28.1.09

Bandar Diraja Bermandi Cahaya

Aiseh, Rajin pulak hari nie aku menulis blog. Kalau tak, haram satu blog pun aku nak tulis. Member-member aku lain semua giler bloging. Mak aku pun dah ikut jejak langkah aku yang giler mem-blogging. Haha, siyes weh. Mak aku kalo blogging lagi dasyat dari aku sebab tetiap hari die akan tulis BLOG! Haha, jangan jadi macam aku nie, pemalas nak updated blog! Walau macam mana pun, best gak kalo mak aku join aku blogging sebab boleh mengeratkan silaturahim. Alhamdulillah. xDD

Sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak , Sultan Azlan Shah , Bandar Diraja Kuala Kangsar telah dihias kerlipan lampu neon sepanjang Februari 2009 ini . Bangunan-bangunan kerajaan sepanjang laluan diraja telah dihias dengan warna neon yang bergemerlapan pada waktu malam . Warga Kuala Kangsar mengucapkan selamat merayakan perayaan tersebut . Daulat Tuanku ...

Hahaha, ayat blockquote tuu bukan ayat aku tapi ayat mak aku. Aku main copy and paste dari blog mak aku. Huhuhu, ampun mak, ampunkan anak mak nniehh yang degil lagi kuat marah nie. Hari tuu mak kata boleh kongsi kan? kan? Hahaha, mampos aku kalo mak aku baca nie. Hahaha xDD

Aku copy ayat mak aku tu sebab aku nak menerangkan sikit keadaan Kuala Kangsar yang bakal merayakan hari jubli Perak. Selalunya bila tiba hari istimewa macam tuu, macam-macam construction akan dilakukan untuk mengindahkan lagi suasana bandar tuu.

Hari Isnin tuu aku dengan family aku keluar la pergi melawat sedara kat Kampung Bendang Panjang. Biase la, kalo cuti Hari Raya Cina memang orang akan cuti. Kalo dah nama cuti, of coz la sedara aku akan balik rumah nenek aku. Actually, rumah tuu bukan lagi jadi milik nenek aku tapi milik mak cik sedara aku memandangkan nenek aku sudah pun kembali ke Rahmatullah.

Lepas sahaja lawat sedara aku, entah macam mana, bapak aku meneruskan memandu kereta beliau hingga ke Pekan Kuala Kangsar. Alhamdulillah, doa kitorang untuk melawat sekitar kawasan Bukit Chandan akhirnya dimakbulkan. Weh, korang jangan la kate aku nie macam jakun ke ape ke. Memang la aku banyak kali pergi ke situ tapi malam kali nie lain sikit sebab banyak yang dah ditambah - especially lampu-lampu malam kat kawasan Istana tuu.

Pemandangan malam yang tenang dan dingin tuu berjaya membuatkan hati aku untuk terus mencuci mata dan memandang keindahan malam yang disertai dengan kelipan lampu jalan. Wahaha, ayat aku nie meraban aje. Entah mana aku dapat pun tak tahu. Una, nanti kalo kite dah besar, dah keje dan balik kuala sama-sama, jom kite dating tengok keindahan malam kat sini, nak tak? haha xDD

Jadi malam tuu, family aku ronda satu Pekan semata-mata nak dapatkan gambar keindahan malam. Maafla sebab gambo-gambo tuu tak cukup kualiti memandangkan aku yang jadi camera girl nyer. Wahaha, rugi aku tak bawak Zul, boleh gunakan bakat dan lensa camera die yang cun-cun lagi besar tuu. Wahaha! Ampun Zul, jangan marah aku. Aku sedang memuji bakatmu! kah2 .

Bulatan Jam Besar , Kuala Kangsar.


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di belakang SMK Clifford).


Jalan Taiping , Kuala Kangsar (di hadapan SMK Clifford).


Laluan ke Setesen Bas Kuala Kangsar (berdekatan SMK Clifford).


Laluan ke Istana , Bukit Chandan.


Kawasan Istana Iskandariah Bukit Chandan.

Sampai situ sahajalah entry aku buat masa nie. Hahaha, aku nak gi mandi dan makan dulu. Lapo laa. Haha, ade sesiapa nak belanja aku..? Wakaka. Okey la, wassalam.

2 comments:

:::cebisanhatiku::: said...

bazir elektrik!

nadeshiko said...

Cebisan Hatiku
kalo dah ade duit, baik buat..lagipun, baik untuk pelancongan..
Kalo byk pelancong datang, ekonomi menaik..
jadi, disebalik pembaziran ade keuntungan..
Kesimpulannya, takkan mempengaruhi ape-ape..kan..?

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View