13.12.08

You're the Best I Ever Had - Our Story

Assalamualaikum. Yesterday, aku ade main jalan-jalan kat xanga. Dah lama aku tak gi website tu. Tiba-tiba aku terbehenti kat sebuat page member aku. Dia cerita pasal family dia dan dia ade dedicate satu lagu ni untuk family dia. So Sweet! Aku pon dengar dan dengar, lama-lama aku jatuh hati dengan lagu nieh! hehe xDD

Vertical Horizon - Best I Ever Had

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

Nothing's quite the same now
I just say your name now

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had

So you stole my world
Now I'm just a phony
Remembering the girl
Leaves me down and lonely

Send it in a letter
Make yourself feel better

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't need me back
You're just the best I ever had

And it may take some time to
Patch me up inside
But I can't take it so I
Run away and hide
And I may find in time that
You were always right
You're always right

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

What was it you wanted
Could it be I'm haunted

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
I don't want you back
You're just the best I ever had
The best I ever had
The best I ever


When the 1st time I read this lyric, it had just touch me heart; in which I was remembering someone that I have forgotten for a long time. Then, suddenly my tears started to roll down on my cheeks. I don't even know why, but in that time I felt so lonely and my heart surrounded by the feel of guiltiness.

I once had a felt for someone. That person is not that great and I think he is too simple to be true. There was too many imperfection that I found in him, but still the felt I have on him never fade up. I don't even know where is this feeling came from, but I guarantee this is not a feeling that you have for your friends and it is hard to describe it.

Lirik lagu kat atas tuu memang masuk dengan keadaan aku dan dia. Kami dah tak ade apa-apa sekarang nie, especially when he got someone special and I am glad + happy for him. Kalau nak cakap pasal hati, agak terkilan tapi kalau itu membuatkan dia rasa lebih baik, alhamdulillah, itu dah cukup buat aku gembira sangat.Maybe lepas korang baca cerita aku nie, korang akan pikir macam tak sama dengan lirik. That is because aku tak tulis semua cerita aku dengan dia. Aku meringkaskan cerita, senang cite.

For the 1st time aku jumpe dia, kitorang berkawan melalui myspace. So, pendekkan cite, die my 1st ehem..ehem..haha..tak payah tahu la. Aku dah berkawan and kenal dia selama 3 tahun. Haha, kalau nak dibandingkan dengan member-member aku yang lain, kapel tapi only last for 3 months - tuu pon paling lama. Actually, kami tak pernah berkapel.

Well, die pernah mintak, tapi aku insist sebab aku ade reason yang tersendiri - My parents. Abah lia once tell me that dia akan terasa dikianati kalau salah sorang daripada adik beradik kami ade hubungan dengan seseorang diawal remaja. Abah aku memang tolak habis-habis pasal hubungan macam nie, sebab masih mentah dan takut kalau kami terkandas dalam pelajaran.

Jadi, demi menjaga hati ayah aku dan maruah keluarga aku, aku terpaksa turuti permintaan diorang. Ikutkan hati dan nafsu aku, memang aku nak ehem..kapel aje dengan budak tu. Tapi bila difikir balik, aku tak sampai hati especially when tahun tuu mak aku sakit. Jadi, aku mesti berkorban demi keluarga aku yang paling aku sayang.

Aku pun beritahu laa yang aku tak boleh ikutkan kepala dia sangat. Alamdulillah, dia faham dan sanggup tunggu aku. Aku sangat tak percaya pada mulanya dan aku siap bagitahu tak perlulah dia tunggu aku sebab aku memang tak nak buat orang lain tertunggu___penantian sangat menyakitkan! - especially when tiada kata putus.

Tapi, tak tahu kenapa dia masih berdegil. Entah, mane tahu kan kalau dia berdegil sebab nak jaga hati aku semata-mata, kan? I don't know hati boys macam mana sebab they are too complicated to understand. Bayangkan, kalau abang and abah sendiri pon aku ade masalah nak faham, nie apatah lagi kalau hati seseorang lelaki yang sukakan kita, right?

