Salam. Muahaha, akhirnya aku dapat jugak main laptop bapak aku yang ade Photoshop! Aku nie memang kaki Photoshop. Asal ade gambo best je, mesti aku edit gambo tuu sampai nampak best and cantik. Hahaha, entah cantik entah tidak laa kan? Okeh, tadi aku ade edit beberape banner yang berbentuk bujur dengan kelebaran dan ketinggiannya iaitu 249px X 138px. Aku sebenarnye main testing-testing aje sebab aku dalam proses nak buatkan header untuk member aku. Hahaha. So, dengan mengadap Photoshop lebih kurang 7 jam, aku dapat jugak ilham nak buatkan banner untuk dia. Tapi tak ade la complete lagi. Huhu, sorry erk Una!!~ T^T
Then aku kne habiskan setengah masa aku nak buat draft untuk member aku; cover album group Cromatic. Entah la, maybe band baru kot. Aku main buat draft aje. Maybe kerja nie makan masa sikit sebab aku tengah tunggu member aku bagitau maksud cromatic. Yer la, kalo tahu maksud, baru boleh siapkan draft tuu senang sikit. Karang kalo main design aje tanpa tahu ape theme band tuu, mengamok plak member aku tuu. Adoihh!~ Entah laa, aku pun naik pening.
Alright, nie la antara banner yang aku dah buat. Korang nak lagi tak..? Kalau nak, aku buatkan. Tapi dengan syarat korang kena credit/link aku punya profile dalam blog or website korang. Haha XDD
1# Banner - Eureka 7
2# Banner - Code Geass (Lelouch)
3# Banner - Code Geass (Suzaku)
Ok, so macam mana? Ok ke tak? Kalo tak lawa, sila laa mengkritik yer. Kalo nak aku buatkan, aku memang okeh aje. Kalo korang nak aku editkan dengan menggunakan gambo korang sendiri pon aku tak kisah, as long as you guys credit aku cukup. One more thing, jangan nak gatal-gatal mengaku hasil nie ialah hasil tangan korang. Sesungguhnya semua design aku hakcipta yang terpelihara oleh nadeshiko.
How to put in your profile? : Just click the picture. Then, copy the code below it.
Salam. Sudah korang sedia maklum, aku sudah merdeka and habis SPM sekarang nie. So, I will be having a straight 3 month holiday. Yahoo!! Merdeka!! What a relief! Lepas aje aku habis exam, aku rasa nak jerit and menangis pon ade sebab rase beban study akhirnya dah tak ade; memang rasa merdeka sangat-sangat. Lepas habis saja paper EST and PSV hari Khamis minggu lepas, aku balik rumah dan terus teriak "MERDEKA!!" macam orang giler. Betul, mak aku pun cakap aku macam tak betul. hahaha XDD
Tapi habis spm nie, bukan holiday yang aku dapat. Haha, Allah sentiasa memberi ujian kepada hamba-Nya, right? 2 hingga 3 hari nie, macam-macam kerja aku kena buat. Aku nie bukan merungut, tapi pening kepala tahap gaban dengan sikap family aku. Sejak kakak aku masuk matrikulasi, hampir semua kerja rumah ni diuruskan oleh kaum hawa dalam rumah aku nie. Boleh dikatakan la, semua perempuan dalam keluarga aku hebat-hebat belaka sebab dapat uruskan rumah mahupun kerja macam petik jari aje (even me, tapi tak adela hebat sangat..).
Wanita pertama yang paling aku respek habis kan ialah mak aku. Mak aku nie always busy dengan kerja di rumah dan di sekolah. Setiap kali waktu sekolah, mesti mak aku balik lambat. Even though mak aku selalu balik lambat, mak aku tak pernah lupa tangungjawab dia sebagai seorang ibu. Kerja rumah beres semuanya. Masak and basuh baju mak aku yang buat. Sometimes kemas umah pun mak aku buat. Aku? hahaha, aku assistance mak aku. Kalo mak aku basuh, aku pulak tukang sidai. Kalo mak aku kemas umah, aku pun ikut sekali kemas umah.
Wanita kedua yang aku respek ialah kakak aku! Ape benda yang dia tak boleh buat, habaq aku? Seriously, dia baik, hormat orang tua, selalu ingat Allah, rajin, pandai and memang ulat buku. Family aku semua respek die habis. Kakak aku nie memang rajin baca buku. Dia study, study gak and in the same time die kemas rumah. Dia jugak tolong uruskan adik beradik aku yang lain macam mengajar diorang mengaji and even time siapan kerja sekolah. Aku plak? macam biasa la, kalo dia tak ade, aku pulak gantikan tempat dia.
