10.5.09
14.3.09
d u k a c i t a .
aku sedih...
mak and bapak aku kecewa....
budak yang dapat 20 A tuu kembang hidung...
Aku menjadi sasaran rasa kecewa parents aku...
status aku sekarang nie ialah kecewa dan tertekan....
Impian aku nak sambung architecture memang tak dapat la jawabnye..
Nak ambik Graphic design, kena byk duit bru bleh masuk sebab cos nie byk dalam IPTS..
Entah dimana la rezeki dan mase depan aku..?
Aku harap sangat nak masuk UiTM..
Tapi, layakkah aku...?
11.3.09
M a t i .
Seriuosly, sekarang ini kondisi aku memang dah cuak tahap gaban sehinggakan suhu tanganku telah menurun seiring dengan suhu di gunung Everest. Dimana sejuknya Everest, begitu jugalah dengan tangan aku. Owhh, aku rase betul-betul sejuk nak MATI.
Sekarang nie lagi 18 jam sebelum aku akan mengambil keputusan. Aku rase, esok merupakan hari yang bersejarah yang berjaya membuat aku menagis akibat kegagalan. Walaubagaimana pun, aku harap aku dapat target subjek yang aku nak target. Aku nie bukan la pandai sangat, sebab tu la aku cuma nak target 6A aje.
Aku harap, dengan izin Allah, aku dapat la 6A tuu. Aduih, sedih gila rasenyer kalo tak dapat keputusan yang aku nk target tu. Aku pikir nak pakai baju kurung untuk esok la. Urgh! Bajunyer tak gosok lagi. Malam nie kena iron baju then terus tido awal. Kena bangun awal and sampai awal kat sekolah.
Bapak aku ade menawarkan diri untuk ambil keputusan aku tanpa kehadiran aku disitu kerana dikhuatiri aku akan menangis. Malang sekali buat bapak aku kerana aku menolak bulat-bulat tawaran dia. Baik atau buruk, ianya tetap keputusan aku. Aku tetap kena redha dengan setiap ketentuan Allah.
Sebelum aku mengundur diri, aku ucapkan GOOD LUCK buat semua yang bakal ambil keputusan SPM esok. Aku doakan korang dapat result yang baik-baik belaka. Okey la, sekian dan wassalam.
5.3.09
Asal online YM aje, aku tensen!
Pemilik Asal Entry : Nurul Husna Tajuddin
Untuk Entry Original : YM itu Yahoo Messenger
Aku malas nak online YM nie sebab aku rase hidup macam terkongkong aje. Kalau tak nak tegur orang aje, mula la ade manusia kecil hati, merajuk la, mengata la. Rasa macam tak ade privasi langsung. Sukahati aku la kalau aku nak tegur atau tak. Ape hak ko hah? Nie yang aku selalu buat aku rase panas aje.
Tetibe macam rasa terasa hati uh. Sedangkan benda simple saje. Ehm lupekan. lupekan. Perkara macam ni tak baik disimpan buat anak cucu. Ewah. Haha ;p
Tadi pagi bangun pukul 10.30. Rasa macam awal sebab hari ni tak banyak kerja aku kena buat. Jadi aku bermalas malasan dengan menghadap komputer tua neh. Benda pertama, aku bukak ym. Set kan status supaya invisible. Memang aku jadi halimunan sekarang. Tapi kadang-kadang kantoi jua. Hehee ;p
If status ym available, kalo aku tak tegur orang, bimbang akan mengecikkan hati sesiapa. Sebab dulu kan aku kaki ym maka semua orang aku tegur. Tibe-tibe sekarang ni aku jarang tegur, mesti ade yang kecik hati kan. kan. kan. Tambah-tambah kalo orang tu kenal rapat dengan aku. Kadang-kadang aku terpikir jugak ; Kalo kite on ym tu, memang wajib ke kite tegur orang? Okep kalo sekali sekala takpe jugak. Tapi kalau orang tu setiap hari on, kite pon setiap hari on. Setiap hari nak berym rasa macam dah takde topik pula mau cakap kan kan. (Tapi kalo Cerap dengan Ame memang takpe) Ngee
Okey. Aku takmo orang rasa terpaksa bila berym dengan aku. Macam kalau aku online, ko memang wajib tegur aku. Hey tak. tak. Tak perlu rasa macam tu. Even ko memang rapat gile dengan aku pon, kalo ko rasa macam takmo tegur aku pon takpe. Aku faham. Sebab kite semua punyai kerja masing-masing kan? Bukannya kalo kite online tu memang kite takde kerja. Sebab bila online, banyak benda kite nk buat. Jadi kalo ko buzy dan ko tak tegur aku, tak perlu rasa bersalah okey ? ;D
Sama jugak macam ko, kalo aku nampak ko semacam buzy ; aku rasa macam takmo gangu ko, walaupun ko kate tak menggangu. Sebab aku neh kan hati kaca. Sekali semacam terasa hati. Pecah berderai uh ; bila aku penat bercerita bagai tapi ko macam tak fokus je mula la hati kaca aku neh makin lama makin retak. Haha.
Kejap-kejap.Bila pikir-pikir balik, aku pon selalu jugak kadang-kadang tak fokus. Mwehehe asyik pikir hati sendiri saje. Hati orang takde pulak pikir. Kepada sapa yang pernah terasa, sila maafkan aku. Terutama cerap kan kan. Kite selalu kan macam ni dengan sayang kan? :P
Oleh itu kawan-kawan sekalian, marilah kite berkonfren saje! *Tetibe. Haha. Aku rasa semua perenggan neh macam takde kaitan dengan orang lain. Mungkin aku sorang je rasa macam neh. Yelah aku sejak dua menjak neh dah jadi macam anti-sosial pulak. Sebab tu bebel bebal tu, aku macam dah tak kisah sangat. Adeh tapi aku rasa, aku lebih senang macam ni.
Sebab lagi banyak orang kite bual, lagi banyak hati kena jaga, hati kite pon nak kena jaga. Tambah-tambah pulak mulot aku neh agak boleh tahan juge. Mulot orang pon memang boleh tahan. Karang ada yang tersilap cakap, ade yang makan hati. Lebih baik dok diam-diam saje :pp
*Aku kalau orang gune "huhuhuhuhuhu" time ym pon aku buleh terasa. Ngade-ngade betul. Sile tajang aku dengan penuh kasih sayang boleh?
Kadang-kala aku rase nak buang aje YM aku nie. Tapi difikirkan balik, ade manusia dalam rumah aku pasti mahu menggunakan benda alah nie. Kalau buang, kompem ade yang bising. Aku kompem, mesti nanti ade insan yang sedang baca enry aku yang nie, kompem sakit hati. Yer la, asal aku marah aje, ramai member aku sakit hati. Lantak la, aku dah puas la asyik jaga hati orang. Aku dah tak larat! Sekarang, no miss nice girl!