Haha, aku rasa kitorang nie memang agak kronik sikit. Kalau dulu, maxis sangat baik hati. Korang ingat tak, kan ade supersaver, right? Kalau RM1 tuu, berape jam boleh cakap, sukahati mak bapak kitelah; especally pada bulan puasa. Jadi, untuk melepaskan rindu, dia selalu call aku pada bulan puasa. Sebab time tuu laa kitorang akan tido lambat especially when time tuu cuti, lagi laa lambat.

Bukan dia sorang aje yang kaki call orang, aku pon sama! Tapi aku lagi dasyat sebab guna telefon rumah! Haha, aku nie sangat bodoh and tak matang sangat! Asal laa aku guna telefon rumah?? aku call die nak dekat sejam dan dalam sebulan tuu bape kali la aku call dia. Kalau dicampurkan dengan semua jumlah bil dalam sebulan tu, aku dh berhutang dengan bapak aku sebanyak RM300.00 semata-mata call dia. Tak ke giler namanye....??

Then, kalau nak raya tuu, kitorang sama-sama rancang nak pakai baju yang sama warna. Haha, sounds ridiculous, isn't it? But, aku rasa tuu laa pengalaman paling lawak dan meng-happy-kan aku bila teringat balik. Haha, sangat tak matang and macam budak-budak.

Aku ingat lagi, aku pernah main-main dengan dia; aku nak buat dia rasa cemburu sangat! Haha, aku suka main-main dengan dia sampai setiap kali ade nombor baru masuk, memang dia asyik syak aku laa orang yang selalu kacau dia. Haha, tapi memang aku pun. Sampai satu tahap, paling teruk, aku dengan 2 orang lagi member aku (una..dengan..jihan..hahaha..) berlakon jadi bekas pakwe aku! hahaha xDD ( Actually, laki yang kitorang bakal lakonkan nie tak pernah wujud sebab aku memang tak pernah ade exBF sebelum nie..haha)

Kami bertiga memang habis-habis kenakan dia sampai dia naik marah! hahaha, message yang dia bagi masa marah seolah-olah macam tak tak benarkan mana-mana laki ambik aku dari dia. Aku sebenarnya rasa sangat terharu dan happy sangat dengan apa yang dia dah cakap pada waktu tu. Aku ingat dialog kitorang time tu:

"Aku bagi amaran dengan engkau, jangan engkau rapat dengan ex-GF aku, kalau tak, nahas engkau!"

"Aku peduli apa dan engkau tak ade hak nak halang aku!"

(me..? *blushes* muahahaha)

Hahaha, aku sangat suke time dia cakap macam tuu..sebab..sebab..nampak sangat kakkooii!! cool dan hebat! Aku bayangkan kalau aku dikacau dengan sekumpulan lelaki, tiba-tiba dia datang memunculkan diri dan selamatkan aku! Warghh! Aku sudah bermula berfantasi!hehe! Tapi entahlah, perkara macam tuu tak mungkin akan berlaku since kitorang dah tak ade ape-ape sekarang nie.

Kemudian, di mana aku semakin membesar dan gaya pemikiran pun sudah kian berubah, aku semakin berubah dan perubahan aku dah menjadikan hubungan kitorang rengang. Aku dulu tak ade laa serius sangat tapi bila result PMR aku tak dapat ape yang aku nak capai, aku terus jadi lain daripada yang lain. Aku dah tak banyak contact dia, apetah lagi nak sembang dengan dia.

Dia pun semakin parah. Aku tahu, mesti dia rasa sunyi dan keseorangan kan? Aku tahu ape yang dia rasa tapi aku buat tak endah aje. Aku lebih fokuskan hidup aku yang lebih realistik - aku memang dah lain. Dia selalu jugak call aku, tapi tak selalu macam dulu. Tahun tuu pun dia nak ambik periksa SPM, jadi aku pun semakin serius dengan dia. Aku mintak dia lebih fokuskan peperiksaan SPM yang dia bakal duduki. Tapi entah la, walaupun aku banyak nasihat dia tapi dia macam tak pernah nak dengar. Kalau dengar pun, mesti masuk telinga kanan keluar telinga kiri - maybe?

