29.10.08

Dr Fadzilah Kamsah v/s Uncle (Seekers)

Salam. Hari tuu aku tolong laa adik aku pergi menjelajah website Youtube.com untuk cari cerite pasal seekers. Aku pun taip keyword seekers ntv7. Then, jumpa laa video pasal uncle seekers NTV7 dengan Dr. Fadhilah Khamsah. I think you guys should watch it coz this video memang kelakar; walaupun kalau tengok betul-betul memang ada sesetengah bab yang boleh menyakitkan hati.



Ade sesetengah pihak sokong dengan uncle dan ada pula sesetengah pihak menyokong Dr. Fadhilah Khamsah. Korang fikir laa mana yang baik dan tak baik.

kalau bagi pendapat aku tuu, uncle terlalu emosional dan tak berfikir sebelum bercakap. Sebab tuu laa masa pusingan pertama lawan dengan Dato Fadhilah khamsah pon dah terkantoi. Hahaha, lawak jugak laa..

Ape kebendanye nieh??

SALAM. Ape kebenda...? Ape kebenda apenyer nie?? Eh, Lia, ko bengong tahap keramat ke?? Hahaha, memang begong tahap keramat pon! Aku telah melakukan aksi spontan tahap orang gila. Anda nak tahu apa? Senang cerite, aku tak sentuh buku walaupun pekse lagi 2 minggu woi!

Dah tahu?? Sebab tuu la dari tadi aku asyik dok mengutuk diri aku. Pergi belajor, pergi orang kata! Malang sungguh sebab kepala otak aku nie terasa mengantuk tak tentu pasal setiap kali nak pergi study. What the heck?? Aku yang malas, or otak aku yang tak berapa betul sangat sebenarnya? Anda nilai laa sendiri sebab lain orang, lain otak; lain otak lain pendapat!

Aku nie banyak blog, tapi tak tahu kejadah nak tulis pasal ape. Aku nie bukan kaki adventurous atau dalam kate erti lain orang yang banyak menjelajah. Yer la, kalo orang yang suke menjelajah nie banyak cerite yang die nak sampaikan kat orang. Lain la macam aku nie, tahu duduk rumah, makan dan buat taik mata! Eh, Cik lia bukan nak mengata diri sendiri, tapi tuu laa hakikat gaban ultraman Dyna (Ayat mister D. Nak tahu sapa? Langkah mayat aku dulu! haha)

Aktiviti Budak Cerdik buat Hari ini :
  • menyamakan orang TNB dengan orang Telekom. What the heck..???
  • Menagis tak tentu pasal dengan member dalam tepon. Cuak laa mamber aku tuu time aku sedih! lawak sungguh! kehkeh
  • main komputer berterusan tanpe membuka buku addmath! WoW! Kalo mak aku tahu nie memang selipar jepun masuk mulut nieh..huhu
  • Makan nasik lemak dengan penuh kenikmatan! Yummuy tahap gaban laa weh...SEDAP!
  • Terasa nak peluk bantal puas-puas! Eh, ko nie kenapa Lia? Buang tebiat or terliat??
  • Lima orang mengatakan aku seorang yang lawak. Lawak??? Bior betul?? Entah ape yang lawak pun aku tak tahu..
  • main tekan-tekan butang telephone macam orang tak pernah pengang telepon.
  • golek-golek atas katil sambil menahan kesakitan di dalam perut..perut aku sakit! waaahh!!~
  • Mendengar lagu dari take that yang bertajuk - rule the world dari pagi tadi sampai laa sekarang. Kemaruk punya pasal laa nie. Bahaya sungguh!
Ok laa, cukup la aku meraban hari nie. AcTually, hari nie ada berita sedih. Nenek sedara aku dah kembali ke rahmatullah dalam pagi tadi. Mari kita sama-sama doakan surah al-fatihah kepadanya agar Allah merahmati rohnya. Amin~

28.10.08

Pengalaman Bersama Sahabat

Assalamualaikum. Yahoo! Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kakiku untuk pergi ke pekan bersama sahabat baikku yang hampir setahun tidak berjumpa! Haha, aku berasa sangat seronok.

Semalam, 27 OCTOBER 2008 bersamaan dengan hari Isnin merupakan hari perjumpaan kami. Kami membuat janji temu untuk berjumpa di hadapan KFC dalam pukul 10.30 pagi.