Sekian dan Wassalam.
3.3.09
Kena Tagged Lagi - 12
1 - Apa nama penuh anda?
Ameelia Nazirah Bt. Mohd. Shafiee.
2 - Nama apa yang anda harap itu nama anda..?
Setiap nama itu doa, jadi aku bersyukur dengan nama aku ni.
3 - Post 4 pictures latest korang yang esklusif yang tiada sape tengok lagi.
tak ade. Harap maklum.
4 - Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda..?
Bersama insan yang tersayang..
5 - Apa prinsip hidup anda..?
Prinsip hidup aku ade banyak. Aku bagi yang aku ingat aje la :
(a) Bersyukur dengan pemberian Allah.
(b) Bercinta sekali, berkawin sekali dan mati sekali.
(c) Brsemangat dalam setiap perjuangan hidup.
6 - Apa perangai anda yang paling buruk..?
Bangun lambat.. Buruk la tu kan? Haha.
7 - Tulis di atas sekeping kertas n postkan juga "ucapan anda kepada saya bersama tandatangan anda".
Maaf la, aku tarak ade itu punya camera digital mah. Haha, jadi tulis dalam blog aje la.
I tag :
No one. Harap maklum.
Kena Tagged Lagi - 11
Rules :
No rules. Depends to yourself, whether you want to answer it or not.
Q1 - Apakah yang sedang anda lakukan?
Jawab taggie2 kak Jiha.
Q2 - Apa yang sedang bermain di fikiran anda?
Entah bila aku nak mandi?
Q3 - Siapa yang bercakap dengan anda?
Aku bermonolog bersendirian.
Q4 - Siapakah orang kedua dalam active anda?
Entah la, aku lupa sesangat. Dah lama tak check benda tu.
Q5 - Apakah yag sedang anda pakai?
Baju tido dengan seluar warna putih.
Q6 - Apakah yang anda lakukan sebaik sahaja bangun tido?
Kemas rumah.
Q7 - Siapakah lelaki yang selalu bersayang-sayang dengan anda?
Aku single. So, tarak sayang-sayang.
Q8 - Apakah coklat kegemaran anda?
Cadbury..hurm, banyak lagi cokelat yang aku suka. Senang cite, aku suka semua cokelat yg halal.
Q9 - Aktor paling hot yang anda tak gemari?
Banyak la, salah seorang daripadanya ialah Brad Pitt.
Q10 - Orang paling last anda bersama?
Adik aku.
Pilih 5 manusia yang hendak di tag :
1 - Shad.
2 - Husnat.
3 - Ajid.
4 - Faisal.
5 - Pia a.k.a Youeil.
Kena Tagged Lagi - 10
Attention :
i, Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you
ii, At de end, choose 16 people to be tagged
iii, You have to tag the person who tagged you
iv, If i tagged you, its because i want to know more about you
16 random things, facts, habits or goals about me :
1 - I am a SPM's ex-candidate.
2 - Loves graphic design and arts.
3 - Always want to be a millionaire so that I can help the poor people.
4 - Impatient and can become aggressive sometimes.
5 - Loves cute things - kitties, bunnies, kids and bears.
6 - Cannot live without a music. (gila fanatik music..)
7 - My status is single and really proud of it. ;-)
8 - Currently, I have been addicted to Hannibal Lecter's relationship with Claire Starling.
9 - Loves English but never good at them. :-(
10 - Nurul Husna bt Tajuddin is my dear best friend.
11 - Owh yeah, same goes to Ali Imran bn. Idris, as my dear English sensei and best friend.
12 - My family is everything - I really can't live without them.
13 - Kak Nick and Rafehuddin - Love them very much. Thank you for your support!
14 - will be receiving SPM result on 12th of March, 2009. *CUAK*
15 - I don't have any driving lisence. Harap Maklum.
16 - Wanna thank Xoxo for her kindness in giving me this taggie2.
People That I wanna Tag :
1 - Shad.
2 - Husnat.
3 - Ajid.
4 - Faisal.
5 - Kak Jiha.
6 - Kak Nick.
7 - Shira.
8 - Zulaika.
9 - Syaq.
10 - Dynac.
11 - Kembo.
12 - Farah.
13 - Leeya.
14 - Miyu.
15 - Nard.
16 - Pia a.k.a Youeil.
P/S : Depends, kalau nak jawab, sila jawab. hehe.
I n d a h .
Dugaan yang mendatang, akan aku selalu doakan perkara yang baik. Seperti, ada kalanya kita sesama rakan pasti akan berlaku pertelingkahan. Sekiranya aku sedih atau kecewa, akan aku merujuk pada diriNya. Alhamdulillah, Allah SWT jawab doa aku, walaupun pada ketikanya agak lambat doa itu dijawab. Walau pun begitu, aku tetap bersyukur kerana Allah masih sudi dengar doa aku walaupun aku telah bnyak berdosa padaNya.
Kadang kala, bila aku duduk berseorangan dan berfikir sejenak dengan dugaan-dugaan masa lampau, akan aku gelak berseorangan sambil menitiskan air mata. Aku bukan menangis kerana aku sedih, tapi kerana aku besyukur, terlalu bersyukur. Sebenarnya setiap dugaan yang melanda aku itu merupakan permintaan doa aku kepada Allah. Aku selalu minta sesuatu yang boleh memantapkan lagi keimanan aku kepada diriNya. Alhamdulillah..
Perkara yang sama berlaku hari ini. Hari ni dalam lewat malam aku telah bergaduh dengan adik aku. Aku sendiri pun tak pasti ianya salah aku ataupun adik aku. Tapi yang pasti, aku hanya menanyakan,
"Bila nak tido? Esok sekolah kan?"
Dengan agak terkilan dengan sikap dia dan memutuskan untuk tidak meneruskan pertelingkahan tu, aku terus blah dari bilik dan cakap,
"Yer la, akak salah. Dah puas kan?"
"Ya Allah, tidak sekali pun dalam hati aku ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Salah aku ke? Adakah salah bagi aku menanyaan sesuatu pada adik aku sendiri? Aku bukan mahukan apa-apa yang lebih daripada diriMu ya Allah. Aku cuma mahu adik aku menghormati diri aku."
Dengan perasaan bimbang dalam hati dimana Allah saje yang tahu, aku cepat-cepat onlinekan YM aku untuk pastikan keadaan dia sama ada dah tido atau belum. Kalau dia belum tido, sempat jugak aku tolong dia. Malang sekali, dia tak online dalam waktu itu. Memang la dia dah tido, esok nak sekolah, takkan nak tido lambat pulak. Aduh, risau gila aku kat budak tu. Aku harap masalah dia tak serius la.
Then, perut aku meragam buat kali kedua. Tak boleh jadi nie, aku kena melantak cepat nie. Jadi, aku meletakkan handset aku tepi laptop aku dan terusla pergi ke dapur dan mencari la lebihan lauk yang mak aku simpan dalam peti ais. Aisehman, kalau bapak aku tau aku makam lewat-lewat malam nie, kompen dia mengata aku nanti. Haha.
