Love desperado; daripada tajuk ini, apa yang anda faham? Kalau diikutkan kamus bahasa inggeris, desperado bermaksud penyangak dan Love pulak membawa definasi sebagai cinta. Tapi, kalau digabungkan kedua-dua perkataan ini, ia akan membawa maksud penyangak cinta. Hah? Penyangak Cinta? Ape kebenda pulak tuu??
Kah3, that's simple! Sebenarnya tajuk die bukan love desperado, tapi love desperate. Haha, sesuai sangat laa untuk golongan yang terdesak nak pakwe atau awek! Macam tak boleh hidup aje kalau tak ade benda nie. Aku nie bukan nak mengata orang yang dah ade pakwe or awek. Kalau korang nak ade seseorang yang nak disukai tuu, terpulang la kat korang. Tajuk yang aku tulis nie ditujukan kepada minah or mamat yang tak boleh nak berdikari kalau tak ade pakwe or awek. Kalau orang yang tergolong kepada definasi ini, bagi pendapat aku laa, diorang nie memang lemah sangat; aku tak boleh hidup tanpa engkau!
What the heck?? Tak boleh hidup tanpa engaku?? Gila ke hape?? Aku nie bukan laa ape, kalau difikirkan secara logik laa kan, kite nie hidup sebab apa dalam dunia nie? Setahu aku la, kalau aku amalkan pembelajaran agama islam kat sekolah aku, dunia nie cuma tempat persinggahan bagi umat manusia, kaum Adam. Kita dihidupkan untuk menjadi khalifah dan dan kerja kite nie menjadi hamba Allah yang taat kepada-Nya. Sekarang nie, bila aku dengar orang cakap macam tuu, aku terfikir, adakah orang ini telah lupa sebab utama die dihidupkan di dunia?
Kita sebagai manusia, hidup kerana Allah, bukan untuk pakwe atau awek. Aku cakap macam nie bukan la sebab aku jeles korang ade pakwe or awek. Memang jujur kat sini aku cakap, memang aku tak ade buah hati, tapi tak ade pulak tersingkap dalam hati aku untuk rase cemburu kalau member aku atau saudara islam aku ade teman hidup. Bagi aku, Tak ade makna nak cemburukan orang gara-gara benda remeh temeh macam tu. Aku lagi gembira kalau korang ade aweks or pakwe. Cuma yang paling aku geram ialah bila kita jadi lemah sebab benda-benda macam tu!
Kalau pakwe or awek kita dah tak nak or dah tak suka dengan kite, sudah laa. Juz get through with it! Lupakan hal lama, kembalilah kejalan yang lebih indah. Carilah kehidupan yang membawa kita jalan yang mendekatkan diri kita kepada Illahi. Bukan mencari jalan kesengsaraan; seperti minum arak laa, tonggang terbalik kesitu kesini, paling teruk bunuh diri. Korang manusia, ade akal, gunakan la dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan hati korang yang terluka tuu mengawal minda korang. Emosi kita takkan bawa kita kemana-manalah.
Aku paham korang sedih, tapi jangan laa seksa diri orang sampai macam tuu sekali. Kita putus cinta, tapi its not like the end of the world, right? Selagi kita hidup, bernyawa dan berjalan diatas bumi nie, korang masih berpeluang untuk cari yang lebih baik kan? Kalau difikirkan secara positif jugak, mungkin ade hikmahnya kenapa kita putus dengan dia; mungkin dia tak sesuai dengan aku atau mungkin kita jauh lebih baik daripada dia, bukan ke begitu?
Yang aku paling geram bila tengok orang love desperado nie apabila mereka tergolong dalam hamba Allah yang lalai. Salah satu sebab aku tak suka bercinta sampai sekarang nie bila kite jadi insan yang lalai. Lalai yang aku maksudkan kat sini ialah bila kite suke seseorang, pasti kita akan melakukan apa sahaja untuk orang yang kita suka kan?? Tak kiralah laki ke perempuan ke, dua-dua sama saja. Kalau yang lelakinya sanggup gadaikan wang dan harta benda untuk si kekasihnya dan perempuan pulak akan gadaikan wang ringgit or virgin diorang untuk si terunanya.
Sayang tuu sayang jugak, cinta tuu cinta jugak. Tapi ingat, mesti ada batasnya. Kadang kala dengan sifat lalai dan desperate, diri kita mudah hanyut dalam kancah-kancah kemusnahan diri. Bukan itu aje, ade jugak diantara kita sanggup melupakan identiti diri sebagai orang melayu dan islam semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan paling menyedihkan ade yang sanggup meninggalkan agama islam sendiri untuk ikut kekasih hati.
Bagi wanita atau kaum hawa sekalian, saya memang faham bagaimana perasaan anda terhadap orang yang anda kasihi. Walau bagaimanapun, jangan laa terlalu ikutkan emosi sangat. Bagi yang masih belajar, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga anda berjaya. Sekiranya kekasih hati anda tidak menyetujui impian anda untuk meneruskan belajar, anda lupakan saja orang yang macam tuu. Anda perlu fikir, setelah anda bernikah dengan si suami, adakah boleh dipercayai sekiranya dia takkan bermain kayu tiga? Sekiranya suami anda meninggalkan anda, kemana lagi tempat anda bergantung kalau bukan dengan ijazah dan ilmu yang anda perolehi semasa di bangku sekolah, kan?
Wanita memang merupakan golongan yang sering dipandang rendah oleh kaum adam, tapi kita sebagai wanita perlu bangun dan bangkit dari sebarang cacian. Jangan benarkan mana-mana lelaki memandang rendah kepada kita! Kita perlu mempertahankan maruah dan harga diri kita. Buktikan kepada mereka wanita boleh hidup walaupun tidak mempunyai suami atau kekasih hati.
Okeh la, sampai sini aje laa aku mengarang topik aku nie. Aku rasa topik yang aku tulis tak ade laah best sangat tapi aku harap mesej yang aku nak sampaikan tuu boleh laa korang paham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest! | ||
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. | Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. | !View |
No comments:
Post a Comment