Dalam perjumpaan ini, aku telah tiba agak lewat sikit, dalam 10 minit macam gitu laa. Huhu, ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal di rumah. SORRY UNA! Semasa aku tiba disana, aku berasa gementar sangat. Lidah aku terkelu dan tak dapat nak berkata apa-apa. Aku hanya dapat lihat dia dari jauh dan tersenyum lebar. Aku mengambil beberapa langkah untuk mendekatkan diri kepadanya.

"UNA!! DAH LAMA KE TUNGGU? HAHAHAHA X333333"

Haha, macam jumpe dengan pakwe sedangkan hanya jumpa kawan lama. Aku sesungguhnya gadis yang amat pelik, tapi jangan berfikir yang bukan-bukan ya! Aku bukan lesbian dan ini memang sifat semual jadi aku! YA??

Ok, sambung semula cerita kita yer? Hehe, sesudah kami berjumpa, memang jenuh juga untuk aku berfikir tempat yang sesuai untuk kami janji temu.

Eh, Una, ko nak pergi mana? (dalam keadaan otak tengah blur..)

Pergi mana erk? Hurmm.. Amy, ko pilih laa tempat.. Aku tak kisah.. Asal dapat keluar dengan ko..hehe

Hahaha, ok. Kalau macam tuu kita pergi sembang-sembang dulu nak? Kite pergi isi perut dulu. Kita nak makan kat mana ni?

Masa ini memang kami jenuh nak pilih tempat makan. Mula-mula memang rancang mahu pergi ke KFC saja, yer la alang-alang dah depan mata. Kemudian, bila semak balik duit dalam poket ni, rasa duit tidak cukup laa. KFC ni harganya mahal, maybe bajet bawah RM10 tidak cukup untuk kenyangkan perut kami. Fikir punya fikir akhirnya dapat juga idea, cadang nak pergi Gate Cafe.

Well, memang laju la sebut Gate Cafe tu. Tapi bila dah sampai saja disana, malang sungguh tidak berbau. Baru bukak laa pulak. Menyampah betul! Then, kami pun bercadang untuk makan di restoran yang lain, jadi kami telah merancang untuk makan di Restoran Roti Segar. Di sana pun boleh tahan tempatnya. Selesa buat para customers. Layanannya jugak agak istimewa. Tertawan? Pergi la kesana kalau mahu tahu selanjutnya. Hahaha.

Bila tiba disana, kami telah meng-order 2 nasi goreng cina; minuman hak masing-masing; aku memilih milo ais dan Una telah memilih fresh orange. Setelah membuat tempahan, kami pun bersembang. Banyak juga perkara yang kami sembangkan. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Aku mendengar cerita dia, dan dia mendengar cerita aku. Sama-sama saling menukar cerita. Sebab rancak sangat bersembang, kami telah berada didalam restoran itu selama 2 jam. Orang yang baru datang pun dah tahu balik, kami ni pula disebaliknya. Hahaha.

Bila perut sudah rasa kenyang yang teramat sangat, kami pun bergerak dan berjalan-jalan di Pekan. Aku bercadang mahu membeli pen Stabilo tapi bila sampai saja di hadapan The Store, aku pun serbu masuk dengan alasan mahu membeli pen favourite aku tu. Naik sampai ke tingkat atas, memang jumpa sangat dengan pen tu. Tapi aku tidak sanggup nak beli (kedekut punya pasal) sebab harganya sangat laa mahal! Satu pen tuu dah boleh mencecah RM2.10, mahal tahap gaban laa weh!

Sebab pen tuu punya pasal, kami telah meronda satu pekan. Haha, nasib baik laa Una pun memang nak berjalan-jalan. Kalau tidak, memang rasa sebersalah sangat sebab dah menyusahkan dia. Siapa laa sanggup susahkan kawan sediri kan? Lebih-lebih lagi orang yang aku paling sayang. Hehehe =)

Kami telah berjalan dari kedai ke kedai, masuk kedai orang main cuba-cuba. Paling best time kali buat testing-testing main minyak wangi. Kami cuba kesemua minyak wangi yang mereka tawarkan di tempat tuu. Banyak jugak bau-bauan yang wangi-wangi. Tapi atas dasar tidak memunyai wang yang mecukupi, kami telah keluar dengan muka yang sangat selamber; tidak membeli apa-apa pun. Tindakkan kami sudah cukup membuatkan pekerja kedai itu terpinga-pinga. Hehehe, sorry yerk! ;)

Jalan-punya-jalan, akhirnya kami bercadang mahu pergi ke ITbase; alah tepat main komputer. Kami telah bekongsi minat kami bersama dalam blogging. Haha, dia ajar aku macam-macam pasal blogging. Memang terer giler laa engkau Una! Respek aku sama Lu! HakHak XDD Sambil-sambil itu jgak kami check laa account friendster kami. Sudah lama kami tak balas comment orang di FS. Maybe lepas SPM kot baru nak check menatang tu.