Sesudah aku selesai makan, aku terus menghadap skrin laptop aku. Tetiba saje, anset aku vibrate. Aik? Sape pulak yang hantar message malam buta nie? Aku pun masuk la dalam inbox aku dan ingin memastikan siapa gerangannya insan yang telah menghantar message ini pada aku selewat malam macam gini. AIk? Nombor yang tidak dikenali la pulak..?
Malas nak fikir ape-ape masa tu, aku terus aje baca message tu. Tak sangka sungguh, ianya daripada adik aku sendiri. Baru aku ingat, die pernah cakap dia dah tukar nombor. Tapi tak pernah pulak dia kasi tau pasal nombor baru dia tu. Haha. Dalam message tu, dia menyatakan:
"Adik(gelaran aku dalam keluarga), aku mintak maaf pasal aku gaduh dengan kamu pada tanggal 3 Mac 2009 (waktu malam). Aku keluarkan kata-kata kasar. Mungkin sebab aku tension giler. Harap ko maafkan."
Mungkin betul cakap orang. Kalau kita menghormati orang lain, maka orang lain akan menghormati kita. Aku ingat balik, sekali tu aku ade buat salah dengan adik aku. Dengan rasa sebersalah, aku mintak maaf balik dengan dia. Mungkin Allah sedang memberi tahu aku bahawa setiap perbuatan baik akan dibalas baik..
P/S : Dari alam nyata, aku memang seorang yang mudah menangis. Tapi tidak bermakna aku akan menunjukkan tangisan aku pada orang lain. Aku lebih suka menangis bersendirian dan kalau boleh aku lagi suka kalau orang tak tahu aku menangis. Harap maklum.
2.3.09
Movie : Hannibal
Hahaha, macam cerita gila kan? Tapi aku suka la. Itu pun lepas aku tengok satu cerita yang tajuk dia Hannibal. Cerita nie mengisahkan seorang lelaki yang bernama Hannibal Lecter, as a brilliant Psychiatrist and cannibalistic serial killer.
Aku tertarik gila dengan watak Dr. Hannibal Lecter sebab walaupun dia nie seorang pembunuh bersiri yang sangat kejam gila bangang tahap dewa, dia takkan berani cederakan perempuan yang dia suka, Clarice Starling (walaupun minah nie banyak kali nak tangkap and pukul dia, biase la kerja polis tangkap penjenayah, kan?)
Cerita ni diadiptasi daripada novel yang bertajuk Hannibal jugak karya Thomas Harris. Novel nie ada dua siri, alah macam ala-ala harry potter yang banyak siri. So, same goes to this novel too. Sekarang nie aku nak cari and baca this novel puas-puas, lantak la kalau English sekali pun. So, ade sesiapa pernah baca cerita The Silence of the Lambs dengan Hannibal tak? Novel yerk, bukan movies. Ade tak? ade tak? Kalau ade, aku mau pinjam sama lu!
Betul wehh, mamat Hannibal Lecter tuu betul-betul dah kena angau cinta dengan Clarice. Gila beb, memang angau bukan sebarangan angau. Dalam movie yang aku tengok tu, sesapa aje yang berani sakitkan perempuan tu, tanpa segan silu serta dengan percuma, mamat tuu bunuh saje orang-orang yang sakitkan Clarice tuu. Sampai satu babak dalam cite tuu, memang aku tersentuh sangat.P/S : Clarice Starling merupakan seorang FBI yang amanah dan dedikasi.
Babak yang buat aku tersentuh:
"Kalau laki tu betul-betul sukakan kamu, dia akan jaga kamu elok-elok. Baik dari maruah kamu dan sebagainya."
"Bagi perempuan yang dah insaf dan tak nak dating-dating, bagus la sebab kamu sedar ape yang kamu buat. Sekiranya pakwe kamu masih mengajak kamu buat benda-benda itu, kamu tinggalkanlah dia. Sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
Eh, sambung balik main topik :
Ape kaitan dengan kata-kata ustaz tuu dalam topik ko nie?
I bimbangkan you..
U sihat tak hari nie..?
If you asked me, aku boleh cakap macam ini sajalah :
Kalau seseorang tu sayang kita, dia lebih perlukan menggunakan tingkah laku, dan bukannya perkataan. Semua orang boleh bercakap, tapi kalau nak buat mesti liat, kan?
Aku nak blah la weh. Mata aku dah ngantok siot nie. Haha, plus mampus aku kalo bapak aku tau aku tido lambat macam kura-kura. Haha. Sekian dan Wassalam.
1.3.09
Wanna Look Hot ?
Semua tuu adalah sebab self confidence and karisma seseorang. Kalau korang yakin dan ade karisma yang cukup hebat, sesiapa saja tengok korang mesti cair punya - walaupun korang tak ade rupa sekalipun especially bagi kaum adam.
Aku ade persoalan sikit. Dalam iklan nie, mana ade Nicole pakai baju sexy smexy, kan? Sekadar nampak rambut aje kan? Tapi kenapa dia masih nampak hot? Kalau tengok perempuan di Malaysia yang pakai baju separuh bogel tuu, masih tak nampak hot macam Nicole? Perempuan yang tunjuk badan tu pun cantik, bukan tak cantik. Tapi kenapa masih nampak biasa?
Aku nak buat sikit perbandingan antara artis Malaysia dengan Amerika. Contoh aku nak ambik cerita pasal Fasha Sanda. Fasha Sanda tuu cantik kan? Fasha Sanda selalu jugak tunjuk badan dia tapi kenapa jugak mesti Nicole yang berjaya buat aku tergoda dengan ke-hotness-an dia? Kenapa Mesti Nicole Scherzinger yang buat aku terguda??
Okay, aku nak tambah lagi persoalan. Antara Fasha Sanda dengan Nicole, sape yang lagi cerah kulitnya? Fasha Sanda, right? Walaupun begitu, kenapa Nicole lagi nampak hot berbanding dengan Fasha Sanda?
Bagi pendapat aku la kan, nak nampak cantik nie bukan saje dari luaran, tapi dalaman pun main peranan. Nak nampak hot macam Nicole tuu pun tak perlu jugak pakai baju seksi, sebab seksi nie tak ada benda sangat la. Aku ingat lagi sensei Imran persoalkan satu soalan nie kat aku. Dia tanya la :
Kenapa ada perempuan tu pakai baju seksi pun masih tak nampak hot?
Hahahahahahahahahahahaha XDDD
Siot betul, tapi aku setuju jugak dengan persoalan dia tu. Ade orang pakai baju seksi separuh mati aku tengok, tapi masih tak nampak hot. Kalau korang pakai tudung pun boleh mampu nampakkan korang tampak HOT. Seriously, aku cakap betul.