Aku nie pulak, do you think aku nie super woman ke? Hahaha! Jangan nak merepek. Kalo korang nak kate aku super woman dalam bab-bab komputer kat dalam rumah aku, tuu memang tak boleh dinafikan lah, right? Haha, yer la, aku bukan nak memuji atau membangga diri tapi thats the facts that you guys should accept. Setiap kali bapak aku nak buat kerja skolah guna komputer, mesti bapak aku panggil aku. Dia akan pangil aku setiap 30 minit.
30 minit pertama:
"Adik, naik atas kejap. Abah nak mintak tolong nie."
"Kenapa abah? Abah nak tanye ape plak nie?"
"Nie, abah dah hilangkan menu button kat atas nie. Macam mane nak ambik balik?"
"Owh, senang aje. Abah gi kat anak panah kebawah yang paling hujung belah kanan. Abah tekan and ambik add or remove toolbars. Then ambik customize..blah..blah..blah.."
"ehh! Kejap..kejap.. Adik ajar abah sekali lagi.."
"Eh, abah! Abah nak gi mane tuu..?"
"Abah nak ambik laptop. Ko ajar abah sekali lagi."
(bapak aku ambik laa program WORD)
"Hah! ajar abah sekali lagi."
"Ok, abah gi kat hujung macam yang adik ajar tadi.."
"Ok, abah dah tekan tuu. Pastu macam mane plak?"
"Owh, abah choose categories then abah ambik laa mane-mane yang ade kat commands tuu. Pastu abah bawak, jangan lepaskan mouse, bawak pergi kat mana-mana toolbars kat atas nie."
"abah nak letak kat mana nie? banyak sangat tempat boleh bubuh..?"
"mane-mane aje, sukahati abah nak taruk kat mane."
"Ok, abah nak taruk nie gi sini. Eh..owwhhh~..owhhh~...ohhh~.."
"Abah buat ape plak nie? Main-main plak.."
"Hahahaha!~ tak ade la, kan senang kalo letak semua aje kat situ.."
".......("-___-")........."
30 minit seterusnya :
"Adik, abah nak scan gambo untuk kerja nie. Macam mana nak scan? Adik ajar abah."
"Mana gambonya abah? Mana gambo lencana sekolahnye?"
"Nah, ko scan benda nie."
"(mengajar bapak aku) abah pergi MP Navigator, pastu tekan nie..tekan tuu..tekan nie.."
"Ya Allah! Banyaknyer! Susah laa abah nak ingat nak tekan mana satu."
".................."
Haihh! pening kepala aku. Aku sekarang nie dah jadi tutor komputer tak bergaji pon ade. Pening woah nak ajar bapak aku pasal komputer. Memang kena banyak bersabar. Hahaha, sama gak macam bapak aku! For your guys information, bapak aku pulak tutor aku dalam Addmath and Mathematics! Kahkah, time bapak aku ajar aku, die plak yang pening! hahaha, sama-sama laa kite pening yer abah!~ hahaha XDDD
"Adik!!~"
Jap! Tengok tuu! Tengok tuu! Bapak aku panggil lagi. Hah! tuu laa tanda-tanda aku nie super woman dalam family aku. Bapak aku memang wajib panggil aku kalo bab-bab komputer nieh. Alah, bukan bapak aku aje, even mak aku jugak.
"Adik, tolong scan mak punya soalan STPM 2004 and 2007."
"Alright mak. Mak nak bila..??"
"Lagi cepat lagi bagus.."
"Ok."
Tengok? korang tengok tuu?? Betapa feymesnye aku dalam family aku. Hahaha XD Jap..jap..aku tak riak, ok? Aku cuma nak meng-happykan diri aje. Hakhak. Betul, even abang aku pun mintak aku tolong. Tapi bukan laa bab-bab menatang komputer, tapi kalo nak aku tolong ambikkan barang die, mesti die mintak aku ambikkan. Muka aku jugak die nak suruh, muka nie korang tahu?? Tu laa, aku nie cute and baik sangat sebab tuu laa ang aku abang aku mintak aku tolong. Hahaha! Perasan! Kalo abang dengar mesti termuntah, termasuk laa dengan mak and bapak aku! kahkahkah! Kadang-kadang geram gak sebab die ada kaki sendiri kenapa tak pergi ambik sendiri aje? Menyampah betul! Tapi sebab die abang aku, aku ikutkan ajela.
"Adik, tolong sidaikan seluar Amir nie kat luar."
"Hurm, yer la."
Perghh! tengok tuu..tengok tuhh! Memang tak boleh tengok aku senang untuk satu hari. Aku nie asyik kehulu-kehilir tolong parents aku. Rase kaki nak tercabut pun ade. Kahkah! Tuu laa lumrah kehidupan seorang anak dan ibubapanya. Sebagai seorang anak, adalah wajar kita menolong kedua ibubapa kita. Diorang pun dah banyak berkorban untuk kita; lahirkan dan besarkan kite. Kalo kite tengok diri kite nie, even adik sendiri pun tak mampu nak uruskan. Mak and ayah kita? Bayangkan laa, ada mak and bapak mampu menjaga dan mambesarkan sampai 14 orang anak, tapi boleh ke 14 orang anak tuu menjaga hanya mak and ayah mereka..? So, kita respek-respek laa kedua orang tua kita dan jangan la kurang ajar. Kalo sekali pun makan hati, bersabar laa kerana sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu.