Setalah puas melayari blogger, kami pun bercadang mahu menunaikan solat di Masjid Iskandariah. Dah lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke masjid itu. Kali terakhir aku pergi kesana pun semasa aku baru balik dari beraya dengan saudara-mara aku. Aku berasa sangat tenang bila berada di sana. Aku dan Una merasai ketenangan disitu sama-sama. Kami dapat merasakan berada di dalam majid sama sekali lebih berbaloi berbanding di luar sana. Oleh kerana lebih berasa selesa berada di dalam masjid, kami bercadang mahu merehatkan badan dan berlepak didalam sana untuk beberapa jam. Haha, kami bersembang-sembang sambil bermain handphone. Una active-kan MMS aku, dan aku pula mendengar mp3 dalam Handphone-nya. Lagu-lagu yang Una download memang best! =D

Gambar bersama dengan Una di Masjid Iskandariah

Semasa keluar dari masjid, Mr. Sun kelihatan sangat letih dan tak bermaya. Mungkin nanti akan hujan. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, aku dan Una telah beli minuman di tepi jalan(di hadapn masjid) dan seterusnya berangkat ke kedai topap. Selesai topap, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Una mengundurkan dirinya dan kami berpisah di tengah jalan. Aku meneruskan langkahku ke hadapan PTC (Pusat Tuisyen Chandan). Aku menelefon bapaku dan meminta beliau untuk mengambilku di sana.

Aku menunggu dalam 20 minit. Dalam 20 minit tuu, macam-macam berlaku. Aku melihat pergaduhan mulut antara wanita cina (dewasa) dan wanita melayu (remaja). Terus terang aku perkatakan, dua-dua tidak mahu mengalah, sama-sama mahu merasai kemenangan. Sedangkan mereka tidak perasan keadaan sekeliling mereka dalam keadaan tegang. Ada pula 2 orang lelaki yang macam hampeh buat bising semasa mereka bergaduh. Ikutkan hati aku ni memang nak aje aku sumbat cili api dalam mulut mereka; surh mereka diam sikit! Dalam keadaan tegang itu jugalah aku berdoa kepada Allah SWT agar ayah aku dapat sampai ke sini secepat yang boleh.

Alhamdulillah, ayah aku tiba dan akhirnya aku dapat juga pulang. Sungguh seronok! XD

P/S : Lain kali aku nak keluar lagi yer dengan ko, Una! Aku betul-betul rasa sangat seronok, ini laa pengalam yang paling best buat aku! =)



27.10.08

SPM Dah nk dekat!

SPM Dah nk dekat, aku pula masih terkapai-kapai dalam beberapa buah subjek. Lia, ape yang engkau buat nie? Mengapa engkau masih menghadap komputer nie? Adakah engkau tidak sayang akan masa depanmu? Daripada engkau macam orang tak betul main kompuer, kan elok kalau engkau pergi study?

Haihh..SPM dah nak dekat. Aku pula masih disini melayan perasaan. Kenapa laa aku nie sungguh malas nak belajar? Aku bukan malas belajar, aku suke belajar. Cuma, aku main komputer lebih sikit dari belajar. Kenapa? Aku pun tidak tahu mengapa.

mak aku selalu marah aku dan suruh aku pergi belajar..

ayah aku selalu risaukan keadaan aku..

adik aku pula selalu nasihatkan aku. Dia pun lagi bagus dari aku..

Kalau dah gitu, insaf-insaf laa. Mereka semua sayangkan engkau, sebab mereka buat itu semua. mengapa engkau seolah-olah tidak menghargai? Aku cuba sedaya upaya aku untuk berubah, aku cuba untuk belajar. Ya, memang aku belajar, cuma sedikit saja. Aku akan cuba lagi untuk jadi lebih rajin...

Sekarang ni aku dalam proses nak belajar chemistry, biology, physics dan Additional mathematics. Tuu laa subjek yang paling aku nak mati. Sejarah jugak tidak boleh dilupakan, aku mesti kne fokus tahap gaban pada subjek sejarah kerana aku hampir gagal subjek tu. Alhamdulillah, aku tak gagal. Nasibb baik laa. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan, dan bersemangat. CHAYOK!