Well, nak nampak hot nie bukan senang. Dalaman dan luaran sangat penting - BUKAN LUARAN SAJE!
Wanna Look Hot dalam mata Masyarakat?
Well, tips nie aku reka and buat sendiri. Bukan la daripada hasil temu ramah dengan Nicole Scherzinger. Cara aku nie bukan sekadar nampak hebat pada luaran, tapi turut menekankan aspek dalaman - seperti kehebatan isteri Rasulullah, Khadijah dan Aishah. Hebat kan? Haha. Ape-ape pun, this will be my tips. Terbahagi kepada dua - dalaman dan luaran.
Aspek Dalaman :
1 - Keyakinan diri korang mesti utuh, tapi jangan sampai riak dan perkecilkan orang lain.
2 - Niat dalam hati bukan kerana nak dapat perhatian, tetapi mahu dihormati.
3 - Jaga maruah dan harga diri. Tunjuk sikit korang mahal. Kalau ade orang laki cuba mengorat korang, buat macam tak ade ape-ape berlaku - atau buat tak layan. Kalau diorang cakap korang sombong, selalunya sebab dia kantoi. Sebab tuu dia label korang macam tu.
4 - Bersikap tenang dan matang. Kalau boleh, korang mesti pandai handle keadaan.
5 - Kebijaksanaan nie penting jugak, sebab kalau korang tak bape nak pandai, orang akan cakap :
6 - Hati kalau boleh mesti baik punya. Buat kerja dengan ikhlas dan komited. Kesanya, orang akan respek korang dan hasil kerja korang. Ade beza antara kerja bagus dengan cincai.
7 - Hormati orang lain dan jangan sama sekali biadab.
8 - Pandai berkata-kata. Masa bercakap, mesti guna akal, bukan main cakap. Kalau korang tengah marah, lebih baik diam dan cari jalan untuk tenangkan diri. Kalau korang bercakap dalam keadaan marah, mesti korang akan cakap sesuatu yang kurang menyenangkan untuk didengar kan? Senang cerita, kalau marah pergi cepat-cepat ambik air wuduk.
9 - Setiap manusia ade kelemahan. Kelemahan kita bleh diatas, jadi atasi kelemahan korang. Contoh, kalau korang kuat marah, maybe next time kurangkan marah. Kelemahan nie bukan boleh dibuang dalam diri kita, tapi ianya mampu untuk diatasi. Kalau kurang ilmu, perbanyakkan membaca atau mengkaji sesuatu.
10 - Nie yang paling penting - Solat. Sesungguhnya solat mampu mencegah diri kite daripada melakukan kemungkaran. Bukan itu sahaja, semua yang berlaku pun atas izin Allah. Kalau korang berusaha nak jadi hot tanpa keizinan Allah SWT, usaha korang mungkin susah untuk digapai. Plus, dengan solat juga, mampu menonjolkan segalanya seperti rupa seseorang itu akan nampak lebih berseri.
11 - Seriously, korang jugak mesti hebat dalam menjadi seorang wanita. Mesti pandai memasak, menjahit dan menguruskan rumah. Kalau lepas semua nie, kompem ramai orang respek sama lu. Haha.
12 - Murah dengan senyuman. Urm, jangan banyak sangat pulak, takut orang cakap korang tak betul pulak. Kalau boleh, bila bercakap dengan orang tuu, time tuu la paling penting untuk sedekahkan senyuman. Bukan itu aje, senyuman tuu jugak seperti senaman otot muka. Kalau kerap senyum, insyaAllah awet muda nanti. Plus, senyuman juga mampu membuatkan orang lain gembira.
Tips untuk tambah seri muka :
1 - Selalunya mesti solat sebab time tuu kite mesti kerap mengambil air sembahyang, kan? Kalau bagi yang uzur, korang boleh amalkan cara macam nie :
(a) Baca salawat tiga kali sambil menadahkan air di tangan (macam ambik air wuduk tuu).
(b) Then, sapukan air yang korang tadah tuu kat muka korang sebanyak 3 kali jugak.
2 - Minum air masak sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur. Amalkan bende nie.
3 - Perbanyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau boleh, amalkan makan buah-buahan di awal pagi. Sebab ade orang amalkan benda macam nie sampai muka die awet muda.
Aspek Luaran :
1 - Oleh sebab ianya luaran, penampilan memainkan peranan. Korang tak perlu pakai baju branded la untuk tampak hebat. Kalau boleh, pakai la baju yang nampak sesimple boleh tapi tampak kemas. Yang penting ialah kemas (smart) dan up-to-date.
2 - Tak pakai seksi pun boleh nampak hebat. Kalau pakai tudung dan baju kurung pun masih boleh nampak hebat. Cuma, ade sesetengah mentaliti kurang bijak menganggap sesiapa yang pakai baju kurung ialah orang ketinggalan Zaman. Aku rase orang macam nie dah macam tak ade jati diri dan sama sekali teruk sungguh. Kalau ade orang macam nie, sila reject aje dia tu - SEBAB DAH LUPA BUDAYA MELAYU!
3 - Make-up nie satu kes jugak la. Huhu, aku syorkan la pakai mekap nipis pun dah nampak cantik bagi aku. Aku tak bape suka tengok orang pakai mekap tebal-tebal sebab nampak sangat cantik yang tak natural.
4 - Cara bercakap - antonasi suara mainkan peranan. Cakap dengan antonasi biasa tapi matang. Kalau boleh, cakap dengan penuh keyakinan dan jangan teragak-agak
.
5 - Reaksi muka jugak main peranan. Tegas, tenang dan berpendirian tetapi masih kelihatan peramah. Nak contoh, tengok reaksi muka Nicole semase dia cakap dalam iklan tuu.
6 - Perangai main peranan jugak tau. Kalau korang buat perangai comel, korang akan kelihatan macam budak-budak. Kalau korang bersikap matang dan tenang, korang akan kelihatan hebat, insyaAllah dengan izin Allah SWT.
7 - Okay, bab muka pulak. Muka tu kalau boleh mesti bersih dari sebarang jerawat la. Sebab, kalau ade jerawat, korang akan rase kurang keyakinan diri kan? Jadi, aku nasihatkan korang jangan makan sangat benda yang berminyak. Ataupun , boleh dapatkan perkhidmatan pakar kecantikkan kalau nak atasi masalah jerawat yang lebih efisyen.
8 - Reaksi spontaneous. Sekiranya korang ade tersalah buat sesuatu atau terjatuh, buat bodoh dan anggap tak berlaku ape-ape. Kalau ade sakitkan hati orang tu, lain cite erk. Spontaneous kat sini ialah keadaan dimana bila korang terjatuh ataupun korang tak tahu atau tak terer dalam sesuatu kebolehan tu, buat reaksi biase. Contoh kalau korang tak reti menyanyi dan suara sumbang, gelak dengan member pasal benda merapu tu. Yer la, bukan semua orang ade suara sedap, kan? haha.
