Ye la, sebagai contoh aku nak kasi, satu contoh la, ade la sorang mamat ni cerita secara terang-terangan pasal dia kena kurap. Aiyoh! Kalo ade orang cerita pasal benda macam tu, apa yang akan korang akan fikir? Dia pengotor? Korang rasa kasihan? Hah, tak tahu nak nak cakap ape? Kalau bagi aku, memang kompem, para wanita akan tolak dia secara terang-terangan. Sebab tuu la aku cakap - Jangan buka pekung di dada. Lebih baik kalau kita jadi secrecy berbanding terlalu bersikap telus.
Kadang kala, semakin hari setelah sekian lama aku menjelajah ke blog orang lain, makin aku rasa pelik..pelik dan PELIK. Ye la, asyik cerita pasal benda yang sama - tak nampak kelainan langsung la. Aku nie merantau sebab nak cari inspirasi dan kelainan untuk meningkatkan kualiti blog aku. Tapi semakin hari, semakin jauh aku merantau, none of them can satisfy me. Kalau nak cerita pasal kehidupan diorang pun, kadang-kala tak best jugak.
Haha, seriuosly then aku terfikir,
"kenapa pulak aku nak baca cerita aktiviti orang..?"
"kenapa pulak aku nak baca cerita aktiviti orang..?"
Nie..nie.. aku bukan nak mengata. I just express my opinion, okay? Bukan la apa, cuma kalau boleh la kan, kurangkan la sikit. Sama jugak lah macam aku sebelum nie. Asyik buat cerita pasal diri aku sampai last-last macam tiada privacy sendiri. Tapi bukan semua cerita aku cerita dalam nie. Banyak lagi benda aku tak cerita sebab aku lagi suka keep everything secret. Kisah hidup aku mahal woh! Hahaha.
Sebagai contoh la kan, macam korang cerita pasal masak, cerita la secara detail (kalau boleh) macam cara korang masak tu, bahan ke ape ke. Aku nie bukan la apa, aku sedar diri aku tak pandai masak (pengakuan terbuka) and sebab itu la aku tulis menda nie. Kalau korang cerita ape korang buat tambah lagi dengan bahan dan cara masak, semua orang dapat ilmu in the same time tak la ade orang rasa bosan asyik cerita benda yang sama.
Contoh macam blog member aku - Husna, Zulaika, kak Nickey and etc. - aku suka baca blog diorang sebab sometimes aku can provide information. Nie..nie, memang la diorang calssmates dan member aku dan aku tulis nama diorang nie bukan la sebab diorang member aku, aku puji-puji diorang. Aku puji bila aku rasa sesuatu benda tu berkualiti. Do you know what is the meaning of "quality"? Tahu kan? Bagus, tak payah la aku nak terang bagai nak rak.
Seriuosly, macam Husna punya blog kan, Aku suka baca blog dia sebab aku dapat information. Sebagai satu contoh, dia ada la cerita pasal Kamdar, aku suka baca cerita tu sebab dalam entry dia yang tu dia ade cerita pasal kegunaan kain. Seriously, aku memang buta pasal kain dan kegunaan setiap kain yang tersendiri. Memang aku tak tahu. Tapi selepas aku baca blog dia, aku tahu la pasal kain goyang inul. Kalau sebelum nie, "Kain goyang inul tu apa?". Memang buta betul!
Ade sesetengah blog ( aku tak nak cerita la blog siapa), cerita la dia makan itu, makan ini, kalo boleh satu kedai tu die nak taram setiap makanan dia. Aku pun tak tahu la apa jenis perut yang dia ada, tapi please la weh. Orang lain pun melantak, aku pun melantak, datuk, nenek, bapak aku dan kalo boleh aku nak cakap semua orang melantak dan bukan engkau sorang aje melantak. Do you understand? Paham? Nak aku cakap keling baru engkau nak paham? Yannadei!
Then ade plak insan yang suka mencarut. Dei! Pantang betul laa aku bila orang mencarut nie. Elok-elok aku baca dengan niat yang baik dan nak tahu cerita pasal apa, tanpa angin tanpa hujan keluar pulak perkataan sensored-sensored! Ceit! Runsing la weh! Adik aku kat rumah pun kena sekeh dengan aku sebab mulut tak ade insurans asyik mencarut aje.
Aku boleh terima kalau korang tulis ayat maki macam; bangang, bengong, jamban, tenuk, mangkuk and etc. Tapi aku memang tak boleh terima la kalau orang kaki mencarut nie. Seriously, bila aku jumpa entry yang banyak mencarut, memang aku "GAGAL" kan terus dan jangan harap la masuk lagi dalam tuu.
Dah la, malas aku nak membebel panjang-panjang. Aku komen ni bukan la apa, cuma aku dah mula naik muak asyik tengok benda yang sama aje sepanjang perantauan aku. Secara kesimpulannya aku boleh buat, ramai golongan blogger malaysian nie macam kurang creative dan pemikiran yang tidak boleh berfikir secara out of the box - ayat Sir Kumaran (Cikgu Sejarah aku). Seriously, aku boleh cakap, tidak kiralah korang pelajar Universiry atau bukan, aku boleh nampak pemikiran rakyat malaysia hampir sama.
Aku tahu, maybe ada diantara korang (yang baca entry aku yang nie la) akan mempersoalkan:
"Nie blog aku, sukahati mak bapak aku la aku nak buat ape. Yang ko sibuk tu ape ke halnya pulak?? Cerita ko tu pun bukan bagus sangat!".
