23.2.09

Kesengalan Budak Myspace.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari nie aku nak cite pasal kesengalan budak-budak malaysia di myspace. Aku tak tujukan mende nie pada semua pengguna myspace - hanya segelintir saje.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis cerite nie cuma aku takut budak-budak myspace saman aku aje. Tapi, selepas beberapa incident telah berlaku, aku ambik keputusan untuk menekankan cerita sebenar agar beberapa pihak akan buka mata, bukak hati, sampai terbukak keinsafan hati..

Acctually, account myspace aku yang sekarang nie merupakan account baru dan sebelum nie aku ade account lama di myspace tapi aku delete dengan alasan nak study (konon la).

Kemudian, aku buat balik account aku atas sebab :
1 - ramai member guna myspace.
2 - nak contact kawan lama budak myspace.
3 - cuci mata dan tengok/kaji perangai manusia.
4 - sekadar nk cari gaduh dengan orang.
5 - kebosanan yang terlampau sangat.
Berikut merupakan faktor-faktor aku buat account baru di myspace aku. Tapi, ape kaitan pulak dengan tajuk diatas? sorry sebab aku banyak melencong. Aku saje aje tulis pendahuluan sebab tak nak kasi korang confuse dengan isi yang bakal aku taip nanti.


Bermulanya Kesengalan bajet Hot.
Hari nie aku bukak or dari erti bahasa kamus myspace ialah "online" account myspace aku. Anak-anak, janganlah ambik istilah yang telah aku tulis kerana ia bakal merosakkan bahasa melayu kamu seterusnya akan melingkupkan result BM korang. Okay la, kite sambung balik.

Aku nie malas nak comment kat orang - so aku cuma jalan cuci mate aje la kat myspace. Tengok mamat ensem, tengok yang kureng sikit, tengok la budak-budak alim, tengok la budak bajet cun and hot. Kira semuanya la aku tengok la. Dah nama Allah kasi mata, ape lagi kalau kegunaan nya untuk melihat ciptaanNya kan? At least aku tak buat kerja macam tengok cerita porno tak tentu hala.

Pijak punya pijak profile orang, tetiba aje aku jumpe profile yang agak tak boleh blah. Pergh! Ya Allah, ampun kan aku kalo aku mengumpat orang! okey, sambung balik pasal PERGH tu. Macam nie, aku tengok la mula-mula gambo dia kat profile orang lain. Muka memang cun siap buat posing maut hinggakan aku tengok pun nak naik maut! Dengan pakai spek mate kaler hitam tu buat posing cute. Kalau laki tengok, aku tak tahu la ape yang terlintas dalam kepala diorang.


Kesengalan bajet Hot Sudah Start..
Oleh sebab dia cute, jadi aku nak tengok la dia nie macam mana. Saja, nak tengok dalaman dan luaran tu sama ke tidak. Masa aku masuk profile die, memang okey la, simple aje la layouts dia dan kaler warna warni - sesuai la sangat dengan gaya dia yang comey sangat tu. Then, aku terpandang kat headline dia yang mengatakan ;
"Kalau korang dah add aku, pandai-pandai la korang mengomen gambar aku! Kalau korang tak nak mengomen gambar aku, aku kan block korang daripada friend list aku!"
Aduh! Bajet hot! Hah! Dapat ko! Maaf la kalau aku terkasar bahasa, cuma aku tak bape berkenan sangat la orang macam nie. Ape hak dia nk paksa orang komen gambar dia? Okey, aku tau la dia tu cun dan boleh mengalahkan artis-artis kat malaysia, tapi please la.. Ape hak dia nak paksa orang? Adakah manusia macam nie tahu erti hak? Aku tahu dia ada hak nak tulis macam tu, tapi dia tak terfikir ke tindakkan dia tu sendiri boleh mengaibkan diri sendiri..?


Ape kejadah Fesyen komen-komen Gambo..?
Aku tak paham la ape fesyen orang nk komen-komen gambo. FESYEN DIE MACAM NIE :
" Aku kumen gambo ko, ko komen gambo aku. FAIR AND SQUARE! "
WTH?? Aiyoh, aku cakap terang-terang la. Aku tak tahu penyakit ape laa yang dah berjangkit dengan budak-budak myspace sekarang nie. Yer la, dulu time aku muda-muda (muda ke) lebih kurang dalam 14-17, mane ade penyakit komen gambar-gambar nie. Tak ade orang paksa aku buat menda alah tu. Tak ada pun orang hinggap profile aku and drop komen yang bertulis macam nie :
"Komen my pic okay?"
Hurmm..pelik la. Kalau nak sangat orang komen gambar korang tu, ape kata korang join flicker ke, Fotopages ke, or devianart ke. Hah! kat situ perkembangkan la bakat korang betul-betul. Nak pampang rupa korang kat site tuu pun tak ape. InsyaAllah, nanti ade la manusia yang komen. Kalau ade la...


