI yang amanah dan dedikasi.
Babak yang buat aku tersentuh:
Dalam scene nie, Hannibal potong tangan die, bukan tangan perempuan tuu. Wuu~ Sakit wohh! Aku tersentuhh~ Bukan la ape, die lagi rela tengok diri dia sakit daripada tengok perempuan tu menderita. That means his love for her is what we called "TRUE LOVE". Seriously, aku ingat lagi ade sorang pak cik nie pernah cakap :
"Kalau laki tu betul-betul sukakan kamu, dia akan jaga kamu elok-elok. Baik dari maruah kamu dan sebagainya."
"Bagi perempuan yang dah insaf dan tak nak dating-dating, bagus la sebab kamu sedar ape yang kamu buat. Sekiranya pakwe kamu masih mengajak kamu buat benda-benda itu, kamu tinggalkanlah dia. Sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
Aku cakap semua nie bukan sebab aku jeles dan tak faham perasaan korang yang sedang hangat bercinta. Aku faham dan kadang kala aku ade jugak hampir leka dengan permainan perasaan ini kerana sesungguhnya aku jugak seperti korang, manusia yang dilahirkan dengan fitrah semula jadi dalam diri untuk disayangi dan dicintai.
Tapi, kalau yerla kan korang sayang satu sama lain, takkan la sampai lupa Allah? Sesungguhnya perasaan cinta itu datang dari Allah dan hilang pun kerana kemahuan Allah. Jadi, fikir-fikirkan lah yerk. Plus, cinta manusia tu bila-bila sahaja boleh pudar tapi cinta Allah sama kite, sampai bila-bila pun takkan pudar.
Eh, sambung balik main topik :
Tapi, ape kaitan pulak dengan Hannibal dengan cintan-cintan kitorang pulak nie?
Ape kaitan dengan kata-kata ustaz tuu dalam topik ko nie?
Ape kaitan dengan kata-kata ustaz tuu dalam topik ko nie?
It's easy. Senang cerita macam nie la, bagi sesiapa yang sedang hangat bercinta, aku nak tanya, adakah laki yang korang sayang tu jaga korang betul-betul? Semua orang laki boleh cakap:
I miss you..
I bimbangkan you..
U sihat tak hari nie..?
I bimbangkan you..
U sihat tak hari nie..?
So, dengan beberapa soalan macam tuu, ingat dah cukup ke makna dengan perkataan "menjaga"? Tapi, adakah ia betul-betul maksudkannya? Ataupun sekadar mahu menjaga hati kita? Semua orang boleh jaga hati orang lain, even kalau ade sesetengah individu main kayu tiga belakang awek/pakwe, diorang berahsia sebab nak jaga hati korang jugak, kan? kan? haha.
If you asked me, aku boleh cakap macam ini sajalah :
Kalau seseorang tu sayang kita, dia lebih perlukan menggunakan tingkah laku, dan bukannya perkataan. Semua orang boleh bercakap, tapi kalau nak buat mesti liat, kan?
Kaitan dengan cite Hannibal tu pulak, laki tu jaga perempuan tu elok-elok, sampai die sanggup potong tangan dia sendiri - walaupun dia sedar perempuan tuu takkan suka dia. Cinta dia Ikhlas woah! Tanpa perlukan balasan. So, siapa sanggup potong tangan sendiri demi cinta suci? Sila angkat tangan? Kemudian, ambik kapak dan potong tangan korang yerk. Hahaha.
Okay, nak tamatkan bebelan manis lagi manja dari sini :Aku nak blah la weh. Mata aku dah ngantok siot nie. Haha, plus mampus aku kalo bapak aku tau aku tido lambat macam kura-kura. Haha. Sekian dan Wassalam.
No comments:
Post a Comment