ARGH! Lantak sukahati aku la aku nak buat ape - nak komen ke nak kritik ke nak menghina blog orang. Dah ni nama saja blog aku, aku pun ada hak. Macam jawapan korang jugak kan..? Entry aku nie sekadar nak mengomen saja! Kalau aku komen secara terang-terangan di blog orang, tak pepasal kena pangkah balik! Lagi la dasyat, kan? Terutama kepada insan yang sukar unutk menerima kritikan akibat ego yang terlalu tebal dalam diri.
Kritikan aku ni jugak sekadar kritikan biasa. Tidak diitujukan pada mana-mana pihak. Tapi kalau ada hamba Allah yang terasa, aku cuma boleh katakan,"siapa makan cili dia yang terasa pedasnya." Jadi, fikir-fikirkanlah. Aku pun sedar aku nie bukanlah blogger yang baik, dan sebab itu la aku cuba menjadi yang terbaik dengan cuba mencari dan mengatasi kelemahan blog aku - dengan niat untuk kebaikkan bersama. Betul apa, kan?
Kelemahan blog certain Malaysian;
- Terlalu banyak menceritakan hal privasi sedangkan mereka lebih patut menceritakan something yang boleh memberi manfaat pada orang lain.
- Kurang nasihat, banyak bercakap.
- Tak ada kreativi, blog berserabut.
- Cerita benda yang sama, tidak cuba buat perubahan.
- Bahasa yang digunakan mungkin akan mengelirukan certain pembaca. Think about the reader sebab blog nie orang baca. Bukan engkau sorang saje yang baca.
- Terlalu terikut-ikut blog orang lain sampai tidak mempunyai personaliti yang tersendiri.
- Kurang nasihat, banyak bercakap.
- Tak ada kreativi, blog berserabut.
- Cerita benda yang sama, tidak cuba buat perubahan.
- Bahasa yang digunakan mungkin akan mengelirukan certain pembaca. Think about the reader sebab blog nie orang baca. Bukan engkau sorang saje yang baca.
- Terlalu terikut-ikut blog orang lain sampai tidak mempunyai personaliti yang tersendiri.
Dah la, sampai sini aje la aku listkan kelemahan-kelemahan blogger malaysian. Sebelum aku mengundur diri, aku mohon maaf sekiranya aku terkasar bahasa dan membuat sesiapa daripada readers aku terasa hati. Sekali lagi aku menekankan, aku nie bukanlah blogger yang baik juga kerana aku pun baru saja menjejakkan ke dunia blogging nie baru setahun. Bukan alasan, tapi hakikat. Walau bagaimana, aku masih mencari jalan untuk meningkatkan kualiti blog aku.
Anyway, sampai sini aje la. Wassalam.
5 comments:
mungkin bagi awk..
blog-blog yang pelik susah untuk diterima..
namun.. ini adalah pemikiran saya.. just pandangan individu semata-mata..
1. sy lebih suka melihat mane2 blog pun.. tidak kisah la jika blog tersebut pelik ke, tak sopan ke, dan tidak memberi sebarang input.. sbb sy suke melihat cara hidup seseorang itu kerana ia mengambarkan pelbagai jenis manusia dalam dunia ini.. itu lebih saya rasakan uniknya manusia..
2. saya tertarik kata-kata awk yg bahagian blogger tidak menjaga privacy mereka dan suka mencarut.. mungkin kita tidak suka melihatnya namun, kita perlu berfikir dari dua sudut..mungkin dengan open privacy dan mencarut akan memuaskan hati dia.. jika awk tidak menyukai blog itu.. awk juga ada hak untuk tidak membaca..
3. lain org-lain pemikirannya.. kita cuma perlu hormati apa yang mereka lakukan.. namun tidak semestinya kita setuju dengan apa yg mereka buat..
4. selalunya manusia ini ego.. saya nampak usaha awk nak ubah blogger yg melampau dan pelik.. namun, biasanya.. orang tidak akn dapat terima kritikan terhadap dirinya..
ini sekadar pandangan peribadi..diharap..jangan ambil hati sgt..
^^
ame , isk
malu aku .
blog aku pon msh terkapai2 neh
haha weh y psl mknn tu mang aku stuju gle
huwaaaaaaaaaaaaaa aku da la mlm2 ske nau perot aku lapo
pastu nengok blog mcm 2 mang wat aku
makin lapo tensen nye . haha
~syaQuost~
Hahaha, biaser la tu, bukan semua orang tu sama..
seperti yang sye perkatakan dalam tajuk saye kali nie, nie hanyalah pendapat sy..
sy tak mampu nk meluahkan pendapat sy pada orang ramai..
maka saye hanya mampu membuat kesimpulan dalam blog sy..
hahaha xDD
wEll, abou the mencarut thing, memang sy blah terus lepas tgk org mencarut..haha
tak layan habis - dah nama hak individu..
hahha, anyway, thank you sebab sudi berikan pendapat awk yang bernas..
hahaha, thank you very much ^_^
uNa
hahaha! xDD
nengok, ko pon tensen!
orang nk diet, jadi tak diet plak..
hahaha, makanan tu sedap bebenor!
wahaha xDD
saya suka statement: terikut-ikut dgn blog org lain.
salam ziarah...
Post a Comment