SEX Addict..?
hurm, benda nie buat au meremang bulu roma. Ade la satu profile nie aku skodeng. Display pic dia, dia pakai gambar hello kitty. Aku ingat minah-minah macam nie okay la kan. Then, masuk-masuk profile dia okay lagi. Aku tengok minah nie pun macam kegilaan ramai aje sebab dia punya comment box dengan bilangan kawan-kawan dia memang banyak la kan - lebih daripada 10 000 kalau tak silap aku.

Aku pun terfikir la, minah nie mesti lawa rupa dia, jadi tak heran la kalau dia jadi kegemaran ramai - terutama kaum adam la. So, aku tekan la link ke photo dia. Alangkah terkezutnye..TERKEZUT you know! Pergh! Most her picture bukan tunjuk muka dia, tapi tunjuk badan dia tanpa seurat benang pun! Korang tau tak maksud aku?????

Dah la tak pakai baju, then sempat lagi tutup dada dia. Dalam mati aku;
"buat ape ko nak tutup dada ko lagi? Ko sudah pun menunjukkan most of your body. Kalau dah gatal sangat, kan baik bogel aje terus!"
Seriously, memang sakit kepala aku tengok minah tu. Yang paling aku sedih, ramai orang yang komen gambar dia (most boys) teruja habis dan kalau boleh macam menggalakkan perempuan tu buat lagi macam tu. Memang menjijikkan la komen yang diorang kasi. Aku rase, cuma 1% aje yang menegur perbuatan tak bermaruah tu. 1% lebih kurang tak sampai 10 orang yang menegur perbuatan perempuan tu. Siyesss...

Aku keciwaaa..keciwaaa dengan orang macam nie. Entah mana letaknya tradisi orang melayu dan agama yang sentiasa menjaga maruah diri..? Adakah ia sudah ditelan zaman..?


Bangga jadi Mat Rempit..?
Mat rempit nie satu kes jugak. Waduh, memang bangga habis la dengan geng motorbike diorang. Bukan la ape, mat rempit nie kan ade banyak? Dalam banyak-banyak tu aku tengok macam ade kumpulan-kumpulan dia plak. Yer la, diorang ade bentuk satu community kat myspace, dan setiap community tuu ade macam-macam jenis logo. Jadi, aku nak tanya, dari satu geng rempit ke satu geng rempit, adakah ianya sama? Maksud aku, adakah ianya berlainan macam hoppers dengan punk?

Mat rempit yang aku banyak usha pun most of his top friend majoriti terdiri daripada kaum hawa. Memang tak dinafikan la, most of them memang lawa la. Memang beza langgit bumi tinggi rendah kalau nak dibandingkan dengan aku. Then aku terfikir dalam kepala otak aku nie :
"Engkau dah lawa, tapi macam mana boleh bergaul dengan hantu rempit tambah pulak dengan muka selenga? Entah ape yang ada kat mamat macam tu pun aku tak tau..."
Macam bapak aku selalu cakap;
" Kalau dah bercinta, yang huduh tu pun orang cakap cantik. Yang hantu tu diorang cakap malaikat. Dah kawin, baru la nak menyesal tak tentu hala.. "

Malas la nak ulas lagi, buat sakit kepala aje..
Dah la, malas la aku nk tulis panjang-panjang. Kalau tulis panjang-panjang, aku sedar takkan ade orang sanggup baca. Haha, siapalah aku untuk orang baca blog aku nie. Aku nie bukanlah Datin Siti Nurhaliza, Krisdayanti ke, Britney Spears ke. Wakaka. Kesengalan aku dah keluar. Dah2, aku nak blah.

Sekian dan wassalam.

13 comments:

mademoiselle azieshakespeare said...

everything was there, baek and buruk, kna pandai2 tapis jek...

~ms ku suda lm d delete, bcoz ade ke'bang**g'an d ctu ;p

~syaQuost~ said...

myspace skrg sudah jarang main..
sbb takde bende menarik..

buhsan dah..
ditambah dengan annoying people kat dalam myspace tuh..

lagi tmbh macam menyampah..
haish..

menyusahkan negara betoi la..
=.=

dynac3064 said...