Sony Ericson dan Dia

Hurm, kalo aku tengok handphone bapak aku, mesti aku teringat handphone dia. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku masih teringatkan dia. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk tidak melibatkan diri dalam segala permasalah dalam usia remajaku. Aku sendiri tidak paham erti sesuatu perhubungan, masakan mahu bersama? Alamak, dalam bab-bab macam ni sememangnya aku tak terer tahap gaban. Nak tahu kenapa? Kerana aku seorang perempuan yang sangat egois dan tidak mahu tertunduk kerana cinta. Sebab apa? Kerana aku tak mahu sesiapa kecewakan aku.

Tapi engkau kecewakan hati dia, bagaimana pula? Cuba bayangkan sekiranya engkau di tempat dia, menagih kasih daripada dia. Dan dia ditempat engkau, hati batu dan egois. Bagaimana pula dengan perasaan mu?

Aku sudah beberapa kali mengatakan hubungan ini tidak akan kemana. Mengapa pula mahu diteruskan? Bukan itu sahaja, kita hanya berkawan, mengapa engkau tidak pernah paham?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Nak tahu siapa si dia? Hahaha, itu sesungguhnya rahsia dalam memori aku. Tapi sampai sekarang hati aku masih tidak tenang, walaupun hampir satahun aku tidak menegur dia. Hati aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri kerana mengecewakan dia. Aku minta maaf, aku betul-betul minta maaf. Aku mahu belajar, aku sayang ibu apaku. Aku tidak mahu menjadi anak yang menikam belakang ibu dan bapaku sendiri. Aku telah berjanji tidak akan mempunyai perhubungan dengan mana-mana lelaki sehingga aku habis belajar. Ini adalah keputusanku untuk ibubapaku. Maafkan aku...

23.10.08

WargH! Bapak Aku Dapt Anset Baru Lagi!

Abah aku sungguh bertuah laa tahun nie. Dalam tahun nie, abah dah tukar anset 2 kali. Satu anset tuu abah beli sendiri dan lagi satu tuu dapat free. Katenyer Orang bank yang kasi die! Fuhh~ Nasib abah sungguh bertuah.

Handset yang abah beli dengan menggunakan duit sendiri tuu jenama Samsung. Sekarang nie abah dah pakai Soni Erricson (Eh, betul ke eajaan tuu? Or salah tahap gaban?) . Hahaha, tadi aku pujuk laa abah aku nak yang handset terbaru tuu, ala dengan nada gurau-gurau aje. Huhu, tapi tuu laa, sebab aku tak ade nasib dalam bab nak memujuk nie, aku dapat handset die yang samsung tuu pulak! Kah3, lain yang mintak, lain pulak yang dapat.

Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur sebab dapat handset yang jenama samsung tuu. Yer laa, asalkan dah dapat ape yang aku selalu idamkan, alhamdulillah. Aku selalu jugak ade niat nak tukar handset, cuma tak sampai hati nak mintak parents aku. Sekarang nie Allah SWT dah tunaikan permintaan hati kecil aku nie, Alhamdulillah, Amin. Plus, anset tuu nampak simple and aku suke sangat dengan design die. Bukan tuu aje, dalam tuu ade jugak Radio. Ape yang aku nak anset yang ade radio, bukan nak yang mahal-mahal dengan ade lagu mp3. Yer la, bukan ape, aku nie masih pelajar. Kadang-kadang, beli hanset mahal-mahal, lepas tuu sedap pulak kene curi, tambah-tambah sekarang nie banyak berlaku kes kecurian. Nanti kite jugak yang rugi, betul tak?

Hehe, sampai sini aje laa aku nak meluahkan rasa gembira buat hari nie. Next time, kalau ade masa tambahan lagi, aku tulis lagi blog nie panjang-panjang dengan cerita lain pulak. Wassalam.

20.10.08

My Sister and Me

Alhamdulillah, sudah sekian lama aku menyepi, akhirnya dapat jugak aku nak spend sikit masa aku kat depan komputer nie(walaupun pekse lagi 3 minggu..haha, x serik2 betul aku nie). Trial dah 3 minggu habis (kalau x silap aku laa..), sekarang nie cuma tunggu pekse aje la. Hai..~ mengeluh panjang laa aku tahun nie, yer laa pekse penting tahun nie, perangai pulak maish macam budak-budak. Entah bila nak insaf pon aku tak tahu.