Entah la, aku tak tahu sama ada dia ambik nasihat aku ke tak. Aku bukan dapat tengok dia macam mana pun sebab kami duduk jauh. Dia selalu cakap yang dia nak berjaya. Tapi, kalau bercakap tapi tak cuba nak ubah, tak ade gunanya, right? Jadi seperti biasa, aku selalu percaya yang dia boleh buat asalkan dia berusaha untuk berjalan ke arah kejayaan.

Tapi lama-lama aku makin kurang percaya pada dia. Aku pun tak tahu macam mana, tapi aku dah putus asa dengan dia. Aku sangat bodohkan? Aku terlalu ikutkan emosi dan terlalu harapkan kesempurnaan daripada dia sedangkan aku patut tahu tentang kemampuan dia. Aku rase putus asa hanya sebabkan kelemahan dia. Aku nie memang tak patut buat dia macam tu. Bila aku pikir balik ape yang aku dah buat pada dia, aku rasa diri aku teruk sangat.

Antara sebab aku terlalu mengharapkan kesempurnaan bila member-member aku sibuk ceritakan pasal pakwe-pakwe diorang yang hebat-hebat. Ade yang kapel dengan budak MCKK dan ade yang ada pakwe hensem-hensem. Entah, bila orang tanya pasal aku, aku terdiam. Tak tahu nak cakap ape pasal dia. Aku tiba-tiba rasa malu tak bertempat macam aku malu dengan siapa diri dia. Astaghfirullah, aku memang teruk, teruk sesangat.

Aku pun mula berpaling tadah pada dia. Dan pada saat inilah aku rasa diri aku adalah manusia yang paling teruk. Bila aku pikirkan balik, aku rase nak menangis pun ade. Nak tahu ceritanya macam mana..? Baiklah, aku berterus terang. Suatu hari tuu, aku rase terlampau tension and in aku telah cakap "saya suka awk.." pada orang lain dan bukan dia - abang angkat aku sendiri!

Alhamdulillah, nasib baik la abang angkat aku faham dengan keadaan aku. Tak faham? It's easy, dia tahu aku merapu dan kalau betul aku cakap macam tuu kat dia pun, dia tak akan dapat terima kerana atas dasar yang sama alasan dengan aku iaitu demi kebaikkan keluarga. Jadi, lepas kejadian tu, dengan rasa sebersalah, aku call dia dan bagitau ape yang aku dah buat.

Wow! his reaction...? Of coz laa marah, terlampau marah! Dia marah, jelous dan rasa dikianati. Aku pulak rase malu dngan diri sendiri dan kalo boleh nak aje aku sumpah diri aku jadi katak sebab dah terlampau benci diri sendiri! At least, aku jujur dengan dia, right? Daripada aku tak cakap ape-ape dan buat suka hati bapak aku aje, tuu lagi teruk!

Walaubagaimana pun, dia tetap maafkan aku. That's really makes me feel even much better, but not as better as before. Aku makin rase benci diri sendiri dan rase malu sangat dengan dia. Dia bagitau aku, lain kali jangan buat macam ni - sebab aku bagitau aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tuu..err...? (pasal confessed punyer pasal tuu laa..)

Aku asyik mintak maaf dengan dia. Maybe more than 100 times? Haha, tapi lama-lama kitorang reda. Kami boleh start bersembang kosong dan buat stupid jokes antara satu sama lain. Entah, aku pun tak ingat laa ape yang kitorang sembangkan. Tapi kalau bukan sebab pasal tuu, aku rasa kitorang mungkin takkan bersembang langsung. Tengok..? mesti ade hikmah, kan..?

Kemudian, aku dah tak ingat..tak ingat ape-ape. Aku dah tak ingat bila last kitorang bersembang mase 2007 tuu sebab aku dah terlampau jarang bersembang dengan dia. Aku pun masa tahun tuu lebih fokus pada pelajaran dan dia pun sama jugak dengan aku. Hah! Baru aku ingat! Masa bulan 9 kaloau tak silap aku, aku jarang contact dengan dia sebab dia nak kena study untuk trial dia. Masa tuu la aku tak cakap sangat dengan dia sebab bagi ruang untuk dia study.

