20.10.08

My Sister and Me

Alhamdulillah, sudah sekian lama aku menyepi, akhirnya dapat jugak aku nak spend sikit masa aku kat depan komputer nie(walaupun pekse lagi 3 minggu..haha, x serik2 betul aku nie). Trial dah 3 minggu habis (kalau x silap aku laa..), sekarang nie cuma tunggu pekse aje la. Hai..~ mengeluh panjang laa aku tahun nie, yer laa pekse penting tahun nie, perangai pulak maish macam budak-budak. Entah bila nak insaf pon aku tak tahu.

Aku rase macam tak ready nak ambik pekse pon ade. Yer la, ari tuu result trial pon dah macam serabai belacan aje. Aku rase sambal belacan pon lagi sedap nak makan kalo nak dibandingkan result aku yang macam hampeh tuu. Terus terang aku cakap, aku nie bukan pandai sangat. Aku nie sebenarnyer lambat nak paham. Kdang-kadang tuu aku bace satu topik tuu sampai 3 jam sebab nak paham punyer pasal. Aku aku memang tak adela rajin sangat, tapi aku selalu try my best untuk jadi yang terbaik macam akak aku.

Akak aku nie bagus sangat. Semua orang suke die, cikgu suke die, kawan-kawan die suke die, tambah-tambah kalo mak and bapak; lagi laa salute die. Senang cite, semua orang sayang die! Diorang nie memang salute habis laa kat akak aku nie berbanding dengan aku. Mak and bapak aku memang sayang gler kat akak aku nie sebab die nie memang baik and tak pernah lawan mak ayah aku. To frank with you, memang aku jeles sangat dengan akak aku nie. Kadang tuu ade orang tanye,"asal ko nie lain dari akak ko hah?" Hahaha, setiap kali orang tanye soalan tuu, mesti aku senyum and termenung panjang. Memang aku tak jawab ape-ape pon daripada soalan diorang tu selain daripada senyum macam kambing. Aku memang terasa sangat, tapi nak buat macam mane, kan? Dah mulut orang, diamkan diri aje la. Kadang-kadang tuu sampai satu saat aku benci diri aku sendiri sebab tak dapat jadi sebagus akak aku.

Aku pernah cakap kat akak aku, aku jeles sangat kat die. Lepas dengar aje aku cakap macam tu, muka die berubah. Aku tahu die sedih sebab adik sendiri cakap macam tuu. Aku sebenarnyer memang tak suke nak ade perasaan macam tuu(jeles) kat akak aku. Semakin aku ade perasaan tu, makin aku rase sedih and benci diri aku. Aku tahu mesti akak aku tak selesa semasa aku cakap macam tuu. walau bagaimanapun, aku takkan dapat elak daripada ada perasaan tuu. Aku sayang sangat dengan akak aku, jadi aku tak nak sebab perasaan macam tuu aku benci kakak sendiri. Ya Allah, tolong lindungi aku daripada hasutan Syaitan. Setiap hari mak and ayah aku cerita pasal die, akak aku dah jadi kebanggaan dalam keluarga aku nie. Aku nie pulak lain, selalu menyusahkan orang. Tak matang and tak boleh berdikari. Memang most of people will see me as a person who unreliable. Memang aku lemah sana and sini.

Aku berbeza dengan akak aku, terlampau berbeza macam langit dan bumi. Aku nie tak ade laa ramai sangat kawan, tak pandai, pemalas dan bangang nak mampos. Aku rase tak ade positif side pon pasal aku. Member pon banyak bengang dengan aku. Hah! Mampos diorang laa, aku peduli ape! Memang dah perangai macam taik, tapi bajet bagus! Menyampah aku! Bukan semua aku marah, cuma segelintir daripada diorang aje. Lantk la pasal diorang tuu. Makin aku cakap, makin aku sakit hati. Kadang-kadang tuu aku ade jugak rase terasing daripada family aku. Mak dan bapak aku selalu beri perhatian kat akak aku, sampai aku nie kadang-kadang macam tak wujud. Aku tak nak pikir bukan-bukan or berprasangka buruk kat parents sebab perasaan macam tuu hanya akan mewujudkan perpecahan di dalam institudi kekeluargaan. Plus, bukan semua orang tuu sama kan? Macam orang selalu cakap," setiap orang ade cara yang berbeza untuk meluahkan kasih sayang diorang." Setiap kali aku nak pikir bukan-bukan pasal mak dan ayah aku, mesti aku ingat ayat tuu, sebab aku tak nak prasangka buruk kat orang, lebih-lebih lagi pada mak and bapak aku sendiri.

Walau bagaimanapun, aku sayang sangat dengan akak aku. Dia laa selalu berada kat sisi aku semasa aku susah dan senang. Akak aku laa tempat aku mengadu semua masalah aku, tempat aku bermanja dan menangis. Akak aku laa orang yang selalu marah aku dan sokong aku. Setiap kali aku ditimpa musibah, mesti dia laa orang pertama yang bagi nasihat, semangat dan sokongan kat aku untuk jadi lebih tabah. Dia selalu ingatkan aku supaya berdoa kat tuhan setiap kali ade musibah yang datang sebab Allah saja yang mampu menolong hamba-hambaNya. She is a great person and I best there will be no one who can replace her in my life. Aku dan akak aku memang berbeza, tapi perbezaan kami tuu laa yang jadikan aku dan die semakin rapat. Kami sangat jujur dengan perasaan antara satu sama lain. Kalau aku ade suke seseorang, dia la orang pertama yang akan tahu. Macam tuu jgak dengan die, kalau dia ade minat seseorang, mesti da akan bagitau aku. Hahaha, senang cite, kami sama-sama pengang janji antara satu sama lain.

Haha, tuu laa alkisah aku dan akak aku. Kami mungkin berbeza tapi kasih sayang antara adik beradik tak pernah berbeza. Walaupun kadang kala aku terasa asing bila bersama dengan die, tapi kalau difikirkan dari sudut lain, bukan semua orang sempurna, kan? Ape-ape pun, I will try my best to become more better person than before. Harap-harap, Dikabulkanlah doaku nie oleh yang Maha Esa. Amin~

2 comments:

unaOoOuna said...

ame , ko untung sbb msh ada kakak ko d smpg ko . aku ? ehehe ko neh ske pk dr ko xdape . aku tajang kang stgi. eheh. ko la kwn aku plg best okey . seme mnusia de kukurgn nya weh . aku pn sm. lg2 bnyk mnda krg. sob3

DilaFAS said...

setiap org ada kelebihannya masing2...pikir2kan....n cari la kelebihan tu...tapi kelebihan yang positif la....=)

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View