Hurm, kalo aku tengok handphone bapak aku, mesti aku teringat handphone dia. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku masih teringatkan dia. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk tidak melibatkan diri dalam segala permasalah dalam usia remajaku. Aku sendiri tidak paham erti sesuatu perhubungan, masakan mahu bersama? Alamak, dalam bab-bab macam ni sememangnya aku tak terer tahap gaban. Nak tahu kenapa? Kerana aku seorang perempuan yang sangat egois dan tidak mahu tertunduk kerana cinta. Sebab apa? Kerana aku tak mahu sesiapa kecewakan aku.Tapi engkau kecewakan hati dia, bagaimana pula? Cuba bayangkan sekiranya engkau di tempat dia, menagih kasih daripada dia. Dan dia ditempat engkau, hati batu dan egois. Bagaimana pula dengan perasaan mu?
Aku sudah beberapa kali mengatakan hubungan ini tidak akan kemana. Mengapa pula mahu diteruskan? Bukan itu sahaja, kita hanya berkawan, mengapa engkau tidak pernah paham?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Aku sudah beberapa kali mengatakan hubungan ini tidak akan kemana. Mengapa pula mahu diteruskan? Bukan itu sahaja, kita hanya berkawan, mengapa engkau tidak pernah paham?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Nak tahu siapa si dia? Hahaha, itu sesungguhnya rahsia dalam memori aku. Tapi sampai sekarang hati aku masih tidak tenang, walaupun hampir satahun aku tidak menegur dia. Hati aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri kerana mengecewakan dia. Aku minta maaf, aku betul-betul minta maaf. Aku mahu belajar, aku sayang ibu apaku. Aku tidak mahu menjadi anak yang menikam belakang ibu dan bapaku sendiri. Aku telah berjanji tidak akan mempunyai perhubungan dengan mana-mana lelaki sehingga aku habis belajar. Ini adalah keputusanku untuk ibubapaku. Maafkan aku...





No comments:
Post a Comment