In the same time, aku jugak agak busy sebab nak fokus untuk final Exam. Aiseh..aku rase sedih nak teruskan cerita. Entah la,bila pikir balik benda-benda ni, mesti buat aku sedih.. Tak Boleh macam nie! Yoshh! Aku kena jugak teruskan cerita! Hahaha xDD Aku memang dah tahap kronik!

Thenn...then..aku lupa..tapi yang aku ingat balik, masa bulan 12 dimana esok tuu dia bakal menduduki peperiksaan matematik (kalo tak silap aku), malam tuu aku dengan dia dah bertekak. Aku pun tak ingat pasal ape tapi kalo tak silap aku la, aku kecewa dengan sikap dia. Pasal ape..? Entah, aku pun tak ingat. Sejak hari tuu, kitorang langsung tak bertegur sapa selama 3 bulan. Yup! Masing-masing membawa diri.

Kemudian, jarak antara beberapa bulan selepas tuu, kitorang contact balik, tu pun lepas dia dapat tahu khabar berita daripada adik angkat dia pasal aku banyak tanya pasal dia. Haha, bayangkan kalau aku tak tanya ape-ape, mesti terdiam aje, kan? Maybe sampai kiamat pun kitorang takkan bercakap.

Masa dia contact aku (call), kitorang berasa amat kekok, terlampau kekok. Dalam perbualan tuu, firstly dia mintak maaf dengan aku dan bagi tahu yang dia yang bersalah pada masa tu. Bagi aku, aku rasa aku yang salah dalam hal tu..? Entah la, yang peting sama-sama dah berbaik. Hahaha, tapi perhubungan kami tak ade laa seakrab dulu. Kali ini, sangat lain, macam kami langsung dah tak kenal antara satu sama lain. Memang rasa macam kami terasing sangat.

Pada masa dia berhubung balik dengan aku, waktu tuu dalam tahun nie dan dalam bulan 3 macam tu la. Oleh sebab tahun nie aku lebih bercita-cita sikit, aku telah buat sesuatu yang memang tak masuk diakal. Abang angkat aku pernah cakap, apa salahnya kalau berkorban sesuatu untuk kejayaan masa depan..? InsyaAllah, pengorbanan tuu akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik.

If you talk about sacrifice, mestilah sesuatu yang kita yang paling berharga dalam hidup kita kan..? Kalau cakap pasal family, giler ke nak korban family..? lagi tak masuk diakal, kan..? Jadi, aku pikir masak-masak, aku terpaksa "jualkan" jiwa aku iaitu jiwa aku pada dia. Aku pikir jugak masa tu, mungkin kalau dia tak ada, aku boleh fokus lebih pada pelajaran aku..kan..?

Jadi suatu malam, aku tak sure sape call sape, tapi malam tuu jugak aku beritahu pasal hati aku. Aku tak cakap direct to the point tapi aku cuma cakap macam nie:

"Lepas nie, kita jadi kawan biase aje, nak tak..?"

...............................*keadaan menjadi sunyi*...............................

"Awak..........?"

"Kalau itu yang awak nak, sy tak boleh paksa......"

Aku faham maksud dia. Dia yang aku kenal tak pernah memaksa aku, seumur hidup aku kenal dia, tak pernah sekali dalam hidup aku pun aku dia paksa aku. Dia beri segala kebahagian yang aku nak. Aku susah nak cakap, tapi dia memang giler jiwang dan tuu memang buatkan diri aku rasa sangat dihargai oleh dia. Hahaha, kenape tibe-tibe aku terasa sangat formal..? aku tak pernah menjadi seromantik macam nie..ahahaha xDD

Dalam jiwa nie, lepas aku cakap macam tuu kat dia, Allah saje laa yang tahu macam mana aku rasa. Aku rasa hidup dan dunia aku dah macam terombang ambing pun ada. Rasa malam tuu macam malam terakhir aku hidup dalam dunia nie pon ada. Tapi, aku cuba fikirkan positif side yang Allah mungkin bagi aku. Takkan aku nak rasakan keraguan atas Kekuasaan yang Maha Esa pulak, kan..?