9 - Beramah mesra. Kalau korang nie orang kenamaan katekan, ramah dengan tetamu ke, wartawan ke. Kalau orang biasa, beramah mesra la dengan member atau orang yang baik dengan korang walaupun tak kenal. Sekiranya dengan laki, kalau boleh kawal keramahan kite sebab kite nie perempuan. Kalau terlalu ramah, mungkin akan timbulkan kontroversi.
10 - Bersikap biasa dengan semua orang. Walaupun hebat, tidak bermakna korang perlu berlagak. Ade sesetengah individu nie nampak hebat tapi belagak. Last-last kena label kerek. Jadi, untuk mengatasi masalah macam ini ialah, bersikap bersahaja dan simple bila berinteraksi dengan orang dimana buatkan orang tersebut selesa dengan korang. Kesannya, nanti ade orang akan cakap,"dari luaran dia nampak hebat tapi bila kenal betul-betul, dia nie sangat simple." Bila dah ade orang cakap macam tu, orang ramai akan lagi senang dan selesa bergaul dengan korang. Senang cerita, tanamkan sikap Zuhud. (Zuhud - merendahkan diri walaupun beliau seorang yang hebat, berkebolehan tinggi dan maybe terkenal.)
Haha, itu la tips aku. Saje nak kongsi sikit dengan korang. Ape-ape pun, korang tekankan lah aspek dalaman sebab dalaman itu sebenarnya yang mencerminkan siapa kita. Kalau dalam baik, maka luar pun baiklah. Maksud aku aspek dalaman ini ialah akhlak dan iman. Ade sesetengah individu yang dilahirkan kurang pada luaran, tapi dalaman dia bagus sangat. Kesannya, orang masih suka dan tertarik pada dia kerana faktor dalaman dia. Kalau rupe aje cantik, tapi perangai 1001 masalah, memang ramai orang larilah jawabnya. Jadi, takkan kemana jugak, kan?
Sebenarnya, aku dapat tips-tips nie hasil dari pemerhatian dan pembacaan aku. Jadi, ade certain things dalam itu adalah fakta dan ade yang ikut kefahaman aku. Kalau korang nak tambah tips korang, boleh jugak sebab boleh kongsi ilmu sama-sama, kan?
Sampai sini sajalah. Sekian dan wassalam.
P/S : Penjagaan penampilan akan membentuk keyakinan diri seseorang. Diingatkan jugak suaya anda tidak melupakan aspek-aspek penting yang lain. Harap maklum.
28.2.09
Adab bercinta dalam Islam
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.
ORIGINAL SOURCE : Adab bercinta dalam islam
T h i n k i n g .
Dalam dua hingga tiga hari lepas, aku ade terfikir..
Aku mula terfikir persoalan macam itu apabila lihat dan membaca masalah politik yang telah melanda di Perak. Majoriti yang mengundi PAS ialah beragama islam, begitu juga dengan pengundi UMNO, cuma ade la sikit-sikit non muslim sebab parti universal la katakan. Orang UMNO jugak tergolong dengan ahli Sunna Waljamaah, sama jugak dengan PAS.
Kita bergaduh dengan orang yang sama aliran dengan kita - Ahli sunnah Waljamaah, dan bukan golongan orang ajaran sesat. Aku nak persoalkan, kenapa kite sesama muslim bergaduh walaupun sama aliran?
Kita bermasam muka antara muslim yang lain adakah kerana Allah, ataupun kerana kemahuan sendiri dalam mengusai kuasa politik?
Adakah ALLAH SWT mahukan sesama muslim bergaduh seperti keadaan sekarang ini?
Orang selalu cakap, buat sesuatu perkara kerana Allah SWT.
Tapi, kemelut politik yang berlaku di Malaysia nie, terutama bagi yang PAS - adakah ianya betul-betul kerana Allah SWT?
Kalau betulah kerana Allah, kenapa Perak sekarang nie dah kucar kacir..?
Adakah Allah SWT suka keadaan macam ini..?
Kalau nak cakap pasal perang Islam, semuanyer peperangan antara orang kafir dengan Umat islam.
Bukan sesama islam..kan..?
Entah la, aku pun tak tahu la. Yang pasti, Islam ialah agama kesejahteraan.
Manusia memang kompleks --- terutama dalam soal dalaman dan perasaan.
Dan orang yang menulis topik nie pula , makin tulis makin sakit kepala.
Sekian dan wassalam.
27.2.09
Oh, Tok Janggut!
Dalam 3 jam, baik la. Hahaha, entah la maybe sebab we take everything secara baik.
Pengalaman mase form 5 dengan mengenali budak-budak form 1 kat skolah aku memang best sangat. Aku nie selalu tumpang kelas 1 Ceria sebab nak tunggu bapak aku. Bapak nie selalu aje kuar lambat. Entah ape bende dia buat aku pun tak tahu.
Jadi, oleh sebab aku tumpang kelas adik aku (kelas 1 Ceria tu la), aku cuba kenali and sembang sekali dengan budak-budak dalam tu. Hahaha, best dan memang best. Sikap peramah diorang dan suka buat lawak tuu selalu buat aku tersenyum. Aku dapat rasakan tension aku selepas belajar hilang sebaik saje bergurau senda dengan budak-budak tuu. Haha.
Alhamdulillah, walaupun aku nie jauh lebih tua daripada diorang, tapi diorang dapat terima aku tanpa segan silu. Siap tanya aku macam-macam soalan - Sejarah la, agama la, itu la ini la sampai kes mengata orang pun diorang berkongsi dengan aku tanpa segan dan silu. Hahaha xDD
Aduhh, manis sungguh kenangan dengan diorang. Hari tu, adik aku bagitau la yang mereka buat satu sajak khas untuk Tok Janggut. Oleh sebab cikgu tak masuk, bukan main enjoy diorang reka sajak. Diorang nie memang suke sejarah dan most of them memang rajin study. Haha. Mayeb sebab tu kot sampai buat sajak..? Entah la. Haha.
Korang baca la sajak diorang yang merepek merapu nie. Aku baca banyak kali pun tak kering gusi. Asyik gelak aje. Haha, ape-ape pun, memang ade semangat cintakan Tok Janggut laa - terlebih cinta pun ade sebab kedengaran macam sajak cinta sejati pun ade. Aduuyaii~
DIREKA : Wan Aishah & Umi Aishah.
ANTONASI : lagu Owh Fatimah.
Oh, Tok Janggut
Kaulah jantung hatiku,
Ku sanggup renangi lautan api,
akan ku petik bintang dilangit,
hanya untuk mu.
Janggutmu menawan hatiku,
sehingga terbawa dalam lenaku,
hidungmu yang penyek,
ketinggianmu yang pendek,
matamu yang sepet,
Telingamu yang capang,
seperti piring astro,
Oh Janggutku.
Janggutmu, janggutku juga,
Foe ever-and-ever,
Until when-when.