Ok laa, sampai sini aje laa aku menaip cerita. Nie laa al-kisah kehidupan aku sebagai seorang anak super woman untuk family aku. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana aku dah dikurniakan keluarga yang sangat sempurna. Maybe aku hidup bukan dalam keluarga yang kaya, tapi kehipan yang sangat sederhana sudah buatkan hati aku cukup tenang dan sempurna. Erti kekeluargaan bukan berdasarkan wang ringgit tapi ikatan silaturahim dan kasih sayang diantara kita merupakan aspek yang paling penting dalam mewujudkan keluarga yang harmoni. Di ingatkan jugak, tuntutan dan pengajaran agama jugak penting dalam membentuk keluarga harmoni kerana Agama mampu membentuk anak-anak yang menghormati ibubapa selain daripada didikan peradaban.
Salam. Waargghh! Exam dah habis! khirnya dapat aku berjinak-jinak dengan komputer kesayangan aku. Hemoh2, kalau dah dapat peluang main komputer, sudah tentu laa aku pergi berseronok merelakskan minda tengok video-video clip at Youtube. Haha, tuu laa website yang paling aku suke bile nak mencuci mata. Okep, korang jangan pikir lain ye dengan istilah cuci mata tu. Aku tak pikir bukan-bukan, ok?
Antara video yang dah jadi tatapan aku buat 2 hari nie ade banyak gak. Tapi semuanya pasal tarian and music video. Korang nak tahu tak video yang best? hahaha, takpe, meh sini aku listkan!
Aku dah siap tulis link video-video tuu. Aku rase lebih baik laa kalo korang view aje video tuu kat website tuu sendiri sebab orang yang upload video tuu pon boleh menaikkan bilangan viewer diorang, kan? Walau bagaimanapun, aku nak buat sikit ulasan 2 video korea saja. Haha, saje nak membuat sedikit kritikan. Agagaga~
Bi rain - Rainism Haha, aku nie xde laa suke sangat dengan Bi Rain, tapi aku cuma menulis ape yang patut aje yerk? Yer la, most malaysian especially girls, memang suke artis korea right? Terutama yang ade rupe-rupe cute, kan..? So, aku tulis laa information tambahan pasal Bi rain. Okep, for your guys information video/lagu nie ialah daripada Bi rain iaitu Album Kelima - Rainism. Akhirnya usaha dan penat lelah rain tercapai jugak kan? Pada November 2007, Rain telah meninggalkan company lama beliau, JYP Entertainment, dan membangunkan company beliau sendiri iaitu J. Tune Entertainment. Kalau korang nak tahu, usia Rain baru saja mencecah 26 tahun untuk tahun ni (2008) tapi beliau sedah mendapat pangkat CEO. Wow, dah name aje syarikat sendiri, right?
Aku tak tahu laa sama ada korang tahu atau tidak, Rain telah terlibat dalam publicized 2007 world tour and Hollywood exposure dalam filem Speed Racer dan Ninja Assassin. Kepopulariti beliau bukan saja terselah dalam asia, tetapi termasuklah Barat. Ini memang menunjukkan negara-negara Asia,even Malaysia, mempunyai keupayaan untuk menandingi negara barat (or memang dah ada kemampuan...?hehe).
Album kelima Bi Rain, iaitu Rainism telah dikeluarkan sejurus selepas pengembaraan atau penglibatan beliau dalam 2 filem itu. Untuk pengetahuan korang, pertambahan perkataan, '-ism', pada nama beliau bagi tajuk lagu Rainism adalah untuk mempromosikan idealogi baru dan konsep beliau tentang siapa diri beliau dan tentang kewujudan beliau.
[X]For the Source in English Translation, please click here : [Link]
Kritikan -Hahaha, actually aku tak adelah nak kritik teruk-teruk. For the Overal video nie memang nampak mantap, hebat dan cool! Aku bagi tau korang, memang berbaloi laa masa korang tengok video Bi Rain yang terbaru nie. Pujian aku untuk video ini kan tarian cantik, kualiti video mantap, ada unsur-unsur gothic yang tak melanpau, kesan effect air dan api yang dapat memberi kesan kepada penonton dan opening latar belakang di perkampungan Thailand memang nampak hebat.
Tapi yang aku hilang mood nak tengok kan sebab lagu die agak pelik sikit. Hahaha, betul, aku tak tipu! Aku tak tau laa nak cakap macam mane. Bagi aku, kalo lirik lagu nie pasal benda lain dan tak ade kaitan dengan langsung dengan diri die, aku rase mungkin lagi hebat. Yes, memang lirik die yang buat aku rase kekok. Tapi ape-ape pon, ko try aje laa tengok video nie. Lain orang lain pendapat die, right?