Erm.. Sengal2..

Basri Faris said...

btol2.
tp sy x leh delete account myspace sbb nak contect memberku yg dah lame x jumpe.
huhuhu~

una said...

spupu aku dok gile men ms
sobsob
men tagged la bagai
bg aku zaman aku da blalu
haha
aku da tua skng
mwehhehe

name:ajid_kol_jid said...

bdk2 ni mmg da xbetol.
tnjuk sna.. tnjuk cni.
dedah sna.. dedah cni.
skrg mmg la korang njoy xhengat dunia.
xpa2.
aku nk tgok korang pe jd di hari tua. hopefully, ada rncangan yg singkap kisah diorg balik.
pe yg brlaku kt diorang ni adlh kesilapan parents diorng gak. ke mna tumpahnye kuah klu x ke nasi.
siapa yg mencorak kain putih?
most of them adlh org yg sng.. yg mmg brlambak2 duit.. tp syg xmmpu nk bli kain yg mrnutup aurat.. jgn nanti mati xckup beli kain kapan sudah..

aku sgt bnci mat rempit..
sbb diorng habis rosak anak dara org.. ke hulu.. ke hilir..
bwk pmpuan xhengat malaikat.. memalukan bangsa dan agama.. org kafir tepuk tangan saja tatkala melihat keruntuhan akhlak anak2 melayu..mati syahid lebih baik dr mati katak di tengah jalan.


kes lain.. kL lifestyle.
seks bebas brleluasa.
kejadian tak mengenal tmpat dan usia.
bdk kecik skola rndah pon da pndai bab2 ni.
sungguh memalukan.
spatutnya blajaq tggi2.. mentaliti pun tggi.. tp ini tidak.. akhlak runtuh, akal pun jd sekular.
stakat masuk menara gading smata2 nk menggenggam segulung ijazah dan mengejar dunia.. mmg xkemana.. ke dunia la korang.. dgn "call girl nye", dgn pmpuan simpanan "Datok2", dgn minuman setannya, dgn clubbing nye.. dan mcm2 lg bnde hina.. zina2..mmg laknat !

aku terpikir satu petikan "Kita perlu belajar dari kesilapan".
tapi itu hanya lah fakta. kesilapan lampau mengajar kita menjadi lebih hina, teruk, dan entah bile kesudahannya (for those yg masih belom brtaubat!)

*sori* aku hentam lebih2 sbb aku mmg panas dgn anak2 melayu yg igt dunia ni selama - lamanya.
walaupun org dulu2 xtggi ilmunya, tp adat, sopan dan santun masih dpelihara. tatkala zaman sekarang yg penuh dgn pancaroba, blajaq tggi2 pun xgune.

Firol said...

ye generasi baru semakin binasa.... ms ke fs ke fb dan semua yang sama waktu dengannya semuanya pada dasar awal untuk kebaikan, cari kawan lama,cari kawan baru....sekarang macam hampeh....

Malaysia tunggu masa bala je...

NADESHIKO said...

kak azie
Hahaha, kebanganggan yang terserlah sebenarnya..
haha xDD
I'm not sure about the good part..
but the negative part is everywhere..
coz i've been there about 4 years..

NADESHIKO said...

Syaq
hahaha xDD
lumrah manusia la weh..
ade yang KO..ade yg OK..
jadi tanggungjwb kite utk bimbing yg KO tuu..
Sape lagi kalo bukan kite yg perlu tegur, right?

NADESHIKO said...

dynac3064
yeahh! kesengalan yang teramat la sengal!
haha, thank u coz sudi komen aku punya entry yg merepek..
kih3

NADESHIKO said...

Basri Faris
basri..owhh..basri..
kite menjadi mangsa keadaan..
haha, mahu delete, tapi ase sebersalah..
alah, janji kite bukan tergolong drpd budak2 sengal tu cukup laa..kan?
mwehehehe

NADESHIKO said...

una
ya, betul tuu unaa~
kite sudah tua, sebab tuu semua bende tuu tak rase sgt..
sebab bagi kite..
ianya amat biasa~ wahaha

monster la la land said...

yihaaaa
amek kao...
topik hot nih uhh
12 komen
har har har
gile cayaa arr
tp dak2 mespes mmg keji pon
mlas da aku na layan minatang uh
wat tmbah dosa je
hahaha

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View