1.2.09

Fanatik Melukis

Salam. Adeh, tangan aku sakit laa - banyak melukis punya pasal. Pastu, kalo melukis mende simple tak ape la jugak, tapi aku desak diri aku lukis mende yang complicated - dengan alasan aku nak jadikan lukisan aku lebih berkualiti.

Satu lukisan aku hasilkan sampai nak dekat 5 jam - tuu baru sketching, bukan nak inking lagi. Korang mesti pelik, "ape pasal lama sangat?? nenek aku lukis pun 5 minit dah siap!". Weh, excuse me cik abang adik kakak oik! Aku bukan lukis orang lidi macam nenek ko lukis, aku lukis sampai urat-urat saraf dengan punya detailnye. Jadi, jangan nak bebel lebih-lebih.

Aku nie memang giler melukis. GILER YANG TERAMAT GILER! Okay, puas hati anda?? Aku nie kuat melukis sampai lupa nak makan or tido. Kalo ade orang workaholic, aku nie drawingholic. Wahaha, mereka perkataan sendiri plak! Mak bapak aku pun tahu aku nie giler melukis, tapi diorang lagi suke kalo aku gila belajar macam kakak aku.... T_T

Aku sekarang nie dah nak dekat 14 tahun melukis, aku mula menjejakkan diri aku dalam bidang melukis semasa aku berumur 4 tahun - semasa bermulanya cite Doremoon ditayangkan di RTM 1. KOrang tak caya?? Tolong la, aku ingat sebab masa aku kecik-kecik, aku selalu la tengok cite doremon versi lama tuu. Cite tuu start pada pukul 7 malam setiap hari sabtu kalo tak silap aku. Doremon yang korang tengok kat NTV7 yang sekarang tuu hanyalah remake from the old one.

Aku pun lukis punya lukis dan melukis la sampai ade kesan kat tangan aku sampai sekarang. Nak tahu kesan ape..?? Kesan banyak melukis la beb. Kalo orang banyak solat, ade kesan kat atas dahi die kan? Sama la jugak macam aku, cuma aku punya kesan nie kat tangan sebab aku melukis guna tangan, bukan guna dahi.

Korang nak tengok tak kesan kat tangan aku..? Cepat tutu mata!
Hanya boleh ditonton unutk budak 18 SX/SG. Wahaha xDD



CHAcccKkKk! ~
Wakakak, tengok tangan pun boleh jadi lain..?
Giler ke hape...? wahaha

Hahaha..tengok..tengok.. Aku rase ramai yang tak nampak sangat kot.. Sebab camera bapak aku tuu agak ngok ngek sikit. Aiseh, banyak songeh pulak aku nie, dah guna banyak bebenor songeh nyer! Memang tak reti nak bersyukur. Hahaha xDD

Tuu aje laa benda yang aku nak tulis. Hahah, sekian dan wassalam.

4 comments:

N-G said...

kO ni krtunis ke?
bleh ar lukih kan akO 1 pic.
hehe

Ikaa said...

huyyo...
smpai de bekas tuhhh!
giler arhh
bru aku nk prasan ko tak pena gitau aku
hehehhh
bpk ko sure bsing gilak kan?kan?
tp xper ah ko de gk bkat..heheh
;PPP

Unknown said...

nnt kalau rajin n giler melukis tolong lukis gambar saya yek...hahaha

Ryuuji said...

tangan aper tu...tangan ko dah laen..ko nak berubah jadi katun daaaa....
hahahahahahaha...
anyway cantik tangan ko yg bertompok tu...
hahaha..
aku gurau jer...
peace..

JOMPS Photobucket Di Sebalik 'sitinurhudahusna'...
x-poshop.blogspot.com
AHMADSUFI6177's BLOG
Photobucket
!僕はまだ何も知らない.
Salam persinggahan and Welcome dear Guest!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nada skema, aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak bagi insan-insan yang sudi melawat, memijak, menerajang blog aku aku yang tak seberapa nie. Aku juga mahu berterima kasih kepada pendatang haram (silent reader), pembaca sah (yang siap komen), dan juga kepada yang sudi menjadi follower aku. Sebagai tanda aku menghargai kepayahan korang, akan aku menjadi follower korang jugak. Hahaha, thank you very much. Anyway, Blog aku nie hanyalah blog biaser, tak adelah cerite yang menakjubkan yang aku tulis. Aku tekankan disini; cerita biase daripada budak biase. Itu aje laa, harap maklum. !View