Aku rase macam tak ready nak ambik pekse pon ade. Yer la, ari tuu result trial pon dah macam serabai belacan aje. Aku rase sambal belacan pon lagi sedap nak makan kalo nak dibandingkan result aku yang macam hampeh tuu. Terus terang aku cakap, aku nie bukan pandai sangat. Aku nie sebenarnyer lambat nak paham. Kdang-kadang tuu aku bace satu topik tuu sampai 3 jam sebab nak paham punyer pasal. Aku aku memang tak adela rajin sangat, tapi aku selalu try my best untuk jadi yang terbaik macam akak aku.

Akak aku nie bagus sangat. Semua orang suke die, cikgu suke die, kawan-kawan die suke die, tambah-tambah kalo mak and bapak; lagi laa salute die. Senang cite, semua orang sayang die! Diorang nie memang salute habis laa kat akak aku nie berbanding dengan aku. Mak and bapak aku memang sayang gler kat akak aku nie sebab die nie memang baik and tak pernah lawan mak ayah aku. To frank with you, memang aku jeles sangat dengan akak aku nie. Kadang tuu ade orang tanye,"asal ko nie lain dari akak ko hah?" Hahaha, setiap kali orang tanye soalan tuu, mesti aku senyum and termenung panjang. Memang aku tak jawab ape-ape pon daripada soalan diorang tu selain daripada senyum macam kambing. Aku memang terasa sangat, tapi nak buat macam mane, kan? Dah mulut orang, diamkan diri aje la. Kadang-kadang tuu sampai satu saat aku benci diri aku sendiri sebab tak dapat jadi sebagus akak aku.

Aku pernah cakap kat akak aku, aku jeles sangat kat die. Lepas dengar aje aku cakap macam tu, muka die berubah. Aku tahu die sedih sebab adik sendiri cakap macam tuu. Aku sebenarnyer memang tak suke nak ade perasaan macam tuu(jeles) kat akak aku. Semakin aku ade perasaan tu, makin aku rase sedih and benci diri aku. Aku tahu mesti akak aku tak selesa semasa aku cakap macam tuu. walau bagaimanapun, aku takkan dapat elak daripada ada perasaan tuu. Aku sayang sangat dengan akak aku, jadi aku tak nak sebab perasaan macam tuu aku benci kakak sendiri. Ya Allah, tolong lindungi aku daripada hasutan Syaitan. Setiap hari mak and ayah aku cerita pasal die, akak aku dah jadi kebanggaan dalam keluarga aku nie. Aku nie pulak lain, selalu menyusahkan orang. Tak matang and tak boleh berdikari. Memang most of people will see me as a person who unreliable. Memang aku lemah sana and sini.

Aku berbeza dengan akak aku, terlampau berbeza macam langit dan bumi. Aku nie tak ade laa ramai sangat kawan, tak pandai, pemalas dan bangang nak mampos. Aku rase tak ade positif side pon pasal aku. Member pon banyak bengang dengan aku. Hah! Mampos diorang laa, aku peduli ape! Memang dah perangai macam taik, tapi bajet bagus! Menyampah aku! Bukan semua aku marah, cuma segelintir daripada diorang aje. Lantk la pasal diorang tuu. Makin aku cakap, makin aku sakit hati. Kadang-kadang tuu aku ade jugak rase terasing daripada family aku. Mak dan bapak aku selalu beri perhatian kat akak aku, sampai aku nie kadang-kadang macam tak wujud. Aku tak nak pikir bukan-bukan or berprasangka buruk kat parents sebab perasaan macam tuu hanya akan mewujudkan perpecahan di dalam institudi kekeluargaan. Plus, bukan semua orang tuu sama kan? Macam orang selalu cakap," setiap orang ade cara yang berbeza untuk meluahkan kasih sayang diorang." Setiap kali aku nak pikir bukan-bukan pasal mak dan ayah aku, mesti aku ingat ayat tuu, sebab aku tak nak prasangka buruk kat orang, lebih-lebih lagi pada mak and bapak aku sendiri.