Kemudian, aku dah pergi ke langkah seterusnya, memutuskan siraturrahim antara satu sama lain. Korang mesti pelik dengan tindakkan aku, kan..? That is because I cannot stand from thinking about him! Aku jadi separuh giler lepas ape yang aku dah cakap pada dia. Jadi aku berfikir, mungkin kalau dia tak ada, aku tak akan fikirkan dia...kan...?

Jadi, lagi sekali aku telah ungkapkan satu perkataan yang menyakitkan hati dia. Aku tahu dia sakit, tapi if he thinks hes the one who sufferring the most, dia memang sangat silap. Ya, mungkin masa aku ungkapkan permintaan hati nie aku dalam bernada biasa, tapi orang takkan paham dengan perasaan aku sebab aku nie bukan jenis menunjukkan perasaan pada sesiapa.

That's why everyone, even my own family, had difficulty to understand me because aku sangat dan sangat suka sorokkan perasaan sendiri. Aku memang suka pendamkan perasaan, sampai satu tahap sampai member aku tak tahu pasal mak aku masuk hospital. Diorang tahu pun lepas sir BI aku tanya aku,"bila mak engkau masuk hospital, Ameelia..?" Masa Sir tanya aku macam tuu, tiba-tiba kelas aku jadi sunyi sepi aje.

Haha, yeah, that's me! Aku memang dah biasa simpan perasaan dalam hati dan semua nie dah bermula sejak aku dibangku sekolah rendah lagi. Menyembunyikan perasaan memang dah jadi adat hidup aku. Jadi, selepas aku ungkapkan my last word to him, pada mulanya memang dia tak dapat nak terima.

Then, after few weeks later, I had received a message in my FS mailbox. Yes, dia kasi aku message. Dia bagitau aku kalau ini yang aku nak, dia tak mampu nak paksa aku tapi dia doakan kebahagian aku, lebih kurang macam tuu la. Masa aku dapat aje message tuu daripada dia, hati aku memang sangat sebak and terlalu pasrah..adeihh! hati nie macam-macam jenis perasaan yang ade! Kadang-kadang sampai sakit jiwa aku dibuatnya pun ade! Hahaha

So that's it. Itulah cerita kami dari A sampai Z. Sebenarnya citenya sangat panjang sebab perjalanan hidup aku masih berterusan. Aku tak tahu sampai bila, tapi kalau cerita jiwa aku berhenti, itu bermakna aku dah tak bernyawa di atas bumi yg Indah ini, kan..?

Ade cerita tambahan aku nak buat. Haha, selang beberapa minggu sebelum peperiksaan, aku ada cuba contact dia balik. Tengok..? Aku cakap lain tapi buat lain, sama ape yang dia cakap pasal aku! Haha, yup, he always honest with me. Tak, kami sama-sama jujur antara satu sama lain. Kalo salah sorang tak puas dengan sikap masing-masing, we will point out what we don't like. Haha, memang la kadang-kadang tuu kitorang bergaduh tapi kejap aje la. Haha

Aku pernah tulis dalam blog nie pasal perbualan kitorang. Dah la, kalo ingatkan balik pasal perbualan hari tuu, aku menang asyik terkantoi aje dengan dia. Sekarang nie dia dah maju, sebab sangat pandai menyakat orang. Kalau dulu, dia macam lurus bendul aje, tapi sebab kebendulan dia tuu la aku suka kat dia. Haha, memang sweet! hehe

Aku cakap terus terang dengan korang, dia memang tak hebat, tak hensem dan sangat pemalas. Tapi ade sesuatu yang aku suke pasal dia dan sampai sekarang aku tetap suka dia iaitu dia tak pernah jemu dan sentiasa terima semua kelemahan dalam diri aku. Yes, dialah mahkluk Allah yang aku selalu tunjukkan belang. Dia tempat aku meluahkan perasaan selepas Allah SWT.

