11.3.09

M a t i .

Assalamualaikum. Esok, bersamaan dengan 12 March 2009 merupakan tarikh keramat bagi calon-calon SPM untuk ambik keputusan mereka. Aku yang merupakan se-alien dengan mereka rase nak mampos gilaa sekarang nie.

Aku dapat rasakan keputusan aku memang amat mengejutkan kerana ianye seteruk lukisan adik aku semasa dia berumur 3 tahun. Owh adikku, maafkan akak mu kerana mengutuk hasil kerjamu dimana memang menjadi lumrah aku akan mengata lukisan mu. Tapi lukisanmu sekarang boleh tahan la. Erk..? ape kebende aku tulis nie?

Seriuosly, sekarang ini kondisi aku memang dah cuak tahap gaban sehinggakan suhu tanganku telah menurun seiring dengan suhu di gunung Everest. Dimana sejuknya Everest, begitu jugalah dengan tangan aku. Owhh, aku rase betul-betul sejuk nak MATI.

Sekarang nie lagi 18 jam sebelum aku akan mengambil keputusan. Aku rase, esok merupakan hari yang bersejarah yang berjaya membuat aku menagis akibat kegagalan. Walaubagaimana pun, aku harap aku dapat target subjek yang aku nak target. Aku nie bukan la pandai sangat, sebab tu la aku cuma nak target 6A aje.

Aku harap, dengan izin Allah, aku dapat la 6A tuu. Aduih, sedih gila rasenyer kalo tak dapat keputusan yang aku nk target tu. Aku pikir nak pakai baju kurung untuk esok la. Urgh! Bajunyer tak gosok lagi. Malam nie kena iron baju then terus tido awal. Kena bangun awal and sampai awal kat sekolah.

Bapak aku ade menawarkan diri untuk ambil keputusan aku tanpa kehadiran aku disitu kerana dikhuatiri aku akan menangis. Malang sekali buat bapak aku kerana aku menolak bulat-bulat tawaran dia. Baik atau buruk, ianya tetap keputusan aku. Aku tetap kena redha dengan setiap ketentuan Allah.

Sebelum aku mengundur diri, aku ucapkan GOOD LUCK buat semua yang bakal ambil keputusan SPM esok. Aku doakan korang dapat result yang baik-baik belaka. Okey la, sekian dan wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

inyaallah.. dapt yg terbaik... hehe.. esok sudi2 la bagitahu ek? nak tahu gak...

Anonymous said...

AMY, trust urself! kau boleh! aku doakn kau dpt terbaik sejajar dgn usaha kau. AMIN. :)

Dota Melayu said...

mesti dapat bagus punye..
hahahaha..

dun worry..
be happy..

=)

6A?? sy bagi 10 A..
agagaga..

Atiqah Adnan said...

insyaAllah.. yakin kamu mesti berjaya...dUn wori k..

jangan nagis.. nak nagis tahan dUlu balik uma baru angis k.. hehe


gUd lUck...

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View