DBSK - Mirotic Well, macam biase, aku akan sediakan info album untuk kumpulan TVXQ atau lebih dikenali sebagai DBSK di Korea. Jap, aku tak sure laa, tapi lebih kurang antara Jepun and Korea cam gitu laa. Okep, for your guys information video/lagu nie ialah daripada DBSK/TVXQ iaitu Album keempat - Mirotic. Album nie telah dikeluarkan pada 19 september 2008. Dalam video nie, anda korang akan perasan style music agak sama dengan lagu BoA yang bertajuk Eat you up kerana video ini telah diuruskan oleh Remee dan Troelsen dimana mereka juga terlibat dalam pembikinan lagu untuk BoA.
Perkataan Mirotic ini adalah gabungan daripada "MIRO" yang membawa maksud "hilang/sesat" dalam bahasa korea manakala dalam bahasa Inggeris pula ialah "TIC". Dua perkataan ini telah digabungkan untuk menjadi "MIROTIC" dimana ia membawa maksud mempunyai perasaan terhadap seseorang dalam percintaan pandang pertama dan terperangkap dalam komplikasi yang tidak mungkin mampu untuk keluar. Pendek cerita, percintaan yang bermasalah laa, lebih kurang gitu laa.
Okep, for your guys information, video ini ade version English dimana dinyanyikan oleh Sarah Connor - Under my Skin. Semasa pembikinan lagu dan video ini (kalau tak silap laa), Sara Connor telah bersama-sama dengan mereka. TVXQ telah menyediakan atau membuat album ini sejak 2007 lagi tetapi hanya baru saja habos recording pada bulan Jun tahun ini (2008).
Antara orang-orang yang telah terlibat dalam pembikinan tajuk lagu ini adalah Chris Brwon, Christina Aguilera dan Kenny Wormald (beliau pernah bekerja dengan Justin Timberlake).
[X]For the Source in English Translation, please click here : [Link]
Kritikan -Kritikan aku untuk lagu Mirotic ini memang tak ade sebab lagu die memang sedap and perfect bagi aku. Xde pelik, tawar or pahit. Aku mempromosikan lagu ini kat korang sebab lagu die mmg best! Korang memang patut download.
Tapi yang aku rase tak bape best kan sebab video die. Haha, maybe bagi korang video die takde masalah, but not for me. Video untuk lagu ini memang lawa dan tak boleh dinafikan. Tapi aku rase cute guys in this group macam "aww" laa. Haha, lepas tarian diorang nmpak macam tak bape cantik. Aku lagi suke tarian Bi Rain lagi, in which nampak lebih macho and cool. Kalo DBSK menari, nampak macam kene tolak dengan angin la sebab badan diorang nampak kurus sangat. Jadi, memang susah kalo nak dikategorikan dalam kumpulan macho. But still, they have the cute face dan memang tak boleh dinafikan dengan fakta tuu ( tapi aku tak minat dengan DBSK yerk).
Rainism versus Mirotic Ok, sekarang nie, daripada 2 video yang telah korang saksikan, cuba bandingkan dan decide which one is better. Hahaha, aku tak tahu nak pilih mane satu sebab dua-dua video tuu ade keistimewaan yang tersendiri. Tapi tuu pendapat aku, bukan korang right? Macam peribahasa melayu selalu diungkapkan; Rambut sama hitam, hati lain-lain. So, aku nak tahu jugak pendapat korang which one will you choose. So, its up to you which one is it.
This poem has been written by my dear friend, Imran. Hahaha, aku tak sangka ade jugak ade manusia nampak rock tapi sanggup buatkan sajak untuk aku. Actually, sajak nie dah lama member aku nie bagi. Tapi sebab nak hidupkan kembali kenangan kawan dengan die, aku letak laa sajak nie dalam blog aku. Mungkin bagi korang takde makna, but not for me. This poem means for me a lot. So, sape tak suke, buzz off from here!!
Translation : This Poem has been written by my dear Myspace friend, Imran. Hahaha, I never thought a man with rock and cold attitude would wrote such a beautiful poem for me. Actually, he has written this poem about 2-3 months ago. The reasons I put this poem here is because I want to remember back the memory of our friendship. Maybe some of you will think this poem is like nothing, but not for me. This poem means a lot for me. So anyone who dissatisfy or giving a damn about it, just buzz off from here!!
ALL THE SAME
Men are all the same Of me you must be thinking that way too You, I won't blame For me, partially, it's true I'm just hoping That you won't think By my silent acting That I'll kill our tie, in a blink This heart longs to leak But now it's improper to speak Off you to your battle See you when it's settled I won't urge you to notice Me, a man of malice All the chaos that goes round Kept my mind from being found But in this insanity I sounded your song It brought tranquility Nadeshiko, it has been so long I know not when I'll die But I always know death is nearby But friends are too, and you are one This poem is for you, my letter is done
Its been awhile since my last blog updates on November 10th, 2008. Well, as you can see, I am now quite busy; especially when this is the month for SPM students to fight against their own future whether they can be someone outstanding beyond their imagination. Hurm, do not understand what I mean? Haha, just forget it.