Mungkin bagi korang dia sangat biase, but not for me. For me, he is the best thing I ever had selain daripada diri aku dilahirkan dalam islam dan mempunyai keluarga yang sayang pada diri aku. Akak aku pernah cakap :"macam mana engkau boleh suke mamat nie..?" Haha, aku pun tak tahu, kalau aku tahu jawapan dia ape, memang aku dah balas balik. Tapi entah laa...

Sejak aku tak ade ape-ape dengan dia, aku dah jarang guna handphone. Kalau member-member aku bagi message, satu habuk pun aku tak balas. Kalau aku balas pun, cuma message-message yang tertentu aje.

So, that's all my love "letter" for today. Aku dah tulis benda nie selama 10 jam and not straight coz aku solat tadi sambil tengok cite Vietnam. Haha, maybe ini adalah last thing that I write about him, especially sekarang nie dia dah ade seseorang yang sangat special. Aku tak mahu ingatkan kisah yang tak mungkin terjawab oleh sape-sape melainkan Allah. Sesi perkenalan aku dengan dia juga merupakan satu nikmat yang Allah dah kasi kat aku sebab selama aku kenal dia, aku rase sangat senang dan happy sesangat.

Maybe this will be my last love story sebab aku rase agak susah aku nk terima orang lain lepas nie. Kalau nak cakap pasal jodoh, I will ask my parents to seek bakal suami aku. For me, he will always be the 1st and the last person that I always love. Haih, aku tak pernah cakap sejiwang macam nie tapi, oleh sebab this will be my last letter, aku mesti luahkan semuanya.

Nie my last confession yang aku nak buat. Aku tahu sebelum nie aku dah memandang rendah dengan keupayaan dia tapi lepas aku duduk bersendirian dan berfikir panjang, ternyata aku silap sebab die ade lebih banyak keistimewaan daripada aku. Dan ape yg dia cakap pasal aku semua betul, dan tak ade silap. Sape pun diri dia, aku tetap suka dia - even though dia bengong ke, pemalas ke, tak hensem ke ape2 yang kurang pasal dia. Keistimewaan seseorang tuu meluas dan terdiri daripada pelbagai aspek dan itulah yang aku tak pernah nampak sebelum nie.

Kesempurnaan tuu sebenarnya tak pernah wujud dalam dunia percintaan. Tak paham? senang aje, setiap manusia nie takkan ade yang sempurna. Secantik manapun perempuan tuu atau sehensem mana pun laki tuu or sekacak atau secantik mana pun seseorang individu tuu, pasti akan ade kelemahan dia. Jadi, konsep sebenar satu perhubungan ialah menerima & menghargai. Konsep nie sebenarnya meluas dan kalau korang bijak, korang akan paham ape yang aku cuba sampaikan.

so, what is the best thing that you ever had in your life..?

1. Dilahirkan dalam dunia dan di dalam agam islam.
2. Mendapat sebuah keluarga yang aman dan harmoni.
3. Mempunyai kawan yang sentiasa sokong dan hargai aku - Una.

Dan

3. Kenangan bersama dengan dia ..



Wassalam and Gud nite everyone.

4 comments:

ShiraShiki said...

(O_O)....
*speechless...*
okayh...x sangke...
heheheheh :D
btw,,nice song cume kite x feel sgt sbb kite byk feel bile dgr lgu2 emo je,,,bahahaha~
[maklomla kite emosional]
nvm sis!!!
kenangan tu bia la kenangan!!!
meh3
WeLkAm to da CLUB~~!!!
jd org2 single ni mmg besh!!
meh kumpol harte dlu bru kawen
weeweeweee

Nadeshiko said...

Haha, well, I'm not actually kapel dgn bdk tuu..hahaha xDD
tapi..entah..hahaha
akak takt sgt kalo akak suke org..
kah..kah..ape2 aje laa
yoshh! Single minglee!~ xDD

uNa !! said...

ame owh
heh
nk aku ulang blk ke ea ape y kite cet witu?
tayah la ea
heh
:DDDD
smoga di ms dpn ade insan y slayaknye wt ko syg :)

Nadeshiko said...

Thanks una
Hahaha xDD
Aku rasa pasal layak tuu, maybe bakal suami aku aje kot..?
hahaha xDD

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View