28.10.08

Pengalaman Bersama Sahabat

Assalamualaikum. Yahoo! Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kakiku untuk pergi ke pekan bersama sahabat baikku yang hampir setahun tidak berjumpa! Haha, aku berasa sangat seronok.

Semalam, 27 OCTOBER 2008 bersamaan dengan hari Isnin merupakan hari perjumpaan kami. Kami membuat janji temu untuk berjumpa di hadapan KFC dalam pukul 10.30 pagi.

Dalam perjumpaan ini, aku telah tiba agak lewat sikit, dalam 10 minit macam gitu laa. Huhu, ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal di rumah. SORRY UNA! Semasa aku tiba disana, aku berasa gementar sangat. Lidah aku terkelu dan tak dapat nak berkata apa-apa. Aku hanya dapat lihat dia dari jauh dan tersenyum lebar. Aku mengambil beberapa langkah untuk mendekatkan diri kepadanya.

"UNA!! DAH LAMA KE TUNGGU? HAHAHAHA X333333"

Haha, macam jumpe dengan pakwe sedangkan hanya jumpa kawan lama. Aku sesungguhnya gadis yang amat pelik, tapi jangan berfikir yang bukan-bukan ya! Aku bukan lesbian dan ini memang sifat semual jadi aku! YA??

Ok, sambung semula cerita kita yer? Hehe, sesudah kami berjumpa, memang jenuh juga untuk aku berfikir tempat yang sesuai untuk kami janji temu.

Eh, Una, ko nak pergi mana? (dalam keadaan otak tengah blur..)

Pergi mana erk? Hurmm.. Amy, ko pilih laa tempat.. Aku tak kisah.. Asal dapat keluar dengan ko..hehe

Hahaha, ok. Kalau macam tuu kita pergi sembang-sembang dulu nak? Kite pergi isi perut dulu. Kita nak makan kat mana ni?

Masa ini memang kami jenuh nak pilih tempat makan. Mula-mula memang rancang mahu pergi ke KFC saja, yer la alang-alang dah depan mata. Kemudian, bila semak balik duit dalam poket ni, rasa duit tidak cukup laa. KFC ni harganya mahal, maybe bajet bawah RM10 tidak cukup untuk kenyangkan perut kami. Fikir punya fikir akhirnya dapat juga idea, cadang nak pergi Gate Cafe.

Well, memang laju la sebut Gate Cafe tu. Tapi bila dah sampai saja disana, malang sungguh tidak berbau. Baru bukak laa pulak. Menyampah betul! Then, kami pun bercadang untuk makan di restoran yang lain, jadi kami telah merancang untuk makan di Restoran Roti Segar. Di sana pun boleh tahan tempatnya. Selesa buat para customers. Layanannya jugak agak istimewa. Tertawan? Pergi la kesana kalau mahu tahu selanjutnya. Hahaha.

Bila tiba disana, kami telah meng-order 2 nasi goreng cina; minuman hak masing-masing; aku memilih milo ais dan Una telah memilih fresh orange. Setelah membuat tempahan, kami pun bersembang. Banyak juga perkara yang kami sembangkan. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Aku mendengar cerita dia, dan dia mendengar cerita aku. Sama-sama saling menukar cerita. Sebab rancak sangat bersembang, kami telah berada didalam restoran itu selama 2 jam. Orang yang baru datang pun dah tahu balik, kami ni pula disebaliknya. Hahaha.

Bila perut sudah rasa kenyang yang teramat sangat, kami pun bergerak dan berjalan-jalan di Pekan. Aku bercadang mahu membeli pen Stabilo tapi bila sampai saja di hadapan The Store, aku pun serbu masuk dengan alasan mahu membeli pen favourite aku tu. Naik sampai ke tingkat atas, memang jumpa sangat dengan pen tu. Tapi aku tidak sanggup nak beli (kedekut punya pasal) sebab harganya sangat laa mahal! Satu pen tuu dah boleh mencecah RM2.10, mahal tahap gaban laa weh!