SPM EXAM
Its like a bad hair day for me; especially for English, Mathematics and History subject. I have read the topics that they target for SPM but the I can only make it about about from4 topics only. Other topics? NAH!~ Don't even ask! I think I can answer it well, but how well is it?
For Bahasa Melayu, most of the question forecast thought the topic for this year will be agriculture or tourisms. But, its not like we think about - because the topic form ministry education has given to us is about River Pollution for set A question and Aedes Mosquito for set B question.
For the first time, I felt this was the last day I live in this world. I mind was totally blur without any reason and my heart beat becomes more quick than usual - I was really mad at that time! Why the heck they choose the mosquito as our exams topic?? Why did the hell they choose Aedes mosquito???? Banyak-banyak topik, kenape laa diorang kuarkan topik tuu??
So, thats it. As the result, most of the SPM candidate has chosen that topic in the exam. I am not confident with my BM essay la. I think the first content for ways mosquitoes breed is similar with the second content. Owh Allah, help me!
SUCH A BAKA..?
I am now listening to the Dewa's song - Selimut Hati. I haven't listen to them since my last day with him. The word 'him' refers to someone that I haven't contact for along time ago and he is not my BF, ok..? Actually, I have already contact him, about 2 weeks ago. I don't even understand what the hell I acted such a mysterious way; I hold on my phone and call him without any logical reasons. I am such a Baka!
He picked up my call and he feels strange with my actions. But yet, he still talk with me with the same way he used to be. But, I have a strange feeling that both of us feel awkward towards each other. We try to talk like we always did, but still our conversation had failed.
Then, my credit has habis! Thats all, the end. Hehe =)
BIG LIAR!!
Well, as you can see, I have create my new account in Myspace. I have pretended to be someone else - I switch or change my sex become a male and put Xero as my Nickname. Now, people sees me as a guy who his name is Xero. To be frank with you guys, I really hate liying to other people. But, this case was like an urgent cases.
I have to pretend to be someone else because I really don't want people to know that I have came back to Myspace. I thought maybe they should know this after I finish my exams . But in the same time, when I am thinking this problem twice, was all my friends in myspace still remember me, nadeshiko..? If its true that they have forgotten me, then I was lying for what..? It's really complicated..
PROJECT 001
I have used my father's laptop to design something that I need for my friendster Background around 5 months ago. While designing, I have come up with something that I never think before. Well, this picture is not really that GREAT ART, but still, i have made it with all my heart and I put a lot of effort for it.
Furthermore, I still used an anime picture for it as I don't have any tremendous image in my thumb drive since I did not have a leisure time to download any pictures anymore. This art is simply a simple design; especially the when I spend about 3 hours for it.
This is how it looks like. For full view, you can just click the image.
I guess thats all wanna share for now. My brain nerve brain has a critical problem - cause I am now feeling dizzy without any particular reasons. Ok the, tata! =)
P/S : Sorry for the terrible Grammar. I am still practicing in using a proper English.
SPECIAL THANKS - Husna Tajuddin You're such nice person - Husna. You always be there for me. Walaupun kite dah lama tak jumpe, tapi hati kita sentiasa dekat, kan? Aku rase beruntung dan bersyukur pada Allah S.W.T sebab dikurniakan kawan macam ko; penyayang, understanding, cute dan jujur. Thanks sebab sudi tolong aku time susah - soalan target, dengar masalah aku and etc. Love you so much! Anyway, mari kite sama-sama berperang untuk masa depan kita. CHAYOK!
Haha,cute!Love you so much! =)
SPECIAL THANKS - Rafehuddin
Haha, sungguh tak disangka ade orang tolong buatkan banner untuk aku. Boleh tahan jugak artwork die although for the first time. Thanks bebanyak yer sebab sudi editkan. Aku nie pulak pikir bukan-bukan; takut pulak member aku nie conteng misai ke ape ke..hahaha. Thanks for being such a good friend - doa2, nasihat dan tunjuk ajar. Thank you so much. =)
SALAM. Hari ini merupakan hari terakhir aku untuk study untuk 'last minute study'. Esok, bersamaan dengan 11 November 2008 merupakan hari yang penting bagi semua calon SPM. Aku nak ucapkan semoga berjaya dan marilah kita sama-sama berjuang sampai fius otak kita tercabut sebab tension sangat.
Last but not least, kalo ade diantara korang ade dapat soalan bocor, kongsi-kongsi laa dengan aku. Aku nie dah tahap terdesak giler nieh; huhu especially subjek sejarah.