INFO KHAS DARIPADA : Adik ku - Yana. Hahaha xDD
STATUS SEMASA MENAIP SAJAK : Gelak macam orang tak betul.
Sekian dan Wassalam.
24.2.09
Stop for awhile.
Jadi, Ada beberapa benda yang aku nak baca, antaranya :
(b) Baca buku english supaya boleh mantapkan lagi english aku.
(c) Nak baca pasal geography or dalam erti kata lain pasal bumi and peta dunia sebab aku buta la dalam bab peta-peta nie. Kalau orang tanye, mesti terlopong aje mulut aku sebab tak tahu kat mana.
(d) Baca pasal issue semasa sebab kalau orang cakap pasal hal tu, aku boleh tahu ape citenye - tak adelah nak main serkap jarang.
(e) Kalau boleh nak baca pasal psychology laa...macam kes bunuh diri..hurmm...
(f) Nak baca balik sejarah negara aku sebab aku dapat rasakan, info sejarah aku semakin berkurangan...
(g) Senang cite, banyak benda la aku nak baca!
Sekian dan wassalam.
23.2.09
Kesengalan Budak Myspace.
Aku sebenarnya dah lama nak tulis cerite nie cuma aku takut budak-budak myspace saman aku aje. Tapi, selepas beberapa incident telah berlaku, aku ambik keputusan untuk menekankan cerita sebenar agar beberapa pihak akan buka mata, bukak hati, sampai terbukak keinsafan hati..
Acctually, account myspace aku yang sekarang nie merupakan account baru dan sebelum nie aku ade account lama di myspace tapi aku delete dengan alasan nak study (konon la).
Kemudian, aku buat balik account aku atas sebab :
1 - ramai member guna myspace.Berikut merupakan faktor-faktor aku buat account baru di myspace aku. Tapi, ape kaitan pulak dengan tajuk diatas? sorry sebab aku banyak melencong. Aku saje aje tulis pendahuluan sebab tak nak kasi korang confuse dengan isi yang bakal aku taip nanti.
2 - nak contact kawan lama budak myspace.
3 - cuci mata dan tengok/kaji perangai manusia.
4 - sekadar nk cari gaduh dengan orang.
5 - kebosanan yang terlampau sangat.
Bermulanya Kesengalan bajet Hot.
Hari nie aku bukak or dari erti bahasa kamus myspace ialah "online" account myspace aku. Anak-anak, janganlah ambik istilah yang telah aku tulis kerana ia bakal merosakkan bahasa melayu kamu seterusnya akan melingkupkan result BM korang. Okay la, kite sambung balik.
Aku nie malas nak comment kat orang - so aku cuma jalan cuci mate aje la kat myspace. Tengok mamat ensem, tengok yang kureng sikit, tengok la budak-budak alim, tengok la budak bajet cun and hot. Kira semuanya la aku tengok la. Dah nama Allah kasi mata, ape lagi kalau kegunaan nya untuk melihat ciptaanNya kan? At least aku tak buat kerja macam tengok cerita porno tak tentu hala.
Pijak punya pijak profile orang, tetiba aje aku jumpe profile yang agak tak boleh blah. Pergh! Ya Allah, ampun kan aku kalo aku mengumpat orang! okey, sambung balik pasal PERGH tu. Macam nie, aku tengok la mula-mula gambo dia kat profile orang lain. Muka memang cun siap buat posing maut hinggakan aku tengok pun nak naik maut! Dengan pakai spek mate kaler hitam tu buat posing cute. Kalau laki tengok, aku tak tahu la ape yang terlintas dalam kepala diorang.
Kesengalan bajet Hot Sudah Start..
Oleh sebab dia cute, jadi aku nak tengok la dia nie macam mana. Saja, nak tengok dalaman dan luaran tu sama ke tidak. Masa aku masuk profile die, memang okey la, simple aje la layouts dia dan kaler warna warni - sesuai la sangat dengan gaya dia yang comey sangat tu. Then, aku terpandang kat headline dia yang mengatakan ;
"Kalau korang dah add aku, pandai-pandai la korang mengomen gambar aku! Kalau korang tak nak mengomen gambar aku, aku kan block korang daripada friend list aku!"Aduh! Bajet hot! Hah! Dapat ko! Maaf la kalau aku terkasar bahasa, cuma aku tak bape berkenan sangat la orang macam nie. Ape hak dia nk paksa orang komen gambar dia? Okey, aku tau la dia tu cun dan boleh mengalahkan artis-artis kat malaysia, tapi please la.. Ape hak dia nak paksa orang? Adakah manusia macam nie tahu erti hak? Aku tahu dia ada hak nak tulis macam tu, tapi dia tak terfikir ke tindakkan dia tu sendiri boleh mengaibkan diri sendiri..?
Ape kejadah Fesyen komen-komen Gambo..?
Aku tak paham la ape fesyen orang nk komen-komen gambo. FESYEN DIE MACAM NIE :
" Aku kumen gambo ko, ko komen gambo aku. FAIR AND SQUARE! "
"Komen my pic okay?"
SEX Addict..?
hurm, benda nie buat au meremang bulu roma. Ade la satu profile nie aku skodeng. Display pic dia, dia pakai gambar hello kitty. Aku ingat minah-minah macam nie okay la kan. Then, masuk-masuk profile dia okay lagi. Aku tengok minah nie pun macam kegilaan ramai aje sebab dia punya comment box dengan bilangan kawan-kawan dia memang banyak la kan - lebih daripada 10 000 kalau tak silap aku.
Aku pun terfikir la, minah nie mesti lawa rupa dia, jadi tak heran la kalau dia jadi kegemaran ramai - terutama kaum adam la. So, aku tekan la link ke photo dia. Alangkah terkezutnye..TERKEZUT you know! Pergh! Most her picture bukan tunjuk muka dia, tapi tunjuk badan dia tanpa seurat benang pun! Korang tau tak maksud aku?????
Dah la tak pakai baju, then sempat lagi tutup dada dia. Dalam mati aku;
"buat ape ko nak tutup dada ko lagi? Ko sudah pun menunjukkan most of your body. Kalau dah gatal sangat, kan baik bogel aje terus!"
Aku keciwaaa..keciwaaa dengan orang macam nie. Entah mana letaknya tradisi orang melayu dan agama yang sentiasa menjaga maruah diri..? Adakah ia sudah ditelan zaman..?
Bangga jadi Mat Rempit..?
Mat rempit nie satu kes jugak. Waduh, memang bangga habis la dengan geng motorbike diorang. Bukan la ape, mat rempit nie kan ade banyak? Dalam banyak-banyak tu aku tengok macam ade kumpulan-kumpulan dia plak. Yer la, diorang ade bentuk satu community kat myspace, dan setiap community tuu ade macam-macam jenis logo. Jadi, aku nak tanya, dari satu geng rempit ke satu geng rempit, adakah ianya sama? Maksud aku, adakah ianya berlainan macam hoppers dengan punk?