Sebab pen tuu punya pasal, kami telah meronda satu pekan. Haha, nasib baik laa Una pun memang nak berjalan-jalan. Kalau tidak, memang rasa sebersalah sangat sebab dah menyusahkan dia. Siapa laa sanggup susahkan kawan sediri kan? Lebih-lebih lagi orang yang aku paling sayang. Hehehe =)

Kami telah berjalan dari kedai ke kedai, masuk kedai orang main cuba-cuba. Paling best time kali buat testing-testing main minyak wangi. Kami cuba kesemua minyak wangi yang mereka tawarkan di tempat tuu. Banyak jugak bau-bauan yang wangi-wangi. Tapi atas dasar tidak memunyai wang yang mecukupi, kami telah keluar dengan muka yang sangat selamber; tidak membeli apa-apa pun. Tindakkan kami sudah cukup membuatkan pekerja kedai itu terpinga-pinga. Hehehe, sorry yerk! ;)

Jalan-punya-jalan, akhirnya kami bercadang mahu pergi ke ITbase; alah tepat main komputer. Kami telah bekongsi minat kami bersama dalam blogging. Haha, dia ajar aku macam-macam pasal blogging. Memang terer giler laa engkau Una! Respek aku sama Lu! HakHak XDD Sambil-sambil itu jgak kami check laa account friendster kami. Sudah lama kami tak balas comment orang di FS. Maybe lepas SPM kot baru nak check menatang tu.

Setalah puas melayari blogger, kami pun bercadang mahu menunaikan solat di Masjid Iskandariah. Dah lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke masjid itu. Kali terakhir aku pergi kesana pun semasa aku baru balik dari beraya dengan saudara-mara aku. Aku berasa sangat tenang bila berada di sana. Aku dan Una merasai ketenangan disitu sama-sama. Kami dapat merasakan berada di dalam majid sama sekali lebih berbaloi berbanding di luar sana. Oleh kerana lebih berasa selesa berada di dalam masjid, kami bercadang mahu merehatkan badan dan berlepak didalam sana untuk beberapa jam. Haha, kami bersembang-sembang sambil bermain handphone. Una active-kan MMS aku, dan aku pula mendengar mp3 dalam Handphone-nya. Lagu-lagu yang Una download memang best! =D

Gambar bersama dengan Una di Masjid Iskandariah

Semasa keluar dari masjid, Mr. Sun kelihatan sangat letih dan tak bermaya. Mungkin nanti akan hujan. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, aku dan Una telah beli minuman di tepi jalan(di hadapn masjid) dan seterusnya berangkat ke kedai topap. Selesai topap, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Una mengundurkan dirinya dan kami berpisah di tengah jalan. Aku meneruskan langkahku ke hadapan PTC (Pusat Tuisyen Chandan). Aku menelefon bapaku dan meminta beliau untuk mengambilku di sana.

Aku menunggu dalam 20 minit. Dalam 20 minit tuu, macam-macam berlaku. Aku melihat pergaduhan mulut antara wanita cina (dewasa) dan wanita melayu (remaja). Terus terang aku perkatakan, dua-dua tidak mahu mengalah, sama-sama mahu merasai kemenangan. Sedangkan mereka tidak perasan keadaan sekeliling mereka dalam keadaan tegang. Ada pula 2 orang lelaki yang macam hampeh buat bising semasa mereka bergaduh. Ikutkan hati aku ni memang nak aje aku sumbat cili api dalam mulut mereka; surh mereka diam sikit! Dalam keadaan tegang itu jugalah aku berdoa kepada Allah SWT agar ayah aku dapat sampai ke sini secepat yang boleh.

Alhamdulillah, ayah aku tiba dan akhirnya aku dapat juga pulang. Sungguh seronok! XD

P/S : Lain kali aku nak keluar lagi yer dengan ko, Una! Aku betul-betul rasa sangat seronok, ini laa pengalam yang paling best buat aku! =)



1 comment:

unaOoOuna said...

gle specific ame ko cte . haha tharu aku .
owh sgt bes la weh nk kuar ag ngn ko . nak :)

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View