11.12.08

Salam Aidiladha.

Assalamualaikum. Haha, tajuk yang aku tulis tu macam tak sesuai pulak. Yer la, Raya Korban dah pun lepas, tapi kenape aku masih menggunakan tajuk tersebut?

Actually, macam-macam berlaku semasa nak menjelangnya hari mulia tu. Sebelum Hari Raya Aidiladha, ayah aku dah jatuh sakit. Sakit teruk tuu, hurm susah laa kalo nk ckp teruk atau tidak tapi ayah aku sakit perut la. Korang dengar macam sakit biase, right? But, it's not like what you think actually. Sakit ayah aku nie sampai buatkan ayah aku terlantar atas sakit selama 5 hari. Ayah aku nie dah tua, biase laa, badan pon mesti laa lemah. Kalo dah kene sakit, maunye ambik masa yang lama untuk sembuh.

Yang aku kesianya mak aku la. Kehulu kehilir tolong ayah aku; urut badan dia, suapkan untuk ayah aku and etc. Aku kesian jugak dengan ayah aku. Semua kes sakit perut nie berlaku sebab satu aje - Cik Siti tikus la punya pasal! Mangkuk betoi! Hari tuu ade seekor tikus tuu masuk rumah aku semasa ayah aku tengah tido. Lepas tu, entah macam mana ayah aku bangun dan ternampak bayang-bayang tikus jatuh dari lubang tingkap. Ayah aku ape lagi, kalo bukan terkejut besar!

Esok harinya kecoh - kitorang satu keluarga kena kemaskan bilik bapak aku tuu. Pulak? Baru nak ingat kemas bilik..? haha, sebelum nie tak nak buat pulak. Bagus cik tikus..bagus..lain kali engkau masuk lagi. Kalau engkau masuk, lagi rajin bapak aku nak kemas bilik. Haihh..pening aku. Memang hari mengemas bilik bapak aku tuu memang kecoh laa beb. Bapak aku asyik sebut TIKUS..TIKUS..DAN TIKUS! Adoih! pening..pening!

Kemas punya kemas, tikus tak ade laa pulak. Tapi, tikus tuu memang ade dalam bilik tuu. Dia bersembunyi disebalik meja tulis ayah aku. Hah! Jahanam punya tikus! Engkau main aci nyorok dengan kitorang erk..? Haih! itulah keluhan aku semasa mengemas bilik bapak aku tu. Yer la, mana tak berangin satu badan, boleh pulak main nyorok-nyorok? Aku nie kalau ikutkan hati memang nak angkut meja tulis tuu kemudian hempuk puas-puas tikus tuu! Pergh! Memang baran laa weh time tu!

Kitorang satu keluarga tunggu tikus tuu untuk memunculkan diri selama 3 hari! Tak nak kuar-kuar tu! adoih! Degil betul tu! Macam sensei aku, Imran! Tak pernah nak dengar cakap aku! Argh! lantak la, Eh, ape tadi..? Owh yeah, pasal tikus kan..?

Tikus tuu akhirnya keluar jugak. Masa tikus tuu keluar, bapak aku, of coz, yang paling panik dan kecoh! haha, aku tak tengok laa diorang tangkap tikus macam mana. Yer la, sebab masa tuu aku masih membuat taik mata walaupun matahari dah tengak atas kepala. Teruk kan aku? Memang tak layak untuk dibawak meminang aku nie ( Memang tak nak pon! lalala~).

Antara ahli keluarga aku yang telah terlibat dalam pemprosesan menangkap tikus tu ialah adik aku yang paling bongsu, Amirul (aku panggil die Ooi aje..haha..cute name, kan?), mak aku yang tersayang dan ayah aku. Haha, mak aku cerita balik kat aku masa nak tangkap tikus tuu memang kecoh dan meletihkan. Yer la, masa keluarg aku nak tangkap tikus tuu, hari tuu merupakan 2 hari sebelum hari Raya Aidiladha.

Bayangkan, dah la pagi tuu tak makan masa tangkap tikus tu, lepas tuu kena kemas bilik balik pulak. Lepas kemas bilik, kitorang satu keluarga kena keluar untuk belikan barang dapur bagi persediaan hari raya korban. Kalo korang, letih tak? Mau tak patah lutut kan?? hahaha

Oleh sebab bapak aku makan lambat pada hari tuu, kesannya ambik selama 5 hari - sakit perut sebab banyak masuk angin! Kesian kan? Jadi, semasa hari Raya Aidiladha tu, keluarga aku bukan laa dalam keadaan yang baik. Bapak aku sakit dan kami sekeluarga dah macam berkabung. Semua kena duduk rumah. Memang tak pergi mana-mana masa hari tu.

Jadi, kesakitan yang ditangung oleh ayah aku jugak telah menyebabkan aku terpaksa membatalkan date aku dengan best friend aku, Husna. Adoihh, kesian Husna. Dia dah nak bersiap sedia nak kuar tapi lepas aku call dia, terbatal niat. Kitorang bukan selalu dapat berjumpa, lebih-lebih lagi dia duduk jauh - nun kat Penang tu! Lagipun, kalau mak aku kasi keluar pun, siapakah gelaran manusia yang sudi nak menghantar aku ke pekan? Hantu? Kucing? Adoih la, tuu la sebab aku tak boleh nak keluar dengan ko Una. Sorry sesangat Una.

Selalunya kaluarga aku laa yang akan bergerak ke rumah sedara-sedara yang lain, tapi kali nie terbalik pulak; memandangkan dengan keadaan ayah aku sakit, diorang pulak datang beraya rumah aku. Haha, tuu pulak kesan yang agak baik bagi aku sebab tak payah nak bersiap pakai baju lawa-lawa untuk keluar__. Bukan ape, naik bosan jugak asyik kitorang aje nak pergi sana. Ape salahnya kali nie tukar turn pulak, kan..? hahaha.

Ok la, tuu aje la pasal cite Hari Raya Aidiladha aku. Memang kelam kabut la. Aku harap tikus tuu takkan datang lagi. Kedatangan engkau (cik siti tikus) memang meyusahkan satu kerabat keluarga aku. Ok la, sampai sini___Wassalam. xDD

4 comments:

Anonymous said...

weihh!! kesian kau!! kesian usnat!! kesian ayah kau yg comel tu!! cinabeng punye tikos! =p

Anonymous said...

Adess, aku jadi tikus plak

nadeshiko said...

Shaddy : hahaha
tuu la, sakit hati aku dengan tikus tuu! >o<

nadeshiko said...

Imran : Hahaha, maaf sensei~ xDD

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View