Mat rempit yang aku banyak usha pun most of his top friend majoriti terdiri daripada kaum hawa. Memang tak dinafikan la, most of them memang lawa la. Memang beza langgit bumi tinggi rendah kalau nak dibandingkan dengan aku. Then aku terfikir dalam kepala otak aku nie :
"Engkau dah lawa, tapi macam mana boleh bergaul dengan hantu rempit tambah pulak dengan muka selenga? Entah ape yang ada kat mamat macam tu pun aku tak tau..."
" Kalau dah bercinta, yang huduh tu pun orang cakap cantik. Yang hantu tu diorang cakap malaikat. Dah kawin, baru la nak menyesal tak tentu hala.. "
Malas la nak ulas lagi, buat sakit kepala aje..
Dah la, malas la aku nk tulis panjang-panjang. Kalau tulis panjang-panjang, aku sedar takkan ade orang sanggup baca. Haha, siapalah aku untuk orang baca blog aku nie. Aku nie bukanlah Datin Siti Nurhaliza, Krisdayanti ke, Britney Spears ke. Wakaka. Kesengalan aku dah keluar. Dah2, aku nak blah.
Sekian dan wassalam.
20.2.09
Ciri-ciri Buah Hatiku.
Yang jadikan cerite tu makin best bila ade tetamu jemputan dia ialah Dr. Fadhilah Khamsah dengan pelakon cite Pepaya - Zul Yahya bersama isteri tersayang. Bini dia cun wohh! Muka putih melepak tambah lagi gebu. Aku tengok pun tak tahan. Seriously, memang cun beb!
Bila tengok cerite tu, aku teringatkan pulak soalan member aku yang pernah tanye:
"ko suke laki yang macam mana?"
Haha, soalan nie automatik keluar dari kepala otak aku yang bergeliga (konon) selepas saje Dr. Fadhilah Khamsah bagi tips untuk eratkan/jadikan hubungan suami isteri untuk kekal bahagia. Haha, mase Dr. Fadhilah Khamsah tu bagi tips tuu, memang aku respek habis la sebab beliau memang sangat romantik dengan isteri dia - tambah2 aku suke laki romantik. Romantik dari segi perbuatan la, bukan kata-kata manis laki buaye.
Okay la, lets get through to our main topic. Haha, berikut merupakan ciri-ciri lelaki yang aku nak bersama selamanya.
Nie memang paling penting sangat. Jap, tapi aku bukan la nak yang alim macam ustaz-ustaz tuu. Cukuplah sekadar yang boleh membimbing aku dan anak-anak aku suatu hari nanti . Kalau suami ade masalah nak solat, macam mana nak didik anak-anak nanti?
#2 - Hormat orang tua dan orang yang aku sayang.
Benda nie pun penting. Kalau dengan orang tua pun kurang ajar, nie kan pulak nak menghormati orang lain. Kalau simple thing susah nak buat, nie kan benda yang lain. Bukan itu saje, aku juga akan pastikan laki tu suka pada ibu bapa dan keluarga aku serta kawan-kawan aku. Kalau tak respek, sayonara!
#3 - Simple is Important!
Simple..simple and Simple! Aku suka laki yang simple sebab diorang akan nampak biasa di mata aku dan mata masyarakat. Aku tak nak laki yang hebat sangat macam orang kaya semua tu sebab aku rase kekok dan menjadikan aku merendah diri yang tahap klimaks. This will also include with :
(a) occupation - Tak kisah, asalkan ade pekerjaan tetap.
(b) pemakaian - Kemas dan smart.
(c) rupa paras - Biase aje, sedap mata memandang.
All i need is a simple man. Plus, ramai perempuan suke laki hebat, jadi aku malas la nak berebut-rebut.
#4 - Perokok tegar sama sekali aku reject!
Aku pantang betul la tengok laki yang kuat merokok sebab menyusahkan aku dan orang sekeliling aku. Tambahan lagi, keluarga aku bukan jenis smokers especially bapak aku. Aku respek dan bersyukur sangat sebab bapak aku bukan perokok tegar. Alhamdulillah.
#5 - Penyokong kuat Umno/BN
Benda nie memang aku kena pastikan habis - especially apabila bapak aku nie pantang tengok orang sokong pembangkang. Bayangkan la kalau bakal suami aku tu pembangkang, kompem bapak aku bising! Seriously, aku kena buat macam nie sebab tak nak timbul isu pergaduhan antara bapak mertua dengan bakal menantu.
#6 - Romantik and Gentleman.
Aku nie suka bermanja dengan orang - terutama dengan orang yang aku sayang (family, kawan or bakal suami). Jadi, sifat romatik dan penyayang nie sama sekali diperlukan sebab boleh layan karenah aku yang gedik lagi manja nie. Gentleman nie adalah orang yang menghormati kaum hawa dan sama sekali aku tak suka laki dayus!
#7 - Hati Ikhlas suka pada aku.
Aku nie memang memerlukan laki yang ikhlas hatinya yang suka sama aku. Bukan ape, bila laki tuu betul-betul suka kita, dia takkan berhenti suka pada kita disamping dia takkan putus asa untuk ambil hati kita. Haha, seriously, bukan senang nak orang nak ambil hati aku. Laki terakhir yang berjaya mencairkan aku pun ambik masa dua tahun setengah. Semoga berjaya buat insan yang nak menggoda aku (kata-kata manis takkan berkesan ke atas aku).
#8 - Boleh terima aku seadanya.
Setiap orang ade kelemahan, jadi macam tu juga dengan aku. Aku tak suka la laki komplen aku macam-macam. Contoh macam aku nie tak berapa pandai sangat. At least, aku berusaha juga you know, daripada tak buat ape-ape untuk memajukan diri. Plus, kalau dia boleh terima aku seadanya, aku akan terima dia sepertimana dia terima aku.
#9 - Bersifat matang sama sekali WAJIB!
Seriuosly, aku tak suke laki yang sikap tak matang dan kebudak-budakkan. Kalau dia suka tengok kartun, aku boleh terima lagi sebab aku pun kaki kartun. Sikap tak matang nie macam tak ade pendirian, pentingkan diri sendiri, terlalu demanding pada orang lain and etc. Matang pulak seperti ade pendirian yang teguh, bertanggungjawab (pada diri, agama dan orang lain), kuat berusaha, tidak mementingkan diri sendiri, and etc.
#10 - Have Sense of Humor.
Seriously, aku tak suka langsung dengan orang yang serious tahap gaban! Ye la, bukan ape, kalau setiap masa susah nak senyum and berlawak, susah la aku macam nie - tambah2 aku nie jenis suka main-main. Then, kalau aku buat lawak, kompem dia takkan gelak dan seolah-oleh aku gelak sorang-sorang macam orang bongok aje! Kalau dengan orang suke buat lawak nie, aku rase selesa sikit sebab at least ade entertainment. Kan? kan? Tak ade la aku rase macam tunggul.
