27.2.09

Oh, Tok Janggut!

Assalamualaikum. Aduh, sekian lama aku tak pergi sekolah, semakin rase rindu pulak especially kat budak-budak junior yang baya adik aku. Haha, aku nie umur aje tua, tapi aku rase lebih senang berdamping dengan budak-budak berbanding orang dewasa.

Orang selalu cakap, kalau orang yang berdamping dengan budak-budak nie kebanyakkanya tak berapa nak matang cara pemikirannya. Tapi, aku tidak sama sekali bersependapat sedemikian. Kalau difikirkan secara logiknya, aku lagi seronok bergaul dengan budak-budak ialah kerana sikap diorang yang spontan dan suka buat lawak.

Mungkin itu jadi salah satu faktor menyebabkan adik aku rapat dengan aku. Walaupun kami kadang-kala (agak selalu jugak la) bergaduh, tapi tak pernah pulak sampai 2-3 hari tak cakap.
Dalam 3 jam, baik la. Hahaha, entah la maybe sebab we take everything secara baik.

Aku nie jenis agak serius, dan tidak memerlukan lawak yang palsu untuk buat aku gelak. Korang buat lawak simple, makin aku suke gelak. Kalau lawak bodoh atau tengin, sayonara aje la!

Pengalaman mase form 5 dengan mengenali budak-budak form 1 kat skolah aku memang best sangat. Aku nie selalu tumpang kelas 1 Ceria sebab nak tunggu bapak aku. Bapak nie selalu aje kuar lambat. Entah ape bende dia buat aku pun tak tahu.

Jadi, oleh sebab aku tumpang kelas adik aku (kelas 1 Ceria tu la), aku cuba kenali and sembang sekali dengan budak-budak dalam tu. Hahaha, best dan memang best. Sikap peramah diorang dan suka buat lawak tuu selalu buat aku tersenyum. Aku dapat rasakan tension aku selepas belajar hilang sebaik saje bergurau senda dengan budak-budak tuu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun aku nie jauh lebih tua daripada diorang, tapi diorang dapat terima aku tanpa segan silu. Siap tanya aku macam-macam soalan - Sejarah la, agama la, itu la ini la sampai kes mengata orang pun diorang berkongsi dengan aku tanpa segan dan silu. Hahaha xDD

Aduhh, manis sungguh kenangan dengan diorang. Hari tu, adik aku bagitau la yang mereka buat satu sajak khas untuk Tok Janggut. Oleh sebab cikgu tak masuk, bukan main enjoy diorang reka sajak. Diorang nie memang suke sejarah dan most of them memang rajin study. Haha. Mayeb sebab tu kot sampai buat sajak..? Entah la. Haha.

Korang baca la sajak diorang yang merepek merapu nie. Aku baca banyak kali pun tak kering gusi. Asyik gelak aje. Haha, ape-ape pun, memang ade semangat cintakan Tok Janggut laa - terlebih cinta pun ade sebab kedengaran macam sajak cinta sejati pun ade. Aduuyaii~


TAJUK : Oh, Tok Janggut!
DIREKA : Wan Aishah & Umi Aishah.
ANTONASI : lagu Owh Fatimah.

Oh, Tok Janggut
Kaulah jantung hatiku,
Ku sanggup renangi lautan api,
akan ku petik bintang dilangit,
hanya untuk mu.

Janggutmu menawan hatiku,
sehingga terbawa dalam lenaku,
hidungmu yang penyek,
ketinggianmu yang pendek,
matamu yang sepet,
Telingamu yang capang,
seperti piring astro,
Oh Janggutku.

Janggutmu, janggutku juga,
Foe ever-and-ever,
Until when-when.


P/S : Sila menyayikan sajak nie dengan menggunakan rhythem lagu Owh Fatimah sambil menari-nari tak tentu hala untuk mendapat result yang lebih baik. Harap maklum.

INFO KHAS DARIPADA : Adik ku - Yana. Hahaha xDD

STATUS SEMASA MENAIP SAJAK : Gelak macam orang tak betul.

Sekian dan Wassalam.

2 comments:

Monster La La Land said...

hahahahaa
amyyy
siyerss lawak gilee sajak ni uhh
gelak aku
ahaha
:DDDD

dynac3064 said...

LAWAK LAWAK..
ni bukan lawak *bodor* kan??
ahaha..

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View