Topik kite hari nie "Tips untuk hilangkan stress". Kadang kala ujian daripada Allah datang tanpa diundang dalam hidup dan ianya kadang kala ada sampai yg membawa kesan kepada diri seperti Stress. Jadi, ade beberape tips untuk anda untuk hilangkan stress. Kalau nak tahu tipsnya, sila laa bace di bawah! XD
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
Perbanyakkan membaca Al-Quran Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Tarik nafas dalam-dalam. Ok, ingat, nie cara yg pertama. Tarik nafas dalam. Hah, kenapa erk kalo kite stress kena tarik nafas dalam2?? Senang jer, sebab mase kite dalam keadaan stress, tekanan darah kite tidak berapa stabil. Bukan tekanan darah aje tidak stabil, tapi oksigen dalam badan pon ape lagi, dh macam lintang-pukang! Jadi, dengan menarik nafas dalam2, denyutan kite akan kembali tenang dan normal, sekali gus tekanan darah kite juga akan kembali seperti biase.
Beri waktu diri Anda untuk beristirahat. Pernahkah anda yg sedang mengalami stress merasa tekanan pada bahagian otak mahupon kepale?? Hurm, to be honest, saya pon x bape tahu sangat kenapa kite sakit kepala mse kite stress tapi kalo nk hilangkan sakit kepala tuu, tido aje la. Kalau tak tido pon, anda boleh jugak pergi keluar jalan2 makan angin. Tapi takpayah laa keluar lama2, keluar dalam 5-10 minit pon dah cukup. Masa anda keluar hirup udara segar dan sambil menikmati cahaya matahari, tenaga anda akan meningkat serta anda akan berasa lebih bertenaga sikit.
Gelak dan senyum Hah!! Gelak-gelak nie laa yang paling best antara semua! Hehehe, betul, kaedah nie laa yang paling berjaya and memang anda tidak akan menafikan keberkesanan nyer! Mase anda sedang mengalami tekanan, emosi anda terganggu dan mungkin anda akan memarahi orang tanpa anda sendiri sedarinya. JADI, dengan ketawa@senyum, semua rasa marah akan hilang dari lubuk hati anda dan sekali gus anda dapat merasakan semua masalah anda hilang sekelip mata. Jadi, gelaklah banyak2 yerk! XD Tapi jangan laa pulak gelak lebih2 sebab orang kate kalo gelak lebih2 ni nanti ilmu banyak keluar..huhu..
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
My wishes over their airspace.. My life I trade in for your pain.. haha, great song, is it? Actually, this song is from the OST of Gundam 00. I really love this song very much; especially when i know this song was sing by Lar'c-en-ciel. Anyway, this song is from their new album "kiss". Enjoy! (^o^)
L'arc-En-Ciel - Daybreak's Bell (Japanese lyric)
Nee konna katachi no deai shika nakatta no? Kanashii ne Anata ni shindemo ayamete hoshiku mo nai onegai Unmei sae nomikomade shizumisouna umi e to
Negai yo kaze ni notte yoake no kane wo narase yo Tori no you ni My wishes over their airspace Musuu no nami wo koe Asu en tachimukau anata wo mamoritamae My life I trade in for your pain Arasoi yo tomare!
Nee hito wa doushite kurikaeshi ayamachi wo kasaneteku? Shinka shinai dare ni mo nagareru kono chi ga daikirai Honnou de sabakiau dare no demo nai daichi de
Sumiwataru mirai ga kita nara kusabana mo heiki ni yadoru darou My wishes over their airspace Dare ga yuriokoshite warui yume kara samashite yo Kanau no nara My life I trade in for your pain Dore dake inoreba ten ni todoku?
Ima asayake ga unabarato watashi wo utsusu
Negai yo kaze ni notte yoake no kane wo narase yo Tori no you ni My wishes over their airspace Musuu no nami wo koe Asu e tachimukau anata wo mamoritamae My life I trade in for your pain Furimukazu habatake kono omoi wo hakonde ano sora wo tondeku Mirai wa dare ni mo uchiotosenai
L'arc-En-Ciel - Daybreak's Bell (English Translation)
Hey, haven’t you seen another shape besides this one? That’s so sad To you, there’s no desire to die or to kill, oh, please
Drink it up, even the fate, to the sinking sea My wishes, ride on the wind, ring the bell of the daybreak Just like a bird My wishes over their airspace Cross through the countless number of waves, stand against tomorrow, protecting you My life I trade in for your pain Stop the dispute!
Hey, why people pile up the repeating mistakes? No one is evolving, this flowing blood, I loathe it most To judge each other by instinct, in this no-one-around earth
If the clear future has come, the flower plants will also dwell in the weapons My wishes over their airspace Anyone, shake me up, wake me up from the nightmare If it comes true My life I trade in for your pain How long until my prayers reach the sky?