#11 - Mempunyai sifat-sifat Mahmudah.
Sifat-sifat mahmudah adalah seperti setia, penyabar, peramah, baik hati, pemurah, rajin, tidak mudah putus asa, penyayang and etc. Aku suka laki yang ade sifat-sifat macam nie. Aku bebetul suke tengok laki baik. Baik yang aku maksudkan nie bukan yang berpura-pura baik, kalo boleh aku nak dia nie baik dengan semua orang - baik yang tua atau yang muda. Lebih kurang buat baik dengan seikhlas hati tanpa perlukan balasan.
#12 - I need a man who can cook!
Laki yang tak reti masak nie selalunya sebab dia tak pernah tolong orang perempuan kat dapur. Selalunya bila laki tak reti masak nie cuma tahu makan aje, tapi tak reti nak tolong. Seriously, memang macam tu hakikatnye - kaum adam, jangan nak marah yer, nanti cepat tua. Aku nie kalau boleh nak masak sama-sama dengan suami aku, because barulah rasa romantik dan dihargai.
#13 - Mempunyai pengetahuan AM yg luas.
Aku bukanlah nak laki yang genius atau yang gile pandai macam doktor tuu. Bukan, aku tak mahu orang yang pandai sangat, sebab aku sedar aku nie bukan pandai pun. Aku sedar diri aku sape - tak secocok dengan orang bijak pandai. Maksud aku dengan mempunyai pengetahuan am yang luas ialah dia tahu dan sensitif dengan perkara yang berlaku di sekeliling dia. It means that aku suka orang yang ambil tahu isu semasa.
#14 - Boleh tahan dengan sikap aku yang kuat membebel.
Aku memang kuat membebel dan garang. Selalunya yang jadi mangsa bebel aku ialah adik bongsu aku la. Mana tak membebelnya, penat-penat aku kemas rumah, tetiba aje rumah aku bersepah balik. Sape yang tak geram? Dah tu, masa aku suruh dia kemas, boleh lagi marah aku balik tu. Memang cari nahas laa. Last-last, dapat bebelan dari aku. Kalau perangai suami aku tu macam tu, siap sedialah kena fire dengan aku.. Seriously, aku pantang tengok rumah aku bersepah!
#15 - Tidak suke keluar malam/melepak.
Aku betul-betul tak suka kalau laki yang selalu keluar malam. AKU TAK SUKA. Then, kalo balik awal tak ape la jugak. Tapi tidak, siap balik lewat lagi. Eishh, panas betul bila ade orang macam nie. Bapak aku pun tak pernah keluar malam. Kalau keluar pun kadang-kadang aje - tu pun sebab nak beli barang atau ade urusan. Aku pelik jugak sebab bapak aku tak keluar malam, tapi macam mana abang aku boleh begitu berani keluar malam hingga balik lewat pagi?
Hahaha. Itulah ciri-ciri lelaki yang aku suka. Sebenarnya, ciri-ciri laki aku suka ade sikit ciri-ciri bapak aku. Cuma bapak aku tak reti masak dan tak reti nk uruskan rumah aje. Barang yang bersepah, semua aku dan kaum hawa yang kemas dan uruskan. Tapi macam mana pun, mak aku beruntung dapat bapak aku sebab bapak aku tu baik. Plus, bukan semua orang sempurna, kan?
sampai sini aje laa. Sekian dan wassalam.
19.2.09
T u t o r i a l .
Saje aje, sebab aku rase macam tak best aje kalo cite pasal hal peribadi tak memanjang - tambah2 lagi orang macam aku nie bukan bagus mana pun. Aku sekadar insan yang kerdil ditambah lagi dnegan pelbagai kekurangan dalam diri.
Ape-ape pun, aku cuba atasi setiap inci kelemahan aku. Sampai bila aku nak duduk di bawak kelemahan sendiri? Musuh diri sendiri ialah kelemahan diri. Kita tak mampu membuang sifat v=buruk kita, cuma kita mampu mengatasi kelemahan diri nie.
Kalo ade sesape nk mintak aje ajar pasal design2 nie, aku boleh membantu. Nak tutorial? Boleh, cakap aje masalahnye, kemudian aku akan tolong. Haha. Dah la, sampai sini aje la. Good nite dan wassalam.
Tim Burton NEW 2009 Movie Titled 9 - Trailer
Sape kat sini peminat setia Tim Burton?? Kalo minat, sila tekan sini.
Seriuosly, aku niat gila dengan pengarah sorang nie! Semua hasil kerja dia memang aku takkan miss..jap..jap.. Aku ade mis gak, macam cite vincent, Sweeney Todd..lagi ape erk.. Aku lupe la. Tapi banyak gak cite die yang aku layan. Haha.
Aku pasan la, Tim Burton nie suke ambik Johnny Depp dalam setiap cerita dia - not forget to mention that Johhy Depp is an awesome actor! Memang die boleh bawak semua jenis watak la - kejam, dingin, gila, lawak and etc; especially when dia pegang watak Jack Sparrow. Memang gila mengancam + gila! wahaha xDD
Bukan tu aje, Tim Burton jugak suka guna theme zaman Victorian - alah, yang ala-ala gothic tuu. Sebagai contoh movie yang aku bagi macam Corpse Bride, Edward Scisorshand, Vincent, Nightmare before Christmas, Sweeney Todd, Beetlejuice, Sleepy Hollow, dan seangkatan dengan dia. Oleh sebab dia guna element macam nie la, minat aku kat movie-movie dia makin mendalam.
Kemudian aku terfikir, kan bagus kalo Tim burton jadi pengarah cerita hantu/pembunuh bersiri - Elizabeth Bathory. Teringin gak tengok hasil kerja dia macam mana lepas jadi director cite tu.
But, it doesn't mean aku suke gothic budak-budak malaysia yerk sebab aku tengok gothic diorang sangat selekeh + tak smart langsung. Maaf kalo terkasar bahasa cuma memang tu hakikatnya. Kalo nk tengok gothic yang cun, please tengok fashion gothic Jepun yerk. And please, kalo boleh mekap tu jangan tebal sangat sebab element gothic is about pure face + seram yg suci, not like a fake face macam orang nak mati.
Ape-ape pun, dalam cite terbaru Tim Burton kali nie tak ade la Johnny Depp. Aduyaii! Aku keciwa..keciwa..kecewa..keciwawa...haha. Jangan dilayan sangat pangai tak bape betoi aku nie. Aku tengok trailer dia pun macam cite best! Macam tak sabo-sabo aje nak tengok cite nie!
Korang tengok la trailer nie. Selamat menonton. ^_^
OKAY LA, sampai sini ajelah aku merepek dan merapu. Haha, sekian dan wassalam. ^_^
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest! | ||
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. | Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. | !View |