Walau bagaimanapun, aku sayang sangat dengan akak aku. Dia laa selalu berada kat sisi aku semasa aku susah dan senang. Akak aku laa tempat aku mengadu semua masalah aku, tempat aku bermanja dan menangis. Akak aku laa orang yang selalu marah aku dan sokong aku. Setiap kali aku ditimpa musibah, mesti dia laa orang pertama yang bagi nasihat, semangat dan sokongan kat aku untuk jadi lebih tabah. Dia selalu ingatkan aku supaya berdoa kat tuhan setiap kali ade musibah yang datang sebab Allah saja yang mampu menolong hamba-hambaNya. She is a great person and I best there will be no one who can replace her in my life. Aku dan akak aku memang berbeza, tapi perbezaan kami tuu laa yang jadikan aku dan die semakin rapat. Kami sangat jujur dengan perasaan antara satu sama lain. Kalau aku ade suke seseorang, dia la orang pertama yang akan tahu. Macam tuu jgak dengan die, kalau dia ade minat seseorang, mesti da akan bagitau aku. Hahaha, senang cite, kami sama-sama pengang janji antara satu sama lain.

Haha, tuu laa alkisah aku dan akak aku. Kami mungkin berbeza tapi kasih sayang antara adik beradik tak pernah berbeza. Walaupun kadang kala aku terasa asing bila bersama dengan die, tapi kalau difikirkan dari sudut lain, bukan semua orang sempurna, kan? Ape-ape pun, I will try my best to become more better person than before. Harap-harap, Dikabulkanlah doaku nie oleh yang Maha Esa. Amin~

5.10.08

SaLam AidiLfitRi

Assalamualaikum dansalam sejahtera semua. Hurm, its been awhile aku tidak tulis blog kan? Haha, biase la tuu. Raye-raye nie aku busy giler la. Tolong mak aku buat tuu la, nie la, sampai rase nak patah pinggang aku dibuatnyer. Fuh, korang bayangkan laa, aku dengan akak aku kene bangun pagi tolong kemas rumah (rumah nenek aku la, coz aku beraye kat situ mase hari raye first..) sampai petang. Kena tolong potong kentang laa, sidai baju laa, dan macam-macam lagi. Aduh, memang rase nak sesak nafas aku. Tapi nasib baik laa akak aku pon tumpang sekaki tolong aku. Kalo tidak, memang naye aku. Hahaha

Okla, memang best laa rase kat umah nenek aku kat Johor. Umah nenek aku tuu kat Sungai Besar. Letih tuu memang laa letih, tapi in the same time ade benda lain yang menggantikan keletihan tu, macam enjoyment time raye. Well, aku nie jenis tak berape ramah sangat dengan orang, termasuklah dengan family members aku sendiri. Aku nie banyak senyap time raye, tak banyak cakap. Banyak salam oranga je laa. Hahaha, ade laa sedara aku cakap aku nie pemalu tahap GILER. Yer laa, tak banyak cakap punyer pasal, memang sedap laa dapat pangkat macam tuu. Hahaha.

Time raye hari tuu memang busy tahap gaban laa. Aku beraye banyak giler rumah sedara aku. Memang ramai laa sedara aku nie orang yang agak susah, duduk kampung. Rumah pon kadang-kadang macam tak berbaiki. Ade jugak rumah yang elok, sedap mata memandang. Biase la tuu, manusia, ade senang, ade susah. Macam astro punyer slogan laa, macam-macam ada. Aku dapat macam-macam pengalaman time raya, aku dapat kenal sedara aku, kehidupan diorang macam mane dan aku dapat tahu jugak aku nie diantara manusia yang bertuah dapat kehidupan yang ade banyak kemudahan.

Ape yang paling aku sakit hati time raye kan ialah rancangan di televisyen banyak yang bosan-bosan! Yer la, habis jahanam cite favourite aku "Kekasihku seru". Aku punyer laa tunggu depan TV setengah jam semata-mata nak tengok cite tu, tengok-tengok digantikan dengan cite OTAI! Waarhh! Memang panas laa weh malam tuu. Ikotlkan hati aku memang nak saman aje Company TV3 tuu. Tapi oleh sebab aku nie berpikiran secara rasional, aku menahan marah aje laa. Yer la, takkan laa sebab rancangan TV punyer pasal tak pepasal nak saman orang pulak, kan? Lain laa kalo company tuu tayangkan cite lucah ke hape ke, memang patut laa kena saman!

Hehehe, ape-ape pon, aku nie kalo boleh nak jugak kongsi macam-macam dengan korang sepanjang hari raye aku kat Johor. Tapi, oleh sebab masa tak mengizinkan, aku terpakse laa berhenti sampai sini. Yer laa, kalo mak aku tahu aku mengahdap komputer nie, memang nahas aku! Hak3, nie laa akan berlaku kalo tak bukak komputer selama seminggu. Memang kena angau komputer laa jadinyer. Hak3, memang hatu komputer laa aku nie. Ok la, setakat sini aje laa. hehehe, wassalam...
JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View