Now the morning glow pictures the ocean and me
My wishes, ride on the wind, ring the bell of the daybreak Just like a bird My wishes over their airspace Cross through the countless number of waves, stand against tomorrow, protecting you My life I trade in for your pain Flap your wings without turning around, bring along these thoughts, fly to that sky The future can’t be defeated by anyone
"Drink It Down" is the thirty-fourth single by Lar'c en Ciel and was released on April 2, 2008. It is also the Theme song of Devil May Cry 4. This song was sing by my favourite group all times and I think the video clip is quite darn good. Haha, hyde-sama looks cool and sexy! hakhak! Anyway, please enjoy! (^o^)V
L'Arc~en~Ciel - Drink It Down
Nameraka ni haritsuku kanshoku yami to wa fukaku ajiwau mo no Karadajuu e ukeirete kanji you (Drink it down, enjoy the black around taste the Darkness)
Let down 'you feel trust falls' Break Down
Semari kuru shougeki he to osorezu ni tobikomi shinjitsu ga Kimi ni mo nagarekomu Eien ni shizumu you na sakkaku ni dakarete doko made Shouki de irareru no ka?
Kimi no te ga kakushin he chikazuku teoi de mo sono me ni kakeyou Iku mae ni tsukameru ka? chikara wo (Drink it down, enjoy the black around taste the Darkness)
Let down 'you feel trust falls' Break Down
Kagami ha ima kudakare mita koto mo nai kimi ga mezamete Aa, mou kaere nai Migawari ni ushinatta azayaka na gensou ga hajikete Sakeme ni shouki wo mita
[GET UP]
Get up you know the worst Fed up fearless light Now
Kagami ha ima kudakare mita koto mo nai kimi ga mezamete Shizuka ni ugokidasu Wazuka ni hiraita yami no mukou he kakeagaru sono me ha Mou daremo te ni oenai
I am bored today. To fill these emptiness, I was sneaking (reading) into some of my friend's blog. It is really surprising since my last login, its been about a week I haven't read any of their blogs. So, there was a journal that really makes me attract with it - Samurai. Actually, there was nothing special with it; it just a quiz. But still, I think it is quite interesting since i have got such an amusing class - a priest. But, please don't think too far ok? its just a quiz...
The question will be like this :
1. Gender? Female
2. Is your main strength in magic? Of course! Magic is my life!
3. Which weapon would you carry to battle? Staffs, rods, flails
4. Which of these fashions do you prefer to wear? Say, to battle? Robes
5. Would you lead the charge or stay safely in the back of the crowd? Anywhere I'm needed.
6. Do you consider yourself high-maintenance? Not at all.
7. Pick a favorite color out of these. black
8. Your zodiac sign? Virgo
9. You don't die, you just... hope someone else also has the ability to revive in case the others get hurt...
10. In your resume, you describe yourself as... a healer *and* instrument of mass destruction
11. Which one word fits you? caring (people used to think i am this kind of person..)
12. Which one word least fits you? clumsy
TADAAA!!~ The result from the quiz : You're a priest!!
Never thought the result will be a priest. I thought i will be a magician. Nah, who cares right?
Anyway, If you guys wanna try this quizes, you can just clik this link: Final Fantasy Quizes!!
SALAM. Actually, nie bukan laa aku yang tulis, tapi entah dari sape aku dapat. Oleh sebab aku kekurangan bahan untuk blog aku, aku copy and paste aje laa tips nie dalam blog aku nie. Anyway, selamat membaca! =)
Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.
Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.
1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.
2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya.
3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.
4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.
5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.
6. Buang hadian-hadiah pemberian si dia - Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si dia. Dan satu lagi kalau si-dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu kot..hihi.;-P
Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda.
Love desperado; daripada tajuk ini, apa yang anda faham? Kalau diikutkan kamus bahasa inggeris, desperado bermaksud penyangak dan Love pulak membawa definasi sebagai cinta. Tapi, kalau digabungkan kedua-dua perkataan ini, ia akan membawa maksud penyangak cinta. Hah? Penyangak Cinta? Ape kebenda pulak tuu??
Kah3, that's simple! Sebenarnya tajuk die bukan love desperado, tapi love desperate. Haha, sesuai sangat laa untuk golongan yang terdesak nak pakwe atau awek! Macam tak boleh hidup aje kalau tak ade benda nie. Aku nie bukan nak mengata orang yang dah ade pakwe or awek. Kalau korang nak ade seseorang yang nak disukai tuu, terpulang la kat korang. Tajuk yang aku tulis nie ditujukan kepada minah or mamat yang tak boleh nak berdikari kalau tak ade pakwe or awek. Kalau orang yang tergolong kepada definasi ini, bagi pendapat aku laa, diorang nie memang lemah sangat;aku tak boleh hidup tanpa engkau!
What the heck?? Tak boleh hidup tanpa engaku?? Gila ke hape?? Aku nie bukan laa ape, kalau difikirkan secara logik laa kan, kite nie hidup sebab apa dalam dunia nie? Setahu aku la, kalau aku amalkan pembelajaran agama islam kat sekolah aku, dunia nie cuma tempat persinggahan bagi umat manusia, kaum Adam. Kita dihidupkan untuk menjadi khalifah dan dan kerja kite nie menjadi hamba Allah yang taat kepada-Nya. Sekarang nie, bila aku dengar orang cakap macam tuu, aku terfikir, adakah orang ini telah lupa sebab utama die dihidupkan di dunia?
Kita sebagai manusia,hidup kerana Allah, bukan untuk pakwe atau awek. Aku cakap macam nie bukan la sebab aku jeles korang ade pakwe or awek. Memang jujur kat sini aku cakap, memang aku tak ade buah hati, tapi tak ade pulak tersingkap dalam hati aku untuk rase cemburu kalau member aku atau saudara islam aku ade teman hidup. Bagi aku, Tak ade makna nak cemburukan orang gara-gara benda remeh temeh macam tu. Aku lagi gembira kalau korang ade aweks or pakwe. Cuma yang paling aku geram ialah bila kita jadi lemahsebab benda-benda macam tu!
Kalau pakwe or awek kita dah tak nak or dah tak suka dengan kite, sudah laa. Juz get through with it! Lupakan hal lama, kembalilah kejalan yang lebih indah. Carilah kehidupan yang membawa kita jalan yang mendekatkan diri kita kepada Illahi. Bukan mencari jalan kesengsaraan; seperti minum arak laa, tonggang terbalik kesitu kesini, paling teruk bunuh diri. Korang manusia, ade akal, gunakan la dengan sebaik-baiknya.Jangan biarkan hati korang yang terluka tuu mengawal minda korang. Emosi kita takkan bawa kita kemana-manalah.
Aku paham korang sedih, tapi jangan laa seksa diri orang sampai macam tuu sekali. Kita putus cinta, tapi its not like the end of the world, right? Selagi kita hidup, bernyawa dan berjalan diatas bumi nie, korang masih berpeluang untuk cari yang lebih baik kan? Kalau difikirkan secara positif jugak, mungkin ade hikmahnya kenapa kita putus dengan dia; mungkin dia tak sesuai dengan aku atau mungkin kita jauh lebih baik daripada dia, bukan ke begitu?
Yang aku paling geram bila tengok orang love desperado nie apabila mereka tergolong dalam hamba Allah yang lalai. Salah satu sebab aku tak suka bercinta sampai sekarang nie bila kite jadi insan yang lalai. Lalai yang aku maksudkan kat sini ialah bila kite suke seseorang, pasti kita akan melakukan apa sahaja untuk orang yang kita suka kan?? Tak kiralah laki ke perempuan ke, dua-dua sama saja. Kalau yang lelakinya sanggup gadaikan wang dan harta benda untuk si kekasihnya dan perempuan pulak akan gadaikan wang ringgit or virgin diorang untuk si terunanya.
Sayang tuu sayang jugak, cinta tuu cinta jugak. Tapi ingat, mesti ada batasnya. Kadang kala dengan sifat lalai dan desperate, diri kita mudah hanyut dalam kancah-kancah kemusnahan diri. Bukan itu aje, ade jugak diantara kita sanggup melupakan identiti diri sebagai orang melayu dan islam semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan paling menyedihkan ade yang sanggup meninggalkan agama islam sendiri untuk ikut kekasih hati.
Bagi wanita atau kaum hawa sekalian, saya memang faham bagaimana perasaan anda terhadap orang yang anda kasihi. Walau bagaimanapun, jangan laa terlalu ikutkan emosi sangat. Bagi yang masih belajar, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga anda berjaya. Sekiranya kekasih hati anda tidak menyetujui impian anda untuk meneruskan belajar, anda lupakan saja orang yang macam tuu. Anda perlu fikir, setelah anda bernikah dengan si suami, adakah boleh dipercayai sekiranya dia takkan bermain kayu tiga? Sekiranya suami anda meninggalkan anda, kemana lagi tempat anda bergantung kalau bukan dengan ijazah dan ilmu yang anda perolehi semasa di bangku sekolah, kan?
Wanita memang merupakan golongan yang sering dipandang rendah oleh kaum adam, tapi kita sebagai wanita perlu bangun dan bangkit dari sebarang cacian. Jangan benarkan mana-mana lelaki memandang rendah kepada kita! Kita perlu mempertahankan maruah dan harga diri kita. Buktikan kepada mereka wanita boleh hidup walaupun tidak mempunyai suami atau kekasih hati.
Okeh la, sampai sini aje laa aku mengarang topik aku nie. Aku rasa topik yang aku tulis tak ade laah best sangat tapi aku harap mesej yang aku nak sampaikan tuu boleh laa korang paham.
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku.
Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum.